semalam berpeluang pegi makan kat nasi arab damsyik kat senawang. beberapa bulan lalu penah plan dengan encik capo nak makan kat sana tapi malangnya tutup pula. terpaksa tukar destinasi. so semalam, buka dan kami pun makan di sana. bila sebut kedai nasi arab damsyik ni kompem penuh. ntah apa yang sedapnya tah. semalam baru berpeluang merasa.
sebenarnya excited sangat nak makan sebab rata-rata orang yang penah makan kat sini mesti kata sedap. tapi...bila aku dah makan semalam...agak kecewa juga. yup. mungkin tak sesuai dengan selera aku makanan nasi arab ni. pada pendapat peribadi aku, aku rasa tak sedap pun. kecuali nasi dia la. nasi memang sedap. cuma lauknya tidak menepati citarasa aku. aku makan sikit je. seciput. kalau ada kedai makan lain yang berhampiran, kompem aku order kuew tiaw goreng atau nasi goreng paprik seafood.
lagi satu yang aku tak berapa suka sebab takde air buah/air sirap. yang ada air teh syai. ape tah. macam tu la lebih kurang namanya. ada air kotak buah pun air mangga, air oren + carrot. semua tu aku tak suka minum. makanya hanya ada satu pilihan minuman untuk aku iaitu air kosong. la la la la.
kesimpulannya disini, makan di restoran nasi arab takkan ada dalam list aku lagi kecuali orang ajak la. dah kalau encik capo nak makan kat sana, aku pegi la sekali dan makan jugak. cuma macam aku kata tadi, takde la sedap sangat kat tekak aku. kat tekak orang lain mungkin sedap. huhuhuhu.
sekian. tetiba lapa pulak. *_*
Monday, October 31, 2011
Thursday, October 27, 2011
Arissa si tokey kedai
umur baru 9 bulan lebih, tapi rumah dah penuh dengan koleksi pemenan Arissa. disebabkan Arissa ialah tokey kedai Arissa's Choice, maka semua pemenan yang dijual di Arissa's Choice, satu mesti Arissa punya. dia kan tokey kedai @ model. huhuhuu.
Barang baby terkini kat Arissa's Choice ialah Playgym. Sesuai untuk baby umur 0-12 bulan. mak ayah baby, jangan mimpi nak duk dalam playgym ni ye. huhuhu. kalau tak tau playgym tu cane rupa dia, bole layan gambar model disamping playgym beliau ^_-.
mula-mula nampak playgym ni, kemain excited Arissa. senyum-senyum simpul je. tak berlengah terus terjah duk atas playgym tu.
nak amik gambar Arissa masa tengah syok main playgym ni kemain payah ok. lasak betul tak tau duduk diam. nampak je aku nak snap terus berpusing sana sini taknak duk diam.
ni Arissa tengah leka tengok video klip kat channel MTV. video klip kumpulan LMFAO dengan sapetah lagu yang shuffle shuffle tu.
playgym ni bole guna 3 cara. ni cara kedua. boleh tengok tv sambik bersandar gitu. kemain kau kan Arissa. * latar belakang gambar ni adalah sensored. oleh itu terpaksa photoshop background jadi putih suci gitu. huhuhu.
terlampau excited dapat main kat playgym, terus tetido dalam tu jugak. nampak sangat selesa duk dalam tu. ala lalala...comel gitu.
ada 3 design playgym dan ketiga-tiga design boleh diubahsuai menjadi 3 cara untuk digunakan. nak tengok design lain, sila ke blog Arissa's Choice ye.
Barang baby terkini kat Arissa's Choice ialah Playgym. Sesuai untuk baby umur 0-12 bulan. mak ayah baby, jangan mimpi nak duk dalam playgym ni ye. huhuhu. kalau tak tau playgym tu cane rupa dia, bole layan gambar model disamping playgym beliau ^_-.
mula-mula nampak playgym ni, kemain excited Arissa. senyum-senyum simpul je. tak berlengah terus terjah duk atas playgym tu.
nak amik gambar Arissa masa tengah syok main playgym ni kemain payah ok. lasak betul tak tau duduk diam. nampak je aku nak snap terus berpusing sana sini taknak duk diam.
terlampau excited dapat main kat playgym, terus tetido dalam tu jugak. nampak sangat selesa duk dalam tu. ala lalala...comel gitu.
ada 3 design playgym dan ketiga-tiga design boleh diubahsuai menjadi 3 cara untuk digunakan. nak tengok design lain, sila ke blog Arissa's Choice ye.
Labels:
baby arissa,
my kedai online
Thursday, October 20, 2011
kotak ajaib
sejak hari isnin hari tu, aku agak resah. asal sampai kat paking opis, aku mesti pandang kiri kanan dan dalam longkang. pendek kata, mata aku melilau aje tanpa disedari sesiapa pun. sebabnya aku berperangai begitu ialah aku kehilangan cermin mata aku. aku bukan pemakai cermin mata 24 jam. aku pakai bila aku perlu sahaja. bila terlalu lama depan pc, drive malam-malam / ketika hujan lebat, bila duduk dalam dewan dan juga tempat-tempat yang memerlukan aku memandang jauh dengan lebih jelas.
pagi isnin hari tu, aku sangkut cermin mata di leher baju kurung aku. aku memang tak suka pakai cermin mata u all. rasa tak cun sebab die menyebabkan kiri kanan tudung aku kembang. memang dasar tak sedar diri mata dah rabun. huhuuhu. puncanya aku sangkut kat leher baju sebab aku nak dukung arissa bawak masuk keta seterusnya hantar rumah wan die.
sesampai di opis, raba-raba cermin mata tiba-tiba dah takdo kat tempat yang aku sangkut. punya la cemas. terus menjejak balik jalan aku datang opis tadi. maksud aku, pegi kat paking keta dan ikut laluan yang aku ikut untuk naik ke tingkat 3. melilau la mata aku mencari cermin mata kesayangan. dalam kereta dah cari tapi takde. terus ada bubble awan atas kepala membayangkan aku di fokus point tengah bayar RM 400 untuk buat cermin mata baru. ada juga bayangan duit kertas tumbuh kepak lalu terbang pergi.
oh tidak!!! buat cermin mata sangat mahal ok. tengah kumpul duit nak terbang ke sarawak ni. *_*. nak tak nak aku kena buat cermin mata jugak sebab agak sukar aku nak drive malam-malam. boleh je drive jugak tanpa cermin mata tapi kurang jelas dan tak baik diamalkan di jalanraya. ingat...Arissa masih kecik lagi. belum pandai sebut 'mak' pun lagi. huhuhu. bercadang selasa nak pegi buat cermin mata. tapi tangguh, tangguh dan tangguh sehingga la hari ini.
tengah hari tadi balik rumah sebab nak amik barang customer untuk di pos. disebabkan perlu mencari plastik didalam kotak, tetiba ternampak keajaiban. cermin mata yang aku cari selama ini berada dalam kotak tu. owh peliknya! macammana cermin tu boleh ada dalam kotak tersebut? selama beberapa hari ni, aku langsung tak cari dalam rumah sebab aku yakin lepas aku sangkut cermin mata tu kat leher baju, aku terus dukung arissa dan keluar. apakah ada scene yang aku tak dapat imbas di ingatan? mungkin juga sebelum dukung arissa tu aku ada pegi ke arah kotak tersebut dan tanpa sedar cermin mata tu terjatuh dalam kotak tu?
tak kisahlah. janji aku dah jumpa balik cermin mata aku. selamat duit aku untuk tempah cermin mata baru. fuhhhh.... syukur Ya Allah.
hargai la barang-barang kite sebelum die menghargai kite pulak? huhuhu. hargai la barang-barang kite sebelum dia hilang atau rosak ^_^.

ku sayang kamu...^_^. kini pandangan ku kembali jelas |

Tuesday, October 18, 2011
dia sepatutnya dikasihani
setelah berbulan lamanya tak tengok buletin utama, malam tadi aku tertengok. entah kenapa lepas tengok citer soffiya, aku tak tukar channel lain. dan aku pun tidak berganjak dari depan tv. tiba-tiba buletin utama start. aku endah tak endah je sebab mata mengantuk sangat rasa nak tido. tapi tiba-tiba dengar pembaca berita tu cakap pasal video yang menyayat hati. aku pun layan la. sebenarnya tak de idea pun langsung video pasal apa.
masa tengok video tu, hati aku tersentuh sangat. rasa kasihan yang teramat-amat kat budak tu dan rasa benci sangat dengan mereka yang buat tak tau dengan budak tu. pastu terus laju je airmata aku mengalir-ngalir. memang sebak sangat. video tu menunjukkan sorang budak kecik dalam lingkungan umur 3 - 4 tahun merayau sorang-sorang tepi jalan kat pasar (mungkin di negara china atau hong kong. aku pun tak pasti). mana mak ayah dia aku pun tak tau. lepas tu budak tu berdiri kat tepi kat tengah jalan. lepas tu ada van putih langgar dia. aku rasa pemandu van putih tu nampak budak tu sebab van tu berhenti sebelum tu. tapi sebab setan sangat, dia terus je langgar budak tu. budak tu tergilis bawah tayar. van tu berhenti dan pemandu dia tinjau kat tingkat je. langsung tak turun tolong budak tu. yang aku tak sangka, van tu terus jalan dan tayar belakang pulak gilis budak tu lagi. masa ni hati aku betul-betul tersentak. dari baring, aku terus duduk. kemudian ada orang dan penunggang motor lalu lalang tapi buat tak tahu bila nampak budak tu yang dah terbaring tepi jalan dengan berdarah-darahnya. agaknye mesti budak tu menjerit dan menangis (sebab kat video tu tak dengar suara). tapi takde sape nak tolong. terus aku memaki hamun orang yang buat tak tahu tu.
kemudian lalu pulak lori kecik. gilis lagi budak tu. bayangkan la betapa seksanya budak kecik tu. takde perikemanusiaan langsung semua orang tu. masa tu aku rasa nak terbang ke sana dan peluk budak tu. kesian sangat. terbayang-bayang kat kepala macam mana kalau yang sedang terbaring kesakitan tu ialah anak sendiri atau anak-anak buah aku? masa ni memang aku dah menangis dah. terlalu kesian dengan nasib budak tu. tak lama pastu ada sorang nyonya lalu dan nampak budak tu. terus dia angkat bawak ke tepi. tak lama pastu mak budak tu sampai. meraung-raung dia sampai kat hospital. aku yang tengok pun sedih gile, inikan pulak mak budak tu.
sekarang budak tu tengah koma. tersentuh hati aku tengok dia terbaring atas katil hospital tu. semoga budak tu selamat dan sihat semula. dan semoga mereka-mereka yang melanggar dan buat tak tau dengan budak tu masa dia memerlukan bantuan akan terima nasib yang sama atau lebih teruk lagi daripada budak tu. apalah yang budak tu tahu? dia hanya seorang budak kecik yang tak tahu apa-apa? kenapa manusia skang kejam sangat? semoga Allah melindungi Arissa dan kanak-kanak/ baby lain walau dimana mereka berada.
lepas tengok video tu, airmata aku masih mengalir lagi. tak dapat aku bayangkan kesakitan yang budak tu tanggung. masa tengah taip entri ni pun rasa nak nangis T_T.
semoga kamu tabah wahai budak kecik. cepat sembuh ya...........

Friday, October 14, 2011
selamat 9 bulan
2 Oktober 2011 yang lalu, genap la 9 bulan umur Arissa. apa perkembangan Arissa ye? Selain daripada semakin melasak, Arissa dah boleh berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa. tapi cuma bole bertahan beberapa saat je la. dan kadang-kadang dia bole melangkah setapak lepas tu jatuh. kalau sempat sambut, takde la Arissa menangis. tapi kalau tak sempat sambut atau tak nampak yang dia tengah berdiri lepas tangan...terdengar la bunyik bedebuk dia jatuh diikuti dengan suara tangisan Arissa yang lantang itu.
gigi Arissa masih 2 batang je yang baru tumbuh. belum nampak gigi ketiga dan seterusnya lagi. selain tu jugak, Arissa dah pandai possing. tak tahan aku nak gelak bila Arissa mula berpossing. kejap pusing sana kejap pusing sini sambil mata fokus kat kamera ^_^.
oh ye...comel x sarung bantal Arissa tu? Ada 5 design yang comel-comel.jom tengok.
kalau berminat, boleh tengok kat blog Arissa's Choice.
Wednesday, October 12, 2011
hadiah untuk arissa yang dah sihat
sambungan arissa kan kuat...
malam kedua di hospital, sama jugak macam malam pertama. cuma kali ni selang 4 jam baru bagi gas dan ubat sebab keadaan arissa dah ok sket. arissa tak menangis masa amik gas tengah malam tu. sebabnye...............................................................
hihiihi. arissa telampau letih. tido tak sedar yang nurse tengah bagi dia gas. so, takde la arissa menangis ^_^. pukul 8.30 pagi bawak arissa turun amik gas lagi. kali ni arissa tak menangis sangat. mungkin sebab dah 3 hari beturut sedut kahak dan dia pun dah faham, so takde la menangis sangat. keadaan arissa dah beransur pulih. tapi bintik-bintik merah masih ada lagi. arissa pun dah mula minum susu balik. habis sebotol 180 ml. lega hati aku ;).
arissa pun dah mula melasak macam biasa. aku betambah suka. lasak la arissa.
mak tak kisah. janji arissa sihat, buat la apa nak buat. bila arissa dah melasak
atas katil, memang kena pantau 100%. takut lasak-lasak kang, tau-tau dah ada
bawah katil. huhuhu. disebabkan arissa dah makin sihat, pengambilan gas
dijarakkan ke 6 jam. petang tu doktor datang cek dan benarkan arissa keluar. aku
suka la sangat. rindu tau kat rumah dah 3 hari tak balik rumah.
petang tu balik dari keje encik capo jemput aku dan arissa dari hospital KPJ.
kami pun terus balik rumah. macam aku, arissa pun rindu kat rumah jugak.
sampai-sampai rumah terus main pemenan-pemenan dia sementara aku berbaring kat
ruang tamu. owh...rindunya kat tilam *_*.
2 hari lepas arissa keluar hospital, aku terus beli pemenan untuk arissa melalui online. sebab dah janji dengan arissa kalau dia sihat dan dah keluar hospital nanti, aku akan belikan dia pemenan. pemenan tu yang macam tiang buaian tu yang sebelah zirafah tu. pemenan yang lain-lain tu memang dah beli sejak arissa umur 3 bulan lagi ^_^. cuma ada satu pemenan yang aku nak belikan tapi aku tak jumpa. puas dah aku google tak jumpa sape yang ada jual pemenan tersebut. disebabkan arissa ada banyak pemenan, aku dan encik capo pun terus buat satu ruang peribadi untuk arissa. taman pemenan arissa namanye. huhuhu.
sepanjang berada di hospital, ramai la kawan-kawan dan keluarga yang datang melawat. terima kasih semua yang amik berat pasal arissa ^_^. syukur arissa dah sihat. semoga arissa sentiasa sihat dan dijauhi sebarang penyakit.
maka tamatlah entri pasal arissa masuk spital ni. sekian ^_^
malam kedua di hospital, sama jugak macam malam pertama. cuma kali ni selang 4 jam baru bagi gas dan ubat sebab keadaan arissa dah ok sket. arissa tak menangis masa amik gas tengah malam tu. sebabnye...............................................................
hihiihi. arissa telampau letih. tido tak sedar yang nurse tengah bagi dia gas. so, takde la arissa menangis ^_^. pukul 8.30 pagi bawak arissa turun amik gas lagi. kali ni arissa tak menangis sangat. mungkin sebab dah 3 hari beturut sedut kahak dan dia pun dah faham, so takde la menangis sangat. keadaan arissa dah beransur pulih. tapi bintik-bintik merah masih ada lagi. arissa pun dah mula minum susu balik. habis sebotol 180 ml. lega hati aku ;).
beberapa jam lepas arissa keluar hospital ^_^ |
ruang peribadi arissa |
2 hari lepas arissa keluar hospital, aku terus beli pemenan untuk arissa melalui online. sebab dah janji dengan arissa kalau dia sihat dan dah keluar hospital nanti, aku akan belikan dia pemenan. pemenan tu yang macam tiang buaian tu yang sebelah zirafah tu. pemenan yang lain-lain tu memang dah beli sejak arissa umur 3 bulan lagi ^_^. cuma ada satu pemenan yang aku nak belikan tapi aku tak jumpa. puas dah aku google tak jumpa sape yang ada jual pemenan tersebut. disebabkan arissa ada banyak pemenan, aku dan encik capo pun terus buat satu ruang peribadi untuk arissa. taman pemenan arissa namanye. huhuhu.
taman pemenan yang nampak kemas dalam gambar. selepas amik gambar??? paham-paham aje la. huhuhu |
sepanjang berada di hospital, ramai la kawan-kawan dan keluarga yang datang melawat. terima kasih semua yang amik berat pasal arissa ^_^. syukur arissa dah sihat. semoga arissa sentiasa sihat dan dijauhi sebarang penyakit.
maka tamatlah entri pasal arissa masuk spital ni. sekian ^_^
Tuesday, October 11, 2011
arissa kan kuat....
setelah sekian lama, akhirnya terbuka hati aku untuk menghapdate belog. huhuhu.
entry arissa masuk wad tak abis-abis lagi.so aku sambung ye.
keadaan arissa makin lama makin tak bermaya. suara memang dah serak gile tapi nak menangis jugak. kesian sangat aku kat arissa. malam pertama dihospital tak seindah yang ku sangka. ingatkan malam bole la arissa tido lena. rupa-rupanya setiap 3 jam kena kejutkan arissa untuk sedut gas dan jugak bagi ubat. secara tak langsung aku pun kena bangun jugak. memang adik-adik nurse tu kejutkan aku bila masa nak bagi arissa gas dan ubat. masa tengah-tengah malam ni aku tak bagi arissa gas tapi nurse yang bagikan sebab aku mamai. mengantuk gile. tak konpiden aku nak bagikan arissa gas. just tengok je nurse tu buat sambil arissa melalak-lalak. alah sian sangat tau. sebab arissa tengah tido, aku tak kejutkan pun just nak pangku arissa je. tapi dia terjaga dan bila nampak je nurse, terus melalak-lalak seolah-olah tau apa yang nurse tu bakal buat kat dia. memang arissa trauma betul kalau nampak nurse baju biru datang kat katil. sepanjang malam tu memang tak lena la tido aku dan arissa sebab dikejutkan selang 3 jam.
pagi esoknya pukul 6.15 pagi aku terus bagi arissa susu sebab dia kena puasa stat 6.30 pagi sebab nak sedut kahak pukul 8.30 pagi nanti. arissa tak nak minum susu. puas dah aku sumbat botol susu langsung dia tak nak. aku bukan main sumbat je. ada la dialog aku dengan arissa. aku memang suka berdialog dengan arissa ni ^_^. dialog pujuk memujuk la.
"arissa, minum la susu ni. nak baik tak? kejap lagi kena puasa, kang tak larat nak menangis kang kalau tak minum susu..." lebih kurang macam tu la ayatnye. tapi panjang la lagi dialog tu sebenarnya. arissa minum sket je susu tu. tak lama pastu encik capo datang hospital sebelum ke opis. sempat la aku mandi dulu. tak berani aku nak tinggalkan arissa atas katil walaupun dia tengah tido. macam aku pernah kata, katil tu bukan baby cot tapi katil pesakit dewasa yang hanya ada sebelah je pengadang. aku lebih rela tak mandi daripada tinggalkan arissa atas katil tu. sepanjang tido malam tu pun aku peluk arissa sebab risau dia tido lasak sampai jatuh katil.
masa hantar arissa sedut kahak, macam biasa aku tak dibenarkan tengok. masa ni encik capo dah pegi opis. so, dengar je la arissa menangis-nangis. owh sebelum kena sedut kahak tu nurse tu bedung arissa dan tepuk-tepuk dada dia kuat-kuat. bagi aku memang sangat kuat dia tepuk dada arissa tu. nak menitis tau airmata tengok arissa pandang je kiri kanan masa nurse tu tepuk-tepuk. tapi nak buat macam mana kan. dah itu proses nak mengelokkan arissa. aku redha aje asalkan arissa cepat baik.
lepas sedut kahak, terus naik bintik bintik merah kat muka arissa. lepas tu badan dia penuh merah-merah sampai ke kaki. owh,..sayunye hati ini, tak terkata sangat. lepas tu arissa terus tak bermaya. kesian sangat. lepas tu aku pun berdialog lagi dengan arissa.
"tayang (sayang) mak ni cepat baik ye. arissa kan kuat. jangan nangis-nangis lagi amik gas tau. nak cepat baik tak? nak balik rumah tak? nak main pemenan arissa yang banyak-banyak tu tak? cian pemenan tu takde orang nak main. arissa kuat kan? nama arissa ni maksudnye kuat tau. arissa kena la kuat ye. lawan ye sakit tu...." ada lagi sebenarnye dialog tu tapi nak bergenang airmata aku bila teringat. so setakat tu je dialognye yang aku taip. huhuu.
lepas tu arissa pun tetido keletihan. sementara arissa tido aku pun baca la majalah tak pun surfing intenet. nasibbaik encik capo yang baik hati telah meninggalkan ipad nya kepada aku di hospital. takde la aku kebosanan bila arissa tido ^_-.
bintik-bintik merah kat muka dan badan arissa makin teruk bila malam. aku sapu ubat yang doktor bagi tapi belum nampak kurangnya. dah malam sket tu baru la nampak arissa senyum dan nak main-main. tapi makan ubat dan amik gas, tetap melalak *_*. lega la hati sket sebab arissa dah mula nak bergurau dan main-main. rindu betul aku dengan senyuman dan gelak tawa arissa.
bersambung ye ... last entri lepas ni. huhuhuh

sebelum sedut kahak, arissa kena bedung dulu |
pagi esoknya pukul 6.15 pagi aku terus bagi arissa susu sebab dia kena puasa stat 6.30 pagi sebab nak sedut kahak pukul 8.30 pagi nanti. arissa tak nak minum susu. puas dah aku sumbat botol susu langsung dia tak nak. aku bukan main sumbat je. ada la dialog aku dengan arissa. aku memang suka berdialog dengan arissa ni ^_^. dialog pujuk memujuk la.
masa ni nurse tu tepuk-tepuk dada arissa untuk buka ruang pada paru-paru untuk mudahkan sedut kahak |
"arissa, minum la susu ni. nak baik tak? kejap lagi kena puasa, kang tak larat nak menangis kang kalau tak minum susu..." lebih kurang macam tu la ayatnye. tapi panjang la lagi dialog tu sebenarnya. arissa minum sket je susu tu. tak lama pastu encik capo datang hospital sebelum ke opis. sempat la aku mandi dulu. tak berani aku nak tinggalkan arissa atas katil walaupun dia tengah tido. macam aku pernah kata, katil tu bukan baby cot tapi katil pesakit dewasa yang hanya ada sebelah je pengadang. aku lebih rela tak mandi daripada tinggalkan arissa atas katil tu. sepanjang tido malam tu pun aku peluk arissa sebab risau dia tido lasak sampai jatuh katil.
owh kesiannya anak aku.... * jari siapa yang spoilkan gambar ni? |
masa hantar arissa sedut kahak, macam biasa aku tak dibenarkan tengok. masa ni encik capo dah pegi opis. so, dengar je la arissa menangis-nangis. owh sebelum kena sedut kahak tu nurse tu bedung arissa dan tepuk-tepuk dada dia kuat-kuat. bagi aku memang sangat kuat dia tepuk dada arissa tu. nak menitis tau airmata tengok arissa pandang je kiri kanan masa nurse tu tepuk-tepuk. tapi nak buat macam mana kan. dah itu proses nak mengelokkan arissa. aku redha aje asalkan arissa cepat baik.
bintik-bintik merah yang mula muncul di muka arissa |
lepas sedut kahak, terus naik bintik bintik merah kat muka arissa. lepas tu badan dia penuh merah-merah sampai ke kaki. owh,..sayunye hati ini, tak terkata sangat. lepas tu arissa terus tak bermaya. kesian sangat. lepas tu aku pun berdialog lagi dengan arissa.
"tayang (sayang) mak ni cepat baik ye. arissa kan kuat. jangan nangis-nangis lagi amik gas tau. nak cepat baik tak? nak balik rumah tak? nak main pemenan arissa yang banyak-banyak tu tak? cian pemenan tu takde orang nak main. arissa kuat kan? nama arissa ni maksudnye kuat tau. arissa kena la kuat ye. lawan ye sakit tu...." ada lagi sebenarnye dialog tu tapi nak bergenang airmata aku bila teringat. so setakat tu je dialognye yang aku taip. huhuu.
lepas tu arissa pun tetido keletihan. sementara arissa tido aku pun baca la majalah tak pun surfing intenet. nasibbaik encik capo yang baik hati telah meninggalkan ipad nya kepada aku di hospital. takde la aku kebosanan bila arissa tido ^_-.
bintik-bintik merah kat muka dan badan arissa makin teruk bila malam. aku sapu ubat yang doktor bagi tapi belum nampak kurangnya. dah malam sket tu baru la nampak arissa senyum dan nak main-main. tapi makan ubat dan amik gas, tetap melalak *_*. lega la hati sket sebab arissa dah mula nak bergurau dan main-main. rindu betul aku dengan senyuman dan gelak tawa arissa.
bersambung ye ... last entri lepas ni. huhuhuh
Subscribe to:
Posts (Atom)