Thursday, January 19, 2012

tak sedar langsung


aku sedar dah masuk 2012. tapi tak pernah sedar umur dah masuk 30 di tahun 2012.
isi borang beberapa hari lepas, sampai kat bahagian umur, tetiba tersedar:

'ekkk...dah 30 ek umur aku. ^_^'.

tapi perangai serupa 17 tahun (ni kalau aku dengan mak n adik beradik aku sahaja. dengan orang lain tetiba  automatik jadi umur 28 tahun punya perangai. ekekeke)

pencapaian sebelum usia 30 tahun mengikut susunan:

1. kereta (100% duit sendiri. bukan downpayment mak bapak yang bayar okey! bukan juga bulan-bulan orang lain yang bayar.)
2. keje tetap
3. husband
4. daughter
5. netbook (idaman sejak bertahun lamanya tapi tak sampai setahun dah jahanam. kui kui kui).
6. dan lain-lain.

sekian...

Wednesday, January 18, 2012

wordless wednesday

~ send via wild d' xperia arc ~

Tuesday, January 17, 2012

status fb yang membina

hari ni nak share status facebook Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang aku terbaca semalam. aku suke, sebab tu nak share ^_-.


Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;

Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan
orang yang mencerca & membencinya.


Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara
dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.


Jika ingin lihat amanahnya, lihat cara dia berurusan dengan wang dan duit denganmu.


Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara dengan org lain jantina yg dia sukai. 


sekian...

Monday, January 16, 2012

Kisah Rabiatul Adawiyah dan Hasan Al-Basri

tadi terbaca di internet pasal pempuan ada 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal. aku rasa pernyataan ni memang popular kan? masa zaman aku sekolah dulu, budak-budak lelaki memang berlagak dorang pandai sebab kononnya dorang ada 9 akal. tapi kalau tengok result SPM atau apa-apa exam skang nih, majoriti pempuan lebih ramai yang pandai.

tak kisah la tu. aku cuma nak kongsi apa yang aku jumpa di internet hari ini.

Kisah Rabiatul Adawiyah dan Hasan Al-Basri

Rabiatul Adawiyah : Hai Hassan,dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian, 9 untuk lelaki 1 untuk wanita.
Rabiatul Adawiyah : Dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan nafsu?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian, 9 untuk wanita 1 untuk lelaki.
Rabiatul Adawiyah : Hai Hasan ,aku dapat menguasai 9 nafsu dengan 1 akal, sedangkan kamu, pihak lelaki tidak dapat menguasai 1 bahagian nafsu dengan 9 akal yang kamu dapat.

sekian.

Wednesday, January 11, 2012

lega hanya sementara

fuhhh! hari ni lega sebab dapat bernafas seperti biasa. bukan kena asma ok. bukan juga semput. asma dan semput tu samakah? huhuhu. sebenarnya aku sangat sibuk mengejutkan membangunkan sistem. guna php dan mysql. banyak-banyak sistem aku bangunkan sendiri ini la sistem paling pening aku buat. design database je ntah dah berapa kali. buat programming pun dah banyak kali. tapi sampai di pertengahan jalan, tetiba rasa design database tak betul. so, design  balik. rasa macam dah ok, buat programming semula dari awal. tup-tup tersangkut di pertengahan jalan, baru sedar design tak betul lagi. kena buat balik. huhuhuu.

nak menangis aku buat sistem ni. bunyi macam senang. tapi complicated nak mampus. weekend terpaksa buat programming kat rumah sampai aku terpaksa amik monitor pc encik capo dan sambung kat netbook. sebabnya monitor netbook kecik sangat, tak puas nak buat sistem. kalau surfing intenet ok je kecik pun. huhuhu. dah buat weekend pun tak siap lagi sebab paham-paham la bukan boleh mengadap keje je macam kat opis. nak kena masak, nak layan arissa lagi. budak kecik tu pantang nampak aku duduk kat meja mengadap netbook. mesti dia pun nak mengendeng sekali nak suh aku bukak video klip gummy bear takpun video klip baby tv kat youtube. 

petang semalam meeting untuk bentang sistem. macam tak bernafas aku nak siapkan. sampai minta excuse kat bos taknak masuk meeting pagi tu demi nak siapkan sistem. bila nak cepat, macam-macam jadi. tetiba sistem aku yang ok jadi bengong lak. amik mase dekat 3 jam jugak aku nak carik kat mana punca tetiba sistem jadi bengong. lepas tu nak siapkan report, slide presentation. sampai breakfast dan lunch pun tak sempat.

dah pukul 1 lebih, aku pun redha. sistem tak siap. sebab aku kate, sistem ni sangat complicated walaupun nampak macam sonang. yang kate senang tu orang-orang yang tak pernah tau keje-keje membangunkan sistem a. sape yang buat programming, tau la susah payah nak bangunkan sistem ni macam mane. nak pulak sistem ni masa yang dibagi untuk siapkan sebulan. dikira 3 kali design database tak betul, 3 kali bangunkan sistem tak betul dan kena ubah balik sebab design database dah berubah, maka aku amik masa tak sampai seminggu untuk present apa yan aku present semalam. ekekeke. tinggal report je tak betul lagi. tapi aku present jugak sambil berkata ' yang ni tak betul lagi. tak sempat nak buat' ekekekeke.

nasib bos dan user boleh terima dan nasib baik dorang bukan nak pakai bulan ni. kalau tak, boleh kurus aku sebab mengadap sistem ni je tak makan-makan. tekojut lak encik capo balik dari jb tengok ada jeniper lopez kat rumah tengah mengadap sistem dengan mata panda. kui kui kui. aku harap ni sistem teakhir aku bangunkan sendiri. setau aku skop tugas aku tak perlu bangunkan sistem. hanya analisis, design buat report, dokumentation semua tu. tu pun bukan sket. banyak. tapi kok kenapa aku yang perlu analisis, design dan bangunkan sistem sendiri dari awal-awal aku masuk keje???

ok itu aje. nak sambung buat sistem lain lak. 3 sistem yang aku kena bangunkan sendiri dan skang kena buat serentak sebab aku yang suka bertangguh-tangguh. belum kira lagi sistem-sistem lain yang aku kena pantau. huhuhuhu. antara azam baru, taknak bertangguh  buat keje lagi.

sekian.

Tuesday, January 10, 2012

meatball ala-ala ikea

masa besday arissa hari tu, menu utama kami ialah meatball ala ikea. sape yang tak tau, meatball kat food court ikea sangat sedap okey. rasa sekali pasti terkinyam nak makan lagi. dan itu la yang terjadi pada aku. sanggup meredah jem 2 jam untuk sampai ke ikea semata-mata nak makan meatball dia. masa tu memang tak bole tahan teringin nak makan sangat. terbau-bau je meatball ikea sepanjang on the way tu. lepas redah jem hampir 4 jam perjalanan dari seremban ke ikea (disebabkan tersangkut kat jem 2 jam), maka kami bertiga sampai ke ikea. dan dan terus pegi food court dulu. bila meatball tu dah masuk dalam mulut...memang nikmat doniaaa...^_^.


disebabkan itu, masa besday arissa, encik capo cadangkan buat meatball ala-ala kat ikea tu. so, encik capo google resipi. beberapa hari sebelum besday arissa kiteorang pun beli bahan sebab nak testing masak dulu. kalau sedap bole la realisasikan impian buat menu meatball ala-ala ikea masa besday nanti. 3 jenama meatball dicuba, hanya satu jenama yang memikat rasa. rasa meatball yang hampir2 macam kat ikea. masak sos dia pun simple dan memang hampir sama dengan yang kat ikea. oleh itu, aku akan kongsi resepi meatball ala-ala ikea ni ye. resepi tu aku tak pasti dari sumber mana sebab encik capo yang google. tq kepada tuan punya resepi sebab memang simple dan sedap.

aku guna yang ni.memang terbaikkkk.
Bahan-bahan

1. 2 sudu butter
2. 1 1/2 sudu tepung gandum
3. sebiji bawang besar hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu (aku guna bawang besar biase ajo)
4. sebiji tomato yang dipotong dadu
5. 1 1/2 cawan air sejuk *
6. 100ml susu segar/susu cair *
7. 3 sudu sos tomato *
8. 3 sudu sos tiram *
9. 2 sudu kicap manis *
10. 2 sudu lada hitam *
11. 1 cube ayam *
12. sesudu gula *

sedang masak sos
goreng meatball tanpa minyak. kena selalu kacau supaya tak hangus.
Cara Membuatnya

1. Cairkan butter, masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat2 manja.
2. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi, tomato dan jugak cendawan
3. Bila dah layu2 manja, masukkan semua bahan yang bertanda (*) sampai mendidih
4. Last sekali, untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung. 
5. Siap!
makan dengan jem mix fruit memang sedap berbaloi baloi ^_^
Cara menghidang

1. Goreng meatball segera (goreng tanpa minyak ok!).
2. Goreng fries
3. Letak meatball dalam pinggan, lepas tu curah kuah
4. Letak fries dekat sebelah
5. Sedap dimakan bersama blueberry/strawberry/ mix fruit jem

owh..rasa nak makan meatball lagi. tetiba mengidam balik. huhuhu
sejak dah pandai buat sos meatball ala-ala ikea ni, tak payah susah payah nak g ikea mutiara damansara semata-mata nak makan meatball lagik. pegi dapo aje. ^_^

Monday, January 9, 2012

bukan insan terpilih

hari ni hari isnin. hari bekerja. dan seperti lazimnya hari bekerja, aku masih disini. dikerusi tak berapa empuk duduk sambil menghadap pc. ya...aku masih di opis. buat kerja? surfing? update blog? hanya aku yang tau. huhuhuhu. setiap hari bekerja, rutinnya pun begitu. sekali sekala ada mesyuarat. tapi...mesyuarat dibilik mesyuarat opis aja. kalau jauh sikit pun di bilik mesyuarat tingkat 1.

begitu la lazimnya rutin ku sejak mula bekerja di sini. sehingga rasa bosan nak pergi keje sebab hari-hari rutin yang sama. buat benda yang sama dan paling penting bertambah bosan sebab buat keje yang aku tak suka atau keje yang aku dah bosan mengadap. aku yang apply keje ni..so terima la dan bersyukur la kerana ada pekerjaan.

sebenarnya bukan itu yang aku nak rungutkan. aku cemburu sebenarnya. walaupun cuba menafikan tapi...ada sedikit rasa cemburu jauh disudut hati. berbalik kepada perenggan pertama tadi, aku menyatakan rutin keje aku hanya di opis. aku cemburu melihat mereka yang dipilih/dihantar kursus ke sana ke mari. maksudnya bukan kursus di bangunan opis ni atau dinegeri ini atau negeri jiran yang boleh ulang alik. tapi dinegeri yang jauh yang tak mungkin boleh berulang alik tapi sudah pastinya menginap di hotel mewah.

kenapa nama aku tak pernah terpilih kalau ada kursus-kursus begini? aku bukan hadap sangat nak pegi kursus atau nak tido hotel. tapi............aku bosan hari-hari keje hanya di opis. sekali sekala aku nak keluar dari opis supaya tak perlu mengadap atau mendengar suara-suara insan-insan yang aku memang tak suka kat opis ni. huhuhuhu.

tapi aku tau...tau sangat kenapa aku tak pernah terpilih. satu sebabnya ialah sebab encik capo. yup. aku dan encik capo satu opis. so kalau dah kursus tu ada nama encik capo, memang takkan jumpa nama aku dikursus yang sama. (maksud aku kalau kursus terbuka. di mana semua orang boleh pegi tak spesifik kepada bidang tertentu aje.). salah satu anggapan bangang yang dibuat ialah kalau  kami berdua pegi kursus yang sama, maka kami akan ponteng kursus dan teperuk dalam bilik hotel buat projek. kalau 3 hari kursus, 3 hari la tak kuar bilik hotel. demmit! ingat kiteorang takde keje lain nak buat?

aku meroyan pasal kursus hari ni sebab encik capo dan insan-insan terpilih yang lain sedang menuju ke johor bahru untuk berkursus selama seminggu. baru je hari tu dia pegi kursus kat damansara, penang, melaka dan sebagainya. dan aku...masih di sini. tetiba rasa sedih. bukan sebab encik capo takde seminggu. tapi sebab aku bukan insan terpilih. tsk tsk tsk T_T.

 arissa...jom teman mak tengok wayang malam ni. *_*

* bila agaknye aku nak ditukarkan ke kementerian/jabatan lain?

Wednesday, January 4, 2012

selamat hari lahir yang ke setahun, Arissa ( 2 Jan 2012)

selamat hari lahir cayang mak. semoga jadi anak yang solehah dan mendengar kata. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekimu serta dikurniakan kesihatan yang baik. mummy always love u...(dan dan yo jadi mummy. ekekekeke).


kad jemputan. ada silap sket kat kad ni. sape dapat teka apa dia...huhuhu
sambutan besday arissa dibuat secara sederhana aje di rumah kami di seremban. jemputan ialah kawan-kawan rapat di opis dan bekas opis, kawan-kawan rapat masa sekolah dulu dan sudah tentunya family dikedua-dua pihak. terima kasih sangat kepada mekchu, hazry n wife, wanie n family dan semua yang sudi hadirkan diri memeriahkan majlis hari lahir arissa yang ke setahun ni ^_^. tema majlis ni juga ialah hitam atau kuning. terima kasih kepada semua yang pakai warna baju ikut tema. ekekekee. yang pakai kaler lain tu takpe la. mungkin takde baju kaler hitam atau kuning.

arissa n mia
majlis stat lambat sebab encik capo pegi amik kek di senawang, juga amik baju kami bertiga yang ditempah khas untuk majlis ni di seremban parade. dah pukul 5 lebih, lepas tukar baju terus mulakan majlis sebab tetamu-tetamu dah ramai sampai.






 ini kek yang aku tempah kat secret recipe. sape-sape nak tempah kek 3d macam ni, kena tempah seminggu sebelum tarikh besday ok.


masa untuk potong kek. masa ni budak-budak tengah nyanyi lagu happy besday untuk arissa. masa  nak potong kek ni memang payah sket sebab arissa takut dengan kek ni. huhhu. agaknya mata penyengat ni besar sangat kot. tu yang dia takut sampai menggigil-gigil pastu keraskan badan masa nak potong kek ni.


 arissa dengan sepupu dia mimi dan kat belakang tu mak uda a.k.a gummy bear arissa. huhuhuhu ^_-

aku agak busy masa ni. sibuk goreng meatball dan masak sosnya lagi sebab tengok kat atas meja dah abis. takde masa nak amik gambar. oleh itu tak banyak gambar boleh dikongsi. yang amik gambar pun kamera-kamera kakak aku dan tak sempat nak copy gambar dari kamera satu lagi.


lepas makan-makan tiba masanya nak  bukak hadiah. terima kasih kepada semua yang bagi arissa hadiah dan duit.






 anak bear ni hadiah peberet arissa. dapat je terus peluk, cium. cium, peluk. peluk cium macam sayang sangat.

 tak pernah-pernah tido nak peluk bear, malam tu terus nak peluk bawak tido. padahal sebelum ni ada je bear lain.


see....sayang sangat dengan anak bear baru dia.
'tq uncle Hazry n auntie N' kata arissa sebelum lelapkan mata. *_*.


menu jamuan besday arissa ialah ( * takde gambar. i busy tak sempat nak snap):
- kek besday bumble bee
- meatball ala-ala ikea (aku buat sendiri tau. sos dia je la. meatball beli yang segera dan goreng ajo).
- roti jala (kuah kari ayam dan daging)
- nasi lemak
- pengat durian cecah dengan roti
- koko krunch dan susu untuk kanak-kanak
-apam polkadot
-buah limau
- air laici
- nata de coco  n dadih
- cokolat
- aiskrim magnum mini
- beg godies untuk kanak-kanak

 sekian. ^_^

Tuesday, January 3, 2012

semuanya last minit

sebenarnya masa nak plan buat besday Arissa tu aku rasa macam nak tak nak buat. sebab fikir Arissa kecik lagi. bukan dia ingat pun kalau sambut-sambut besday ni. pastu fikir rasa nak pegi makan-makan atau bercuti bertiga je sebab kebetulan kan cuti 3 hari berturut sebab cuti tahun baru. lepas dari sehari fikir dan fikir akhirnya buat keputusan buat la jamuan sket. anak 1st dan baru sorang. so apa salahnya sambut walaupun umur baru setahun.^_^

disebabkan baru pertama kali sambut besday anak, maka aku pun takde experience. tak tau nak buat apa. aku pun google la pasal besday budak umur setahun apa yang patut dibuat. hehehe. lepas dah google, baru aku perasan aku tak tempah kek lagi. masa tu tinggal 6 hari lagi nak 2 Jan 2012. aku pun stat la menggogle kek. selalunya aku suka beli kek indulgence kat secret recipe. tapi disebabkan ni besday kanak-kanak, maka aku nak kek berunsurkan kanak-kanak la. (mengada-mengada. huhuhu). lepas tu ternampak kek 3d kat secret recipe. malam esoknya lepas balik dari putrajaya aku pegi secret recipe seremban nak tempah kek 3d tapi orang tu kate kena tempah seminggu sebelum so dorang tak terima sebab tinggal 5 hari lagi. dammm!! aku nak jugak kek 3d tu untuk arissa.

disebabkan aku terlampau penat seharian berurusan di putrajaya maka aku taknak pegi secret recipe kat dataran senawanag sebab mesti polisi dorang sama kena tempah seminggu sebelum. sampai-sampai rumah terus rasa kecewa bertambah dengan penat. encik capo cadangkan call SR senawang tanya. aku pun terus menggoogle no telefon SR senawang dan tanye. Yesss!!!!! dorang masih terima tempahan maka terus aku tak jadi penat dan ajak encik capo ke SR senawang untuk tempah kek dan bayar deposit. kami dinasihatkan buat majlis selepas pukul 5 ptg sebab kek mungkin sampai dari KL pukul 5 petang. aku ok aje. janji aku dapat kek tu untuk Arissa.

urusan kek dah setel. so ingatkan setel la semua. tapi aku terus menggoogle dan baru terfikir

' Arissa nak pakai baju apa nanti?'
'nak buat tema apa?'
'kad jemputan nak buat ke?'
'apa menu nak buat?'

owh...macam fikir nak buat kenduri kawin gamaknya. huhuhu.

bercakap soal baju, baju Arissa memang melambak dalam almari tapi...nafsu sambut besday untuk anak ku ini begitu meluap-luap. terus teringat kedai kat seremban parade tu. tapi takut jugak kedai tu taknak terima tempahan tinggal 4 hari lagi. tapi sebab aku nak jugak maka aku pun sms dulu tokei kedai tersebut dan katanya boleh diterima tempahan aku tu tapi kena caj lebih a sebab nak cepat. disebabkan aku nakkkkkk sangatttttttt maka aku pun ok ajo. huhuhu.

dipendekkan cerita, selepas semua persiapan dibuat maka sampai la hari yang ditunggu iaitu isnin 2 Jan 2012.
majlis stat pukul 5 petang - 7 malam. masa pendek sebab selasa aku keje nanti takut keletihan terlampau dan tak mampu pegi keje pulak. jauhkn EL dan MC untuk pada permulaan 2012 ni.

ni kek idaman aku untuk besday Arissa.
tapi...nama disalah eja pulak. patutnya Arissa. bukan Arisca. huhuhu
baju idaman omak untuk dipakai oleh anak di hari lahir

sambung next entri ye.

Prolog Arissa di Hari Lahirnya

2 Jan 2012 (isnin), Arissa genap setahun. dah besar anak mak ni ^_^. entah kenapa pagi (selepas pukul 12 malam 1 hb) 2 hb tu aku asik terbayang-bayang detik-detik sakit, kemudian pegi hospital sukhilmi pukul 3 pagi lebih, masuk labour room pukul 4 pagi. kemudian di cek dah buka berapa cm (owh ngerinye bila teringat bab ni. tapi redha aje). kemudian sakit kontraksi yang datang bertalu-talu. owh sakitnye. amik gas apa tah namanya, untuk tahan sakit sampai aku rasa lalok nak tido tapi tak dibenarkan tido sebab kalau aku tido, macam mano nak beranak? hahahaha.


teringat jugak bila air ketuban dah pecah sendiri, dan terasa kepala arissa dah menyondol-nyondol nak keluar. macam rasa nak teberak. kih kih kih. nurse dah pesan, kalau rasa nak teberak bagitau dia. aku pun bagitau encik capo aku rasa nak teberak. cepat-cepat encik capo panggil nurse. dan sekali lagi nurse cek dah buka berapa cm ( owh ngeri lagi bila teringat lagi). nurse kata baby dah nak keluar. doktor pun sampai, dan proses beranak pun berlaku. encik capo pun jadi doktor disitu. yup...memang boleh patah kot tengkuk dia aku peluk masa nak meneran. hahahaha. dia pun siap tengok masa arissa nak keluar. bila baby dah keluar tengok lagi doktor menjahit. aku sendiri pun tak berani nak tengok berapa banyak darah aku keluar masa beranak tu. serius aku tak pandang langsung kertas lapik katil dan kain yang digunakan masa proses bersalin tu. aku tak berani nak tau pun berapa banyak darah aku keluar. aku ngeri...*_*.

Arissa di pagi hari lahirnya ( 2 jan 2012)

ok, akhirnya baby keluar dan terus bagi nama Arissa. Arissa skang pun dah setahun. rasa macam baru je mengandung dan beranakkan dia. hidup rasa sangat seronok dengan kehadiran Arissa walaupun makin hari makin lasak. huhuhuhu.pegi mana-mana mesti nak bawak Arissa. aku rasa tak biasa dan kosong kalau pegi mana-mana tak bawak Arissa (kecuali pegi keje dan tengok wayang / karoke. huhuhu)

dah pukul 11 lebih pagi masa gambar ni di amik. *_*

entri sambutan hari lahir Arissa next entri ye. ^_-
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails