Thursday, January 31, 2013

hari tersebut membuatkan aku teringat kisah 2 tahun yang lalu

**disebabkan lunch tengah hari ni aku tak balik rumah / keluar, maka aku akan sambung entri hari tersebut adalah hari down dan seram.

menurut encik capo, beliau kate sengaja nak balik. tak ada apa-apa sebab yang khusus. 3,4 kali aku bertanya, itulah jawapan yang beliau bagi. namun begitu aku tidak percaya kepada kata-kata beliau. malam itu aku masuk tido dengan rasa tak puas hati.sebab utama aku syak ada sesuatu yang encik capo dengar atau nampak sesuatu ialah:

1. kalau beliau memang planning nak balik dari awal, kenapa tak bagitau awal-awal? tak payah aku bersusah packing baju bagai.

2. kalau beliau baru terfikir nak balik pada malam selepas sesi hari pertama tamat, kenapa selepas minum malam tak ajak balik terus.

3. katakan dah masuk dalam  bilik baru teragak nak balik, kenapa tak ajak sebelum masuk tido? kenapa nak tunggu dah tutup lampu dah baring dalam 10 minit baru nak ajak balik???

4. kenapa berjalan tergesa-gesa sepanjang keluar dari bilik sehingga masuk dalam kereta?

di atas faktor di atas maka aku percaya ada sesuatu yang beliau sembunyikan.

sesampai di rumah peranginan di PD keesokan harinya, persoalan aku hampir terjawab. semasa di dalam dewan beberapa warga seopis heboh menceritakan salah seorang rakan sekerja ternampak 'budak' bermain-main di kawasan lapang berhampiran banglo yang tak berpenghuni di belakang rumah peranginan yang kami tinggal pada waktu senja ( tak pasti pukul berapa) semasa hendak turun ke dewan makan. 'budak' itu memandang ke arah beliau. apabila beliau memandang ke arah lain dan pandang semula ke arah 'budak' itu, 'budak' itu telah pun tiada. 'budak' itu ialah 'budak' lelaki.

seorang rakan sekerja yang prihatin telah bertanya kepada pak guard berkenaan 'budak' tersebut. manalah tau ada pekerja di rumah peranginan yang bawa anak pada senja itu. pak guard  yang menjaga rumah peranginan itu  memaklumkan 'budak' itu bukan budak manusia.  'budak' itu memang ada di sekitar rumah peranginan itu dan 'budak' itu tidak bersendirian malah ada ibunya. ok, sampai sini aku dah seram sangat dan mula membayangkan 'budak' tu berjalan sambil pegang tangan ibunya. menurut pak guard lagi, kadang-kadang 'budak' itu bermain-main di tangga di bilik penginapan.cerita-cerita seram yang lain yang pernah dialami oleh orang lain semasa menginap disana turut dikongsi bersama oleh mereka yang tahu.

mendengarkan cerita mereka membuatkan aku yang penakut mula merasa seram sejuk dan takut. nasib baiklah aku tak tahu berkenaan cerita tersebut sebelum aku balik semalamnya. kalau aku tahu, kompem lepas minum malam aku ajak encik capo balik. no tido-tido kat sana. lagipun kawasan rumah peranginan sangat sunyi kerana yang ada disana hanyalah kami seopis yang seramai lebih kurang 20 orang. lagipun kami adalah penghuni pertama selepas proses renovation siap. ini bermakna tiada sesiapa tinggal disana dalam tempoh renovation yang memakan masa lebih kurang 3 bulan.

bila tiba waktu makan aku terus bertanya encik capo berkenaan cerita tersebut. encik capo menafikan beliau tahu berkenaan cerita itu dan kata bukan cerita tu menjadi punca beliau ajak balik. tapi aku tak percaya sebab sebelum masuk tido pada malam pertama di rumah peranginan tu, encik capo menemankan rakan sekerja yang ternampak 'budak' tu ambil barang dalam bilik. mesti lah rakan sekerja tersebut ada cerita kepada beliau. tapi mujur lah encik capo tak cerita kat aku masa tu. kalau tak aku tak berani nak duduk dalam bilik dan juga tak berani nak keluar bilik langsung.

selepas sesi hari kedua tamat, kami balik terus ke seremban. tak mungkin aku nak tido di rumah peranginan selepas mendengar cerita-cerita angker. dirumah malam itu, baru encik capo cerita yang beliau terdengar bunyi seakan-akan perabot dialih-alihkan dibilik sebelah yang kosong. katanya seperti bunyi orang merapatkan katil dan sebagainya. mujur aku tak dengar bunyi tersebut. yang aku dengar hanya bunyi semasa aku dan encik capo nak keluar dari bilik penginapan tersebut pada malam pertama hari tu. rupa-rupanya rakan-rakan seopis di bilik lain juga terdengar bunyi perabot dialih-alihkan tu. ada juga yang dengar seperti orang berlari-lari di koridor tingkat atas.

disebabkan kejadian ini, aku asik membayangkan 'budak' tersebut. walaupun dah seminggu berlalu ia masih segar dalam ingatan aku. imaginasi aku sangat tinggi bila dengar cerita seram ni. otak aku yang kreatif mulalah membayangkan karakter-karakter dalam cerita seram lalu bayangan tersebut akan bertahan dalam fikiran aku bertahun lamanya. entah kenapa aku asik bayangkan 'budak' tu macam budak dalam movie juon. bunyi perabot dialih-alihkan juga aku membayangkan beberapa makhluk sedang mengangkat dan mengalihkan perabot-perabot tersebut. entah kenapa aku bayangkan makhluk tersebut seperti yeti tetapi berwarna hitam. oh! demmit kenapa aku harus membayangkan semua ini? sejak balik dari retreat di PD hari  itu, aku mulalah jadi penakut nak tinggal seorang atau dengan arissa di rumah pada waktu malam bila encik capo keluar dan terpaksa ikut beliau keluar sekali sedangkan sebelum ni ok je aku tinggal berdua dengan arissa malam-malam.
 

bila mengenang balik cerita-cerita angker tersebut aku teringat kisah yang aku alami sendiri semasa menginap di rumah peranginan tersebut pada tahun 2010 yang lalu. semasa tu opis aku buat btn/kursus motivasi di sana. aku pula sedang mengandungkan arissa masa tu. aku teringat pada malam yang hening itu, aku telah tido awal. aku masuk ke bilik manakala encik capo belum tido lagi dan duduk di ruang tamu. bilik penginapan ni adalah sejenis apartment yang mempunyai dua blik, 1 bilik air, 1 ruang tamu, ruang makan dan dapo. bilik utama ada 2 katil bujang yang masing-masing rapat ke dinding. disebabkan aku sedang pregnant dan perut dah besar aku tak selesa tido dekat-dekat, jadi kami tak rapatkan katil pun.

entah pukul berapa aku terjaga kerana dengar bunyi bising-bising di ruang tamu. bunyi tersebut adalah bunyi dari televison yang dipasang. cerita apa tak pasti pula. aku sangkakan encik capo tak tido lagi dan sedang menonton tv. tapi keadaan adalah gelap dan samar-samar sahaja. aku pandang pada katil sebelah dan ternampak encik capo sedang tido. oleh kerana encik capo telahpun tido, maka siapa yang sedang menonton tv? dari bawah pintu aku ternampak lah cahaya yang dipancarkan dari tv di ruang tamu. aku teringin rasanya nak bangun dan pergi cek kenapa tv terpasang? adakah encik capo lupa tutup tv sebelum tido? selepas memikirkan kemungkinan-kemungkinan lain, terus aku takut dan lari ke katil sebelah. bersempit lah tido berdua di katil bujang dengan perut yang memboyot.

keesokan paginya apabila bangun dari tido, aku terus pegi ke ruang tamu nak tengok tv tu memang terpasang ke tidak. tapi tv tak terpasang pun. elok je hitam skrin tv tersebut. oleh itu aku mula merasa takut. aku sengaja buat-buat lupa cerita tersebut masa tu sebab nak tunggu habis kursus baru cerita. yelah, kalau cerita semasa semua masih menginap di rumah peranginan, bukankah akan menimbulkan ketakutan kepada semua orang? disebabkan beberapa hari memendam cerita itu pada masa itu aku pun terus jadi lupa sehinggalah kes seram baru-baru ni membuatkan aku teringat pengalaman aku ini walaupun ia adalah kisah pada tahun 2010.

ok itu aje entri seram ini. harap-harap aku takkan terlibat dengan apa-apa kursus yang bertempat di rumah peranginan itu lagi atau di mana-mana saja yang ada kisah angker. sesungguhnya aku tak mahu mengalami apa-apa kejadian seram / angker ni.



p/s: aku tak mau bagitau rumah peranginan mana sebab tak mau orang tau aku kerja kat mana. ahakz.

hari tersebut adalah hari down dan seram

**entri ini telah ditaip pada hari rabu pukul 10.45 malam. sementara aku menaip entri ini arissa sedang tido dan encik capo mungkin baca komik online / main game bola / update blog. tak tau yang mana satu sebab beliau memang duduk depan pc je berjam-jam setiap hari **


minggu lepas aku telah terpaksa berkursus di PD. lokasinya tak lain tak bukan di rumah peranginan 'kesayangan' warga opis aku. disebabkan laki aku adalah sama  jawatan dan sama opis dengan aku, maka kedua-dua kami terpaksa menghadiri kursus ini bersama-sama.

memandangkan pengalaman kursus yang lepas kami tidak dapat sebilik, maka kali ni aku request supaya kami dapat sebilik. susah kalau bilik asing sebab beg kena bawa dua beg baju, dua beg barang mandi, dua extension dan sebagainya.

pagi hari pertama kursus aku telah dikurang senangi oleh bos sebab aku memakai seluar slack. dan itu menyebabkan aku agak down dan kehilangan mood sedikit pada awalnya. aku sangka bila buat retreat/kursus sesama opis di luar, temanya adalah santai. maka boleh pakai blaus dan seluar. lagipun aku memang tidak suka memakai baju kurung atau skirt kecuali pergi kerja. seandainya kerja gomen membenarkan memakai seluar pada waktu pejabat, aku lah orang pertama yang akan pakai. aku suka pakai seluar kerana seluar ada poket dimana aku boleh simpan henpon dan beg dompet di dalam poket seterusnya menyebabkan aku tak perlu bawak henbeg. disebabkan kejadian ini, aku berazam satu hari nanti bila aku jadi bos, aku akan benarkan anak-anak buah aku memakai seluar slack semasa kursus/retreat sesama warga opis sebab kita bukan berada di opis. enjoy your day because you are not in office. no stress, no rule except punctual.

semasa aku kerja swasta setiap hari aku memakai kemeja size s dan seluar size m. seminggu sekali atau mungkin tiada langsung aku memakai baju kurung. tapi itu kenangan opis yang dulu, usah dibandingkan. nanti mungkin ada orang akan suruh aku pegi keje di opis lama semula. dan itu sangat mustahil.

mood aku kembali normal apabila tiba masa makan. makanan katering sangat sedap sehingga aku mahu meratah semua lauk yang ada. tapi, perut aku yang kecil tak mampu nak berbuat demikian.

malam pertama kursus, aku dan encik capo sepatutnya bermalam di rumah peranginan tersebut. namun keadaan berubah bila encik capo tiba-tiba ajak balik rumah lebih kurang pukul 11 malam taktala kami sedang beradu di dalam gelap. seingat aku baru dalam 10 minit kami masuk tido tapi belum terlena lagi. disebabkan tiba-tiba sangat encik capo ajak balik, otak aku terus mendefinasikan ada sesuatu yang tidak kena.

encik capo ajak balik = dengar bunyi pelik atau nampak hantu. --> andaian aku.

tidak sampai  2 saat, dan tanpa bertanya kenapa beliau mengajak balik aku terus setuju sambil jantung sudah berdegup selaju kereta formula f1. sepantas kilat bukak lampu dan tukar baju. tak sampai 5 minit kami dah bersedia hendak meninggalkan bilik. pintu bilik dah dibuka dan encik capo dah berdiri di muka pintu dan aku dibelakang beliau bila mana tiba-tiba aku perasan jam aku tertinggal. apabila aku bagitau encik capo jam aku tertinggal serentak terdengar seperti sesuatu yang besar terjatuh atau sesuatu yang berat telah bergerak di ruang tamu. namun tiada apa-apa pun yang jatuh atau kelihatan yang aku boleh tuduh menjadi punca bunyi tersebut. aku sangat terkejut tetapi cuba buat-buat tidak dengar sedangkan degupan jantung terasa hendak keluar dari dada. aku tidak berhenti henti membaca ayat kursi dari saat keluar dari bilik sehingga menuruni anak tangga. bilik kami di tingkat tiga dan suasana di tangga sangat gelap langsung tiada lampu. demmit! lampu pun tak mampu nak pasang. sudah lah gelap, kami pula menuruni tangga dengan laju. mujur tiada yang  jatuh.

semasa dalam kereta, aku masih membaca ayat kursi. sehingga kereta masuk ke jalan besar, baru lah kami mula bercakap. aku masih tidak berani untuk bertanya kenapa encik capo tiba-tiba mahu balik rumah. kata orang bila dengar atau nampak benda yang pelik jangan ditegur dan juga jangan pandang belakang. sumpah, aku langsung tak pandang belakang bermula dari saat keluar dari bilik penginapan. PD dan seremban tak jauh. tidak sampai 1 jam pun. kalau bawak laju, 120 - 130 km/j, setengah jam sudah sampai. kami sampai di rumah 10 minit nak ke pukul 12 malam.

masuk saja dalam rumah, aku terus tanya encik capo kenapa beliau tiba-tiba ajak balik.
menurut encik capo..............



* jam dah pukul 11.15 malam. tiba-tiba aku rasa bulu roma meremang nak menaip cerita seram malam-malam begini. esok saja aku sambung. 


Wednesday, January 30, 2013

disebabkan burung, aku tak layan arissa

gambar ehsan pakcik google

sekarang ni aku sangat  tergila-gilakan Birzzle. Birzzle bukan seorang manusia yang mirip keanu reeves tapi game untuk android yang aku main di hp aku. kat ipad dan iphone pun ada juga game ni.

aku diperkenalkan kepada game ni pada hari sabtu yang lepas 26.1.2013 oleh kakak aku, lida. lokasi perkenalan aku dan game ni ialah di glory beach resort, pd.

lida: wildcutecat, kau dah main lum game burung menggigigil kek henpon?

wildcutecat: game burung menggigil? game apo tu? den tak tau pun. (dengan reaksi pelik dan dan rasa kelakar bila dengar burung menggigil. aku tak boleh imaginasikan burung menggigil macam mana).

lida: alah, game burung menggigil lah. macam main jewel jugak cumo ni burung. best main e'. kau main lah.

wildcutecat: macam mano game e'. bak den tengok.

lalu lida pun pegi amik henpon dia dalam bilik.

aku suspek lida mesti menyesal sebab perkenalkan game tu kat aku hari tu. sebab sejak aku memegang henpon dia pagi tu, sampai esoknya aku punyakan henpon dia. aku jadi ketagih main game burung menggigil @birzzle tu. aku nak donlod kat henpon aku tak boleh sebab takde wireless.

balik sahaja dari pd keesokan harinya, aku terus donlod game birzzle kat play store. sejak tu aku asik main game aje. dah tu, berebut pulak dengan arissa. pantang dia nampak aku main game burung menggigil ni dia pun nak mencelah jugak.

arissa: bak pon mak. (  bak phone mak).( sambil tadah tangan.)

wildcutecat: tak boleh, mak nak main.

arissa: bak pon makkkkkkk. (ok...dah mula merengek).

wildcutecat: ishhhh... amik lah.

terpaksa aku bagi henpon aku walaupun aku belum puas main lagi. arissa dengan girangnya main birzzle padahal bukan tau main pu. main tekan-tekan ikut suka hati dia aje.

gambar ehsan pakcik google

so aku donlod kat ipad pulak. aku pun main kat ipad sementara arissa main kat henpon aku. bila arissa nampak aku main kat ipad.

arissa: nak ipad aisa. ( nak ipad arissa).

wildcutecat: arissa main la kat pon mak. mak nak main kat ipad.

arissa: nak ipad aisaaaaaaaaa. ( dah stat merengek balik)

wildcutecat: ishhhh...kau nih! nak amik lah. bak pon mak balik.

arissa dengan girangnya pulangkan telepon aku dan amik ipad pulak.

huh!

camtu lah hari-hari sejak install game brizzle ni. malam tadi je aku main game ni dari 9.30 malam hingga pukul 1 pagi. behenti main sebab pegi tandas dan buat susu arissa bila dia mintak. walaupun mengantuk tetap tahan mata sebab nak main game punya pasal. betul-betul punya ketagih. tapi tu main yang direct lah. belum kira main setiap kali ada masa teluang. sementara tunggu tv terpasang, main kejap. sementara tunggu air masak, main kejap. kejap nye bukan 5-10 minit. paling koman 1 jam. masak air pun tak sampai 10 minit.

bila arissa mintak henpon aku malam tadi aku terus kata tak boleh!

arissa: bak pon mak.

wildcutecat: tak boleh! mak nak main. (sambil jari ligat mendrag-drag kan burung).

arissa: bak pon makkkkkkk.

wildcutecat: tak boleh!

arissa: bak pon makkkkkkk.

wildcutecat: tak boleh!

gambar ehsan pakcik google

akhirnya arissa mengalah dan main pemenan dia. tapi kejap-kejap datang minta henpon. padahal dah bagi ipad suruh main kat ipad.

bagi aku game birzzle ni sangat best dan sangat melekakan. boleh terabai rumahtangga  bila dah ketagih. harap-harap ketagih aku ni tak lama. kesian arissa....

Friday, January 18, 2013

sotong kangkung


masa jamuan besday arissa pada 1.1.2013 yang lalu, antara menu yang aku sediakan adalah sotong kangkung.  aku nak kongsi resepi yang aku google kat intenet tapi tak ingat website mana sebab aku bukak 3,4 resepi lepas tu aku pilih yang paling simple aje dan bahan yang tak susah untuk dicari. resepi ni aku dah modified ikut selera tekak aku.


bahan-bahan

sotong kembang
sayur kangkung

bahan sos

*setengah cawan lada mesin (kalau nak pedas, lebihkan lada)
*satu setengah cawan petis
*1 cawan air asam jawa
*1 cawan air kosong/air paip
*1 cawan gula
kacang tanah (dah di goreng dan ditumbuk)
suku cawan tepung gandum

sukatan bergantung kepada selera masing-masing. kalau nak pedas lagi lebihkan lada, kalau nak manis lagi lebihkan gula dan sebagainya.

cara-cara

1. rendam sotong kembang dalam air panas lebih kurang 10 minit.
2. rendam juga kangkung dalam air panas dalam 5 minit.

** haritu aku rebus sotong tu sebab bila rendam dengan air panas je macam mentah lagi. tapi aku terebus lama sangat kot jadi sotongnya jadi liat sket.

cara buat sos

1. masukkan semua bahan bertanda * dalam periuk dan nyalakan api.
2. kacau hingga sebati.
3. bila rasa-rasa dah nak masak, masukkan tepung gandum yang dah dicairkan dengan air untuk tujuan melikatkan / memekatkan kuah sos tersebut.
4.masukkan dalam bekas yang sesuai dan taburkan kacang tanah yang dah ditumbuk.
5. siap


Thursday, January 17, 2013

Rutin


Sekarang dah dekat pukul 12 malam. Masa untuk aku tido. Arissa pulak kusyuk main game samada kat ipad atau kat henset aku.

Aku pula memang dah standby tebaring berbungkus dengan selimut tunggu masa nak lelap. Kalau arissa nampak aku dah telelap, dia akan kejut aku.

'mak, mak angun' arissa kejut sambil tepuk2 badan aku.

Bila aku bukak je mata dia senyum2 dan sambung main game balik. Tapi kejap2 dia akan tengok aku balik kot2 aku telelap balik.

Kalau arissa kejut kadang-kadang aku tak layan pun. Sedar tapi pura-pura tido. Lepas banyak kali kejut tapi aku tak respon arissa akan cakap

'mak tido....' lepas tu sambung main game.

Biasanya aku akan telelap dulu berbanding arissa. Dia dah ngantuk nanti pandai-pandai dia tutup ipad dan tido sebelah aku. Leka betul arissa main game. Tapi arissa bukan main game yang tak berfaedah. Dia suka main puzzle yang cantum-cantum gambar, belajar abc, lagu abc, gambar2 binatang, dan macam-macam game untuk education ni.

Sekali sekala main juga angry bird, tom the cat, angry nanny dan ninjump. Macam ni la tetiap malam.
Ok la, aku mau tido sambil arissa main game kat sebelah.


send via wild d' xperia arc ~

sekeping gambar dan seribu kenangan

dari kiri: hani, aku, miza, umi, kak rina, is dan kak esah.

petang semalam aku godek-godek folder-folder dalam pc aku nih. tujuannya untuk buang mana-mana file yang tak berkenaan  supaya dapat jimatkan ruang hard disc aku yang dah mula tukar kaler jadi merah.

godek punya godek aku jumpa sekeping gambar lama ni. tetiba rindu dengan mereka semua yang terdapat dalam gambar nih. semuanya office mate kat opis lama di sunway damansara dulu. ada yang aku masih contact, ada yang dah tak contact lagi. mmmm....sebabnya, takde apa nak cakap kot. huhuu. gambar di ambil hujung tahun 2007 atau awal 2008 ( aku tak ingat pula). ni masa family day opis aku di bagan lalang. nama resort tak ingat pula.

bila tengok gambar ni, aku teringat ballon fight. sebab kiteorang ada main ballon fight masa family day tu. paling seronok dapat baling bom belon air kat orang dan paling aku benci bila aku dibaling bom belon air ni dan kena tepat-tepat  kat muka aku. demmit! tapi sebab ini adalah game, maka takda lah aku nak amik hati. nama pun nak bersuka ria. kalau taknak basah, baik duduk tepi diam-diam.

selain daripada tu aku ingat lagi kami main game apatah nama dia. sorang akan berdiri atas meja dan yang lain-lain akan standby sebab yang atas meja ni akan menjatuhkan diri dan semua yang tak berada atas meja kena sambut supaya beliau tidak jatuh. game ni asing lelaki dan perempuan. kalau dicampurkan nanti berebut yang sang lelaki nak menyambut sang perempuan dan sang perempuan pula akan melangkah setapak ke belakang bila sang lelaki nak menjatuhkan diri. faham-faham je la lelaki lebih berat daripada perempuan. ;-p. 

maksud tersirat game ni ialah apabila teman sepasukan kita dilanda masalah kita sebagai rakan sepasukan haruslah menolong beliau dan tak biarkan beliau terus jatuh dilanda masalah tersebut. yeke? hihi. aku pun dah tak ingat sangat sebenarnya. tapi memang seronok masa aku menjatuhkan diri dan ramai yang menyambut. rasa macam tengah buat konsert dan lompat atas ribuan peminat lalu disambut dan diarak gitu. ahaks.

banyak lagi game yang kami main. tapi aku rasa game paling boring ialah naikkan bendera tanpa menggunakan tiang. hanya dibekal tali dan salur paip yang pvc tu yang dah dipotong-potong. punyalah susah nak naikkan bendera dan akhirnya takde satu group pun yang berjaya. 

malam-malam pula kami jalan-jalan tepi pantai, buat unggun api dan tak sah kalau duduk berkumpul kat unggun api tanpa dengar cerita hantu dari pengalaman-pengalaman mereka dah alaminya. lepas tu balik bilik tak boleh nak tido sebab asik tebayang hantu. *_*

sekian, entri mengimbas kenangan dengan teman-teman opis lama dulu. aku rindu kamu semua. sungguh.

Wednesday, January 16, 2013

seperti yang ku jangka terjadi



sos cili dan susu enfagrow bukan sebahagian daripada bahan yang  diperlukan.

 
seperti yang aku bagitau dalam entri sebelum ni, aku akan kongsikan cara-cara untuk buat chocolate shake. resepi ni encik capo yang ajar. dia berkeras mahu turunkan ilmu dia pada aku walaupun aku tak sudi. aku tak sudi sebab aku tahu motif encik capo turunkan ilmu dia.  dia ajar aku  supaya dia tak payah buatkan untuk aku lagi. jadi ia bermaksud, aku yang kena buatkan untuk dia. T_T


bahan-bahan dan cara sangat lah mudah. semudah xyz.

bahan-bahan

aiskrim perisa coklat
(kalau nak strawbery shake, aiskrim perisa stawbery la. vanila shake, aiskrim perisa vanila).

susu yang bukan susu pekat manis/susu cair.
(dalam kes aku ni, aku suka guna susu hl. nak guna susu dutch lady atau yang sewaktu dengannya boleh juga)
juri jemputan

cara-cara

1. masukkan aiskrim dan susu ke dalam blender. sukatan adalah ikut selera sendiri. kalau suka rasa aiskrim lebih, letak aiskrim banyak. kalau suka susu lebih, letak susu lebih.

2. blender sampai rasa macam dah sebati.

3. tuang dalam gelas dan siap.

masa untuk juri test rasa


keputusannya........





sedapnye. mak, nak lagi!....^_^

Tuesday, January 15, 2013

aku suka kamu

aku suka sangat minum chocolate shake Mcd. chocolate shake sangat sedap pada tekak aku. pertama kali aku minum chocolate shake Mcd ialah pada tahun 2006.

mengimbas semula kenangan hidup aku masa tahun 2006:

tahun 2006 aku belajar di Cosmopoint di Jalan Raja Laut. bulan berapa tak ingat pula. bukan belajar amik diploma atau degree, sebab  aku memang dah ada degree dari UTM. cuma masa tu aku sangat susah dapat kerja sebab tiada pengalaman kerja. jadi aku menyahut panggilan Cosmopoint Jalan Raja Laut yang tak jemu-jemu call aku dan pujuk aku berbulan-bulan lamanya supaya amik kursus ACCP kat sana. disebabkan aku amik kursus ACCP tu la aku mula mendapat kerja. terima kasih sangat sebab kamu tak jemu-jemu pujuk aku wahai Cosmopoint Jalan Raja Laut. kalau kamu jemu pujuk aku, entah aku kerja sebagai apa sekarang.

aku tak nak cerita detail pasal kursus dan Cosmopoint Jalan Raja Laut  sebab aku nak cerita pasal chocolate shake Mcd.

berhijrahnya aku ke KL pada masa tu, membuatkan aku kenal KL Sentral, Star Lrt, Putra Lrt, Rapid KL, Metro bus dan sebagainya. aku juga selalu balik kampung di Kuala Pilah dari Putrajaya sebab aku tinggal di Putrajaya semasa amik kursus di Cosmopoint Jalan Raja Laut sebelum aku pindah ke Briecfield seterusnya Sentul.

bila aku berulang alik KL - Putrajaya, Putrajaya - Seremban atau KL - Seremban, aku banyak menghabiskan masa di KL Sentral. seorang diri. ye...seorang diri. tempat lepak kesukaan aku ialah Mcd. tak sah kalau setiap kali aku singgah di KL Sentral tanpa beli Mcd. pada masa tu aku sangat suka order Chicken Foldover. biasanya aku makan seorang diri saje di Mcd. mula-mula dulu aku sangat malu-malu kucing makan seorang diri sebab aku rasa aku seperti alien dan semua mata pasti tertumpu pada aku sambil membuat mimik muka yang mengjengkelkan.


lama-lama aku jadi biasa makan seorang diri kerana merasakan alien dan aku telah sebati di  Mcd KL Sentral.

nak segelas?

berbalik kepada cerita chocolate shake, aku mula-mula beli chocolate shake diMcd KL Sentral. ini kerana aku ternampak poster chocolate shake yang didirikan disebelah kaunter di pintu masuk Mcd tersebut. dari poster tersebut aku dapat rasakan chocolate shake ni pasti sedap. kalau tak, kenapa aku seakan-akan nampak poster chocolate shake tu menari-nari memanggil aku untuk membeli beliau. (ok, aku bergurau. kalau betul poster tu menari-nari panggil aku, aku pasti takkan ke KL Sentral lagi). aku beli dan rasa. sekali aku rasa, aku terus jatuh hati seperti mana aku jatuh hati pada Yusri KRU masa sekolah-sekolah dulu. sejak hari itu, aku ada hobi baru iaitu beli chocolate shake setiap kali berada di KL Sentral.

bila aku balik seremban, aku tak pernah nampak chocolate shake. bila tanya kaunter, mereka akan kata chocolate shake takde jual kat seremban. oh..dan aku sangat kecewa. kat KL pun tak semua Mcd ada jual chocolate shake. oleh sebab tu, aku sangat sukakan KL Sentral sebab kat sana memang pasti ada jual chocolate shake. tapi kadang-kadang bila aku nak beli chocolate shake dan petugas di kaunter kata mesin rosak, aku sangat kecewa. aku rasa kekurangan sesuatu. aku rasa tak lengkap hidup aku untuk balik ke kampung pada hari tersebut. oleh sebab itu aku terfikir nak buat cerpen, 'Chocolate Shake ku Tertinggal di KL Sentral'. (sehingga hari ini, cerpen tersebut tak pernah diterbitkan).

setelah merantau 7 tahun ke belakang, kita kembali ke tahun 2013 semula.


sekarang, kebanyakkan Mcd sudah menjual chocolate shake. aku adalah insan yang paling gembira bila ternampak poster chocolate shake dah berada di McD di seremban. kenapa aku terlalu gembira?

kerana aku sudah 3 tahun lebih meninggalkan KL atau Putrajaya atau kawasan yang berhampiran dengan KL Sentral. disebabkan aku telah bekerja di Seremban, aku terpaksa melupakan hobi membeli chocolate shake di KL Sentral.

kini, aku boleh kembali membeli chocolate shake Mcd dan menjadi kanak-kanak riang semula. tapi aku jarang membeli chocolate shake pula sekarang bila dah ada depan mata. ini kerana aku dah boleh buat chocolate shake sendiri. entri yang akan datang, aku akan kongsikan bagaimana caranya.

sekian, entri yang buat aku rindukan KL Sentral.



Monday, January 14, 2013

bila hilang satu huruf, bunyi pun akan jadi tak semenggah



arissa dah pandai bercakap sejak umur setahun lebih. aku tak ingat secara spesifik bila. tapi yang pasti dia mula pandai sebut perkataan-perkataan tertentu masa umur 1 tahun 4 bulan. tak silap aku dalam umur 1 tahun 8 bulan atau 9 bulan dia dah pandai bercakap, buat ayat dan boleh diajak berbual. satu yang aku perasan, arissa tak pelat bila bercakap.

kalau susu dia akan sebut 'susu'. bukan 'cucu'.

dinosor = 'dinosor' juga.

rusa = 'rusa' juga sebutannya.

rasullullah = 'rasullullah' jugak.

masak = 'masak'.

nasik = 'nasik'

begitu juga perkataan-perkataan lain. bila arissa dah pandai bercakap ni, komunikasi 2 hala sangat mudah. sebab arissa faham apa aku cakap, aku pun faham apa dia cakap. pendek kata, komunikasi guna bahasa melayu dua-dua. bukan mak cakap bahasa melayu, anak cakap bahasa jerman.

cuma yang merisaukan aku sekarang, ada satu perkataan arissa belum boleh sebut dengan betul. kalau arissa sebut perkataan ni kat orang yang dia baru kenal, mesti sentap orang tu dan mesti kata mak ayah arissa tak tau ajar anak. 

perkataan tu ialah


barbie.

arissa akan sebut 'babi'. T_T.


walaupun aku dah ajar banyak kali, arissa akan sebut 'babi' juga. sebutan r pada barbie tu tak kedengaran langsung. kenapa la barbie tu dibagi nama barbie. dekat-dekat dengan babi aje.

masa besday hari tu, salah satu hadiah yang arissa dapat ialah barbie. murah ke mahal ke aku tetap panggil barbie.

so bila arissa tanya automatik la aku bagitau dia anak patung tu namanya barbie.

sejak tu bila arissa nak main barbie, dia akan cakap:

'mak, 'babi' ne?' - (mak, barbie mana?)

'sikat babi ne?' - (sikat barbie mana?) - dia nak sikat rambut barbie la tu.

kalau barbie tu terjatuh pulak:

'alah, jatuh lak 'babi' ni ah' - (alah, jatuh lak barbie ni lah).

kalau arissa taknak barbie tu pakai baju, dia akan cakap:

'mak, nak babi alu ni' - (mak, nak babi malu ni) .

bila arissa tak pakai baju, kiteorang akan cakap, 

'eee...malulah arissa ni'.

so automatik arissa faham, malu = tak pakai baju.

barbie arissa yang bogel. aku letak je baju atas tu untuk cover. sensored pulak nanti.

sejak dapat barbie tu hari tu, sampai la saat ni, barbie tu bogel. sebab arissa nak pakaikan barbie tu baju sendiri. tapi tak pass pass. bila aku nak tolong dia mengamuk tak bagi. jadi,...berbogel la barbie tu sehingga arissa berjaya pakaikan sendiri baju barbie tu satu hari  nanti.

agak-agak, bila arissa akan pandai sebut barbie tu barbie ye. 


Sunday, January 13, 2013

entri pengotor tapi penuh kasih sayang

entri kali ni agak pengotor sket sebab aku nak cerita pasal berak atau taik. sesiapa yang sedang makan atau minum jika tak mahu kembang tekak, sila habiskan makanan dulu.

berak yang aku nak cerita ni bukanlah berak aku tapi berak arissa. aku sangat kesian dengan arissa sebab dia selalu berak keras. menangis-nangis bila meneran berak tapi keluarnya tak. kadang-kadang berjam-jam lamanya dia meneran. kadang-kadang keluar darah sekali. aku yakin darah tu keluar dari bontot arissa. mustahil tu darah period, sebab arissa masa tu baru umur setahun 9 bulan.

masa ni arissa dah dekat sejam meneran berak tapi tak keluar. dah menangis-nangis sakit perut. akhirnya aku bawak arissa masuk dalam bilik air untuk melakukan misi.

aku sangat susah hati tengok arissa macam tu. aku google macammana nak mengatasi baby berak keras ni, macam-macam info aku jumpa. salah satunya bagi baby minum jus buah. so, aku beli jus untuk baby brand heinz macam dalam gambar bawah ni.

gambar ni memang 4, malas na crop.

mula-mula arissa minum dengan jayanya. berak pun dah tak keras. tapi bila dia dah besar sket, tekak dia dah tak boleh terima rasa jus ni. aku cuba rasa, memang tak sedap pun. rasa tawar-tawar masin je. bagi arissa makan buah dia memang taknak. minum air kosong pun tak banyak. ikut tekak dia je bila nak minum. oleh sebab tu, berak dia pun stat keras balik.

sampai satu tahap, aku terpaksa tolong arissa keluarkan berak dia. mana tahan hati aku tengok arissa meneran sampai menangis-nangis tapi berak tak keluar. sebagai seorang emak yang sayangkan anaknya, aku pun bawak arissa ke bilik air dan tolong dia keluarkan berak dengan cara tonggengkan arissa dan cuba tarik berak dia yang dah tejulur sket tapi tersangkut taknak keluar. bak kata pepatah, hidup segan mati tak mahu.

arissa memang taknak bantuan aku sebab memang dia terjerit-jerit melalak bila aku tonggengkan dia. tapi percayalah, kesakitanmu akan berakhir bila berak yang tersangkut tu dapat dikeluarkan sepenuhnya. bila dah dapat keluarkan berak arissa yang memang super keras tu maka arissa pun dah tak menangis dan boleh bermain seperti biasa. setakat umur arissa dah  2 tahun ni, adalah 4,5 kali aku 'tolong' dia. kalau bukan mak sendiri tolong, siapa lagi nak tolong. jijik tolak tepi, yang penting arissa kembali ceria.



kemudian aku jumpa info pasal vitagen boleh membantu dalam masalah arissa ni. apa yang aku baca, vitagen boleh membantu dalam masalah susah nak teberak ni. so aku pun bagi arissa minum vitagen. mujurlah arissa nak minum vitagen ni. so dia boleh habiskan sebotol vitagen tanpa paksaan. seperti yang aku harapkan, lepas minum vitagen ni, arissa dah senang nak meneran berak. maknanya berak dia tak keras macam sebelum ni la. aku pun suka arissa tak terseksa lagi nak bila nak teberak. oh ya bukan arissa je yang senang nak teberak, malah aku pun alami kesan yang sama sebab bila bagi arissa vitagen, aku pun nak sebotol jugak. mana tahan tengok arissa sorang menyedut vitagen yang sedap tu.

masalah mula timbul bila arissa dah muak minum vitagen. kalau sebelum ni dia boleh habiskan sebotol ke dua botol vitagen sehari, skang ni setengah botol pun susah. sebab hari-hari bagi so dia cepat la muaknya.
disebabkan itu berak dia mula keras balik. kadang-kadang dia mampu meneran sendiri, kadang-kadang aku akan 'tolong'.

kadang-kadang juga aku akan guna benda ni kalau arissa susah nak teberak. kalau guna benda ni tak sampai 10 minit, arissa akan berjaya meneran beraknya keluar. bole beli kat farmasi guardian dengan harga RM1.50 kot.


tapi tak boleh guna selalu sebab nanti tak boleh nak meneran berak sendiri kata staff kat farmasi guardian tu. benda ni kena cucuk dalam lubang bontot arissa dan ia bukanlah mudah nak melakukannya memandangkan arissa adalah juara meronta-ronta ni. tapi sekuat mana pun arissa meronta kuat lagi kasih sayang mak dia ni yang nak tolong.

aku masih mencari cara lain untuk tolong arissa ni. kalau boleh nak dia senang teberak secara semulajadi. bukan guna cecair atau aku yang tolong tarikkan berak dia. bukan aku tak sanggup lagi cuma takut juga kalau dia tak boleh meneran sendiri suatu hari nanti.

ok itu aje. entri ni banyak guna perkataan berak. aku malas nak taip buang air besar. lagipun memang aku selalu guna perkataan berak je. jadi tak perlu nak hipokrit kononnya sopan.

Saturday, January 12, 2013

entri bangang

aku menyampah sungguh dengan kenderaan yang guna lampu warna putih sebagai lampu signal atau lampu depan. serius cakap, kalau malam-malam memang boleh menimbulkan kesilauan pada driver lain. kalau siang      pula, langsung tak perasan lampu signal dorang.

mana lah mereka ni letak kepala otak masa buat keputusan nak tukar kaler lampu tu. yang peliknya jpj tak saman ke mereka yang bangang-bangang ni. kononnya cantik dan bergaya sangat la letak lampu kaler putih. masalahnya dorang duduk dalam keta so tak nampak akibat dari kebangangan dorang tu. tak pasal-pasal boleh menimbulkan eksiden sebab memang silau sangat.

setiap kali aku tengah drive dan terserempak dengan kenderaan yang pakai lampu kaler putih ni memang aku maki je. bangang sangat. tak kisah la dorang memang tak dengar pun janji aku puas hati.
so, sesape yang dah elok-elok lampu depan dan lampu signal kaler kuning cair tu tak payah la nak jadi bangang pegi tukar kaler putih pulak. jangan tambahkan bilangan orang bangang kat malaysia ni.

sekian.

Friday, January 11, 2013

baru aku tahu kenapa

sejak dua menjak ni kat opis aku selalu sangat mengantuk. dari pagi membawak ke petang. tido awal pun aku masih mengantuk lagi. cuba bayangkan seksanya mengantuk tapi tak boleh nak tido sebab kat opis. kalau mengantuk kat rumah boleh la terus tido. kalau kat opis memang sengaja cari pasal la kalau tido masa keje.

mula-mula aku tak perasan kenapa la mengantuk dan penat sepanjang hari. nak buat apa pun malas sebab mengantuk dan tak bermaya je. kemudian baru aku teringat aku dah lama tak makan supplement. aku asyik lupa aje nak makan. kalau tak bawak kat opis memang tak bermakan la supplement tu. ada yang dah lama abis tapi aku yang tak beli-beli sebab tak ingat. hahaha.



aku makan supplement shaklee iaitu vit c, vit e dan b comple serta esp. selain dari tu aku juga makan habbatus sauda halagel. tapi memang betullah, sepanjang makan supplement tersebut aku jarang sangat mengantuk dan tak bermaya macam skang ni.

set shaklee tu aku makan yang set untuk kulit. memang berkesan la pada aku. dari segi kulit muka tu aku tak pasti la tapi kat kulit-kulit lain aku perasan la perubahan positifnya. contohnya kulit tumit aku ni memang suka merekah. tapi sejak makan shaklee, merekah tu dah berkurang dan hampir hilang. tapi masalahnya bila aku dah tak makan sejak sebulan ni, merekah tu datang balik. hohoho. kat rambut pun aku perasan yang rambut tampak lebih bermaya sejak makan set ni.



yang esp tu aku perasan dia bagi aku tenaga. begitu juga dengan habbatus sauda. so bila aku tak makan kedua-duanya....maka lemau la aku setiap hari walaupun dah makan nasik.

lepas ni kena cepat-cepat la order sebab stok ada yang dah habis. dan kena letak siap-siap dalam beg supaya bawak g opis. kalau tinggal kat rumah memang alamat tak bermakan la sebab asik lupa aje.

oh ya, aku bukan penjual shaklee atau habbatus sauda. so entri ni bukan nak promote produk tersebut tapi nak berkongsi supplement yang aku makan dan berkesan bagi aku. aku beli online aje semua ni. beli online pun bukan orang lain, kengkawan aku jugak. huhuhu


sekian.


arissa sudah 2 tahun

kek indulgence secret recipe yang telah dimodified oleh aku. hahaha

2hb jan 2013 hari tu genaplah umur arissa  2 tahun. rasa macam sekejap je masa berlalu. aku pun dah lupa macam mana arissa masa baby-baby dulu. bila tengok gambar arissa masa baby mesti macam tak percaya je.

'eh, macam ni ke rupa arissa dulu?' hahaha.

arissa masa umur 2 bulan.

berbalik kepada besday arissa hari tu, maka jamuan untuk besday arissa pun dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. disebabkan 2 jan 2013 jatuh pada hari rabu iaitu hari bekerja, maka jamuan pun diadakan awal sehari iaitu 1 jan 2013, sebab cuti tahun baru.

gigih tau aku mengepam belon dan tampal buat huruf-huruf tu. tq kepada tukang print encik capo, dan tukang guntingnya adif.


muka pucat lesi, takde masa nak mekap-mekap bagai. hahaha

orang buat gaya peace die pun nak buat jugak.

pose istimewa dari arissa budak moody.

menu pun dah dirancang. 31hb 12 2012 tu aku cuti. jadi aku lah yang kena ke hulur hilir beli barang-barang dengan dibantu oleh 2 orang anak buah aku yang dah semakin bujang iaitu duan hadi dan adif. pagi keluar, malam baru aku setel beli barang. penatnya memang tak terkata. hari tu aku pinjam keta lida sebab bonet keta dia besar so aku boleh sumbat banyak barang. nak harapkan bonet keta viva aku memang tak boleh la kecuali seat belakang takde orang duduk.

arissa yang asik nak merajuk aje. sket2 merajuk. merajuk je mula la dia tejelepuk kat lantai sambil tutup muka.

pehal amik gambar gua ni bro?


lepas setel beli barang, malam tu jugak aku terus siapkan bahan-bahan untuk masak esoknya supaya esoknya aku tak kelam kabut masak dan kemas. rumah pun dah kemas siap-siap tapi belum keseluruhan la.

pagi 1 hb tu aku pun stat memasak. majlis stat pukul 3.30 petang. dalam pukul 1 tgh hari encik capo keluar amik kek. aku sibuk memasak sambil dibantu oleh duan hadi. dekat pukul 3.30 petang tetamu-tetamu pun dah sampai.

arissa yang sangat moody time ni. tiup lilin pun taknak padahal masa practice bukan main laju die tiup.
menu utama - sotong kangkung buat sendiri. siap berlabel bagai macam kat hotel. yela, kang ada yang tak tau pebenda makanan ni kan. bukan semua orang penah makan sotong kangkung. ahak.


ni ayam goreng ala kfc tapi bukan kfc. tq kepada duan hadi yang tolong goreng sementara aku sibuk mengemas.

kentang putar buat sendiri ala-ala kfc.

ni sos kentang putar dengan kuah sotong kangkung. harus la label kang orang asik tanya, ni kuah apa? tu kuah apa? aku semestinya tak dapat nak jadi penjaga makanan sebab sibuk layan tetamu. biarkan saja label berkata-kata.
oh ya, tema baju masa besday arissa ialah jersi atau baju kaler hitam. tetamu-tetamu yang datang pun sangat sporting datang pakai baju tema. hahaha. siapa yang takde baju jersi atau kaler hitam, boleh aje pakai baju kaler lain. tetamu-tetamu jemputan takde lah ramai. ahli keluarga dan kawan-kawan rapat je. aku ni ada satu perangai negatif sket. kalau dah 3,4 kali aku jemput masa buat apa-apa majlis tapi tak pernah datang, biasanya aku taknak jemput orang tu lagi. hahaha. jahat tak aku. kecuali tau orang tu ada hal atau jauh la. huhuhu.


ni kuih kucai masakan emak aku. sebelah dia coslow untuk makan dengan ayam goreng. haruslah buat sendiri. ada satu lagi menu yang takde dalam gambar iaitu mee sizling pemberian kaktih. sape la cameraman tak amik gambar lengkap ni. huh!


ada koko krunch bersama susu hl, apple donuts (yeke nama macam ni?) pemberian bancik dan juga gula-gula dan jajan2 sumbangan aku dan kakngah.


majlis berlangsung sampai la pukul 10.30 malam sebab ada jemputan yang memang tak dapat datang petang tu dorang datang malam. terima kasih kepada tetamu-tetamu yang datang memeriahkan majlis besday arissa ni. terima kasih juga kepada yang bagi arissa hadiah besday. aku tak sempat nak amik gambar masa buka hadiah. penat sangat.






ok, itu saje. sila enjoy gambar-gambar suasana besday arissa.








sila abaikan hanger yang tergantung kat tingkap tu ye...huhu

Monday, January 7, 2013

dah 17 tahun rupanya

hari ni 7 januari 2013 genap 17 tahun arwah abah aku meninggal dunia kerana sakit darah tinggi, di hospital kuala pilah. tak sedar langsung dah 17 tahun berlalu. maknanya dah 17 tahun aku ni tak berabah. huhuhu. sangat janggal nak sebut abah sebab dah lama tak guna perkataan tu. aku masih sangat muda ketika arwah abah menghembuskan nafas terakhirnya. umur baru 13 tahun nak masuk 14 tahun.

arwah abah aku adalah the best abah ever. semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

amin...
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails