Tuesday, March 8, 2011
mari sarapan
pagi ni aku masak bihun goreng. agak meriah sebab ada sotong dan udang. ni bekalan aku dan encik capo hari ni. pagi sebelum keluar rumah, breakfast bihun dan susu HL dulu. pastu kalau ada lebih bawak bekal ke pejabat. jimat duit takyah makan kat kafe ^_^.
Labels:
my taste
hobi berfaedah
ada pepatah kata, masa itu emas. betul ke? betul sangat la. skang ni aku dan encik capo grande ada hobi baru. hobi yang mendatangkan faedah gak la. faedah macam menguji minda dan menguji ketajaman mata serta kepantasan menyelesaikan sesuatu masalah. disamping tu hobi ni mengelakkan diri daripada buang masa. cewah cewah, macam bagus la plak. huhuhu. nak tau hobi apa? kita saksikan selepas ini. huhuhu. tiru tagline raja lawak lagi. ;-p
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Monday, March 7, 2011
tanpa mu
untuk makluman semua, hari ni 1st day aku masuk keje setelah 2 bulan cuti bersalin. aku hanya amik 60 hari sahaja bukan 90 hari. tapi kini menyesal kerana tak amik cuti bersalin 90 hari. kalau la ku tau indah dan seronoknya menjaga baby sendiri, mesti awal2 aku dah amik cuti 90 hari supaya dapat luangkan masa lebih lama dengan arissa di rumah. tapi takpe la, cuti-cuti tu simpan untuk keperluan akan datang.
Labels:
baby arissa,
my life
Saturday, March 5, 2011
hari jumaat punya aktiviti
hari ni 4 mac 2011. ada appoiment antara arissa dan dr sukhilmi di klinik pakar wanita sukhilmi di senawang. kecik2 dah pandai wat apoimen. huhuhu. sebenarnya arissa nak kena cucuk hari ni sebab dah berusia 2 bulan. aku dan encik capo menghantar arissa checkup bulanan di klinik sukhilmi sebab boleh pegi bila-bila masa dan tak perlu menunggu berjam-jam. korang paham-paham je la keadaan klinik kesihatan gomen macam mana. selalu ramai orang + tunggu berjam-jam. tengok je la masa aku pregnant dulu. sampai 3, 4 jam baru setel.
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Thursday, March 3, 2011
sesi beborak
suka betul arissa lepas mandikan dia tadi. tesenyum, tegelak je keje dia. lepas siap je, terus arissa ajak aku beborak. macam-macam betul yang dia cakap. tapi arissa sorang je la yang paham. bila aku tanya, mesti dia jawab sambil senyum dan keluar suara. comel betul. topik perbualan pagi ni, aku tanya dia bila nak belajar meniarap? sebab dia skang sibuk praktis nak duduk padahal meniarap tak tau lagi. berikut ialah aksi-aksi perbualan kami yang sempat disnap tadi:
![]() |
| arissa stat menegur aku |
Labels:
baby arissa
Wednesday, March 2, 2011
Tuesday, March 1, 2011
tilam bear arissa
semalam aku ada wat entri pasal aku beli tilam online untuk arissa kan. hari ni tilam tu dah sampai. nak tengok rupa tilam tu? sila scroll ke bawah:
![]() |
| pembungkus ni dah selamat dikoyak rabakkan. |
Labels:
baby arissa,
my life
panggilan mesra
apa ye gelaran aku kat arissa? mama? mumy? ibu? umi? emak?
kebanyakan orang skang suka gelarkan diri mama. tapi aku rasa tak sesuai gelaran tu kat aku la.
aku lebih selesa gelarkan diri aku mak. dari arissa dalam perut lagi aku dah gelarkan diri aku emak.
masa pregnant aku selalu gak borak-borak dengan arissa sambil usap-usap perut. tapi aku hanya beborak kalau aku sensorang je la masa tu. huhuhu.
kebanyakan orang skang suka gelarkan diri mama. tapi aku rasa tak sesuai gelaran tu kat aku la.
aku lebih selesa gelarkan diri aku mak. dari arissa dalam perut lagi aku dah gelarkan diri aku emak.
masa pregnant aku selalu gak borak-borak dengan arissa sambil usap-usap perut. tapi aku hanya beborak kalau aku sensorang je la masa tu. huhuhu.
Labels:
baby arissa,
my life
Subscribe to:
Posts (Atom)





