Thursday, June 9, 2011

makan-makan lagi

masih ingat entri wish besday untuk mak aku hari selasa semalam?

arissa dan wan pilah die

petang selasa, lepas balik keje, aku singgah di kedai kek baker's cottage untuk beli kek besday. alang-alang dah ada kfc kat situ, aku pun terus je beli 1 barrel yang ada 21 ketul ayam. kompem la amik semua spicy.

kek eskrim strawberry

jom makan
dah beli kek dan kfc, arissa pun dah ada kat pangkuan aku, maka kami pun menuju ke rumah kakngah. mesti cepat sebab aku beli kek eskrim. orang kedai kek tu kate blh tahan 1 jam tak masuk peti ais. so kami pun bergegas ke rumah kakngah.

acara potong kek diiringi nyayian lagu besday oleh anak2 buah aku
sementara tu, kami berpossing dulu. hari ni selasa...kena pakai baju korporat daa...

sampai-sampai je kaktih n family dah ada. anak-anak bancik pun ada kecuali bancik sebab bebudak tu memang lepak rumah mama@makngah dieorang stat cuti sekolah hari tu. kakngah n anak2 kompem la ada sebab buat makan2 kat rumah kakngah. lida ada, dan paling penting, besday girl pun ada. hihihi.

semua tengah kusyuk makan kfc
budak kecik ni pun nak makan kfc??? mengicak kat maktih die la tu

so, semua dah ada, acara potong kek pun bermula sambil diiringi nyanyian happy besday oleh cucu-cucu mak aku. sebenarnye mak aku tak tau pun nak buat sambutan besday beliau hari ni. macam biasa la, tetiap tahun mmg sambut besday mak aku, tapi memang tak penah bagitau mak aku pun. tau-tau adik bradik bekumpul, ada makanan dan kek. camtu la tetiap tahun. huhuhu.

semua tengah kusyuk makan
dari kiri: arip, mak aku, arissa, adif dan helmi. 3 bujang sepah lat ta li lat. huhuu

ikutkan mak aku, tak kuasa nak potong2 kek dan menyanyi2 bagai nih. tapi dah anak2 dan cucunye nak buat cenggitu, teruskan je la. lepas potong kek, makan2 pun stat. antara menu yang ada ialah kfc, roti john, cikedis dan air gas.

3 generasi. uwan, anak, cucu. huhuhu
oh ya, mak aku berusia 68 tahun skang. masih kuat dan sihat lagi. cuma sakit2 kaki dan lutut tu biasa lah. semoga Allah panjangkan umur emak aku dan berikan kesihatan yang baik kepada mak aku. Amin. teringat kenangan dengan mak aku masa tinggal bersama zaman2 bujang dulu ^_^. so, happy besday mak. ucapan dah bagi masa entri lepas. hehehe. so, masa ni jugak aku bagi hadiah besday untuk mak aku, kakngah, kaktih dan mimi. untuk lida, tunggu dulu ye.

arissa dah stat merengek-rengek nak tido.

lepas dah abis makanan, dan arissa pun dah mula merengek-rengek nak tido, aku sekeluarga pun minta diri dan pulang. arissa pun dah telelap dalam keta. peliknye sampai2 rumah je mata dia segar bugar. tak mau tido sampai la pukul 12 tgh malam. huhuhu.

ni hadiah besday untuk mak, kakngah, kaktih dan mimi. untuk aku pun mesti la ada. ni telekung untuk travel. aku beli online. cantikkan colourful.

Wednesday, June 8, 2011

semuanya untuk arissa


ehem ehem. nampak gambar kat atas tak? tu semua soft educational toy yang aku beli online untuk arissa. baru je sampai pagi tadi dihantar oleh skynet. tergoda tengok soft toys ni, pastu terus je order dan bayar online. tak berlengah lagik. sepatutnya toys ni sampai minggu lepas, tapi oleh kerana masalah teknikal, hari ni baru dapat.

arissa yang dikelilingi soft educational toys. tak tau mana satu nak pegang dulu. hahaha.
pemenan ni bukan pemenan biasa tau. lembut sangat dan sedap dipegang. lagi satu kebaikannya ialah, selain untuk main, ia untuk education juga.

shape alphabet dot dot dot..
arissa boleh tanggalkan dan lekatkan ikut warna. boleh belajar bentuk, warna dan ABC juga.
selain daripada tu, ada pemenan ni untuk ransangan deria pendengaran baby. contohnya pemenan kat bawah ni.

bila tekan burung tu die boleh berbunyik. tekan telinga gajah dan lain-lainpun ada bunyi tapi berbeza-beza la.

ABC train
boleh dicabut-cabut dan disusun ikut ABC
selain daripada tu ada bantal buku cerita. pillow storybook. boleh guna untuk tido, boleh juga baca buku citer.

sekarang bantal...
sekarang buku citer...taraaaa..

buku citer bentuk kain u all. helaian2 tu pun kain. ada 10 mukasurat. memang cantik sangat.

last sekali..ada notebook 3d zebra. yang ni aku tak beli. ni free gift dari tuan punya kedai sebab penghantaran lambat. so, arissa dapat 1 lagi soft toys. yahooo... hehehe

skang muka zebra...

skang jadi buku kecik. taraaaa...huhuhu
so, aku tak beli pemenan bukan-bukan kan untuk arissa. semuanya untuk education. so arissa, mak ayah kau dah habiskan beratus duit beli pemenan ni, sila main sambil belajar okeh. jangan belajar sambil main. huhuhu.

semua pemenan nak dimasuk dalam mulut. huhuhu

Tuesday, June 7, 2011

happy besday mak

hari ni 7 Jun 2011. hari lahir mak aku yang tersayang.


happy besday mak. semoga panjang umur dan sihat selalu. cayang mak. mmmmuaahhh.

ni hadiah untuk mak aku. baru je sampai pagi tadi. hik hik hik.




Friday, June 3, 2011

selamat 5 bulan

semalam 2 jun 2011, arissa genap 5 bulan. dah besar dah cayang mak ni.
skang arissa dah  boleh duduk tapi dengan bantuan la, tak boleh duduk sendiri lagi tapi dia rajin practice.
selain daripada tu, arissa dah pandai buat posisi merangkak tapi belum pandai merangkak lagi la.
arissa jugak dah pandai naik walker. ke hulu ke hilir dia dengan walkernye. 
bukan main suka lagi dapat merayau kat rumah dengan walker. 
kalau tak, terbaring je kat atas tilam. dan yang paling best sekali...arissa dah pandai main pemenan. sebelum ni kalau bagi pemenan kat dia, dia buat tak tau je. tapi skang dia suka main. 
excitednye aku nak beli pemenan banyak2 kat arissa.
hehehe.

Thursday, June 2, 2011

beramai-ramai pasti seronok

malam tadi adalah malam untuk bergembira seisi keluarga aku. sebabnya semalam aku dah plan nak tengok kungfu panda dan nak ajak kakngah, kaktih,lida dan anak-anak mereka (jika ada. huhuhu). so, seperti yang aku dah plan, kami pun menonton wayang di mbo citer kung fu panda 2. memang best citer ni. kelakar dan ada la part-part yang menyentuh perasaan. kalau nak tengok wayang citer kartun, aku suka la sangat nak ajak anak-anak buah aku. sesuai la dengan dorang untuk tengok citer yang macam ni. lagipun, bila dengar je wayang, kompem anak-anak buah aku akan suka. dan lagi satu, kalau part-part yang klaka tu, terdengar suara dorang tergelak-gelak, aku pun akan rasa puas hati. sesekali tengok wayang beramai-ramai, pasti seronok.


cuma yang tak bestnya, kami sampai lewat sket kat mbo. so, tak sempat nak  belikan pop corn untuk semua jemputan aku. tengok wayang sambil makan pop corn mesti akan betambah best. tapi nak buat camno, dah lambat. citer pun dah stat masa kami masuk dalam hall. tapi walaupun terlewat masuk, tetap paham jalan citer dan tetap boleh gelak2. best sangat tau citer kung fu panda 2 ni. aku suggest sangat korang pegi tengok.

lepas abis tengok wayang, kiteorang pun pegi makan kat bazaar mains. aku paling suka makan yong tau fu kat situ. memang kelas sangat rasa die. kena cantum 3 meja untuk kami makan sebab ada 11 orang kesemuanya termasuk aku dan encik capo. so, bayangkan macam mana kecoh kiteorang makan beramai-ramai. aku kalau dengan family aku, aku automatik akan jedi kecoh. tapi kalau dengan kengkawan opis atau orang lain, automatik aku akan jadi pendiam. tetiba aku akan jadi blank tak tau nak cakap apa. sebab tu diam jek.huhuhu.

disebabkan kusyuk dan excited tengok citer kung fu panda dan makan, maka terlupa nak amik gambar. makanye, entri ini tiada gambar. huhuuhu

lepas abis makan, pegi jemput arissa dan hantar anak-anak buah aku balik. separuh naik keta kakngah dan separuh lagi nak kereta dengan aku tapi keta encik capo la. keta aku kecik, tak muat dan sempit nanti.singgah sekejap rumah kakngah pastu aku, encik capo dan arissa pun balik rumah. cian arissa tak dapat ikut tengok kung fu panda. nanti kang tetiba meragam dalam panggung, tak ke haru jadinye.  huhuhuhu.

tak abis lagi

ingat tak entri aku pegi shopping sakan kat ikea?

meja yang tesilap amik. meja yang sebenar tak jumpa lak gambarnye. huhuhu
kerusi idaman yang tertinggal

sebenarnye cite tak abis lagi. so aku sambung kat entri ni pulak. malam tu lepas balik dari ikea, encik capo pun pasang-pasang la barang-barang yang perlu dipasang. konsep ikea kan beli dan pasang sendiri. huhuhu. masa keluarkan meja nak pasang, baru perasan yang meja tu bukan meja yang kami nak. tesilap amik u all.yo la, dalam kotak diamnye. tak perasan gambar kat kotak tu lain sebab hampir sama. memang dah betul lorong dan rak yang kami pegi masa kat ikea cuma tesilap amik barang. dah la barang yang tesilap amik ni lagi mahal dari barang yang sepatutnya kami amik. tak perasan betul masa bayar kat cashier tu.


ni buat side table

selain daripada tu kerusi idaman yang dah siap-siap masuk troli boleh tetinggal. kerusi pink kaler tu. cantik sangat. tetinggal tapi belum bayar lagi la. so, disebabkan 2 sebab di atas, makanya petang esoknya terus pegi ikea balik. boleh je pegi tukar meja tu bila-bila dalam tempoh yang dibagi tapi tak menyempat2 u all. nak jugak meja dan kerusi idaman dah ada dalam rumah. niat hati pegi ikea kali kedua ni nak pulangkan meja yang tesilap amik tu dan tukar meja yang betul dan jugak amik kerusi yang tetinggal tu. tapi.....................kalau dah masuk ikea dari mula sampai la ke kaunter cashier balik, tau-tau troli dah penuh dengan barang. la la la la la. tau-tau, dah kena bayar ratus-ratus untuk semua barang dalam troli. la la la la la.

untuk simpan apa saja barang arissa

simpan pemenan arissa
arissa pulak, asal dalam ikea je dia nak mengamuk taknak duduk dalam stroller. nak bedukung je kekdahnya. mungkin arissa pun nak cuci mata dengan barang-barang kat ikea agaknye. gambar kat bawah ni masa dia tengah mengamuk.





tak kisah la arissa, selagi mak ko nih masih ada dan terdaya, mak ko akan dukung dan layan je kerenah ko. cayang sangat2 kat budak kecik ni tau. kalau boleh, semua nak bagi. semua nak buat untuk dia. ^_-.

utuk storage


lepas puas beshopping untuk kali kedua dalam masa 2 hari berturut-turut, kami pun balik ke seremban. sampai rumah lebih kurang pukul 12.15 pagi. huhuhuh. balik rumah tak terus tido. terus pasang barang-barang yang perlu dipasang. seronok sangat semua barang idaman dah ada dalam rumah. bole la tido dengan lena. duit yang dah terbang ke ikea, jangan dikenang-kenang. nak kan sesuatu kena la bayar. janji puas hati. la la la lala.

hasil shopping kali kedua


Wednesday, June 1, 2011

kami sudah bersedia

masih ingat entri aku jalan-jalan di tropicana city mall? kalau tak ingat, klik sini.

dalam entri lepas, aku ada kata kami jalan-jalan dekat 4 jam dalam tropicana city mall. salah satu kedai yang kami masuk ialah toy r us. peberet kedai sejak arissa dah pandai main pemenan. huhuhu. ni kali kedua masuk kedai toy r us. 1st time masuk masa bercuti-cuti kat terengganu beberapa minggu lepas. setiap kali masuk, memang takkan keluar dengan tangan kosong.

so, masa kat toy r us tropicana city mall hari tu, aku belikan arissa pemenan.  bukan untuk arissa je. untuk ayah arissa dan untuk aku pun ado jugak. wahahaha. nak tau apa aku beli untuk ayah arissa dan untuk diri sendiri kat kedai toy r us tu?


jeng jeng jeng!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



ngeh ngeh ngeh. ni aku panggil pistol jek la ye. ada dua. satu untuk encik capo, 1 untuk aku.


disebabkan dalam set pistol tu ada 3 peluru je untuk setiap satu pistol, maka beli tambahan peluru. jangan cepat sangat mengutuk kami ni macam budak2. tujuan beli pistol ni adalah sebab....hahahaha...kelakar nak bagitau.

sebab utama adalah sebab.....sapa yang bace blog aku mesti tau kan, ,yang kami diselubungi ketakutan dan kurang senang dengan kehadiran kelawar yang asik masuk rumah kami. dua-dua penakut dan setiap kali kelawar masuk mesti nak kena mintak tolong kakak2 aku. so...bila fikir-fikir balik, sampai bila nak takut? ini rumah kami. so, kami kena la pertahankan dari kelawar tu. kena halau dia. ( yo yo jo la den nih. sekali balik kang ada kelawar terbang-terbang dalam rumah, tejerit2).

hahahaha. jaga kau kelawar.peng! peng! peng! wahahaha

so, pistol ni dibeli untuk tembak kelawar kalau masuk dalam rumah kami nanti. wahahahahaha. at least bila kena tembak, mesti kelawar tu jatuh. so, masa tu boleh la kurung dia. sebab kalau dia tengah terbang, dia terbang tak tentu arah. takut dan geli i tau.  tapi ntah tepat tembakan nanti tah tidak. huhuhu.

tapi kan...sejak beli pistol ni, kelawar takde masuk. so, disebabkan tak dapat tembak kelawar, aku dan encik capo lak main tembak-tembak sambil diperhatikan arissa. baik korang jangan bayangkan macam mana kami main tembak-tembak sambil berlari-lari selamatkan diri daripada terkena peluru yang ditembak sesama sendiri. nasib baik la rumah besar, boleh berlari-lari dan menyorok. ahak ahak ahak.

senjata kami ni nanti akan di upgrade. sebab memula nak beli machinegun jenama NERF. tapi takde diskaun plak. kalau nak beli jugak kena beli 1 je sebab ratus tau hage dia satu. aku nak kami dua2 ada senjata. tu yang beli pistol kecik ni dulu. lepas ni nak menjenguk toy r us lagik sebab nak beli machine gun NERF sorang satu. huhuhuhu.


kelawar o kelawar. jaga kau. wahahaha.

happy besday mama arissa

hadiah besday untukmu. huhuhu

 " happy besday to u. happy besday to u. happy besday to mama. happy besday to u" --> nyanyian arissa untuk mama dia. ^_-

mama yang dimaksudkan adalah bukan aku. aku adalah mak arissa. mama yang dimaksudkan adalah kakngah aku yang memang mesra dipanggil mama oleh anak-anak beliau dan anak-anak buah termasuk la arissa (bila dah bole becakap nanti la).

ini ialah kakngah

so, hari ni 1 Jun 2011 adalah hari lahir kakngah aku. hari lahir yang keberapa tahun, biarlah rahsia. nanti ada yang kena hempuk kalau aku bagitau kat sini bila jumpa nanti. huhuhuhu.

so dikesempatan ini ingin aku mengucapkan selamat hari lahir dan semoga panjang umur (ayat standard lagik). segala jasa-jasamu dikenang.so, bila jamuan besday nye? huhuhu

ni hadiah besday untuk kaktih. entri hari tu lupa nak letak. huhuhu

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails