Tuesday, May 31, 2011

jenjalan sakan bila dah bertiga

sambungan entri hanya kami berdua

kami sudah sampai hotel
sesampai je kat hotel, kami dah tak berdua lagi. dah jadi bertiga sebab encik capo memang dah ado kat hotel.aku dan arissa terus berbaringan di atas tilam empuk untuk hilangkan penat. oh ya, kami stay kat eastin hotel, damansara. tak sampai 15 minit pun rehat, terus keluar makan. lepas berdolak dalik dengan encik capo sebab tak tahu nak buat pilihan nak makan katne, kami pun menuju ke the curve, mutiara damansara.


sebabnya, nak makan kat warong ayam penyek. 1st pegi makan kat warong ayam penyek dulu masa tengah sibuk mengantar kad jemputan kawin kat kawasan damansara dan shah alam. so kali ni kami datang bertiga.


sampai2 je kat warong ayam penyek tu dah 9 .30 malam. nasib baik boleh masuk lagi sebab pelanggan selepas kami tak bole masuk dah sebab dorang kata dah nak tutup. so selesai makan dalam pukul 10.10 malam. masa ni memang tinggal kami je kat dalam kedai. orang lain semua dah keluar. kedai pun dah tutup semua. tak sempat nak jenjalan kat ikea. tsk tsk tsk T_T. disebabkan kedai dah tutup, maka kami pun pulang ke hotel dan berehat-rehat lalu tido.


esoknya, tinggal aku dan arissa di bilik hotel sebab encik capo pegi kursus di menara hp. disebabkan berada kat hotel, maka aku mandikan arissa dalam bath tub. kami berendam berdua. kemain suka budak kecik ni mandi bath tub. tegelak-gelak tejerit-jerit kegirangan je dia. bila aku keluarkan dari bath tub mengamuk-ngamuk dia marah. nak mandi lagi. huhuhu. lepas mandi, arissa tetido sebab aku tak layan dia nak mandi bath tub lagi. kalau check in 3,4 hari bole la aku layan. ni pukul 12 tgh hari jap lagi nak check out dah. masa arissa tido, aku pun packing barang-barang.


arissa tido tak lama. bangun2 je mengamuk. nak bedukung aje. aku dah la nak kemas dan iron baju. penyudahnya sambil dukung arissa sambil iron baju dan mengemas. asal letak atas katil je dia mengamuk-ngamuk. baru besar cinonit dah pandai nak mengamuk. huhuhu. mula-mula aku layan la jugak dukung sambil mengemas. tapi sebab dah kesuntukan masa, aku tepaksa la letak dia atas katil gak. mengamuk, mengamuk la. mak ko nih nak cepat arissa. kang dah pukul 12 tak abis packing lagi camno nak check out. so sambil mengemas2 aku dihiburkan dengan suara lantang arissa yang melalak tak puas hati. kesian memang kesian tapi macam aku cakap, aku nak cepat mengemas. so, setel je mengemas, aku pun dukung la budak kecik ni. baru la dia benti melalak. tak lama pastu encik capo pun balik. terus saje angkut beg dan barang-barang lain untuk check out.

arissa tetido menunggu mak dia makan

seterusnya, kami menuju ke tropicana city mall untuk jenjalan. tapi biasa la, kalau dah pegi mall, takkan sah kalau tak shopping kan. huhuhu. disebabkan perut dah lapa, maka aku yang teringin nak makan kenny rogers pun terus je masuk. bila dah lama tak makan, memang sedap sampai terkinyam2 kenny rogers ni. jenjalan dekat 4 jam kat dalam ni. sempat encik capo belikan kasut crocs kat dalam tropicana city mall ni. ada offer u all. 50%. tapi sayang seribu kali sayang. kasut mahal pun tetap membuatkan kaki ku melecet sebab bejalan dekat 4 jam tak duduk-duduk. penyudahnya, selipar jugak yang terbaek. dekat pukul 5 petang kami pun nak balik seremban.

tapi plan ditukar last minit lalu kami menuju ke ikea di mutiara damansara. sebelum jenjalan kat ikea, singgah kat baskin n robbin's makan eskrim dulu. nyum nyum nyum. 2 scoop ni RM16.45. kalau hari-hari makan eskrim baskin n robin's ni boleh bankrap. sekali sekala tak pe la. huhuhu.

arissa pun suka makan eskrim baskin n robin's.
lepas abis makan eskrim, baru masuk ikea. . plan asalnye jenjalan tengok2 je. sebab memang takde plan nak beli apa-apa pun. sekali hambik kau. ratus-ratus habis. keta pun penuh dengan barang2 ikea. nasib baik seat blakang takde orang duduk. kalau tak, kena selak barang baru jumpa orang. ahak ahak ahak.

antara barang-barang yang dishopping kat ikea

arissa pulak, asik mengamuk je dalam ikea tu. taknak duduk dalam stroller. nak bedukung aje. asal letak dalam stroller je dia mengamuk. asal mengamuk je, letak dia dalam stroller. huhuhhu. so, lepas puas bershopping, kami pun balik ke seremban. sampai rumah ntah pukul berapa, tak ingat pulak.

budak yang mengamuk dalam stroller

Friday, May 27, 2011

hanya kami berdua

petang semalam lepas keje aku dan arissa menuju ke damansara. tapi sebelum tu, balik keje je kul 5.30 petang tu, terus rushing amik arissa, packing susu arissa dan tukar baju. nasib baik beg besar encik capo dah anta letak dalam keta pagi tu. kat rumah aku, kakngah dan lida sedang menanti. sempat jugak kakngah & lida mengemas rumah aku dan tolong packing kelengkapan susu arissa. terima kasih la bebanyak. huhuhu. 

tujuan ke damansara ialah sebab encik capo berkursus kat sana dari selasa lepas hingga hari ni (jumaat). so aku dan arissa pun datang ke damansara petang semalam menjenguk encik capo. selain dari tu sebab nak pergi low yat untuk survey-survey notebook/ netbook. kalau perasan, aku taip aku dan arissa yang pegi damansara. maksudnya, hanya kami berdua. petang hari rabu pegi beli baby car seat kat manjaku dataran senawang. so, sementara aku memandu, arissa duduk di seat yang dibeli khas untuk dia. nasib baik la sepanjang pemanduan ke damansara arissa memberikan kerjasama yang baik. 

dia tak meragam dalam keta. ko bayangkan kalau arissa meragam kat seat dia masa kat hiway. camano den nak handle sensorang? tepi hiway tak boleh benti sukati. lagipun bahaya. masa bertolak dari seremban, arissa duduk senyap-senyap. bila dah masuk hiway, dia stat nyanyi nyanyi. dah bosan kot. huhuhu. tak lama pastu dia senyap je. sekali dah tetido da. comel sangat. cian tengok dia sensorang duk kat seat. aku dah tentu la tengah drive. sambil drive tangan kiri aku pegang tangan arissa. keta auto la katakan. so guna sebelah tangan n sebelah kaki je nak drive. 

aku  drive 90-100 km/j je. kekadang 80km/j. berhemah nye aku. kalau time bujang dulu kat hiway aku drive 120 -140km/j. sejak dah jadi mak ni, kena la sayangi dan hargai nyawa sendiri dan orang dalam keta. bia slow asal sampai ke destinasi dengan selamat. disebabkan aku memandu dengan kadar yang slow, maka aku mengambil masa 1 jam 45 minit untuk sampai ke hotel. nasib baik tak sesat cari hotel. kalau dulu, aku boleh sampai 45 min - 1 jam je ke damansara nih. paham-paham la berapa km/j aku bawak. wawawawa.

pukul 8.15 malam, kami berdua telah sampai dengan selamatnya ke hotel. masa ni arissa masih tido lagi. so dengan beradanyay aku di damansara skang, bermakna aku cuti la hari ni. hooo yeah.

bersambung next entri ya.

Thursday, May 26, 2011

seram drive kat situ

pukul 2.30 petang semalam (rabu) aku kena pegi meeting kat FAMA jelebu. tekezut aku. JELEBU??? jauh tu. aku ingat meeting kat tingkat 5 bangunan opis aku ni jek. aku memang tak pernah drive sampai ke jelebu. so semalam 1st time drive melalui bukit tangga. macam lagi seram daripada drive kat bukit putus (jalan yang lama). bukan seram sebab hantu ok. tapi sebab dia punye selekoh dan kecerunan. memang banyak main brek kat area bukit tangga nih. menggigil2 kaki aku dan berdebar2 masa drive kat bukit tangga ni. macam aku cakap tadi selekoh lagi tajam dari bukit putus.

so aku drive pelan2 je sepanjang melalui bukit tangga sampai la kat FAMA tu. 60-70 km/j je. tak biasa la katakan. baru pes time drive kat situ. kalau dah banyak kali mungkin boleh tingkatkan kelajuan. huhuhuhu. meeting abis lebih kurang pukul 4.45 petang. masa drive balik dari meeting, nak balik seremban semula kompem la kena lalu bukit tangga lagi. tak pasal2 berdebar2 balik. cuma kaki dah tak menggigil. memang seram a drive kat bukit tangga. cerun bona. takde plan nak buat jalan lurus macam bukit putus ke? huhuhuhu

Tuesday, May 24, 2011

tetinggal la pulak

macam mana la cermin mata aku leh tetinggal ni??? sakit mata aku nak tengok
skrin monitor lelama tanpa cermin mata. pagi2 tadi laju je wat keje. 
dah petang2 ni dah sakit mata ngadap monitor lelama. maka keje pun slow. huhuhuh.
dah stat nak pening dah ni.
huhuhuhu. bila la nak pukul 5.30 ni. nak balik pakai spek.


kek untuk 2 orang

 
21 Mei yang lalu adalah hari lahir kakak aku yang aku panggil kaktih. spesel sket besday kaktih sebab besday anak dia yang sulung iaitu helmi pun 21 Mei jugak. melahirkan baby pada hari lahir sendiri. hebat tu. huhuhu. so jimat kek dan duit sebab boleh sambut serentak besday. sambutan besday secara simple telah diadakan di rumah aku. tak tau pun kaktih datang nak bawak kek. tau datang nak amik cpu yang dah direpair oleh encik capo je.

ni kaktih yang baru lepas buat persembahan menari lagu sway sempena hari guru kat sekolah die keje.

sebenarnya masa besday kaktih hari tu aku terlupa nak sms wish besday. bukan lupa besday dia tapi lupa nak sms okay. tiap kali aku teringat nak sms, mesti hp aku takde berdekatan aku. time aku tengah masak kat dapo teringat nak sms. so, tunggu la lepas masak baru sms. tapi sudahnye aku lupa. bila aku dah ingat, aku tengah terbaring atas tilam pulak. hpnye kat atas sofa. sebab malas nak bangun, so konon-konon kejap lagi la sms. penyudahnye tengah hari ahad baru teringat tak sms 'hepi besday' semalam (sabtu). huhuhuu.

ini zulhelmi @ helmi.

so, dikesempatan ini, diblog aku yang tak seberapa ni, aku ucapkan selamat hari lahir kepada kaktih dan helmi. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. (ayat standard ni. tak tau nak bagi ucapan apo. huhuhu).

bergambar dengan kaktih n famili masa majlis persandingan aku 15 Mei 2010. ( saje nak tayang gambar kawin sebenarnye. kui kui kui )

Monday, May 23, 2011

mood yang hilang

lepas satu, satu masalah yang timbul. terus takde mood (T_T). kalau arissa ada, mesti mood datang balik. 

kenapa la kenapa??? *_*.

dah tak boleh nak buat keje dah. kepala asik teringat masalah itu je.


disebabkan tengah takde mood, jom layan video klip hindustan ni. i Likeee kareena kapoor.


ada apa dengan ulangtahun kami?

sempena ulang tahun perkahwinan aku dan encik capo 15 Mei yang lepas, aku beli couple t shirt untuk kami berdua.

ni kotak couple tshirt.


tarraaaaa...ni la tshirt kami. pink kaler u. 
encik capo plak beli couples keychain



kami mahu pulang

sambungan entri shopping sakan

breakfast roti canai

hari ni (isnin 16 Mei 2011) hari last kami di kuala terengganu. pagi tu breakfast rori canai kat kedai depan hotel. lepas brakfast kami ke pasar payang lagi untuk last shopping. lepas dah shopping terus balik hotel. masa ni dah dekat pukul 11 pagi. sebelum chekout nak rehat-rehat baring dulu. barang-barang memang dah packing malam tadi. sepatutnya pukul 12 kena checkout tapi kami mintak checkout pukul 1.

tengah sibuk shopping
dah puas rehat, kami pun bersedia untuk checkout. arissa macam paham-paham je dah nak balik seremban. dia pun mula la merengek rengek buat suara sedih. tak mau balik syok duk hotel dan jenjalan agaknye. kami singgah di kedai 007 untuk beli keropok lekor mentah untuk bawak balik seremban. beli jugak keropok yang dah siap goreng sebab nak pegi bekelah kat pantai batu burok sebelum balik. berkelah dalam setengah jam pastu kami pun meneruskan perjalanan untuk balik ke seremban. kali ni lagi kuat arissa menyanyi-nyanyi dengan nada sedih. kelaka pun ada. memang tak nak balik budak kecik ni.

berkelah kat pantai batu burok

sampai kemaman, kami singgah di Mesra Mall. singgah sini untuk makan dan jenjalan. sampai sini lebih kurang pukul 4 petang. 2 jam lebih kami dalam ni. pukul 6 lebih kami teruskan perjalanan pulang. so sepanjang perjalanan aku dan arissa tido dalam keta. huhuhu. takdo apo nak buek. tido ajo la.



lebih kurang pukul 10 malam aku terjaga sebab tetiba rasa panas. rerupanye encik capo tutup ekon. lepas aku mengadu panas, encik capo pun pasang ekon balik. lepas tu baru aku perasan minyak tinggal 2 bar. aku pun mula la nak comeh. R & R jauh lagi. disebabkan aku comeh minyak tinggal 2 bar makanya aku tak boleh nak sambung tido. asik tengok signboard brape km lagi nak sampai R & R. tak lama pastu minyak pun berkelip-kelip. makno e minyak dah nak abis. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......R & R jauh lagik. aku risau kalau kami tersadai tepi jalan tengah2 malam ni. nasib baik tak lama pastu sampai R & R genting sepah. lega gile aku wei. bersyukor sesangat. sepanjang minyak tinggal 2 bar dan dah berkelip2 tu aku tak henti baca selawat dalam hati dan berdoa perjalanan kami dipermudahkan.

arissa yang tengah sedih bila nak meninggalkan kuala terengganu

lepas isi minyak, singgah kat mcd genting sepah sebab aku dah kebulur. pas dah makan, perjalanan diteruskan. disebabkan minyak dah diisi penuh, maka aku dan arissa pun tido dengan lena sekali. tau-tau encik capo dah kejut dah sampai. so, kiteorang sampai rumah pukul 12.10 malam. sampai2 rumah tak terus tido walaupun penat gile. layan 'how i met your mother' dulu kat astro. lepas tu aku tetido dengan sendirinya sebab kepenatan. maka, berakhirla entri cuti cuti kami di kuala terengganu.

ole-ole untuk kengkawan dan famili

Friday, May 20, 2011

shopping sakan

sambungan entri kepenatan yang melampau

hari ni (ahad 15.5.2011) ialah hari ulangtahun perkahwinan aku dan encik capo. turut meraikan anniversary kami ialah si budak tome, arissa. so seperti yang aku pernah citer kat entri sebelum sebelum ni, kami bercuti ke kuala terengganu sempena ulangtahun pertama ni. kenapa terengganu? ontah la.

jom shopping. (gemuknye aku!!!)

plan untuk hari ni ialah, aku nak bershopping kat pasar payang. lebih kurang pukul 9 pagi lepas semua bersiap-siap, kami breakfast dikedai makan berhampiran hotel. abis je breakfast, terus ke pasar payang. tak jauh pun pasar payangnye. tak sampai 3 minit perjalanan pun dari hotel. arissa memang aku sengaja pakaikan baju takde lengan hari ni. sebabnye, dalam pasar payang tu panas berbahang. arissa dah la kuat berpeluh. nanti cian dia berpeluh-peluh dalam pasar tu.


sejam je kot aku bershopping dalam pasar payang tu. beli kain batik, baju arissa, baju kelawar. (ape???KELAWAR????) trauma dengan kelawar tapi beli baju kelawar. hhuhuhuhu. lagi aku beli key chain, keropok dan ntah apa-apa lagi la. lepas shopping kat pasar payang, kami menuju ke Mydin pula.

masa ni dah balik hotel
masa ni dah tukarkan arissa baju romper dan legging sebab dalam mydin tu nanti mesti sejuk. jenjalan kat mydin, shopping lagik. makan tengah hari kat kfc. bukan takde kedai makan lain, tapi..takde yang berkenan diperut.

ada apa dalam ini kotak? jeng jeng jeng

lepas jenjalan kat mydin, singgah pula kat giant. sebabnya giant dan mydin sebelah menyebelah je. masuk giant, shopping lagik. nasib baik kat sebelah giant takde tesco, jusco dan sebagainya. kalau tak, ntah berapa kali nak shopping dan ntah berapa banyak duit abis da...

siap beli beg besar untuk isi hasil shopping. beg ni besar, boleh muat 6 orang budak besar arissa. huhuhu

lepas puas jenjalan dan bershopping kami pun balik hotel. sampai hotel dalam pukul 5 lebih. malam memang takde plan nak keluar. malas. nak rehat plak. kumpul tenaga untuk aktiviti esok pulak.

antara keychain yang aku beli untuk family dan kengkawan. yang negro tu aku dah cop.


oh ya, plan asal kami sebenarnya nak menginap kat terengganu sampai hari ahad je. pastu nak check in kat cherating lak sampai isnin. tapi plan sudah ditukar. stay je kat kuala terengganu sampai isnin. cancel pegi cherating. sebabnye, tak puas shopping lagik kat pasar payang. huhuhu.

baju untuk arissa
seluar pelikat untuk encik capo

sampai sini je kot entri kali ni. bersambung next entri pulak ye...^_^. banyak lagi hasil shopping kami, tapi tak larat nak amik gambar semua barang.

benda baru aku






cuba teka ape ni???





taraaaaa............


ni pen drive aku yang terkini. baru je beli semalam (khamis 19.5.2011) kat kedai komputer dalam econsave. 


comelkan? ^_^

kepenatan yang melampau

sambungan taman yang indah.jom singgah sini.

lepas puas bejalan-jalan dan bergambar kat tamadun islam, kami singgah pula di masjid terapung. tapi tak masuk dalam pun. jalan-jalan dan bergambar kat luar je.


sekejap je kami kat sini. destinasi seterusnye ialah kedai 007. kalau kat KT ni glamer kot kedai 007 ni. kedai ni kedai makan dan ada jual keropok lekor skali. so kami singgah sini dan makan keropok lekor panas. petang-petang pekena keropok leko dan milo panas, memang mengancam. memang sedap la keropok lekor dia. memang terasa ikannye.


dah kenyang makan keropok lekor, kami pun pulang ke hotel. masa ni dah dekat pukul 6 petang kot. badan pun dah terasa letih sangat. cadangnye dalam pukul 8 malam nak keluar jenjalan malam dan makan sekali. tapi sebab terlampau-lampau letih, tak jadi keluar. encik capo pun dah pening kepala dan tido. arissa pun dah lelap jugak lepas mandi dan minum susu. aku je yang masih ke hulu hilir dalam bilik hotel kemas apa-apa yang patut dan tengok gambar kat taman tamadun islam tadi.



bila aku dah nak landing nak tido je tetiba arissa melalak tak tentu pasal. padahal dia tengah tido. puas pujuk dan bagi susu pun dia tak mau berenti melalak. kesian aku tengok. merah-merah muka menangis2. masa ni baru pukul 9 lebih. pastu terus je aku baca ayat kursi banyak2 kali. mana la tau kot2 ada yang mengusik-ngusik dia masa tengah tido tadi. lepas 3 kali baca ayat kursi baru arissa senyap dan kembali ceria macam selalu. lega hati aku. hati mak mana la yang tak risau kalau anak dia menangis tak tentu pasal. nak pulak kalau menangis sebab kena 'kacau'.

bila arissa dah ok, dia pun main-main sensorang. tapi aku perhatikan la. tetiba kepala aku pening. mungkin terlampau letih berjalan-jalan siang tadi.  terus aku tidokan arissa. ye la, takkan aku nak tido dan bia arissa main sensorang lak kan. ayah dia pun dah tido. so, aku pun terus je bedung arissa dan arissa pun memang dah ngantuk, terus je tido. pastu aku pun tido sebab kepala dah berpusing-pusing sangat.

so?

ZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

hahaha.

masa untuk tido. bersambung next entri ok. ^_^

Thursday, May 19, 2011

taman yang indah. jom singgah sini

sambungan entri jalan-jalan warm up.



destinasi seterusnya yang kami pegi kat kuala terengganu ialah taman tamadun islam. sebenarnye kan, aku tak pernah tau pun tempat ni wujud. ntah sejak bile ada aku pun tak tau. huhuhu. sebelum kami masuk dalam, kami jenjalan kat luar dulu. ada kapal kalau nak naik. tapi masa tu cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. so, kami tak naik. jenjalan dan begambar kat jeti tu je. kalau nak naik kapal ni kena bayar tiket. tak silap aku RM10 kot hage tiket.


 
 
nak masuk ke kawasan tempat pameran monumen2 masjid, kena beli tiket. dewasa RM15 seorang. kanak-kanak aku tak sure la plak sebab tak beli tiket kanak2. arissa masih free lagi kalau nak masuk mana2 ^_^. tiket dia dalam bentuk pasport tau. bila nak masuk dalam kena cop pasport tu. macam nak naik flight g oversea lak rasanye. pastu nanti dapat 2 baucer diskaun untuk makan bernilai RM3 dan 2 baucer diskaun untuk beli cenderahati bernilai RM2. tujuan dorang bagi baucer diskaun ni mesti sebab nak galakkan pengunjung makan kat cafe kat situ dan beli cenderahati kat kedai dorang. pandai kan strategi dorang nih.



kawasan kat dalam sangat besar. ada taman tema mini untuk kanak-kanak. pastu ada lebih kurang 22 kot monumen2 masjid yang dibina dalam kawasan taman tamadun islam ni. monumen2 masjid yang dibina kat taman ni ialah masjid2 yang terkenal dan bersejarah di seluruh dunia. ada masjid negara, masjidil haram, masjid aqsa dan jugak masjid2 dari negara2 lain yang bermacam2 design dan cantik-cantik. awal-awal masuk, kami jalan kaki je dari satu monumen ke satu monumen. jarak setiap monumen takde la jauh tapi bila dah bejalan je dan naik turun tangga, penat la jadinye. baru je bejalan dan berpossing kat dua monumen, terus encik capo cadangkan kiteorang naik buggy je.






kat sini ada tram. kalau nak naik tram RM3 sorang. tapi masalah kalau naik tram, kalau dah turun, nanti kena tunggu tram tu datang balik kalau taknak jalan kaki balik ke main gate. kalau sewa buggy kena bayar RM35 untuk 1 jam.  ada driver la skali. so kami bertiga naik buggy mengeilingi taman tamadun islam. sepanjang perjalanan driver buggy tu explain sejarah setiap monumen. pastu nanti dia berhenti untuk bagi kami tengok pameran kat dalam monumen tu. menarik tau bila kita tahu tentang sejarah masjid2 tu.




mula-mula excited tau tapi lama-lama aku dah tak larat nak berjalan dah. sebabnya aku lapar. dah takde tenaga. lagipun masa tu dah pukul 4 petang dan kami belum lunch lagi. sepatutnya kami pegi la makan dulu sebelum masuk taman tamadun islam ni. baru ada tenaga nak jenjalan dan naik tangga. dah naik buggy pun still penat dan takde tenaga dah. ntah macam mana keadaan kalau kami jalan kaki je dari satu monumen ke monumen lain.berpeluh-peluh tau. boleh kurus kalau hari2 camnih. la la la la la




lepas je abis semua monumen kami melawat dan bergambar, kami pun makan kat cafe dalam taman tu. sebab tengah kebulur yang amat, nasik ayam adalah pilihan yang tepat. nasib baik nasi ayam dia sedap. tak sia-sia dapat baucer diskaun. huhuhuhu.



lepas makan, kami pun beli cenderahati. lepas dah makan, dan tenaga dah ada kami pun jenjalan lagi ke destinasi seterusnya. bersambung next entri ok ^_^. kat bawah ni adalah gambar monumen2 yang ada kat taman tamadun islam tu. mungkin tak semua gambar monumen ada. sila enjoy ya...^_-. so sesape yang plan nak bercuti ke terengganu aku suggestkan datang la ke taman tamadun islam. memang menarik tempat ni. selain boleh jalan-jalan, kite boleh jugak tau sejarah-sejarah pembinaan masjid-masjid tertentu.




Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails