Sunday, May 8, 2011

pengorbananmu tiada tandingannya

hari ni 8 mei, hari ibu untuk semua ibu-ibu di dunia. first sekali nak ucap selamat hari ibu kat mak aku yang tercinta iaitu Puan Maimon binti Abdul Aziz dengan ucapan emak la ibu terhebat di dunia ini ^_^. semoga panjang umur dan sihat dari sebarang penyakit. terima kasih kepada Allah kerana memilih aku untuk dilahirkan oleh emak aku. terima kasih juga kat mak aku yang dah mengandungkan aku dan lahirkan aku didunia ini serta menjaga aku sampai aku besar panjang. banyak sangat perngorbanan mak aku kat aku yang tak mungkin dapat aku balas.

aku, arissa dan mak aku@ wan pilah arissa

terima kasih juga sebab bersabar dengan kerenah dan perangai aku nih. kalau korang nak tau, aku ni anak bongsu. bila anak bongsu, automatik la manja dan mengada-ngada. ahak ahak ahak. nampak je muka baik, tapi dengan mak n family memang aku mengada-ngada. wahahaha. apa nak, mesti dapat. kalau tak dapat mula la nak merajuk. taknak makan, muka masam je. so, tepaksa la mak aku beli kan jugak. baru la terukir senyuman kat muka aku. wahahaha. kalau arwah abah aku ada, dah lama kena penampar agaknya aku nih. pastu kalau pasal makanan, mak aku mesti asingkan untuk aku. sebab kalau lauk abis atau tinggal sket, kompem aku merajuk lagi dan taknak makan. menangis la dalam bilik. tepaksa la mak aku masak lagi lauk untuk aku plak sebab aku tak nak makan kalau lauk tinggal sket atau dah abis. kih kih kih. bila ingat2 balik, memang mengada-ngada aku nih dulu. dari zaman sekolah sampai sebelum kawin. dah kawin ni je aku tak tak mengada-ngada nak merajuk bagai kat mak aku lagi. skang ni rindu je hari-hari dengan mak aku. 

so, sempena hari ibu ni nak cakap yang aku sayang sangat kat mak aku. selamat hari ibu mak ^_^. apa ye hadiah nak bagi mak aku sempena hari ibu ni...hmmm...

tak lupa juga selamat hari ibu kat mak mertua aku dan ibu-ibu diseluruh dunia nih.

2 comments:

Iyiana said...

tak boleh blah kalo ayah bagi penampor. hoho..

wildcutecat said...

ayah akak garang. huhuhu

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails