Wednesday, May 18, 2011

perjalanan yang jauh

hari jumaat (13 Mei 2011) yang lepas, aku dan encik capo amik cuti rehat. kami apply cuti sampai hari isnin (16 Mei 2011). tujuannye sebab kami nak pergi bercuti cuti malaysia kat terengganu besama-sama arissa. kalau nak tau, 15 Mei 2011 adalah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. so, we all berjenjalan ala ala honeymoon bertiga. ikut plan asal hari jumaat tu nak bertolak pukul 10 pagi. pastu nak bawak bekal sandwich, nasi, lauk rendang ayam dan sebagainya. penyudahnye tak sempat. sempat buat sandwich je. bertolaknye pun pukul 2 petang dari seremban.

keta wildcutecat ku sedang ditukar bateri

mana tak sempat. hari nak pegi tu la baru nak pegi servis keta kat perodua. pastu time tu la bateri keta lemau nak kena tuka. time tu jugak la tersedar kamera takde nak kena pinjam kat kakngah. dengan baju tak packing lagi. wahahahahaha. pagi tu encik capo pegi hantar servis keta kat perodua, aku kat rumah kelam kabut packing barang dan buat sandwich. penyudahnye tak sempat nak masak nasi dan lauk untuk bekalan. lepas encik capo balik, terus bawak beg-beg turun. ke hulu hilir area seremban setelkan apa yang tak setel. pegi pinjam kamera, pegi tukar bateri keta. tukar kat kedai luar. kat perodua mahal nak mampus bateri keta. huhuhu. pukul 2 petang bertolak la kami bertiga ke terengganu.

perjalanan ke kuala terengganu
seronoknye jadi arissa, kat ruang sempit pun boleh tido. huhuhu

perjalanan jauh sangat tak sabar-sabar nak sampai. seat dah panas duduk berjam-jam. huhuhu. nasib baik la arissa budak baik takde meragam dalam keta. selang beberapa jam singgah kat  R & R takpun kat hentian sebelah. sempat la nak berehat, makan and tukar pampers arissa. ingatkan sebelum pukul 8 malam dah boleh sampai kuala terengganu tapi pukul 9 malam baru sampai.

encik capo @ driver
me @ tilam begerak arissa @ driver simpanan
modulator. penghibur disepanjang perjalanan

kami menginap di KT Travellers In. hotel budget je tapi keadaan bilik dan kemudahan taraf hotel 4 bintang. kalah hotel yang kiteorang menginap masa pegi bengkel ISP bulan lepas. huhuhu. hage semalam RM108 sebab kami amik bilik superior plus. 1 katil queen dan 1 katil single. dah bertiga ni katil pun 3 la. katil tu kami rapatkan so, arissa amik katil single. budak tecik ni tido lasak. bagi ruang besar, boleh la dia tegolek golek atas katil tu. ^_-.

dah terbaring atas katil ni maknanye dah sampai hotel
keadaan dalam bilik hotel

sampai hotel, lepas check in rehat kejap pastu terus pegi makan. sebab tak biasa jalan kat KT, receptionist hotel la rujukan kami. lepas makan malam terus balik hotel, rehat dan terus tido. nak simpan tenaga untuk aktiviti esoknye pulak.

dinner

bersambung entri yang akan datang.

3 comments:

mekchu said...

gmbr last tu.. kesian arissa nampak jambul je.. hehehe.. nak jumpa arissa......

wildcutecat said...

hahaha. nampak muka arissa tengah minum susu. tak perasan lak masa edit photoscape gambar ni, arissa hilang. huhuhu

Chekpid said...

hpy anny. pestime sure plan berterabur sana sini..takpe..dah bertahun2 nanti dah expert dah bab2 packing & preparation tu.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails