kecewanya tak jadi pegi sarawak!!!
alkisahnya opis aku buat rombongan ke Sarawak bulan 11 ni. ada 2 pilihan samada nak pegi Sarawak atau PD. aku pilih nak ke Sarawak sebab aku tak pernah pegi sana lagi. PD ni sejengkal je. bila-bila masa aku boleh pegi. disebabkan hampir balance bilangan yang mengundi ke PD dan Sarawak, maka dipecahkan kepada 2 team. sape nak g PD pegi la PD. sape nak g Sarawak, pegi Sarawak. aku siap canang kat mak dan adik beradik sape nak ikut g Sarawak tapi kos tanggung sendiri la. huhuhu. mak dan sorang kakak aku nak ikut. so dah bagi nama semua tunggu tarikh pegi je. cadangnya hujung bulan 11. tapi tup-tup tak jadi sebab tak dapat tiket.
tetiba tuka destinasi ke KELANTAN! suka suki tukar g Kelantan! maaf la, Kelantan bukan destinasi pilihan aku untuk pergi bercuti. disebabkan tetiba keputusan dibuat tanpa berbincang nak pegi Kelantan, maka aku dan encik capo menarik diri. aku tak puas hati sebab lambat bagitau dah tukar plan. sebabnya kalau aku tau nak tukat destinasi ke Kelantan, aku tukar la ikut group yang pegi PD. ni group pegi PD tu pun dah sudah buat aktiviti dorang minggu lepas. skang ni 1 ape pun tak dapat. benci tau!!!
sian Arissa...tak dapat naik kapal terbang T_T. aku belum bagitau Arissa lagi yang tak jadi pegi sarawak. tsk tsk tsk. nampaknya lepas ni kena merajinkan diri jenguk web Air Asia kot-kot buat promosi harga tiket ke sarawak/sabah. baik pegi sendiri. lagi senang. huh!
No comments:
Post a Comment