petang semalam lepas balik kerja, aku dan encik capo telah melakukan aktiviti yang tak normal. owh apakah itu? aktiviti ni mesti dilakukan tanpa Arissa. nak buat macammana, demi aktiviti tak normal tersebut, terpaksa jemput Arissa lewat sket.
sebenarnya petang semalam kami ke MBO Terminal 2, menonton filem Paranormal Activity 3. citer itu sangat seram dan saspen walaupun muka hantu memang tak nampak. jangankan muka, bayang-bayang hantu pun memang tak nampak. tapi citer tu memang seram. buat hati berdebar dan takut je tiap kali hari dah malam dalam citer tu.
Paranormal Activity 1 aku tengok dengan encik capo juga. Tapi masa tu baru berkawan-kawan. belum couple pun lagi. 1st keluar dengan encik capo tengok wayang citer ni la kat Jusco Seremban 2. yang 1st ni pun seram bangat. kalau kat sebelah aku masa tu kakak aku atau kawan pempuan memang dah kena peluk bila part yang terkejut2 tu. tapi disebabkan kat sebelah itu ialah encik capo, maka ketakutan harus la dicontrol. tangan pun keras je pegang kerusi bila part seram. hahaha. lawak sungguh bila teringat.
Paranormal Activity 2 kami tengok kat rumah. Tapi aku tak ingat la aku dah beranak ke belum masa ni. sebab movie ni tengok lambat sket.
so yang 3rd...ialah semalam. semua citer ni bersambung-sambung. kena tengok yang 1st baru faham yang kedua dan yang ke tiga. tapi tiga-tiga siri ni hantunya memang takde tunjuk. citer ni pun berdasarkan rakaman video aje. orang putih kan memang suka bawak kamera video ke hulu hilir. so mivie ni berdasarkan rakaman kat dalam bilik, ruang tamu dan ruang dapur rumah dorang la. tak pasti samada citer ni kisah benar yang dilakonkan semula atau memang kisah rekaan aje. tapi serius...memang seram.
citer ni pasal apa? citer ni yang 1st pasal ada hantu yang mengganggu sorang pempuan nama Katie ni kat rumah sewa baru dia. disebabkan dia terasa macam ada sesuatu kat rumah dia, maka dia n boyfriend dia (yang tinggal bersama) pasang kamera video kat bilik dan ruang tamu. so masa diaorang tido ni nampak la kat video tu lampu dibuka ditutup. kain selimut kena tarik (tapi tak nampak sape tarik), kerusi bergerak sendiri dan macam-macam lagi. mula-mula gangguan ringan aje tapi lama-lama hantu tu jadi ganas.
yang Paranormal 2nd, pasal adik si Katie ni pulak iaitu Kristin. baru lepas beranak dan ada baby. so sebelum kacau rumah Katie hantu ni kacau rumah Kristin ni dulu. movie ni kira macam reverse la. kalau ikut aturannya yang 1st ialah yang 2nd, yang 2nd ialah yang 1st. kat rumah kristin ni pun ada pasang kamera lak sebab ada orang ceroboh rumah dorang. disebabkan tu dorang pasang kamera kat seluruh rumah. masa rakaman ni la kejadian seram-seram itu berlaku.
Paranormal Activity yang ketiga pulak pasal kisah Katie dan Kristin masa kecik-kecik. Punca kenapa hantu tu mengacau kehidupan Katie dan Kristin sekeluarga dijawab masa yang ketiga ni. Kristin ni masa kecik-kecik ada kawan imaginasi namanya Toby. Kristin selalu bercakap dengan Toby ni. Kristin bagitau mak dia Toby tu wujud tapi mak dia tak percaya dan anggap kawan imaginasi anak dia je. boyfriend mak dorang pasang kamera kat seluruh rumah sebab pernah ternampak macam ada lembaga dalam rakaman video yang dia saje-saje amik. so macam biasa la, masa rakaman sedang berlangsung la kejadian seram mula berlaku. rasanya macam akan ada Paranormal Activity yang ke empat. kompem aku harus mengikuti movie ini. macam aku cakap, citer ni saspen dan seram walaupun tak nampak hantu.
oleh itu sekian entri tak normal aku petang ni *_*.
2 comments:
yeah..same2..aku pon da tgk..hikhik sory tetiba je nyampuk..salam kenal..ekekek..
salam kenal ;).
bestkan citer ni.
Post a Comment