Friday, July 22, 2011

jadi tahanan sementara di london

petang semalam, lepas balik keje, aku pegi london. semuanya bermula dengan contest yang kawan aku hani ajak join. disebabkan senang, aku pon join contest tu semalam (khamis). dalam pukul 6 lebih semalam, tetiba ada cina call. katanya aku dapat free treatment. tapi kena pegi london. london weight management kat jusco seremban 2. hihihi. aku pun sangat la teruja. dalam keadaan badan aku yang tak kurus-kurus lepas bersalin, memang aku nak sangat cuba treatment kat tempat macam tu. so appointmentnya ialah hari ini pukul 7 malam.

tanpa pegi jemput arissa, aku dan encik capo menuju ke jusco lepas balik rumah tukar baju. pukul 7 aku terus la masuk london weight management tu. lepas bagi ic dan isi form aku disuruh duduk kejap. lepas tu aku dipanggil untuk timbang berat badan dan ukur tinggi. kemudian aku disuruh masuk dalam bilik lalu ditanya soalan pasal kesihatan dan penyakit. lepas tu cina tu tanya aku ada kad kredit atau atm kad tak? aku jawab la ada. memang aku dah jangka soalan tu. tapi tak sangka secepat itu ditanya. aku dah bersedia dari segi mental sebelum datang ke london ni. nanti aku explain. biar aku citer pengalaman dulu.

lepas tu pempuan cina tu keluar. tak lama lepas tu pempuan cina lain pula masuk. dia ialah consultant yang akan explain kat aku pasal perkhidmatan dorang dan macam-macam lagi la. korang bayangkan....hapir 1 jam 30 minit untuk aku dengar ceramah dia ajo. aku dah stat bosan. bila nak stat treatment ni. asik becakap je. tetiba sampai part untuk dia bagitau harga pakej untuk 20 sesi. harga asal ialah RM 19,000. ada la dia explain sesi-sesi tu. lepas tu dia kata disebabkan aku pertama kali register, aku hanya perlu bayar RM 7800 sahaja. mak oi.... boleh beli 3 bijik ipad tu. tapi aku takde la tekejut pun dengar hage tu. sebabnya aku memang takde niat nak amik pakej kat situ pun. aku datang untuk free tratment tu je.

pastu dia kate bayar pakai kad kredit 0 installment selama 24 bulan. sebulan kena bayar RM 325. pastu aku kata mahal. aku tipu a cakap husband aku mesti tak bagi punya sebab dia yang bayar. lepas tu dia cadangkan amik 10 sesi je dulu. so hage dah jadi RM 3 ribu lebih. aku kate mahal lagi. pempuan cina tu suh aku call encik capo datang situ nanti dia explain. aku pun tipu la kate husband aku dah balik. dia hantar aku je kat jusco ni. padahal encik capo ado jo kat dalam jusco tu. huhuhu. pastu dia kurang dan kurangkan hage. sehabis boleh dia nak aku amik jugak pakej tu. dia keluar masuk bilik tu tapi tak bagi aku keluar. dia pujuk dan pujuk aku sampai hage jadi RM 1 ribu lebih untuk 10 sesi. aku kata taknak jugak. dekat 10 kali aku  kate tak nak, dia tetap pujuk aku, suh aku call encik capo pujuk dalam telepon. tak kuasa aku. sebab aku memang takde niat nak amik pakej pun.

lepas tu pempuan cina tu keluar kejap dari bilik untuk tanya bos dia bole tak bagi diskaun lagi rendah untuk aku? masa dia tutup pintu, aku terus keluar jugak. dia macam tekejut aku keluar. pastu aku kata aku taknak. ada 5 orang la kengkawan dia kat kaunter tu. semua pujuk aku. 5 lawan 1. aku tetap kata taknak. korang bayangkan, aku dah dekat pintu keluar tapi aku tak lepas keluar sebab dorang still pujuk aku. lepas dah 245 kali cakap taknak, baru dorang tak pujuk lagi dan suruh aku masuk dalam untuk treatment free tu. aku dah takde mood nak buat treatment, so aku kata tak nak. ingatkan dah bole lepas, rerupanya tak. dipujuk-pujuk lagi. sampai aku terpaksa berkeras kata taknak aku nak balik. lepas tu baru aku bole keluar dari kedai tu. masa tu terdengar la dorang mengumpat dalam bahasa dorang. yang pempuan cina consultant aku tu pun kemain lagi dia mengumpat tak puas hati. masa dalam bilik tu kemain manis mulut dan lidah. huhuuhuu. tak kisah la, janji aku bole keluar dari kedai tu. taubat aku taknak datang situ. macam tahanan betul.

so, sebelum aku datang london tu, aku dah siapkan diri aku dengan perkara-perkara dibawah ni:

1. jangan bawak kad kredit.
2. jangan bawak kat atm.
3. jangan bawak duit banyak2.

sebabnya beberapa tahun lepas aku pernah terbaca dalam forum pengalaman orang yang pegi london ni. dorang kate memang dah masuk susah sangat nak keluar. sehabis bole dorang akan pujuk untuk amik pakej yang dorang tawarkan. ada tu yang bawak kad kredit, tak pasal-pasal kena swipe sebab cina tu dah amik sendiri dalam beg dia ( ni aku baca orang tu citer la ye. macam mana cine tu amik, aku tak tau). kalau yang tak bawak duit tapi bawak atm kad, cina tu siap temankan sampai ke atm mesin untuk keluar duit. macam-macam lagi la yang aku baca. dah tak ingat sebab 3 tahun yang lepas aku baca. aku cuma ingat, jangan bawak kad kredit, jangan bawak kad atm dan duit banyak2.

tapi kalau korang memang betul2 nak join, takpe la bayar. ni kalau yang taknak tapi terpaksa sebab dipaksa dengan pujuk rayu. macam aku, aku cuma nak g free treatment ajo. bukan nak amik pakej. kalau 200 - 300 nak le aku. so, kesimpulannya, memang betul la macam yang aku baca kat forum. aku dah mengalaminye. nasib baik dah siap sedia dari awal. tapi penyudahnya, treatment tak buat, tengok wayang citer harry porter.

Thursday, July 21, 2011

jom shopping sambil berdiskaun

lama betul aku tak update stok baru kat kedai online arissa. nasib baik arissa tak tau, kalau tak, mesti dia mengamuk sambil cubit tangan n muka aku dengan kuku dia yang tajam walaupun dah potong kuku. sakit tau. huhuuhu. untuk sesape yang tak tahu, arissa's choice ialah kedai online arissa, aku dan encik capo. kami menjual baju n barangan baby dan kanak-kanak. tudung pun ada. tapi biasanya tudung customer datang rumah beli. senang. boleh terai sekali.

kami menawarkan diskaun untuk pelanggan-pelanggan kami. walaupun diskaun tak la sehebat mega sale yang sampai 70% ke 80%, tapi still dapat berjimat. jom tengok apa yang kami diskaun kan:

Sebagai tanda terima kasih kepada pengunjung dan pelanggan di Arissa's Choice, kami menawarkan diskaun seperti di bawah. Mungkin tak seberapa jika dibandingkan dengan online shop yang lain, tapi anda tetap dapat berbelanja dan berjimat dalam masa yang sama. Hebat kan ^_^???

Returning Customer = Diskaun RM1
Maksud returning customer ialah customer yang pernah membeli di Arissa's Choice dan kembali membuat pembelian. Tak kisah apa pun value sebelumnya asalkan anda ialah returning customer anda layak menerima diskaun ini dengan syarat membuat pembelian melebihi RM20 (tidak termasuk kos penghantaran).

Pembelian melebihi RM50 dalam 1 transaksi (tidak termasuk kos penghantaran) = Diskaun RM1
Pembelian melebihi RM100 (tidak termasuk kos penghantaran) = Free Postage

Pembayaran dalam masa 24 jam dari masa pengesahan dari Arissa's Choice = Diskaun RM1

di arissa's choice, kami cuba meletakkan harga yang rendah sedikit daripada harga pasaran. (selepas buat survey dan tinjauan). mungkin ada kedai online lain yang tawarkan harga lagi rendah, tapi adakah anda akan dapat diskaun-diskaun seperti di atas? selepas ditolak diskaun, harga yang dijual di arissa's choice akan jadi lebih rendah dan murah. aku akan tunjukkan macam mana pelanggan kami boleh berjimat di arissa's choice ye.

misalnya nak beli holabebe pyjamas.

harga pasaran = RM 35.
harga arissa's choice = RM 30.

dah jimat RM 5.

diskaun yang arissa's choice tawarkan.

1. pelanggan baru
a) jika beli > RM 50 -->RM 30 - RM 1 = RM 29
jika beli < RM 50 --> RM 30

b) bayar dalam tempoh 24 jam dari tempoh emel pengesahan dari arissa's choice
beli > RM 50 -->RM 29 - RM 1 = RM 28
beli < RM 50 --> RM30 - RM 1 = RM 29

2. returning customer
a) terus dapat diskaun RM 1 jika beli > RM 20
RM 30 - RM 1 = RM 29.

b) beli pulak lebih dari RM 50 dalam satu transaksi, dapat diskaun RM 1 lagi 
RM 29 - RM 1 = RM 28.

c) bayar pulak dalam tempoh 24 jam dari emel pengesahan arissa's choice, dapat diskaun RM 1 lagi
RM 28 - RM 1 = RM 27


* harga yang aku kira tak termasuk kos pos.  kos pos adalah RM 5 untuk semenanjung dan RM 9 untuk   sabah dan sarawak. untuk makluman, kos pos sebenar ialah RM 6 untuk semenanjung. kami dah diskaun kan kos pos sekali (semenanjung sahaja). so lagi jimat kan?

untuk barangan yang lain, anda kira sendiri ye. tapi kalau malas nak kira, masa buat tempahan nanti kami akan kirakan untuk anda dalam emel pengesahan.

bukan itu aje...arissa's choice juga memberikan free gift kepada 10 pelanggan pertama yang beli secara online.so, bukan saje anda boleh berjimat, malah dapat free gift sekali.

kesimpulannya, jom shopping kat arissa's choice ^_^. 
 
http://arissaschoice.blogspot.com

kemarahan yang terpendam

sekarang ni, sejak kejadian hampir sebulan lalu, emosi aku selalu tidak stabil. ingatkan boleh buat tak tau je atau buat bodo tapi peristiwa tu asik berulang-ulang dalam otak aku macam movie yang ditayangkan berulang-ulang kali. setiap kali teringat memang akan mengganggu fikiran aku walaupun diluar, mungkin nampak macam aku takde apa-apa. tapi dalam hati ni...Tuhan ajo yang tau.

bila teringat, mesti automatik aku akan rasa geram, marah dan tak puas hati sehingga saat ini. kadang-kadang bila sensorang dan aku teringat, secara tak sedar mulut aku akan terkumat kamit sendiri macam bercakap sensorang. sebabnya apa yang aku fikir dan cakap dalam hati secara tak sedar aku terungkapkan walaupun sekadar terkumat kamit. sebab aku betul-betul marah dan tak puas hati. arrrrggghhh betul-betul mengganggu fikiran. sila blah dari fikiran ini. aku benci sangat bila teringat apatah lagi teringat orang yang buat aku rasa macam nih.

disebabkan emosi aku yang tidak stabil bila teringat, maka dark side aku akan mula ambil alih diri ini. macam-macam benda aku fikir. tu yang sampai tak sedar mulut terkumat kamit meluahkan rasa marah yang terpendam. owh...aku patut amik cuti beberapa hari dan pegi melancong. tinggalkan benda-benda yang aku benci di opis skang. yup...apa yang buat emosi aku tidak stabil semuanya ada di opis termasuk la orangnya.

hati...sila tenangkan fikiran ini ok.
 *_*

tak mengantuk di opis lagi

aku selalu letih-letih dan mengantuk kat opis. kalau malam tu tido lewat, maka akan lebih mengantuk dan kurang bertenaga la aku di opis. nak tido tapi tak boleh tido la sebab kat opis kan. kalau arissa tido awal, awal la aku tido. kalau tak lewat la tunggu sampai arissa tido kadang-kadang sampai pukul 2 pagi baru arissa nak tido.  selain tu pulak aku selalu bizi. kadang-kadang keje opis aku bawak balik rumah. menguruskan kedai online lagik, buat keje-keje lain lagi. memang penat.

aku tertarik nak cuba halagel minyak habbatus sauda yang kawan aku hani jual kat kedai online die. ni kawan baik aku masa keje kat damansara dulu. rindu kenangan pegi lunch sesama masa bujang-bujang dulu ^_^. sama-sama dapat baby selang sebulan ajo. hehehe.

banyak khasiat habbatus sauda ni, sebab tu aku tertarik nak cuba. boleh refer kat blog die ye. so, apa kesan lepas aku makan habbatus sauda ni? mula-mula takde effect. tapi lepas 2 minggu baru terasa perbezaannye. aku tak mengantuk kat opis lagi dan tak sepenat macam dulu.kiranya hari-hari pegi keje tu bertenaga la walaupun malam tu tido lewat. selain tu juga, habbatus sauda ni jugak sesuai untuk penjagaan kesihatan. harap-harap lepas ni jarang la aku demam dan pening kepala ^_-. hani, sila bagi diskaun kalau stok aku dah habis. hik hik hik.


so korang, kalau nak beli habbatus sauda ni, boleh klik sini.

hari ni terlupa nak makan habbatus sauda. agak-agak aku mengantuk tak kat opis hari ni? huhuhu.

Wednesday, July 20, 2011

entri panas hati tapi cool

hari ni aku panas hati lagi. kepada pakcik yang bawak keta perdana hitam no plat xxx xxxx, saya ada ucapan untuk pakcik. pakcik memang kurang ajar. dah kalau pakcik pun kurang ajar, entah macam mana anak-anak pakcik. mesti berganda-ganda kurang ajarnye. pakcik dah tua, insaf-insaf la. kesian pakcik. muda-muda dulu tak dapat nak kurang ajar, so tua-tua baru nak belajar biadab dan kurang ajar. tak sesuai dah pakcik oi. buruk na rupo eh. kalau saya kurang ajar balik, tu sebab pakcik kurang ajar dengan saya dulu. what u give, u get back la pakcik. bodo punya pakcik. haaaakkkkk tuihhh kat muka die. lalalalaalala.

pengalaman jadi ketua pengawas

masa sekolah-sekolah dulu kan, aku teringin nak jadi pengawas. tapi tak kena pilih pun kat cikgu. mungkin aku pendiam sangat. tak sesuai jadi pengawas. huhuhu. aku dapat jadi pengawas perpustakaan je. jadilah. janji baju bukan kaler putih. ahak.
bila dah keje ni tetiba berpeluang jadi pengawas. bukan pengawas. tapi ketua pengawas. hehehe. jangan saspen ok. aku jadi ketua pengawas untuk exam ptd sabtu lepas. sementara orang lain sedang seronok bercuti di hari sabtu aku menjalankan tugas di sekolah yang berkenaan. exam ptd tersebut dibuat kat beberapa sekolah kat seremban ni. so aku dapat kat sekolah kat ampangan.

exam bermula pukul 9 pagi. tapi pukul 8.10 minit pagi aku dah sampai kat sekolah tu. sebagai seorang ketua, kena la datang awal. cewah cewah. tapi rupa-rupanye ada 2 orang pengawas iaitu penolong aku dah sampai lagi awal. dorang tengah sibuk-sibuk susun meja. sebagai seorang ketua yang diberi tanggungjawab, aku pun tanya la, meja ni tak bersusun lagi ke? sebab sepatutnya pihak sekolah yang kena sediakan dewan peperiksaan. kena susun meja dan kerusi, letak jam kat dewan, mic, papan putih dan sebagainya. penolong aku cakap, memang tak bersusun langsung. dengan bersepah-sepah tak bersapu. takde jam kat dinding.

calon-calon yang nak amik exam ada yang dah sampai dan duduk kat luar dewan. aku yang tekejut terus je pegi carik pak guard sekolah. kalau ikutkan perangai sebenar aku, memang jangan harap aku nak pegi carik pak guard tu. tapi disebabkan aku ialah ketua...maka aku kena la jalankan tugas. aku pun pegi la jalan kat pondok pak guard tu dan tanya dia. kenapa dewan tak kemas? kerusi meja tak cukup. calon amik periksa ada 100. tapi kerusi meja yang ada 70 lebih je. camno tu? pak guard tu pun cakap dia tak tau. pastu terus dia panggil ada sorang kakak tu. tak tau la aku dia cikgu sekolah atau siapa. kakak tu kate dia tak tau langsung ada exam nak pakai dewan. peliknya. setau aku pentadbiran aku mesti dah bagitau. pastu dia kata dia memang tak tau apa. kalau nak meja kerusi kena amik kat kelas, tapi kena amik sendiri la. pastu susun balik. adoi. bole plak cam tu.

so, aku pun suruh la penolong2 aku pegi susun meja kat kelas tak jauh dari dewan tu sebab dewan tak muat. dah nak pukul 9 pagi aku pun suruh calon2 exam masuk. cewah2. aku kena bercakap kat mic. depan ramai orang pulak tu!!!! gile. ikut perangai sebenar aku, memang aku akan lari kalau terpaksa bercakap depan ramai orang. tapi aku kena cuba. sebab tu aku apply jadi ketua pengawas ni. tujuan utama sebab aku nak melatih diri aku sendiri. bercakap dengan orang. cuba menguruskan situasi dan macam2 lagi. itu tujuan utama aku nak jadi ketua pengawas masa exam ptd ni. ini baru langkah permulaan untuk aku majukan diri sendiri dan juga memperbaiki diri.

so, setiap kali exam stat dan abis, aku la yang kena buat pengumuman, bagi arahan itu ini. tapi yang bestnya aku memang berkuasa hari tu. ahak ahak ahak. aku cakap jangan stat jawab dulu, semua orang ikut je. aku cakap cek kertas soalan, semua orang cek. hehehehe. aku cakap boleh stat jawab, semua serentak fokus. aku cakap masa dah abis, sila letak pensel, semua letak. hehe. teringat masa aku amik exam ptd dulu-dulu. macam tu la. tapi takde rezki jadi ptd. jadi p** la skang. keje aku bukan buat pengumuman je. aku kena semak senarai kehadiran. kena cek 5 kali sebab 5 kertas dorang kena jawab dari pukul 9 - 3.30 petang. aku ada 5 orang penolong iaitu yang jadi pengawas la. ada yang ok ada yang kerek. orang tengah jawab exam dorang g beborak kuat-kuat. tak ke mengganggu tu. mula-mula aku biar je. tapi sebab tak reti nak slow, terpaksa la aku tegur. mengganggu orang nak jawab exam. ada yang rajin wat keje, ada yang duduk tercongok tak buat apa-apa. nak dapat elaun free free tak buat keje la tu. huhuhuh.

time rehat aku tak keluar makan. kalau aku keluar makan, sape nak jaga kertas-kertas soalan yang ada kat dewan tu? so, sebagai seorang ketua, aku berkorban bagi penolong2 aku pegi keluar makan. aku stay kat dewan jaga kertas soalan. tapi aku tak keseorangan. encik capo dan arissa datang menjenguk sambil bawa bekal nasi lemak. hehehe. 

so, lepas ni aku tak mau jadi ketua pengawas lagik. penat. walaupun aku duduk je tapi penat sebab kena semak senarai kehadiran berkali-kali setiap sesi exam. nasib baik yang datang 49 je daripada 100. kalau tak berpinar-pinar mata aku nak semak 500 nama. huhuu. 500 sebab 5 kali sesi exam. setiap kali exam, kena amik senarai kehadiran dan kena semak. so lepas exam abis, aku la bertanggungjawab hantar kertas jawapan ke tempat yang diberitahu oleh urusetia. walaumacammana pun ia pengalaman yang sangat berharga untuk aku. tapi...cukup la sekali. memang penat...

Tuesday, July 19, 2011

aku yang panas hati

petang ni aku betul-betul sakit hati. geram memang geram sangat. semua ni buat aku rasa nak menyesal keje jawatan skang. tapi belum menyesal lagi. rasa jek.

aku ada meeting petang tadi dengan user. present sistem yang aku dah bangunkan. ni meeting kali kedua yang aku hadir sejak aku amik alih sistem ni. meeting yang lepas, ada la user mintak beberapa perkara. benda yang dorang mintak tu jadi isu masa tu dan penting untuk dimasukkan dalam sistem. so aku pun buat la apa yang dorang nak. dah keje macam aku nih, kutip keperluan user dan jadikan dalam bentuk sistem. buat programming ni memang seronok tapi kalau dapat user macam @%$!*, dah jadi beban plak rasanya.

masa aku present sistem tadi yang buat aku bengang ialah...dorang ni tak pernah berbincang sesama sendiri ke sebelum mintak unit aku buat sistem ni? masa present tu la sorang cakap a, sorang cakap b, sorang cakap c, sorang cakap d. kau nak betelagah sesama sendiri depan aku buat ape? lepas tu tanya aku pulak pasal keje dorang. buat macam ni ke buat macam tu ke? wei???? aku ni bangunkan sistem je. apa keje kau buat mana aku tau.

paling aku sakit hati ialah...bila aku tunjuk kat dorang report yang dorang mintak aku buat masa meeting lepas. report tu aku buat sebijik macam dorang nak masa dalam meeting dulu. setiap field, setiap susunan, setiap tajuk. tapi kan!!!!!!!!!!!!!!!HAMPEH sangat! dia bole tak ingat dia ada suruh aku buat. siap kata aku tersilap buat. woi bongok. aku salin apa kau cakap. apa kau mintak. tu la yang aku tunjuk tu yang kau nak. nasib baik ada sorang yang datang meeting tu cakap memang ada disuruh buat masa meeting sebelum ni. aku dah banyak kali cakap, ni kan yang dimintak masa meeting lepas!!! lepas tu ada lagi yang dia mintak, lepas tu macam pelik bila aku dah buat. masa tu la kata tak sesuai la form n report tu. tak jadi lah. tukar report lain la. kepala hotak agaknye. ingat aku buat sistem ni tak guna masa n otak agaknye.ingat aku ada 1 je ke sistem nak handle? 8 sistem tau tak yang aku kena handle serentak!!!

lepas tu sorang sorang cakap nak macam ni nak macam tu. masa meeting tak nak datang. bila dah present baru nak tunjuk muka. masa tu la kau nak itu nak ini. masa meeting hari tu orang tu cakap a. meeting hari ni cakap b pulak. ni yang maleh keje dengan orang buta it ni. dah aku pulak macam dipersalahkan. aku buat sistem macam yang kau nak. kau nak a, aku buat a. kau nak b aku buat b. salah aku ke kalau korang yang tak berbincang sesama sendiri? masa tu la nak betelagah itu salah patut macam ni. yang tu kata patut macam tu bukan macam ni. so...jangan nak kata aku kurang ajar bila aku dah panas hati dalam meeting tadi. memang nada tengah marah tadi. lantak kau la. memang aku menjawab dengan hati yang panas.

buta it satu hal. boleh plak suruh aku yang keyin data dalam sistem. kepala hotak lagik tu. aku buat sistem ajo. yang nak pakai kau. kau la keyin sendiri. ni semua golongan orang dah separuh abad pemalas nak buat keje. tau nak melepak kat kedai mamak je. apa lah malang aku dibagi sistem ni dan jumpa user2 yang macam mangkuk ni??? ni yang buat aku nak g amik exam ptd nih. nak tukar profession. maleh nak layan user macam hampeh.

Monday, July 18, 2011

bergembira sekeluarga di melaka

tajuk entri dah macam budak darjah 3 daa....

kaktih n her husband


ni entri terperap 2 minggu lebih. aku sangat bizi sangat penat dan tak larat nak buat entri. bace blog orang je ada masa. alkisahnye family aku telah buat hari keluarga di melaka anjuran kaktih. tapi tak semua adik beradik ada. yang selected ajo yang pegi. dan kompem la aku memang selected punya.

dari kiri: lida, mak aku, arissa dan mimi. tengah tunggu ikan bakar siap

kami ke melaka pada 2 hb julai iaitu hari sabtu. semua bergerak sendiri-sendiri. kat hotel nanti jumpa. ada 4 keta yang terlibat. sebijik myvi merah, sebijik exora silver, sebijik waja hitam dan secute viva putih. lalalala. semua kereta adalah full okeh. macam aku selalu bagitau, family aku besar. bila berkumpul beramai-ramai memang sangat seronok dan meriah. plan asalnya kami menginap di hotel mahkota di melaka.  tapi tapi satu apartment yang ada 2 bilik ajo. tak muat nak menampung kami yang ramai. nak booking 2 hari sebelum 2 hb tu dah terlambat. dah penuh. begitu juga hotel holiday inn. apa tah semua orang sibuk nak pegi melaka time tu.

kakngah n family
tengah beli tiket nak naik menara taming sari

so, dapat booking 4 bilik di hotel city park. tak jauh dari hotel mahkota. separuh stay kat hotel mahkota separuh lagi hotel city park. sampai di melaka lebih kurang pukul 4 lebih petang. rehat-rehat kejap pastu pukul 6 lebih kami keluar makan ikan bakar diketuai oleh keta kaktih iaitu exora silver. so keta myvi, waja dan viva hanya membontoti keta exora sebab hanya keta tu yang tau mana arah tuju nak pegi. sampai kat tempat makan ikan bakar lebih kurang pukul 7 malam.

dari kiri: arip, shira n pijot
kami yang segerombolan ni pun memenuhkan meja kat kedai makan tu. semua urusan pemilihan makanan diserahkan kepada kaktih sebab dia yang belanja. pewittt. tapi servis kedai makan tu sangat tidak bagus. dah la lama nak tunggu air. pastu lauk dah sampai, nasik tak sampai-sampai. sudu lauk pun tak bagi. melecur-melecur tangan masing-masing amik lauk panas-panas.

part of my big big happy family
lepas semua dah kekenyangan, dan dah keletihan kami pun balik ke bilik hotel masing-masing. oh ya, bilik hotel pun kaktih yang sponsor. kelas kan adik beradik aku. lepas ni dengar-dengar adai pulak nak sponsor percutian family day yang seterusnya. wow...tak sabar. huhuhu. dah balik hotel, terus buat keje sket. kelas kan, pegi melaka pun bawak keje sekali.

me and arip a.k.a mohd azri ariff. budak yang nama dia selalu aku keyin bila testing sistem.

esoknya baru pegi jenjalan. lepas breakfast kat hotel, sambung tido balik. lepas check it out baru pegi jenjalan beramai-ramai kat melaka. kami pegi taming sari apa tah namanye, pastu jenjalan kat bazaar belakang tu pastu jenjalan kat dataran pahlawan. total semua ni amik masa 4 jam lebih. tak sedar langsung dah berjalan dan merayap sampai 4 jam kat melaka tu. shopping ada gak sket-sket.

aku yang tak kurus-kurus lepas bersalin. huhuhuu

so terima kasih kepada kaktih yang telah sponsor family day kali ni. tengah tunggu tarikh family day seterusnya.

Monday, July 11, 2011

entri terlambat: selamat 6 bulan

ooopppsss. macam mano aku boleh lupa nak buat entri penting ni? bizi sangat skang. macam-macam yang nak buat dan fikir. ingat nak buat tapi tak sempat nak taip. huhuhu.

2 julai lepas arissa genap 6 bulan ^_-. so...bila dah 6 bulan, dah sampai masa untuk arissa makan. kietorang memang tunggu 6 bulan baru bagi makan. ada orang, baby umur 3,4 bulan dah stat bagi makan. tapi tidak pada arissa. tepat 6 bulan baru boleh makan makanan pejal. kalau aiskrim tu lain. memang umur 4 bulan aku dah bagi. tapi sket je la. bagi rasa je. huhuhuh.



arissa dah pandai ape ye skang? arissa dah pandai duduk sendiri, merangkak, berdiri bila pegang sofa, duduk melutut. sejak dah pandai merangkak ni memang nak merayap je keje dia. baru letak kat sebelah, dia dah merayap kat hujung tilam. memang tak tau duduk diam skang. pastu merangkak tak balance, jatuh. menangis. tu le kejenye. memang kiteorang tak tido atas katil. bentang tilam dan toto kat depan tv. letak atas tilam pun arissa jatuh nangis-nangis, bayangkan kalau letak atas katil. huhuhu. bahaya bahaya.



skang ni arissa sibuk practice berdiri sendiri pulak. rajin betul dia belatih. cepat bejalan nanti nih ^_^.

mula berkata 'TIDAK'

entri ni bukan pasal TIDAK pada rokok ye. ni pasal diri aku sendiri. eh...bukan aku merokok tau.

bulan 8 ni opis aku jadi tuan rumah untuk satu event. so, kena la nak berpakaian seragam. bukan la baju seragam macam baju polis / tentera/ hospital. cuma kalau perempuan buat baju kurung dari kain yang sama. begitu juga lelaki. aku suka idea tu. memang nampak lawa je kalau 1 unit seragam baju. senang orang lain nak tau tu tuan rumah.

masalahnye bile 1 opis nak lawa...yang kena keluar duit...diri sendiri. nak ke tak nak ke...kena jugak berpakaian sama. kena jugak bayar duit kain. masalahnye bagi aku...kalau benda yang kite dipaksa untuk pakai dan bayar tetapi kena keluarkan duit sendiri, harganye kena la berpatutan. kalau bawah RM50, aku rela lagi. ni RM80-RM90. bagi aku tu mahal untuk sesuatu yang aku dipaksa untuk bayar. duit kelab kan ado. kenapa tak separuh bayar duit kelab, separuh lagi diri sendiri bayar? apa guna aku bayar duit kelab kalau kegunaannye hanya untuk jamuan. nak buat jamuan pun kadang-kadang kena bayar RM5 lagik. *_*

kalau disebabkan bayar separuh untuk harga kain tu guna duit kelab menyebabkan orang yang tak bayar duit kelab pun mendapat faedah, macam mana dengan jamuan? orang yang tak bayar pun makan jugak. so apa faedah atau kebaikan aku dan orang-orang lain yang bayar duit kelab??? setau aku, kat sini, orang-orang yang tak bayar duit kelab ni dapat sama macam yang orang bayar duit kelab. macam tak adil pun ado. tak telus. tahun depan aku malas nak bayar duit kelab bole? sebab kompem aku pun boleh makan jamuan dan dapat faedah sama macam orang yang bayar duit kelab.

so masa survey pendapat staff, aku salah seorang yang tanda pada column 'TIDAK SETUJU'. 3 orang ajo yang tak setuju daripda 37 orang. yang lain semua setuju. masa tu dah agak dah, dan aku pun dah cakap kat orang yang buat survey tu:

'ni ramai yang setuju ni, kalau saya tanda tak setuju pun tetap kena bayar jugak kan?'

masa ditanya kenapa tak setuju, aku jawab je mahal. mesti ada yang mengutuk kat belakang. gaji RM XXXX pun tak mampu? beli henset Xperia Arc mampu pulak (wahahaha. nak jugak mention henset baru). beli mainan arissa RM XXX mampu pulak. memang la...semua tu sebab aku suka. sebab aku nak. so aku sanggup keluarkan duit untuk benda-benda macam tu. ni untuk bayar sesuatu yang aku taknak tapi terpaksa, aku jawab je mahal. aku tak salahkan mekchu and the gang yang bersusah payah pegi kedai pilih kain tau. cuma aku tak puas hati kenapa tak guna duit kelab separuh untuk bayar duit kain tersebut. sekali lagi nak highlight...untuk apa bayar duit kelab???

mmmmm...saje je luahkan perasaan. kalau simpan dalam hati je lama-lama menanah pulak. so better luahkan walau hanya dengan buat entri.

lalalalalala. #TDDMKA (nak jugak. huhuhuhu)

Saturday, July 9, 2011

bukan salah transformers

dah 2,3 minggu transformer ditayangkan kat pawagam, baru hari rabu lepas aku dan encik capo pegi tengok. lepas keje terus pegi mbo cinema. orang tak ramai tengok. belas-belas je kot. bagus la tu takde la sesak wayang. so sebelum masuk, kami pun beli pop corn dan air buat bekalan masa menonton nanti. dah duduk kat kerusi kami, terus kunyah pop corn sambil tengok preview iklan-iklan movie yang akan datang. tetiba ada satu bau yang spoilkan mood aku.

hampeh betul. sape la punya kaki busuk sangat nih??? ntah sapa yang keluarkan kaki dari kasut sambil tengok wayang tah. semerbak bau busuk. korang bayangkan la ye bau kaki yang berpeluh-peluh dalam kasut pastu bukak kasut. macam sial tau bau die. kalau kat rumah tu lain la. ni kat tempat ramai orang. tak beradab punya orang. sepanjang tengok citer transfotmer tu, memang diselubungi bau kaki busuk. tak tenang aku nak tengok movie. tangan sebelah tutup hidung sebelah lagi makan pop corn.

pastu 4 ekor  mat rempit jakun mana tah tak penah tengok wayang agaknye. memekak macam beruk dalam wayang tu. tapi mat rempit ni bukan melayu la. tak nak la sebut bangsa apa. tapi yang nyata bukan melayu. hahaha. bukan melayu pun ada mat rempit ka? buat wayang tu macam rumah sendiri. tak pikir sensitiviti orang lain yang tengah menonton. macam orang tak berakal perangai masing-masing.

tak abis kat situ, orang yang duduk kat seat sebelah encik capo la buat hal. ni pun bukan melayu. dah la tak tau nak silent henset dalam wayang. henset berbunyi-bunyik tak nak jawab. memekak-mekak je. bukan sekali dua, tapi berkali-kali. encik capo yang sudah hilang sabar pun sound itu orang. siap ada 'stupid' kat hujung ayat dia. huhuhu. ontah orang tu dengar ntah tidak.

tak aman nak tengok transformer. dengan bau kaki busuk, dengan 4 ekor mat rempit dengan bunyik henset memekak mekak. awal-awal citer tu aku memang tak faham. agak boring sebab banyak sangat bercakap, pastu aku tak paham hujung pangkalnye. bila dah stat transformer lawan-lawan, baru la best dan excited. setiap kali lepas tengok movie transformer, mesti aku teringin nak bela transformer. tak kisah la optimus prime ke bumblebee ke. janji robot macam dorang. bia bertukar ada bunyik 'nyot nyet nyot nyet'. hahahhaa. aku tak reti nak buat bunyik tu. tapi aku sangat suka bunyi transformer bertukar.

lepas ni mau tengok transformer 1 dan 2 marathon. sebab sudah lupa. ^_^

Monday, July 4, 2011

dan pemenangnya ialah....

seperti yang aku janjikan dan seperti yang semua peserta contest nantikan...hari ini aku akan umumkan pemenang untuk contest wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh contest. kalau korang nak tahu, aku bukan juri ye. aku langsung tidak terlibat dalam pemilihan pemenang. aku telah lantik kakngah aku untuk menjadi juri. selepas aku compilekan semua peserta contest, aku serahkan semuanya kepada kakngah. dan semalam, kakngah dah bagi keputusan. jadi...aku akan umumkan ye. dup dap dup dap.... hehehe


sebelum tu...aku perkenalkan juri yang telah memilih pemenang. terima kasih diucapkan kerana sudi menjadi juri contest wildcutecat ni ^_-.

ini juri kite ^_^.

KEPUTUSAN

TEMPAT PERTAMA



TEMPAT KEDUA


TEMPAT KETIGA



4 HADIAH SAGUHATI






tahniah diucapkan kepada pemenang. diminta pemenang-pemenang untuk emelkan maklumat seperti nama penuh, alamat untuk pos hadiah dan juga no telefon (ni untuk isi kat borang poslaju). bagitau jugak nama anak ye. hantarkan ke emel wildcutecat@yahoo.com.


terima kasih kepada semua yang menyokong contest anjuran wildcutecat. korang memang jambuuuu la...^_^.
kepada yang tidak berjaya diharap jangan berkecil hati dan berputus asa. insyaallah wildcutecat akan anjurkan contest lagi ^_-.

Sunday, July 3, 2011

patut ke tak patut?

lama tak update entri untuk entri personal. ada je citer nak dikongsikan tapi sibuk sejak akhir-akhir ni. kih kih kih. sibuk main game kat hp. beli lagi hp os android. banyak sangat game best2 sampai setiap hari balik keje memang main game je kejenye. hp pun kena cas hari-hari. huhuhu.

ada story mory sket nak kongsi kat entri ni. beberapa hari lepas kawan aku call. sejak masing-masing dah berkeluarga ni memang dah jarang jumpa. selalu sms dan kadang2 call. so hari tu member aku ni call nak luahkan perasaan marah dan geram dia. aku yang pendengar setia ni pun dengar la. member aku ni baru elok sakit. so disebabkan dia sakit terpaksa la dia amik mc. sebab memang tak larat nak ke opis. 2 hari dia mc. bila dah baik, dia pun pegi la keje. datang-datang keje terus kena panggil kat bos dia.

bos dia tak puas hati dia mc 2 hari. dia kata kawan aku ni menipu je sakit. bodoh betul kan bos kawan aku tu. dah tentu la ada surat mc dari klinik dia pegi tu. lepas tu bos dia kata kalau orang pregnant dia paham la selalu amik mc ni. ni kawan aku tak pregnant. so kesimpulannya skang kalau tak pregnant tak boleh mc la ek. maknanye sape tak pregnant amik mc, maknanye die menipu sakit. so kesian la sape yang dah monopos dan yang belum kawin lagi. yang dah kawin tapi tak pregnant2 pun kesian jugak. sebabnya kalau sakit amik mc, maknanya dorang menipu. kalau yang lelaki pulak macam mano? hapa la punya bos. macam ni punya orang pun ada ka?

pastu bos dia siap bandingkan diri dia dengan kawan aku tu. bos dia kata kalau dia sakit, dia datang gak keje, takde pun amik mc. aik... dah engkau sakit nak datang keje jugak tu kau punya pasal lah. orang lain sakit nak rehat kat rumah, so lantak la. lagi pun memang ada kemudahan untuk cuti sakit. guna la. agaknya kalau dia nak teberak kat tengah jalan, orang lain pun kena terberak tengah jalan. sebabnya, dia buat macam tu. orang lain kena la ikut cara dia. bodoh betul (kata kawan aku tu). pastu bos dia asik membangga diri dengan diri sendiri je. konon la dia pekerja terbaik jarang amik mc. sakit-sakit pun datang keje. dia la suami terbaik kat dunia ni. dia a bapak terbaik kat dunia nih. pandai mengurus masa, keluarga dan lain-lain. pukul 7 pagi dah tepacak kat opis walaupun belum time opis. anak baru sorang boleh la berlagak macam tu.

kawan aku pun kate la, bos dia tu memang pilih kasih punya orang. awal-awal dia masuk keje dulu dah nampak. jenis kaki bodek pun ada jugak. kawan aku kate dia hari-hari balik keje lewat kadang-kadang pukul 9 malam kadang-kadang pukul 10 malam. tapi bos dia tak pernah nak puji. tapi kalau staff kesayangan dia yang pandai bodek dia balik keje lewat pukul 7 malam, bukan main bangga dia. satu opis dicanang-canangnye. kawan aku memang tengah marah betul masa dia call aku tu. so aku buat entri pun ikut cara dia citer kat aku la jugak. huuhuhu.

pastu bos dia bising-bising lak sebab ada beberapa hari dia datang lambat. padahal bukan tiap2 bulan dia lewat dan bukan hari-hari. ada la sebabnya dia lambat. tu pun dah jadi isu besar. padahal kalau staff-staff kesayangan dia datang lambat takde pulak dia nak bising-bising. kawan aku cakap lagi, dulu-dulu bila dia awal datang keje, 6.30 pagi dah terpacak kat opis, tak pernah pulak dapat pujian dari bos dia. datang lewat 2,3 hari dah bising. kawan aku nih bukan jenis kaki bodek. tu pasal dia asik kena jek.

aku nasihatkan dia cuba la bodek-bodek sket bos kau tu. marah betul dia bila aku cakap macam tu. last-last aku cakap, sabar je la. doakan la bos dia naik pangkat. takpun doa kan diri sendiri naik pangkat. kalau dia naik pangkat, bole la dia blah dari situ. kalau bos dia yang naik pangkat, bos dia yang blah dari situ. ok ke nasihat aku nih? aku bukan reti bagi nasihat-nasihat nih. lagipun teruk gak bos dia kan. kalau aku dapat bos macam tu ntah macam mana la agaknye. *_*.

tapi tak kot....bos aku kan baik-baik semuanya. #TDDMKA.

Friday, July 1, 2011

Bosan a macam nih

Blogspot n blogger dh kena blok plak kat opis ni. Bosan a mcm ni. Fb kna blok aku mmg xkisah tp bile blog kena blok terasa suatu kehilangan gitu. Huhu. Memang la aku selalu update blog kat rumah n set schedule utk publish, tapi bosan la sebab bile tensen2 buat keje, dah tak boleh blogwalking lg. Tsk tsk T_T.

Nasib baik dah beli xperia arc. Boleh la jenguk2 blog korang lg. Huhu. Semoga keblokan ini hanyalah sementara.

send via arissa's d' xperia arc

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails