Friday, August 30, 2013

pergi KL naik bas mini, entri ni pasal choki choki dan m&m minies

hari ni aku el sebab arissa demam panas.  bila arissa demam, meragam dan mengada-ngada memang tak dapat dipisahkan. tapi disebabkan arissa tak sihat, maka aku turutkan semua ragam dia. beginilah kronologi aku dan arissa hari ini:

ehsan pakcik google

1. arissa meragam pukul 3.00pagi - 6.30 pagi. suruh aku duduk je sambil urut-urut kaki. nak baring langsung dia tak bagi. maka duduk lah aku sambil menahan sakit pinggang dan sakit belakang. bersandar pun dia tak bagi. kalau ingkar, arissa pun melalak.

2. arissa melalak taknak pegi klinik. aku umpan bagitau nak pegi kedai beli choki-choki.kat bilik doktor arissa tanya doktor tu mana choki choki. bila dah cek tak ada choki-choki, arissa pun melalak.

3. bawak arissa pegi pacific sebab nak belikan choki-choki. cari punya cari, langsung tak ada choki-choki. aku ganti dengan m&m minies. bila nak bayar barisan punyalah panjang. aku letak balik m&m minies. arissa pun melalak.

ehsan pakcik google

4. singgah marybrown dalam pacific. tiba-tiba arissa nampak mainan. dia suruh beli tapi aku tak layan. arissa pun melalak.

5. sementara tunggu marybrown siap, arissa merengek-rengek nak mainan. aku pun bawak naik tingkat atas belikan mainan. bila nak beli mainan yang bukan pilihan, arissa pun melalak.

6. dah sudah beli mainan yang arissa pilih, kembali semula ke marybrown. arissa nampak kerusi buaian tapi dah ada orang, arissa pun melalak.

7. singgah petronas nak cari choki-choki dan m&m minies, tapi kat pertonas tak ada choki-choki dan m&m minies. arissa pun melalak.

8. balik rumah, arissa telupa pasal choki-choki dan m&m minies. arissa tertido dan tak melalak.

9. bangun tido arissa teringat choki-choki dan m&m minies, aku jawab takde beli, arissa pun melalak.

10. pukul 3 keluar ke giant nak cari choki-choki dan m&m minies. arissa tejumpa choki-choki lalu tersenyum riang hati walaupun tak jumpa m&m minies.

11. pegi pacific sekali lagi nak beli m&m minies. arissa girang suka hati bila m&m minies sudah dimiliki.

12. balik rumah riang hati, melihat arissa makan choki choki dan m&m minies.

makin lama dah macam jadik pantun pulak.

sekian

Tuesday, August 27, 2013

ahad yang sibuk dan isnin yang mengantuk


terpaksa guna penyepit baju untuk sepit lengan baju. kalo tak abis kat dalam semua makanan dia cecah.

alkisahnya pada petang hari ahad yang lepas, aku dan encik capo telah menganjurkan closed house atau kata lawannya ialah open house. aku lebih memilih closed house sebab kalau open house mesti ajak ramai jemputan. tapi majlis kami ni tak ajak ramai pun. hanya family, jiran tetangga dan kawan-kawan rapat sahaja. sebab tak ramai jemputan ialah budget pun ciput jadi buat ikut kemampuan. nanti jemput ramai-ramai tetiba makanan tak cukup kelam kabut pula. tak pun ajak ramai-ramai, sediakan makanan banyak-banyak tetapi tak ramai yang datang haru juga sebab makanan banyak sangat tapi tak habis. oleh itu kami memilih untuk anjurkan closed house. huhuhu.

arissa's wonderland. tempat semua kanak-kanak berkumpul sementara mak ayah makan dan beborak

disebabkan aku tidak memohon cuti pada hari isnin, maka aku tidak mahu terlalu penat pada hari ahad tu. jadinya..aku hanya buat untuk menu utama sahaja iaitu meatball ala ikea. disamping itu aku buat menu sampingan iaitu coslow. selebihnya goreng fries dan kentang wedges. menu-menu besar yang lain aku subkan.

rendang daging - mak aku masak
mi sizling - kaktih masak
koktel - kaktih buat
nasi himpit dan kuah kacang - mak encik capo masak
bubur pulut hitam - kakngah

antara tetamu yang hadir yang sempat disnap

seminggu sebelum majlis kami dah pergi memborong berkotak-kotak meatball marina di tesco seremban 2. kemudian 2 hari sebelum, sekali lagi kami memborong berkotak-kotak meatball marina sampai kosong untuk bahagian meatball brand marina ni. nasiblah sape yang nak beli meatball marina hari tu datang-datang tengok dah kosong.

antara tetamu yang hadir yang sempat disnap

pagi ahad tu aku memaksa diri bangun awal untuk mengemas dan siapkan bahan. nampak sangat hari ahad selalu bangun lewat. ekekekeke. aku juga mengharap agar arissa bangun lewat sedikit sebab kalau arissa bangun awal seperti aku maka perancangan yang telah aku susun akan lari dari jadual. ini kerana kalau arissa bangun, mesti dia tak bagi aku masak.

'mak....tak payah masak. jom duduk depan'

'mak. jom teman aisa main'

'mak, nak dukung nak tengok mak masak'.

'mak tak boleh masak. jom teman aisa main gongsor (gelongsor)'

'mak jom teman masuk dalam rumah aisa'

...

ok itu ayat-ayat yang arissa selalu guna setiap kali aku nak masak kat dapo.


arissa dan antara tetamu kecil yang sempat disnap

seperti yang dirancang oleh aku, maka aku pun memulakan aktiviti mengemas dan menyediakan bahan. disebabkan nak jimatkan masa sarapan hari tu aku buat kuih jemput aje. encik capo pula bangun-bangun tidao aktiviti dia ialah main game bola dengan duan (anak buah aku) yang tido kat rumah aku malam tu. alangkah indahnya kalau beliau bangun-bangun tido terus menolong aku mengemas. tsk tsk tsk. ok..beliau memang menolong mengemas hari tu tapi setelah mendapat arahan atau setelah di pot pet pot pet oleh aku.

begambar bersama jiran tetangga

lebih kurang 11.30 pagi encik capo keluar untuk beli perkakas polistrin untuk majlis petang nanti. sungguh indah bila wujudnya bekas-bekas polistrin ni. maka kerja membasuh pinggan dapat dikurangkan. masa tu arissa pun dah bangun dan aku dh mandikan. aku suruh arissa ikut encik capo dan duan pegi kedai tapi dia boleh pulak taknak ikut. puas dah pujuk ikut ayah dia pegi kedai tapi dengan sombong dan bongkaknya tanpa menoleh ke arah kami dia jawab 'tak nak'. puncanya ialah sebab dia leka main game jaga baby kat ipad. game tu baru je download malam tu. jadi bila ada game baru arissa memang sangat leka. dah dia tak nak ikut maka tak boleh dipaksa kalau tak melalak la jawabnye.

mereka semua antara family besar aku

disebabkan arissa taknak ikut dan dirumah tinggal kami berdua sahaja, maka aku risau jika arissa tak bagi aku masak. tapi disebabkan leka main game maka arissa tidak menghalang aku untuk memasak pada hari tersebut. malah bila aku datang duduk sebelah dia nak tengok dia main game bila kerja-kerja menyediakan bahan selesai boleh pulak dia halau aku.

'mak....pegi dapo masak'

'mak...jangan tengok aisa main. duduk jauh jauh'


apa-apa aje la arissa oi.

mereka semua antara family besar aku

majlis bermula pada pukul 5 petang. ni memang masa yang selamat bagi aku. cukup masa untuk mengemas, memasak dan menghidang. family ada yang dah datang seawal pukul 2 petang. tapi pukul 2 petang ni aku baru siap-siapkan bahan aje. tak stat masak pun lagi. pukul 2.30 petang aku, encik capo dan duan pegi open house sebab jiran tingkat bawah pun buat open house juga. ajak mak dan kakak aku masing -masing tak mahu. segan katanya nak pegi rumah orang sebab tak dijemput secara direct. dah tuan rumah kata jemput satu family datang, maka kira bolehlah kan bawak mak dan adik beradik anak buah semua. hahaha

sesi main game bola

lepas balik dari open house aku pun mulakan aktiviti membakar meatball dan memasak sos meatball. kalau dulu aku goreng meatball menggunakan kuali (tanpa minyak) sekarang aku cuma bakar dalam oven. maka takde lah lenguh tangan aku nak menggoreng berkotak-kotak meatball. masa buat besday arissa yang ke setahun dulu lebih kurang 25 trip aku menggoreng meatball ni. satu kali trip adalah dekat 15 minit sebab nak pastikan masak dalam nya. disebabkan dah beli oven tahun lepas, maka kali ni aku bakar dalam oven sahaja di suhu 200 darjah celsius selama 20 minit.

macam-macam perangai


dipendekkan cerita selepas semua menu yang dirancang siap, maka semuanya dihidangkan di ruang tamu. jadi...masa untuk menunggu dan melayan tetamu pula. majlis selesai dekat nak pukul 12 malam sebab tetamu terakhir iaitu abang aku sampai lambat. lepas semua tetamu balik dekat pukul 12 malam tu, aku pun terus memengsankan diri sebentar. arissa dah tido dalam pukul 9.30 malam tu. dia pun penat melayan tetamu-tetamu kecil kat arissa's wonderland.

entah apo kojo e masing-masing kek dapo den nia

disebabkan terlampau penat, aku memang dah tak larat nak kemas apa-apa lagi. jadi encik capo la kena simpan makanan-makanan yang tak habis dalam peti sejuk. dalam pukul 1 lebih pagi baru aku dapat tido. sepatutnya kalau terlampau letih lagilah senang tido. tapi aku ni terbalik sket. bila terlampau letih lagi susah aku nak tido. terbaring je menanti bila akan lelap.

semuo e sporting. tak ajak aku pun posing sekali. huhuhu

seperti yang dijangka....pagi esoknya kami terlajak tido. dua-dua tak sedar diri. aku hanya terjaga lagi 5 minit nak ke pukul 8 pagi. demmit! kami masuk keje pukul 7.30 pagi. dengan terkocoh-kocohnya bangun mandi, nak iron baju lagi. nak mekap, lilit shawl. penyudahnya pukul 8.35 pagi baru keluar rumah. tapi tak terus ke opis sebab nak anta arissa dulu. akhirnya dekat pukul 9 pagi baru sampai. tak pasal-pasal kena balik pukul 6 petang sebab nak cover 1 jam setengah yang hilang. kat opis pun duk menahan ngantuk rasa nak tido je sebab letih semalamnya tak hilang lagi. lepas ni kalau nak buat apa-apa majlis makan lagi memang kena plan dan amik cuti. sebab walaupun tak memasak banyak, tapi penat sangat. sakit belakang, sakit kaki. tapi tak apalah yang penting majlis berjalan lancar dan semua tetamu gembira dan kenyang makan.

sekian.

Friday, August 23, 2013

bunyi orang mencangkul tanah, suara perempuan yang menangis dan kami yang naif

dalam seminggu ni, keje aku asik baca pengalaman seram orang kat forum dan blog aje. dahlah aku ni seorang penakut tapi bila dah baca pengalaman seram dan mistik orang ni, susah pulak aku nak berhenti. akhirnya aku sendiri yang takut. takut nak pegi toilet kat opis, takut nak pegi toilet kat rumah dan dapo. sampaikan terpaksa paksa encik capo teman aku pegi toilet baik kat opis, mahupun kat rumah. macammana aku tak takut, aku asik terbayang-bayang je apa yang aku baca. dah la otak aku ni kreatif bab membayangkan makhluk-makhluk hantu ni. disebabkan asik baca pengalaman orang, aku rasa aku nak kongsi beberapa pengalaman aku sendiri.

salah satu pengalaman seram yang aku alami adalah pada tahun 1991 kalau tak silap. pengalaman ni adalah pengalaman aku dan lida (kakak aku) sebab kami yang mengalaminya. masa ni aku darjah 3 manakala lida darjah 5. kejadian ni berlaku di rumah keluarga aku di kuala pilah. pada petang hari kejadian, ada seekor anjing berwarna coklat merayap sampai masuk ke halaman rumah. rumah kiteorang ni rumah kampung dan terletak di tepi jalan besar dan kedudukannya di atas bukit sket. tapi takde la tinggi sangat bukitnya. jarang ada anjing di kawasan rumah kiteorang tu. anjing tu walaupun dah dihalau, dia tetap datang balik cuma dia berdiri kat tepi pagar tepi jalan tu je.

kehidupan diteruskan seperti biasa sehinggalah tiba waktu tido. aku dan lida satu bilik dimana ada dua katil bujang. satu kat dinding sebelah kanan, satu lagi kat dinding sebelah kiri. aku dah tak ingat aku katil sebelah kiri atau kanan. bilik kami adalah bilik nombor 2 dari pintu masuk dan ruang tamu utama manakala bilik arwah abah (masa ni abah aku masih hidup lagi) dan mak aku di bahagian ruang tamu kedua. abang aku tak ingat pula aku mana dia tido. entah dah pukul berapa, kami pun masuk tido. tiba-tiba dimalam yang gelap dan sunyi sepi, terdengar bunyi lolongan anjing yang sangat mendayu-dayu ala-alam macam filem seram. bunyi lolongan anjing tu dekat je macam halaman rumah kiteorang. hampeh betul sebab aku terjaga bila dengar bunyi lolongan anjing  tu. disebabkan aku ni penakut, bila terjaga je aku terus kaku di atas katil. nak tarik selimut pun aku tak berani apatah lagi nak bukak mata. hati aku meronta-ronta supaya tangan aku menarik selimut untuk menyelubungi diri yang ketakutan ini. aku berharap lida juga turut terjaga tapi aku tak berani nak panggil sebab lida ni selalu tido mati. bunyi anjing melolong-lolong memang tak berhenti-henti. akhirnya aku memberanikan diri cepat-cepat tarik selimut dan berselubung.

tak lama selepas itu, bunyi lolongan anjing pun berhenti. aku rasa sangat lega. sejurus selepas itu tiba-tiba terdengar pula bunyi seperti orang mencangkul tanah di luar bilik aku dan lida. tak lama lepas tu terdengar suara lida memanggil aku dari katil dia. aku pun cepat-cepat jawab sebab rasa lega lida pun terjaga seperti aku. lida bertanya samada aku dengar tak bunyi orang mencangkul tanah di luar. aku mengiakan pertanyaan lida. kami membuat kesimpulan bahawa arwah abah aku yang mengcangkul diluar. kami berdua takde langsung terpikir hantu ke apa ke. automatik je pikir arwah aku mengcangkul kat luar. lida dengan selamba bukak tingkap bilik dan tinjau kat luar yang gelap tu. aku pun sekali lah meninjau. sebaik sahaja kami meninjau, bunyi orang mencangkul tanah tu pun berhenti. kami pun pelik lalu tutup tingkap semula.

aku dan lida pun nak sambung tido semula cuma bezanya kali ni aku berhimpit kat katil lida sebab aku takut tido sorang-sorang. sebaik sahaja kami tutup lampu dan baring, bunyi orang mencangkul tanah kedengaran kembali. aku dan lida berpandangan. kami berdua tetap mengatakan arwah abah yang mencangkul tanah kat luar sebab memang selalu arwah abah aku rajin menyapu daun-daun dan menebas kat luar waktu pagi selepas subuh. tapi yang muskilnya skang belum subuh pun lagi. lida mengajak aku bangun dan pergi tinjau kat luar rumah. cuma kali ni bukan kat tingkap tapi keluar dari rumah. aku pun mengikut sahaja sebab konfiden arwah abah aku yang mencangkul di luar. sebaik keluar dari bilik keadaan dalam rumah memang gelap gelita. arwah abah aku memang tak bagi bukak lampu kalau tido sebab membazir lektrik katanya. cahaya ruang tamu rumah cuma diterangi cahaya lampu dari  bilik kami. semasa keluar dari bilik, sempat aku menjeling jam. owh..baru pukul 3 lebih pagi. tapi disebabkan perasaan suci murni kami dua beradik yang menyangkakan arwah abah yang mencangkul kat luar, kami berani saja bukak pintu utama rumah dan keluar. bila dah keluar rumah, kami berjalan ke beranda sebelah kiri untuk mengintai siapa yang mencangkul diluar pada waktu-waktu begini. sebaik sahaja kami meninjau, bunyi orang mencangkul terus senyap sekali lagi.

disebabkan tak nampak sesiapa dan tiba-tiba bunyi orang mencangkul berhenti, kami pun masuk bilik semula. sekali lagi apabila kami nak masuk tido, bunyi orang mencangkul terdengar lagi. dan seperti sebelum tadi lida mengajak aku untuk keluar dan tinjau sekali lagi. bila kami dah keluar rumah dan tinjau bunyi orang mencangkul pun senyap. kami pun masuk balik dalam bilik. bila dah baring tu, aku tak ingat bunyi orang mencangkul tu ada lagi ke tak. tapi yang pasti lida ajak aku keluar rumah sekali lagi sebab nak amik selimut dia kat ampaian kat luar. aku pun ikut je lida keluar dan amik selimut dia. lepas tu kami pun masuk tido semula. bunyi orang mencangkul pun dah tak ada. baru saja kami nak lelapkan mata, tetiba terdengar suara perempuan seakan-akan menangis dari arah luar bilik kami. makin lama makin kuat. suara tangisannya pula mendayu-dayu dan bunyi seperti sedih sangat. aku dan lida dah takut sangat dan kami saling berpeluk-pelukan. kami langsung tak boleh tido sebab suara tangisan perempuan tu tak berhenti-henti. kali ni memang kami takkan keluar dari rumah atau meninjau kat tingkap lagi.

suara perempuan tu menangis sekejap kuat dan sekejap perlahan. tapi yang pasti sangat syahdu dan sayu sangat. memang sedih sangat kalau dengar tapi dalam masa yang sama seram juga bila dengar suara perempuan menangis ditengah-tengah malam pada pukul lebih kurang 3 lebih pagi. bunyi tangisan itu berhenti sebaik sahaja azan subuh berkumandang. masa ni aku dan lida memang dah  lega sangat sebab bunyi tangisan perempuan tu dah berhenti dan tau hari dah siang. lepas tu baru kami boleh tido.

bila bangun dari tido, aku dan lida terus tanya arwah abah aku ada tak dia mencangkul kat luar dalam pukul 3 pagi tu. arwah abah aku menafikan dia ada keluar mencangkul pukul 3 pagi.

'mabuk ko apo nak mencangkul tongah-tongah malam buto?' lebih kurang begitulah jawapan arwah abah aku. kietorang pun cerita apa yang kiteorang alami malam tu kat mak kiteorang. diorang semua tak dengar bunyi-bunyi yang kiteorang dengar. bunyi lolongan anjing, bunyi orang mencangkul dan bunyi suara perempuan menangis. mak aku siap marah lagi sebab kiteorang berani-berani keluar rumah tengah-tengah malam buta nak pegi meninjau. masa tu memang takde fikir apa. fikiran suci murni je.

pada hari itu juga tapi aku tak ingat pagi atau petang, ada orang meninggal dunia. perempuan kalau tak silap. aku tau sebab rumah aku selang sebuah rumah je dengan tanah perkuburan. boleh nampak dari rumah aku orang membawa jenazah untuk dikebumikan. hal tersebut membuatkan aku dan lida membuat kesimpulan bahawa bunyi orang mencangkul tu adalah bunyi orang sedang menggali kubur dan suara perempuan menangis itu adalah ...??? tapi yang sebenarnya orang yang menggali kubur ditanah perkuburan tu hanya menggali pada siangnya. macammana kiteorang boleh dengar dulu bunyi orang mencangkul tanah pada tengah malam sebelum tu? huhuhu

kietorang bersyukur sangat sebab masa kietorang mengintai arah bunyi orang mencangkul tanah kat luar bilik kiteorang tu, kiteorang tak nampak apa-apa. entah-entah masa aku dan lida sedang meninjau tu, 'benda' tu pun sedang memandang kiteorang sebab tu bunyi mencangkul tu berhenti dan hanya kedengaran semula sebaik kiteorang dah baring semula atas katil. kalau sekarang jangan harap aku akan meninjau keluar bila dengar bunyi orang mencangkul ditengah-tengah malam. atau apa-apa bunyi yang tak logik dilakukan oleh manusia ditengah malam.

waaaaaaaaaaaaaa.....seram sangat bila mengenangkan. semasa menaip entri ini, bulu roma aku memang dah meremang-remang keseraman. ni antara pengalaman seram yang aku alami sendiri. ada juga pengalaman lain. nanti kalau aku rajin, aku buat entri. untuk kenangan aku baca di masa hadapan juga.

sekian

Thursday, August 22, 2013

muka dia sama macam annabelle

aku pernah buat entri pasal aku menonton movie the conjuring baru-baru ini. diawal permulaan movie tersebut ada diselitkan pasal pasangan warren membantu dua orang remaja perempuan yang diganggu dengan patung annabelle. patung annabelle didalam movie ini adalah sangat menakutkan ala-ala patung chucky gitu. tapi patung yang sebenarnya tak adalah ngeri pun wajahnya. biasa-biasa aje. kalau nak tahu lebih lanjut pasal patung annabelle boleh ke website pasangan warren tu di http://www.warrens.net/Annabelle.html. kalau nak tengok rupa patung annabelle tu juga boleh tengok kat website tu. aku tak berani nak upload gambar anak patung berhantu kat blog aku. huhuhuhu.

aku sebenarnya bukan nak cerita pasal patung annabelle tu. tu cuma pengenalan sahaja. sebenarnya aku nak cerita tentang mimpi yang aku alami semasa aku masih kanak-kanak lagi. masa tu umur dalam lingkunag 5-7 tahun, aku pun dah tak pasti. apabila melihat patung annabelle yang sebenar, aku tetiba rasa seolah-olah pernah melihat anak patung tu lama dahulu. aku tak pernah ada pun anak patung tu tapi memang rasa pernah lihat. tiba-tiba ingatan aku pun dapat mengakses dimana aku pernah jumpa anak patung tersebut.

rupa-rupanya itulah anak patung yang aku mimpi semasa aku masih kanak-kanak yang comot. mimipi tu aku masih ingat sehingga sekarang kerana bagi aku pada masa tu mimpi tersebut sangat seram. dalam mimpi tersebut, aku yang masih kanak-kanak tiba-tiba berada di satu kawasan yang gelap gelita. apabila aku melangkah ke hadapan tiba-tiba aku sedar yang aku berada di suatu tempat yang bentuknya bulat. disekeliling bulatan ada dinding tanpa pintu dan dihiasi pokok dedaun disepanjang bulatan tersebut dan juga terdapat sebuah bangku panjang.

apabila aku terus melangkah dalam keadaan yang terpinga-pinga, aku ternampak ditengah-tengah bulatan ada satu lagi bulatan yang lebih kecil. terdapat satu jurang yang dalam memisahkan antara bulatan besar dan bulatan kecil. ditengah-tengah bulatan kecil terdapat satu tiang lampu yang tinggi. bila aku melihat tiang lampu tu dari bawah dan membawak ke atas, tiba-tiba aku ternampak ada 2 anak patung satu lelaki dan satu perempuan yang sedang tidor sambil belakang masing-masing tersangkut pada puncak tiang lampu. yang lelaki berambut biru dan yang perempuan berambut merah/pink.

sekonyong-konyong (hahaha...betulkah perkataan tu) mata aku tepat memandang anak patung tu, tiba-tiba kedua-dua anak patung tu terus terjaga dan memandang aku dengan pandangan yang seram. kedua-dua anak patung tu terus mengelongsor turun dari tiang lampu lalu melompat ke bulatan yang besar dimana aku berdiri dan terus mengejar aku. aku pun tanpa berlengah lagi terus berlari cuba menyelamatkan diri dari anak-anak patung tersebut. aku cuma boleh berlari dalam bentuk bulatan sebab seperti yang aku bagitau awal-awal tadi, tempat tu berbentuk bulat. entah berapa round aku berlari aku pun tak pasti. kedua-dua anak patung tersebut masih gigih mengejar aku. dan aku tak akan sekali-kali menyerahkan diri kepada anak-anak patung tersebut sebab takut.

dalam pada aku tengah mengah berlari, tiba-tiba aku terjaga dari tidor dan terus terduduk. mimpi tu seolah-olah macam real dan aku sangat takut masa tu walaupun aku dah sedar dari tido. kaki pun masih menggigil dan jantung pun laju seolah-olah aku betul-betul baru lepas berlari. mimpi tersebut tak pernah aku lupakan cuma takdelah ingat hari-hari.

bila terlihat patung annabelle yang sebenar yang berada di muzium pasangan warren ni, baru aku teringat patung annabelle tu sama macam patung yang dalam mimpi aku. yang patung perempuan la. yang patung lelaki tu bezanya hanya baju dan rambut dimana rambut patung lelaki warna biru tapi rupa masih sama. owh sungguh scary bila teringat dan lebih scary bila anak patung annabelle yang sebenar sama seperti anak patung didalam mimpi aku. semoga anak patung dalam mimpi aku tu bukan annabelle. semoga aku takkan mimpi pasal anak patung ni lagi lepas tahu rupa dia sama macam annabelle. huhuhu

sekian...cerita mimpi seram zaman kanak-kanak aku.


Tuesday, August 20, 2013

kisah gam dan punk

aku tak tahulah orang lain macammana, tapi aku cukup menyampah tengok orang begambar buat muka macam gam n punk ni. tau tak muka gam n punk tu cane? maksudnya suka begambar buat mulut itik, buat muka budget comel padahal hazab dan macam-macam lagi lah memek muka yang macam haramjadah ni. kalau begambar elok-elok tak boleh ek?

kat dalam fb aku, kalau ada je friends list aku yang suka upload gambar gam n punk camtu memang aku terus unfriend je. dari sakit mata tengoknye baik aku terus unfriend.

gam n punk - gam n punk


* luahan sebab tertengok gambar-gambar gam punk kawan-kawan di fb.



maafkan lah bahasa aku. bila aku tengah taip entri dalam keadaan meluat atau marah...begini la hasil penulisannya.

Friday, August 16, 2013

aku vs lelaki separa botak

aku, kalau ternampak lelaki separa botak (yang botak kat atas kepala tetapi berambut dikeliling kepala), aku pasti teringat peristiwa yang berlaku 17 tahun yang lalu iaitu semasa aku di tingkatan 2. sehingga sekarang aku masih tak boleh lupakan dan masih akan sakit hati bila teringat.

biar aku ceritakan peristiwa tersebut....

17 tahun yang lalu, aku, lida (kakak aku) dan seorang kawan baik lida berjalan kaki dari sekolah (tks) hingga ke pekan kuala pilah. disebabkan lida ada projek memasak esoknya disekolah, maka kami singgah di gedung harian (masa tu gedung harian nilah tempat shopping yang paling gah di kuala pilah).lida nak beli sayur campur (yang ada jagung, kacang hijau dan carrot yang dipotong 4 segi kecik-kecik tu). cari punya cari, jumpalah sayur tersebut didalam paket plastik. tapi malangnya tak ada tanda harga. disebabkan duit yang tak seberapa, maka pentinglah untuk kiteorang tahu harga sayur campur tersebut. nanti terus pegi bayar sekali duit tak cukup, malu pulak.

kiteorang nampak ada sorang lelaki separa botak pakai spek sedang berdiri berhampiran. kietorang 3 orang pula penakut nak bertanya-tanya ni. lida tolak aku, aku tolak lida, lida tolak kawan dia untuk pergi tanya kat lelaki tu. lelaki tu perasan kami saling bertolak-tolak sambil pandang kat dia. akhirnya, tanya jugak soalan kat lelaki separa botak tu. tapi aku tak ingat aku atau lida yang tanya.

'encik, nak tanya la harga sayur ni berapa ringgit?'

lelaki tu pandang kiteorang dari atas ke bawah dengan muka bangsat (maafkanlah bahasa aku kerna aku terlalu sakit hati. hihihi)

'adik ni kenapa? takde duit ke nak bayar? nak minta duit kat saya ke?' jawab dia dengan nada berlagak.


tak ke macam haram jawapan yang dia bagi???

orang tanya pasal harga sayur tu kat dia sebab sangkakan dia staff kat situ memandangkan warna baju yang dia pakai hampir sama dengan warna baju staff kat situ.

aku memang dah terbakar rasanya kat situ mendengar jawapan dia. lida pulak jenis yang lambat pickup ala-ala lurus bendul gitu.

'eh takde la...nak ...'

belum sempat lida abis jawab, aku dengan muka moncong terus tarik tangan lida pegi kaunter. tawakal je la berapa RM harga sayur tu. kalau duit tak cukup kang letak la balik.

bila sampai kat kaunter, nasib baik duit lebih dari cukup untuk bayar harga sayur tu. masa nak keluar dari gedung harian tu terserempak dengan lelaki separa botak yang gampang tu (ampunkanlah bahasa aku ini....semoga kalian memahami perasaan aku. huhuhuhu). aku terus menjeling tajam jantan keparat tersebut dengan hati yang penuh kebencian dan dendam. dalam hati masa tu aku siap cakap 'kau tunggulah aku dah besar esok, dah kerja besar gaji ribu-ribu, aku balas balik kat kau'. (ni kata-kata masa aku  berumur 14 tahun dan tengah marah. kata-kata budak nak membesar...huhuhu)

aku sebenarnya rasa terhina sangat dengan kata-kata lelaki tersebut. tahulah aku miskin, ayah dah tak ada tapi aku takde lah miskin sangat sampai nak mintak duit kat orang yang aku tak kenal. bodoh! abang-abang dan kakak-kakak aku dah ramai yang dah kerja masa ni, takdenya kietorang sangap sangat nak duit orang yang tak tenal. kietorang cuma tanya harga sayur tu, bukan mintak duit kau  nak bayar sayur tu. pekak badak tak dengar soalan. bodoh bertingkek-tingkek. kalau tau dia bukan staff kat situ tak ada hingin pun bertanya soalan kat die.

oleh sebab peristiwa tersebut, aku memang menyampah kalau terserempak dengan lelaki yang botak kat atas tetapi berambut dikeliling kepala. sebab aku dah lupa muka dia macam mana tapi aku masih ingat fizikal dia. setiap kali aku terserempak dengan lelaki macam tu automatik otak aku akan flashback kejadian di gedung harian tersebut dan membuatkan hati aku mula membuak-buak sakit hati lalu melahirkan perasaan menyampah dan benci yang teramat kepada lelaki separa botak.

kepada lelaki separa botak yang tak bersalah di luar sana, maafkan lah aku sekiranya aku secara tak sengaja membenci kalian semua. bak kata pepatah yang aku cipta, kerana seorang lelaki separa botak yang berlagak, habis terpalit kebencian kepada semua lelaki separa botak diluar sana. hua hua hua.

semasa menaip entri ini, hati aku sangat membuak-buak sakit hati. semuanya bagaikan movie yang diplaykan menggunakan vlc yang diulang dan ulang dan ulang dan ulang. oleh kerana hati aku sedang marah bercampur sedih sebab masih terasa terhina dengan kata-kata lelaki bedebah itu walaupun telah 17 tahun berlalu, maka aku nak layan gambar lelaki-lelaki kacak yang botak. semoga hatiku sejuk semula. ngeeee ;-P


van diesel yang macho


michael scofield yang kacak

lincon burrow (kiri) yang kacak juga tapi tak boleh lawan kekacakan michael scofield


ok...hati ku dah sejuk semula.


sekian

Thursday, August 15, 2013

suka sebab tak melekap




sejak aku jumpa inner magic, aku sudah jatuh hati dan berpaling dari tudung awning. seperti mana aku jumpa tudung awning lalu meninggalkan tudung bawal.

inner ni anak tudung yang melekap kat kepala/dahi tu yang skang ramai orang pakai. cuma beza inner ni dengan inner lain, ialah inner ni tak melekap kat kepala/dahi. jadi sesuai lah aku memakainya. sebab tu nama dia magic. inner ni sesuai pakai dengan shawl dan tudung syria. bila pakai je...

tak melekap pun di kepala/dahi. hihhi. malah boleh tajam-tajam kan muncung dia. jadi takde lah muka nampak bulat aje.

percubaan pertama pakai inner magic. success! tak melekap di kepala/dahi. (dah lama tak amik gamba sendri. demi nak test inner magic, terpaksa la amik)

start beli kat kedai online inner magic kat facebook masa bulan puasa hari tu berdasarkan jaminan penjual bahawa inner ni tak melekap kat kepala/dahi. bila dah beli dan cuba, memang jatuh hati lalu beli dan beli lagi. kalau beli online ni rugi lah kalau beli satu-satu sebab nak bayar postage. maka sekali beli tu aku terus beli 5. so sehingga hari selasa lepas dah 3 kali aku beli. sekali beli = 5. oh ya, harga inner ni RM10 satu.

pakai inner magic juga  masa raya  hari tu

oleh itu, skang aku lebih senang mengenakan shawl dan inner magic bila nak pegi kerja atau keluar mana-mana. buat masa ni tudung awning berehat dulu. nanti bila dah rindu, baru pakai balik. ngeeee ;-).

hari-hari pakai inner magic ajo skang



sekian

the conjuring yang seram dan kami yang berlagak macho



petang semalam lepas kerja, tanpa menjemput arissa, aku dan encik capo ke jusco seremban 2. tujuan utamanya adalah untuk menonton movie seram the conjuring. apa yang aku baca dari paper, movie tersebut adalah movie seram nombor 1 di hollywood. sebagai peminat nombor satu movie seram tetapi penakut pada keseraman di dunia realiti, maka aku mengajak encik capo menonton movie tersebut.

disebabkan masih ramai umat yang bercuti raya lagi, maka jusco adalah sesak pada jam sebelum pukul 5 petang pada hari yang bukan weekend. biasanya tak sesak sangat dan parking masih kosong. tetapi semalam, bagaikan mencari parking di hari sabtu dan ahad. kat wayang pun ramai orang. semasa kami beli tiket movie the conjuring tu tak ramai orang yang menonton (berdasarkan skrin kerusi yang available semasa nak pilih kerusi di monitor).

movie start pukul 6.15 petang. semasa dah tiba masa masuk dalam hall, orang pun makin lama makin ramai. sekali penuh da panggung tu. dalam ramai-ramai tu, ramai juga budak-budak ala mat rempit menonton sekali. korang boleh bayangkan suasana menonton wayang dengan bebudak mat rempit macam mana suasananya. bising dan buat panggung macam dorang saja yang menonton. nasib baik la kedudukan kami strategik dan tidak dekat sangat dengan dorang. tapi dalam tu kecoh dengan suara mat rempit dan aweks-aweks mat rempit aje. sabar ajolah...

berbalik kepada movie The Conjuring, movie ni memang serius seram. i likeeeeeeeeee. ia berdasarkan kisah benar yang berlaku pada satu family pada tahun 1971. family ni terdiri daripada mak, ayah dan 5 orang anak perempuan mereka. baru berpindah rumah yang dibeli dijualan lelong tanpa tahu siapa pemilik sebenar rumah tersebut. baru beberapa hari mereka tinggal disitu mereka telah mengalami gangguan demi gangguan yang pelik. mak mereka menemui 2 orang pakar iaitu sepasang suami isteri yang bidang mereka adalah berkenaan dengan mistik-mistik ni. selain menghalau hantu, pasangan ini juga mengajar di university pasal aktiviti paranormal.

pasangan suami isteri tadi membantu keluarga tersebut untuk menghalau hantu yang mendiami rumah keluarga malang itu dimana bermacam-macam kejadian seram yang amat mereka alami. tak cukup dengan itu, hantu tersebut turut mengganggu anak kepada pasangan suami isteri yang menolong ini sebab marah mereka menyibuk nak menghalau hantu tersebut. tujuan hantu tersebut muncul adalah untuk membunuh keluarga yang mendiami rumah tersebut kerana kononnya telah merampas tanah dia. kisahnya macam dia ni dah mati tapi walaupun dah mati dia taknak orang lain tinggal kat tanah dia.tu yang habis dia nak bunuh semua orang yang tinggal di atas tanahnya.

banyak adegan seram dalam movie ni. setiap kali adegan seram dan terperanjat, dengarlah suara-suara penonton menjerit. tetapi disebabkan aku suka berlagak macho, maka tiada jeritan yang kedengaran dari suara aku sepanjang movie ni. (poyo padahal teperanjat juga. hihi). dan setiap kali adegan seram dan terperanjat muncul pasti encik capo cuba menenangkan aku kekononnya beliau berlagak seperti hero tapi yang sebenarnya aku tak de effect langsung walaupun terperanjat juga. yang sebenarnya beliau sedang menenangkan diri sendiri. aku ingat aku seorang yang berlagak macho tetapi encik capo juga cuba berlagak macho dengan menuduh aku sedang ketakutan padahal bila aku menjeling dengan ekor mata, kelihatan beliau sedang tutup mata sambil mengelintin keseraman. ;-p

pada awal permulaan movie ni ada diterangkan ini adalah pengalaman paling seram pasangan suami isteri (yang keje sebagai penghalau hantu ni la) dalam berhadapan dan menghalau hantu sepanjang karier mereka. oleh sebab itu kot kisah ini difilemkan berbanding pengalaman mereka yang lain. diakhir movie ada ditunjukkan gambar-gambar sebenar keluarga 7 beranak yang tinggal dirumah angker tu dan juga gambar pasangan suami isteri yang membantu ni. 

sesiapa peminat filem seram boleh lah ke panggung sebab tak rugi menonton. memang mendebarkan sangat dan memang seram. sesiapa yang penakut, sila bawa bantal untuk tutup muka atau jangan tengok langsung. ehehehe. nasib baik aku tak bawak lida (kakak aku). kalau tak, asal adegan terperanjat je mesti dengar dia terperanjat sambil sebut semua binatang haram kat dunia ni. dan setiap kali jadi begitu, aku terpaksa buat-buat tak kenal atau aku jadi halimunan sekejap. ekekekeke.

** sepanjang aku menonton movie ni aku tak tahu apa benda maksud conjuring tu. lepas taip entri ni aku cek kat citcat.com:

conjuring = menjelma / menjelmakan
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails