aku dah lama nak buat entri ni tapi asik telupo ajo. aku kan....paling tak suka kalau aku sms orang, dia balas 'k' je. tak tau la kenapa tetiba aku akan hangin sket tapi takde la aku nak reply marah-marah dia. just hangin dalam hati je. huhuhu.
kalau balas 'ok', tak pe. tapi kalau huruf 'k' je, memang akan sakit hati tak kira la yang balas tu keluarga sendiri atau kawan2 rapat. kalau dengan orang lain lagi la hanginnya berganda. payah sangat ke nak balas 'ok'. sama je kredit yang ditolak kalau nak jimatkan huruf pun. rasa macam dasar pemalas punya olang. *_*
tak tau la orang lain macam mana, tapi aku memang akan sakit hati bila terima sms macam ni. sakit hati sampai rasa malas nak sms dengan orang yang jwb macam tu. boleh down pun ye jugak bila bukak sms jawab 'k' je. huhuhu. akukah yang mental problem atau perasaan ini memang normal??? huhuhu
Friday, December 30, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Punca Pelupa dan Tips Elak Jadi Pelupa
sejak akhir-akhir ni kan, aku selalu lupa. dan makin hari aku rasa macam makin teruk pulak pelupa aku ni. bukti yang menyokong aku kata pelupa aku makin teruk ialah, bila berbual tentang sesuatu perkara dengan encik capo atau kawan atau family aku, selepas lebih kurang 10 minit atau beberapa jam, aku dah tak ingat apa yang aku bualkan. puas aku mengingatkan tapi langsung takde klu. terpaksa tanya balik ' kite cakap pasal apa tadi ye?' huhuhuu.
hari-hari tengok citer csi (las vegas, miami atau new york) dan memang dah hafal nama-nama watak. tapi tetiba aku akan jadi blank dan tak ingat langsung nama-nama watak tu. terpaksa tanya kat encik capo. dia yang tak tengok lak boleh ingat. huhuu *_*
banyak lagi la kejadian yang membuatkan aku sedar yang aku semakin hari semakin pelupa. oleh itu aku pun google punca jadi pelupa dan juga cara-cara nak kuatkan ingatan balik supaya aku tak jadi nyanyuk muda-muda ni. huhuhuhu.

Antara punca jadi pelupa:
1 ) melihat perkara- perkara yg haram.
2) membuang air kecil semasa menggosok gigi.
3) meminum atau memakan makanan yg bercampur semut
4) tidak membaca al- quran.
5) meminum atau memakan dari sumber yg haram.
6) mengumpat dan mengata.
7) asyik bercinta-cinta ( bukan cara islam )
8) terlalu memikirkan yg bukan-bukan.
9) sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.
sumber - mohdrizmanma
10) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.
Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.

11) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan.
Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun.
Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.
12) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.
13) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.
14) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.
15) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.
16) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.

tips elak jadi pelupa:
1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dicampurkan ke dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu( pasangan suami isteri yer)
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan
Selain dari kuat ingatan, badan kita akan menjadi sihat, fikiran menjadi tenang dan insyaallah memanjangkan umur kita dengan izinNya.Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh memberi implikasi lain pada antibody kita macam panas badan, pecah gusi dan lain2...

Wednesday, December 21, 2011
meluat
tadi berblogwalking setelah lama tak berblogwalking ^_^. entri ni pasal rumusan apa aku blogwalking tadi dan apa yang aku tengok berlaku disekeliling aku. aku tak suka la blogger yang suka letak gambar jelir-jelir lidah ni. bukan blogger je la, sesape je la kalau amik gambar jelir-jelir lidah ni, kompem aku meluat. menyampah dan yang sewaktu dengannya.
yang aku perhatikan, memang budak-budak remaja dan budak-budak sekolah la yang gemar amik gambar macam tu. selalunya pempuan la. bajet comel la kot amik gambar cenggitu. padahal buruk ya ampun. dah la tu, jelir-jelir lidah, buat muka aksi lucah. macam harammm aje. kui kui kui.
ok itu aje. jangan ada yang sentap dengan entri aku ni ye.
sekian.

Labels:
my voice
Tuesday, December 20, 2011
misi kedua yang gagal
beberapa minggu lepas aku dan encik capo ada bawak arissa tengok wayang movie Puss in Boot kat MBO terminal 2. masa tu arissa menunjukkan prestasi yang baik di dalam panggung sehingga kami plan nak bawak arissa tengok movie Alvin & Chipmunk 3 pulak.
so, malam tadi plan tersebut telah dijadikan realiti. abis keje petang semalam, amik arissa, terus pegi MBO. arissa menunjukkan prestasi yang baik juga dalam panggung. dia sangat teruja tengok tupai-tupai comel tu belakon. senyap ajo arissa dalam wayang. mata tak bekelip tengok skrin besar tu. tapi bila umpannya habis, dia mula buat bising dengan bahasa dia la. terus bagi umpan lagi. hahahaha. umpan tu cikedis ye. dia leka makan sambil tengok wayang. abis je atau terjatuh je cikedis, mula la bising.
tapi dah lama-lama arissa dah bosan. tak nak duduk diam. umpan pun dia dah tak nak. nak berdiri memandang orang kat seat belakang. siap arissa tegur lagik orang seat belakang tu. bila aku tarik ke depan, dia mengamuk. penyudahnya terus aku bawak arissa keluar dari panggung. encik capo je la tengok sensorang. masa tu tinggal 15 minit je lagi citer tu nak abis. tsk tsk tsk. tapi tak pe la. arissa dah tak nak tengok, aku bawak je keluar main-main kat lobi wayang tu. kemain suka dia sebab dah pegi tempat terang. kat situ nak bising, bising la Arissa. kang bising kat dalam, marah plak orang yang nak tengok movie. movie dah abis, baru masuk balik dalam panggung amik barang.
disebabkan misi kedua bawak arissa tengok wayang ni gagal, maka misi ketiga dan seterusnya tunggu arissa dah besar sket la baru bawak balik. *_*
so, malam tadi plan tersebut telah dijadikan realiti. abis keje petang semalam, amik arissa, terus pegi MBO. arissa menunjukkan prestasi yang baik juga dalam panggung. dia sangat teruja tengok tupai-tupai comel tu belakon. senyap ajo arissa dalam wayang. mata tak bekelip tengok skrin besar tu. tapi bila umpannya habis, dia mula buat bising dengan bahasa dia la. terus bagi umpan lagi. hahahaha. umpan tu cikedis ye. dia leka makan sambil tengok wayang. abis je atau terjatuh je cikedis, mula la bising.
haha. baru perasan baju n stokin arissa sama macam tengok puss in boot hari tu. |
nak amik gambar punya la susah sebab melasak ajo. huhuhu |
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Ra.One vs G.One
malam tadi aku layan filem hindustan terbaru lakonan shah rukh khan dan kareena kapoor. Ra.One tajuknya. aku minat gile dengan shah rukh khan dan kareena kapoor. tengok iklan dan preview filem Ra.One ni macam best. so, aku pun langgan la Astro First. tahniah kat astro berjaya goda aku untuk langgan selama 48 jam filem Ra.One. filem melayu kat astro first pun tak mampu goda aku untuk langgan. huhuhuu.
aku sangat excited nak tengok filem ni sebab nampak hebat. lain dari filem-filem shah rukh khan sebelum ni. kisah pasal apa ek movie ni? ok, aku citer sket ye.
shekar (SRK) ialah seorang programmer yang mencipta permainan video. shekar dan team dia kat company yang jual permainan video sedang cipta satu game lawan-lawan ala-ala macam street fighter. watak jahat dalam game tu nama die Ra.One. dan watak baik namanya G.One (Good One). ada 3 level dalam game ni dan setiap level ada kesukaran tersendiri. untuk main game ni, kena pakai sut hero G.One dan cermin mata ala-ala 3d. macam kite main game lawan-lawan tapi kite pun lawan sekali. macam tu la lebey kurang.
sebelum pelancaran game ni, tanpa disedari sesiapa, Ra.One (watak jahat dalam game) seolah-olah hidup dan boleh kawal diri sendiri walaupun takde orang kontrol game. masa malam pelancaran, sementara orang lain sibuk berparti meraikan kejayaan syarikat melancarkan game hebat ni, anak shekar, Prateak main game ni. anak dia ni terer main game dan dah nak masuk level 3 (level last). orang lain pun tak dapat lepas level 1 lagi tapi Prateak ni dah sampai level 3. dia guna nickname Lucifer untuk main game ni. masa nak masuk level 3 tu, kawan shekar panggil si Prateak ni bagitau shekar suh balik. so, Prateak ni tak habiskan main game ni. Ra.One dalam game tu marah tak bagi Lucifer ni tinggalkan game dan kata akan carik Lucifer ni kat dunia dia dan bunuh dia. dorang ingatkan game tu memang macam tu. tapi sebenarnya Ra.One tu sendiri yang cakap, bukan program game.
shekar plak balik lewat sebab kawan dia Akashi cakap game tu ada problem sebab tak boleh di 'Quit'. shekar pun pegi la tengok. rerupanya Ra.One dah gunakan energy dia untuk keluar dari game dan masuk ke dunia nyata untuk memburu Lucifer (Prateak). dalam masa memburu Lucifer, Ra.One dah bunuh Akashi dan jugak SRK (ayah Prateak ni) sebab shekar mengaku dia Lucifer sebab nak selamatkan anak dia. so Ra.One ni bunuh shekar dan humban keta dan shekar dalam tasik. semua orang ingat shekar mati sebab eksiden tapi anak dia si Prateak tu tau ayah dia kena bunuh kat Ra.One berdasarkan kesan senjata. mak dia (kareena kapoor) tak percaya. disebabkan tau Ra.One sedang buru dia, Prateak pun cuba hidupkan G.One yang juga dari alam game, untuk lawan dengan Ra.One.
muka G.One ni sebijik shekar sebab shekar yang cipta game ni. so, dari situ bermula la aksi-aksi G.One dan R.One bertembung dan berlawan dalam dunia nyata. satu hari, Ra.One ni culik Kareena Kapoor dan Prateak. dia kata kat G.One kalau nak dorang selamat, dia nak lawan dengan Lucifer (si Prateak tu la) sebab tak puas hati tak abis lawan masa malam hari pelancaran tu. so, si Prateak a.k.a Lucifer pun pakai sut G.One (sebelum mati shekar ada hadiahkan sut G.One ni kat Prateak. so, Prateak boleh kontrol G.One). so Lucifer pun lawan la dengan Ra.One. yang buat aksi lawan-lawan tu ialah Lucifer (Prateak), tapi yang berlawan ialah G.One yang betul-betul. kiranya G.One dikontrol oleh Lucifer. so masa ni berlawan-lawan la dorang. apa endingnya, kena la tengok sendiri.
hihi. paham tak apa aku citer? shekar tu ialah Shah rukh khan dan G.One pulak muka sama macam shekar. maknanya, dua-dua shah rukh khan. bagi aku citer ni best. shah rukh khan pun nampak lain dalam citer ni. nampak muda dan ganteng bangat. yang penting dia sangat bergaya membawakan watak G.One. kareena kapoor pun cantik gile dalam movie ni. dan jugak seksi.
so sesapa yang minat hindustan tapi tak tengok lagi, sila la melanggan astro first, tak pun beli dvd/vcd nye.
sekian ^_^.
aku sangat excited nak tengok filem ni sebab nampak hebat. lain dari filem-filem shah rukh khan sebelum ni. kisah pasal apa ek movie ni? ok, aku citer sket ye.
shekar (SRK) ialah seorang programmer yang mencipta permainan video. shekar dan team dia kat company yang jual permainan video sedang cipta satu game lawan-lawan ala-ala macam street fighter. watak jahat dalam game tu nama die Ra.One. dan watak baik namanya G.One (Good One). ada 3 level dalam game ni dan setiap level ada kesukaran tersendiri. untuk main game ni, kena pakai sut hero G.One dan cermin mata ala-ala 3d. macam kite main game lawan-lawan tapi kite pun lawan sekali. macam tu la lebey kurang.
kareena kapoor dan shah rukh khan (shekar) |
Ra.One |
shekar plak balik lewat sebab kawan dia Akashi cakap game tu ada problem sebab tak boleh di 'Quit'. shekar pun pegi la tengok. rerupanya Ra.One dah gunakan energy dia untuk keluar dari game dan masuk ke dunia nyata untuk memburu Lucifer (Prateak). dalam masa memburu Lucifer, Ra.One dah bunuh Akashi dan jugak SRK (ayah Prateak ni) sebab shekar mengaku dia Lucifer sebab nak selamatkan anak dia. so Ra.One ni bunuh shekar dan humban keta dan shekar dalam tasik. semua orang ingat shekar mati sebab eksiden tapi anak dia si Prateak tu tau ayah dia kena bunuh kat Ra.One berdasarkan kesan senjata. mak dia (kareena kapoor) tak percaya. disebabkan tau Ra.One sedang buru dia, Prateak pun cuba hidupkan G.One yang juga dari alam game, untuk lawan dengan Ra.One.
G.One dan Prateak (Lucifer) |
muka G.One ni sebijik shekar sebab shekar yang cipta game ni. so, dari situ bermula la aksi-aksi G.One dan R.One bertembung dan berlawan dalam dunia nyata. satu hari, Ra.One ni culik Kareena Kapoor dan Prateak. dia kata kat G.One kalau nak dorang selamat, dia nak lawan dengan Lucifer (si Prateak tu la) sebab tak puas hati tak abis lawan masa malam hari pelancaran tu. so, si Prateak a.k.a Lucifer pun pakai sut G.One (sebelum mati shekar ada hadiahkan sut G.One ni kat Prateak. so, Prateak boleh kontrol G.One). so Lucifer pun lawan la dengan Ra.One. yang buat aksi lawan-lawan tu ialah Lucifer (Prateak), tapi yang berlawan ialah G.One yang betul-betul. kiranya G.One dikontrol oleh Lucifer. so masa ni berlawan-lawan la dorang. apa endingnya, kena la tengok sendiri.
hihi. paham tak apa aku citer? shekar tu ialah Shah rukh khan dan G.One pulak muka sama macam shekar. maknanya, dua-dua shah rukh khan. bagi aku citer ni best. shah rukh khan pun nampak lain dalam citer ni. nampak muda dan ganteng bangat. yang penting dia sangat bergaya membawakan watak G.One. kareena kapoor pun cantik gile dalam movie ni. dan jugak seksi.
so sesapa yang minat hindustan tapi tak tengok lagi, sila la melanggan astro first, tak pun beli dvd/vcd nye.
sekian ^_^.
Labels:
my movie
Monday, December 19, 2011
jatuh bangun sendiri
arissa skang gigih nak belajar jalan. tapi belum berani lagi kalau takde orang pegang atau takde tempat berpaut ^_^. skang arissa berlatih berdiri tanpa pegang apa-apa. boleh la bertahan 10-15 saat berdiri ;-p. rajin dia berlatih. dah jatuh, terhantuk pun tak putus asa lagi. insyaallah, tak lama lagi bole la berjalan sendiri tanpa pegang apa-apa.
masa ni dah 2,3 kali dia berdiri jatuh, baru aku teringat nak amik gambar. ^_^
encik capo dah ready kat belakang kalau arissa nak jatuh.
masa ni dah tak balance dah....tanda-tanda nak jatuh.
letih dah practice. rehat la kejap ^_-
pose istimewa dari Arissa. asal suruh senyum je, dia buat muka macam ni. ^_^
Labels:
baby arissa
Friday, December 16, 2011
aku tanpa keretaku, begini la jadinya
hari ni jumaat. hari ni aku el. tak merancang nak el pun. tapi takde pilihan. serba salah nak el sebab bos aku tak suka orang el kat opis. tapi nak buat macammana, aku takde pilihan. seperti yang bos selalu minta, kalau nak el, kena dapatkan kebenaran. kalau tak, akan di kira sebagai ponteng. bos jugak tekankan guna ayat 'mintak kebenaran'. dan bos aku juga lebih suka orang call dari sms. so, di pagi yang hening dan dingin pagi tadi, aku pun mendail nombor bos.
aku cerita masalah aku dan terangkan kenapa aku nak el. aku juga guna ayat 'minta kebenaran nak el'. huhuhu. bos aku bagi kebenaran, dan tiadalah diriku di opis hari ni.
semuanya berpunca daripada kereta. punca aku el ialah sebab aku takde kereta hari ni. alkisahnya semalam abang aku pinjam kereta aku. aku ok aje sebab nak g keje hari ni boleh pegi dengan encik capo. untuk makluman, sejak seminggu ni kami pergi kerja berasingan. aku keluar rumah pukul 7 lebih pagi, hantar arissa dan terus ke opis. manakala encik capo akan pegi opis dalam pukul 8 pagi. so maknanya kami drive kereta kami sendiri walaupun kami satu opis. berbalik kepada citer aku tadi, abang pun amik kereta aku semalam kat opis lebih kurang pukul 7.30 pagi (selepas aku hantar arissa). keta abang aku rosak pagi semalam masa nak keluar pegi keje. jadi agak kehairanan dan satu kepelikan pada aku bila abang aku call pukul 6 pagi. keretanya satu kat workshop dan satu lagi keta tetiba tak bole stat. so disebabkan itu, abang aku pinjam keta aku sebab nak pegi keje atau tepatnya pegi kursus selama 2 hari.
petang semalam aku takde kereta. mintak ehsan kakngah tolong jemput aku kat opis dan lepas tu amik arissa seterusnya hantar aku balik rumah. kenapa encik capo tak jemput aku??? owh...sebab encik capo dah 2 hari demam dan tak ke opis sejak hari rabu. so, aku takmau la menyusahkan orang yang sakit untuk datang jemput aku. (baik tak aku? huhuhu).
so cadangnya hari ni nak pegi keje tumpang keta encik capo (macam sebelum-sebelum ni ^_^). tapi ku sangka cerah diwaktu pagi, rupanya hujan lebat melanda. hahaha. tak hujan pun, just pepatah yang tah hapa-hapa *_*. rerupanya pagi ni encik capo tak elok demam lagi. panas lagi dan nampak teruk jugak. aku dah bepikir-pikir dah macam mano den nak pegi keje hari ni? nak hantar arissa lagi. keta encik capo memang ada. tapi malangnya aku tak reti drive keta manual. takkan nak suh encik capo yang sedang tidak berdaya itu untuk hantar arissa dan seterusnya hantar aku pegi keje? dan takkan pula aku nak drive keta encik capo? aku tak penah-penah bawak keta manual sejak lepas test JPJ 6 tahun lalu. so aku tak yakin aku bole drive keta manual.
aku dah tepikir nak call teksi. tapi bila pikir kosnya, lebih baik aku el. call teksi datang rumah dah caj RM 10. nak pegi hantar arissa dah caj RM 10 lagi. suh teksi tu hantar plak aku pegi opis, dah RM 10 lagi. total dah RM 30. so tak payah la. dengan itu, aku pun dengan tekadnya call bos, minta kebenaran nak el.
apa yang tersirat di sini ialah, aku kena belajar drive keta manual. manala tau nanti keta aku takde, boleh la aku godek bawak keta encik capo lak g merewang. la la la la la. owh rugi satu hari cuti aku sebab tepaksa el hari ni. dah la hari jumaat.....huhuhuhu.
aku cerita masalah aku dan terangkan kenapa aku nak el. aku juga guna ayat 'minta kebenaran nak el'. huhuhu. bos aku bagi kebenaran, dan tiadalah diriku di opis hari ni.
semuanya berpunca daripada kereta. punca aku el ialah sebab aku takde kereta hari ni. alkisahnya semalam abang aku pinjam kereta aku. aku ok aje sebab nak g keje hari ni boleh pegi dengan encik capo. untuk makluman, sejak seminggu ni kami pergi kerja berasingan. aku keluar rumah pukul 7 lebih pagi, hantar arissa dan terus ke opis. manakala encik capo akan pegi opis dalam pukul 8 pagi. so maknanya kami drive kereta kami sendiri walaupun kami satu opis. berbalik kepada citer aku tadi, abang pun amik kereta aku semalam kat opis lebih kurang pukul 7.30 pagi (selepas aku hantar arissa). keta abang aku rosak pagi semalam masa nak keluar pegi keje. jadi agak kehairanan dan satu kepelikan pada aku bila abang aku call pukul 6 pagi. keretanya satu kat workshop dan satu lagi keta tetiba tak bole stat. so disebabkan itu, abang aku pinjam keta aku sebab nak pegi keje atau tepatnya pegi kursus selama 2 hari.
keta kesayanganku... |
so cadangnya hari ni nak pegi keje tumpang keta encik capo (macam sebelum-sebelum ni ^_^). tapi ku sangka cerah diwaktu pagi, rupanya hujan lebat melanda. hahaha. tak hujan pun, just pepatah yang tah hapa-hapa *_*. rerupanya pagi ni encik capo tak elok demam lagi. panas lagi dan nampak teruk jugak. aku dah bepikir-pikir dah macam mano den nak pegi keje hari ni? nak hantar arissa lagi. keta encik capo memang ada. tapi malangnya aku tak reti drive keta manual. takkan nak suh encik capo yang sedang tidak berdaya itu untuk hantar arissa dan seterusnya hantar aku pegi keje? dan takkan pula aku nak drive keta encik capo? aku tak penah-penah bawak keta manual sejak lepas test JPJ 6 tahun lalu. so aku tak yakin aku bole drive keta manual.
aku dah tepikir nak call teksi. tapi bila pikir kosnya, lebih baik aku el. call teksi datang rumah dah caj RM 10. nak pegi hantar arissa dah caj RM 10 lagi. suh teksi tu hantar plak aku pegi opis, dah RM 10 lagi. total dah RM 30. so tak payah la. dengan itu, aku pun dengan tekadnya call bos, minta kebenaran nak el.
apa yang tersirat di sini ialah, aku kena belajar drive keta manual. manala tau nanti keta aku takde, boleh la aku godek bawak keta encik capo lak g merewang. la la la la la. owh rugi satu hari cuti aku sebab tepaksa el hari ni. dah la hari jumaat.....huhuhuhu.
Thursday, December 15, 2011
dalam hati ada cinta, dalam kerusi ada Arissa
dalam hati ada cinta, dalam kerusi ada Arissa. cewah, macam pantun 2 kerat pulak ^_^.
nak kongsi satu lagi benda yang kami beli kat ikea untuk si baby Arissa. berbanding baby cot, Arissa lebih excited duduk kat baby chair ni. bukan main suka dia dapat makan semeja dengan mak ayah dia. ye la, selalunya time makan samada letak Arissa atas tilam biar dia layan video klip baby tv kat ipad, tak pun letak dalam walker.
kalau letak dalam walker dia selalu mengamuk nak keluar. dah tu skang dah pandai keluar dari walker sendiri. tsk tsk tsk. memang tak bole biakan dalam walker tanpa pengawasan. memang sedaya upaya dia akan cuba keluar dari walker tu dan berjaya. kalau letak kat tilam, belum pun sempat omak e nak duduk kat kerusi meja makan tu, tup tup Arissa dah sampai dulu. merangkak dengan lajunya nak join jugak makan. so, kena la pangku sambil makan.
dengan adanya baby chair ni, Arissa dah boleh join makan sekali. walaupun tak makan, dia duduk aje, dia tetap excited sambil goyang-goyang kaki tengok mak ayah e makan. kadang-kadang Arissa makan sekali, kadang-kadang dia taknak. macam big boss plak, duduk bersandar sambil goyang-goyang kaki.
untungnya la Arissa. mak ayah kau kecik-kecik dulu tak merasa semua ni. tapi takpe la, benda yang aku tak dapat nak merasa dulu, tumpang sekaki dengan Arissa je skang. tunggu la besar sket nanti, mak belikan Barbie pulak. dulu-dulu masa kecik-kecik nakkkkkkkk sangattttttttt anak patung Barbie. tapi tak mampu. nanti dah beli untuk Arissa, boleh la mak e main sekali. hahahahhaha.
pose istimewa Arissa menayangkan 4 batang gigi dia.
sekian entri pasal Arissa kali ni.
p/s: abaikan pemandangan kat belakang Arissa tu ye. la la la la la.
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
kurungan biru
minggu lepas, kami ke ikea untuk kesekian kalinya. antara yang dibeli ialah baby cot untuk arissa. sebelum ni memang dah ada baby cot, pemberian kaktih. baby cot tu kaktih beli masa anak dia baby lagi. tapi skang anak e dah nak masuk sekolah menengah pun ;). disebabkan arissa dah semakin membesar dan semakin lasak, maka baby cot tersebut dah tak sesuai lagi untuk arissa. sebab pengadang yang satu lagi dah patah dan arissa selalu nak panjat keluar ikut situ.
so, jumpa baby cot dengan harga berpatutan di ikea dan cantik, maka kami pun sambar satu ;). malam balik dari ikea, encik capo dengan gigihnya memasang baby cot tersebut. malangnya ada satu skru yang dah loose. terbengkalai la keje-keje pemasangan dan tak dapat la arissa rasmikan baby cot baru dia. so, hari ni, encik capo berjaya pasangkan baby cot arissa sebab dah beli playar khas. so, dengan itu, arissa pun merasmikan baby cot dia.
mula-mula memang excited budak kecik ni duduk dalam ni. benda baru la katakan. dah lama-lama, dia pon bosan dan menangis sibuk nak keuar. huhuhuhu
dah ada baby cot ni memang arissa akan ditidokan dalam ni. sebabnya, tido atas tilam asik tegolek, terhantuk je. tengah-tengah malam dengar arissa menangis, rupa-rupanya dah tegolek dan kepala terhantuk. tiap-tiap malam macam ni. bukan tegolek dari katil ye. kami tak tido atas katil pun sejak ada arissa. tido atas lantai je, bentang tilam. walaupun dah buat pagar bantal keliling arissa, dia tetap tegolek sampai kat lantai jugak. lasak sangat tido.
malam ni, malam pertama arissa tido dalam baby cot baru dia. harap-harap lena la bucuk mak ni. jangan terhantuk kat pagar baby cot tu sudah la ye. baby cot ni bukan untuk arissa tido aje. kalau aku tinggal berdua dengan arissa je, dan nak masak, masukkan arissa dalam baby cot ni dan lambakkan mainan dia. memang leka la dia main dalam tu. tapi aku tinjau jugak apa dia buat dalam tu setiap seminit. tak bole tinggalkan begitu je. at least letak dalam baby cot ni selamat sket daripada biakan arissa merayau dalam rumah sementara aku di dapo.
arissa pun dah tido. nasib baik malam ni dia nak tido awal. bole la mak dia taip entri. tapi akan di auto publish pagi esok (khamis) ;). so, entri pun dah abis taip. arissa dah tido, ayah arissa yang tak sihat sebab demam pun dah tido. aku pun nak join mereka jugak.
sekian....Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....(-_-)

Wednesday, December 14, 2011
selamat 11 bulan
Arissa dah masuk 11 bulan pada 2 Disember 2011 yang lepas.
pose dari Arissa bila tau mak die sedang amik gambar. |
gigi masih 4 batang. belum pandai bejalan sendiri lagi tapi dah boleh berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa.
my baby, my love, my friend. she's my everything |
semoga Arissa membesar dengan sihat. jadi anak yang mendengar kata ye. tak mau notti notti. ^_^
Labels:
baby arissa
Monday, December 12, 2011
'pembantu rumah' yang cute
Bertuahnye skang ni. sebab ada 'pembantu' yang suka 'mengemas'. aku dah kemas rumah lepas tu mesti pembantu aku 'kemas' rumah lagi. owh...bertambah 'ceria' dan 'cantik' lah rumah sejak ada 'pembantu ' ni.
aku nak perkenalkan 'pembantu rumah' cute miut kat rumah aku skang ni.
dalam banyak-banyak tempat dalam rumah, ni ruang favourite dia untuk 'mengemas.'
sehari ada 10 kali aku kemas balik cd-cd ni. tapi tak lama lepas tu si kecik ni 'kemas' balik. penyudahnya aku biarkan aje. lagi kite kemas, lagi dia 'kemas'. suka ati la Arissa. asalkan ko bahagia. huhuhu.
skang dah pandai tolak pintu kabinet tv ni. tu pasal rajin sangat dia 'mengemas' dalam tu.
muka ceria Arissa dapat tolong mak dia 'mengemas'.
Labels:
baby arissa
Wednesday, November 23, 2011
baby dalam bakul
hobi aku sejak dah ada anak ni kan, asik nak beli pemenan Arissa je. Arissa dah tentu belum pandai mintak lagi. tapi mak dia yang over nak beli pemenan banyak-banyak. bukan apa...zaman aku kecik-kecik dulu tak merasa nak main pemenan yang macam-macam ni. keluarga susah la katakan. tsk tsk tsk. disebabkan itu aku beli pemenan banyak-banyak untuk Arissa. rajin betul aku mengintai kedai-kedai online yang jual pemenan. kalau pegi shopping complex pun kompem aku intai kedai pemenan jugak. kalau bekenan dan lain dari yang lain, kompem aku beli. kalau tak....selagi tak beli jiwa aku tak tenang. kui kui kui.
ni kisah masa Arissa belum pandai mintak la. kot kot dia dah pandai minta nak itu ini nanti, entah-entah aku tak layan. hahahaha. tapi kan.......Arissa ni cepat bosan. 2,3 hari je die excited dengan pemenan baru. lepas tu, pandang pun tak hingin. benda yang bukan pemenan jugak yang dia sibuk nak main. kalau nampak gunting, lagi laju dia merangkak nak amik. ni kes kalau aku tengah nak balut bungkusan la. gunting dan benda tajam memang kena jauhkan dari Arissa. dah la semua benda nak masuk mulut je. huhuhu.
kalau tengah syok tengok tv tetibe channel bertukar, memang budak kecik ni la punya keje |
kalau tetiba tv bertukar kaler biru...paham-paham aje la. kadang-kadang to time citer tengah suspen tetiba jadik biru. huh! saba aje la.
asal aku tengah lipat baju aje, memang bakul ni la dia nak main. siap berdiri berpaut kat bakul ni. macam la bakul ni lagi berat dari die. sekali bakul ni bergerak, terus melalak sebab jatuh.
layan la Arissa main kejap. teringin sangat nak merasa duduk dalam bakul. kalau tak layan kang, memang abis segala baju yang dah dilipat dikirai balik.
tengok, muka ceria Arissa dapat masuk dalam bakul.
sekian. *_*
Labels:
baby arissa
Tuesday, November 22, 2011
semalam yang mendebarkan
malam tadi aku layan final bola sepak malaysia vs indonesia untuk sukan sea. aku pasti mesti ramai yang layan skali. aku tak minat bola sepak sangat. tapi kalau negeri sembilan main aku mesti tengok. kalau malaysia main pun aku mesti nak tengok. nak pulak lawan dengan indonesia.
Arissa dah tido masa aku dan encik capo tengok bola. so, tak boleh jerit 'golllllllllllll!' kalau gol.
awal-awal permainan aku nampak pemain indonesia sangat agresif. risau gak kalau malaysia kalah. tapi tetap yakinkan diri malaysia boleh menang. tapi semangat ku mula rapuh bila minit ke 5 indonesia dah gol. terlalu awal gol tersebut. tsk tsk. takut malaysia kalah. tapi lepas tu tengok semangat pemain-pemain malaysia main, terus aku konpiden malaysia akan dapat gol lepas ni. tapi tu la...banyak sangat gol yang membazir. akhirnya masuk jugak satu gol. yahoooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!
disebabkan Arissa tido, aku kena la jerit slow-slow. bila beberapa kali malaysia hampir nak gol tapi tak gol dan indonesia pun macam tu, mengelintin-mengelintin kaki aku cuba nak tolong sepakkan bola tu. disebabkan itu kot Arissa terjaga. *_*. tapi nasib baik Arissa tak melasak. dia senyap je tengok bola sekali. fuhhhh...
permainan malam tadi memang sangat mendebarkan. dah masa tambahan pun masih belum dapat tentukan pemenang. bila penalty lagi la aku berdebar-debar. dan bila akhirnya malaysia menang, tanpa segan silu dan secara spontan aku terus melompat-lompat kegirangan. oooopsss. takpe...kat rumah sendiri takpe lompat-lompat. Arissa dengan ayah die je yang nampak ^_^.
tahniah kepada pemain malaysia.

my love,
my whatever
Monday, November 21, 2011
skodeng sama dia
waktu tido aku skang memang tak menentu. semuanya bergantung kat Arissa. kalau awal budak kecik ni tido, awal la mak dia tido. kalau lambat, lambat la mak dia tido. kadang-kadang mencecah pukul 3 pagi budak ni tak nak tido. kalau hari cuti takpe lagi. ni selalunya hari keje. kadang-kadang tu pukul 9 malam dia dah tido. tup tup pukul 10 malam dah jaga pastu terus segar bugar. owh...kalau macam ni memang pukul 2,3 pagi baru nak tido balik.
kadang-kadang aku memang terlelap walaupun Arissa belum tido. nak buat macammana, letih + mengantuk. kalau nasib baik, Arissa tak merayap masa mak dia tido. dia baring dan main-main kat sebelah je sampai tetido balik. kalau nasib tak baik, memang dia merayap. aku risau a sebab Arissa suka berdiri lepas tangan. kalau jatuh kat tempat yang aku tak buat perlindungan macam mano? huhuhu.
aku nak kongsi gambar yang aku snap masa aku pura-pura tido. nak tengok, mana dia pegi. masa ni keadaan memang gelap. 1 lampu je terbukak kat ruang komputer. tapi kat sini nampak terang sebab flash. masa ni lebih kurang pukul 12.30 malam.

abis baju aku di selongkar dari dalam beg.
ni memang pemainan peberet Arissa. amik kain tutup kepala macam tu. pastu die gelak-gelak.
ooopss...dah sedar dirinya diskodeng.
terus pusing sebelah sana main henbeg aku pulak.
lepas amik gambar ni, terus amik arissa baringkan kat sebelah. dia nak merayau balik je aku pegang kaki dia. tak yah pegang kuat-kuat. pegang letak tangan kat kaki je, dia dah tau la tak bole merayau. so dia main kat situ je. tapi kalau aku dah telelap dan tangan tak pegang kaki...sekelip mata dia dah pegi merayau sorang-sorang. gelap pun jadi. tak tau takut langsung. *_*.
tah macam mana nak abiskan entri ni. sekian. huhuhuu.
Labels:
baby arissa,
my life
Subscribe to:
Posts (Atom)