Tuesday, June 19, 2012

setelah 2 tahun lebih sket, akhirnya aku kembali ke sini

dari kiri: mimi, nurin, lida n arissa

hari sabtu hari tu aku bawak arissa mandi kolam renang kat stadium paroi. masa balik kursus hujung bulan 5 haritu, aku, encik capo dan arissa singgah kat dataran pahlawan melaka. beli baju renang arissa ni kat brand outlet dataran pahlawan tu la. bila dah beli baju renang ni, takkan nak buat hiasan lak. kena la bawak arissa mandi kolam.

aku ajak lida@mak uda arissa, mimi dan nurin skali. ramai-ramai baru syok. kalau aku berdua dengan arissa tak berapa best. encik capo tak ikut pun. mula-mula niat dihati aku ni nak teman arissa mandi kolam je kat kolam budak-budak. so aku memang tak bawak baju spare untuk aku. sebelum pegi kolam tu aku singgah kat pacific, beli pelampung kat lengan untuk arissa.


tapi bila lida, mimi dan nurin dah terjun dalam kolam dewasa (perempuan), terus hati aku menyesal tak bawak baju spare. sebelum kawin dulu tetiap minggu aku g berenang kat kolam renang paroi ni. so dah 2 tahun lebih aku tak berenang. arissa pulak taknak mandi kat kolam budak-budak. takut. tapi bila masukkan kkat dalam kolam renang dewasa (mak uda dia dukung a) terus taknak keluar. penyudahnya aku pun terjun sekali dalam kolam tu. tak boleh tahan lama tak berenang. nanti lupa skill berenang aku. ^_-

arissa pulak dah naik syok langsung taknak keluar kolam padahal jari kaki dan tangan dah kecut. dengan menggigil-gigilnya lagi. asal keluarkan dia je, arissa melalak kuat-kuat. aku tak berani la nak biar budak kecik berendam lama sangat. cukup 1 jam aku keluar dan bersiap dulu. pinjam baju mimi sebab mimi bawak baju lebih. ekekeke. bila aku dah bersiap, bertudung bagai, baru arissa nak keluar kolam.


seronok sangat mandi kolam renang sebab dah lama tak mandi. bertambah seronok sebab bawak anak @arissa. 2 tahun lebih dulu selalu tengok mak-mak bawak anak berenang. skang sampai giliran aku bawak anak pula berenang. malah berenang bersama-sama ^_^.

insyaallah seminggu sekali atau 2 minggu sekali akan bawak arissa berenang. nak ajar berenang dari kecik. emak e dah pertengahan 20 an baru nak pandai berenang. *_*.



* takde gambar mandi kat tengah sebab semua sibuk berendam ^_-. dapat amik gambar ni pun sebab ni sebelum aku buat keputusan untuk terjun sekali. ekekeke.

Thursday, June 14, 2012

bukan saja nak cari pasal

entri ni sambungan entri pasal kasut sembonia hari tu.

selasa petang, aku ke parkson sp lagi. aku bawak kasut dan juga resit. kasut kaktih pun aku bawak sekali. sebab seperti yang aku citer haritu kami beli kasut yang sama. kali ni aku pegi dengan encik capo. masa pegi kat kaunter customer service tu aku stat nerves. sebabnya aku dalam keadaan mood normal. kalau aku tengah marah, kompem aku tak nerves.

sampai kat kaunter tu, aku cakap kat orang yang bertugas tentang hal semalamnya dan aku juga kate orang yang jawab call masa aku buat aduan, suruh datang bawak kasut dan resit. staff tu pun buat pengumuman panggil salesgirl sembonia naik kat situ. tunggu punya tunggu tak muncul-muncul. tak lama lepas tu datang sorang perempuan melayu. maybe dia supervisor untuk customer service. dia tanya apa yang berlaku. so aku citer semula. dia bawak kasut tu dan pegi kat tempat sembonia untuk compare kan. sementara tu aku tunggu kat kaunter customer service.

kemudian, supervisor tu muncul kembali dengan seorang salesgirl yang sama bangsa dengan salesgirl semalamnya tapi bukan salesgirl semalam. so, berlaku la sesi dialog ni. sesi dialog ni dalam keadaan tenang.


salesgirl: harga kasut ni memang RM99. kat kotak memang tulis harga ni.

aku: tapi kat kasut display semalam RM89.

salesgirl: itu harga masa promosi. tak perasan tak tukar. tapi memang harga kasut ni RM 99.

aku: tak kisahlah, tapi saya nampak harga yang RM89. bukan RM99.

supervisor: semalam kenapa tak datang terus kat customer service? boleh kiteorang cek terus. kenapa balik? kalau hari ni datang balik dah susah lah. kite tak boleh nak buat apa dah.


aku: semalam tengah marah. salesgirl tu pun kurang ajar. lagipun malam tu dah call customer service.


supervisor: oh. dah ada call ek. tapi harga kasut ni memang RM99. cuma promoter tak perasan, tak tukar.


salesgirl: ya betul. memang RM 99. kat kotak pun ada tulis.


aku: saya tau RM99. tapi semalam, masa tengok kat display harga kat tapak dia RM89. so, saya nak bayar harga yang saya nampak kat display.


supervisor: tapi memang haga kasut ni RM99. (asik dorang ulang ayat ni jek. sampai aku dah mula nak marah tapi kontrol lagi)


aku: ye saya tau hage RM99. tapi kat display RM89. ni dah kira MENIPU sebab letak harga lain, tapi bila nak bayar harga jadi lain. saya nak harga yang saya nampak kat display semalam.

encik capo: bawah akta KPDNK memang salah macam ni. display harga lain tapi kena bayar harga lain.



supervisor: ye, saya tau tu. salesgirl semalam kate dia sudah explain kat u yang harga kasut ni RM99


aku: masa saya nak bayar saya nampak kat resit harga tu RM99. saya yang tanya pasal harga tu. bukan dia yang explain. cashier pun dah scan masa tu.

supervisor: oh yeke. masa bayar baru tau hage RM99 ye? bukan masa test-test kasut?

aku: bukan. masa tu salesgirl takde cakap apa-apa pun. kat kaunter nak bayar tu yang baru dia cakap lepas saya tanye.

supervisor tu pun cakap dengan salesgirl yang salesgirl tu kena bayar sendiri kat aku beza harga kasut. sebab dia kata memang salah salesgirl tu sebab tak cek dan tak tukar harga.


disebabkan aku tak nak mengalah, dorang pun nampak dah mengalah. lagipun setiap point aku betul. takde yang salah. so, bukan salah aku kalau dorang lupa nak tukar tanda harga.

supervisor tu pun suruh aku ikut salesgirl tu g kaunter sembonia balik untuk amik RM10 sebab RM99 - RM 89=RM 10.

aku nampak salesgirl tu amik duit dari beg dia. means, dia memang kena bayar sendiri ganti rugi. dia bagi aku RM10.

aku: execusme, RM20. sebab 2 kasut.

salesgirl: oh...(sambil cek resit aku semula).

nampak a muka sedih dia sebab kena bayar RM20 kat aku. memang nampak kesian, tapi hak pengguna harus diperjuangkan.

masa g kat tempat sembonia tu, salesgirl yang kurang ajar semalamnya tu ada. macam tak puas hati je bila aku dapat duit aku balik. aku menjeling bila dia pandang aku. kalo nak gaduh lagi, silakan. i don't mind. i'm ready for it.





mungkin ada yang fikir, kecohnya, RM10 pun nak berkira. bukan RM50 ke RM100 ke? kan. kan.


it's not about money. (actually money is part of it ^_-), but about dignity and consumer rights.


dan lagi satu, kalau kite beli barang, bayar kurang 10 sen pun dorang akan berkira. so, takkan nak biarkan dorang amik duit aku lebih RM10 pulak kan.
 


sekian.




Tuesday, June 12, 2012

aku bukan aku....yang dulu

semalam suatu perkara yang buruk telah berlaku. petang semlam lepas balik keje dan selepas jemput arissa, aku ajak kaktih dan lida makan mcdonalds kat seremban parade. so total semua ada 4 orang termasuk arissa. lepas mengenyangkan perut dengan foldover,teman kaktih beli kasut kat parkson. setelah satu-satu kasut dibelek takde yang bekenan, kiteorang pun nak balik, sehinggalah lalu depan sembonia.

aku terberkenan dengan salah satu kasut kat situ lalu suruh kaktih beli untuk dia. sebab aku takde duit. kalau aku ada duit, kompem aku yang sambar dulu kasut tu sebab bekenan sangat. salesgirlnya takde kat situ. puas la menunggu langsung takde salesgirl yang datang melayan. disebabkan lama sangat menunggu, aku pun nak jugak beli kasut sembonia tu sebab lama sangat tengok, tak boleh jadi kalau tak jadikan milik sendiri. penyudahnya aku dan kaktih nak beli kasut yang sama cuma size tak sama ^_^. lepas dah dekat 10 minit tunggu barulah datang salesgirl. dah mintak size dan try, terus kompem beli.

sementara salesgirl tu tulis resit aku pegi tengok barang lain. dah setel tu dan nak bayar, tetiba aku pelik sebab hage kasut yang tertulis kat resit tu tak sama dengan yang aku dan kaktih tengok kat display. aku pun tanya a kat salesgirl tu:


aku: "tadi hage dia RM 89, nape kat resit RM 99????"

salesgirl: "kat kotak tulis RM 99"

aku: " tak. kat kasut display tu RM89!. betul tak katih?" (aku jawab balik sambil mintak kaktih kompemkan, takut-takut aku yang silap pandang. kaktih mengiakan kata-kata aku).

so, salesgirl tu pegi tengok balik kat tempat kasut tu. cashier pun terpaksa la tunggu walaupun dia dah scan hage kasut tu. nasib baik memang takde orang nak bayar masa tu. lama sangat salesgirl tu hilang, aku pun ajak katih g sana.

aku: "kaktih, jom a g tengok. kang tah-tah dia g tukar  hage kasut tu jadi RM99."

baru beberapa tapak melangkah, salesgirl tu datang balik.

salsgirl: "hage die RM 99. hage kat semua kotak RM99"

aku: mana boleh macam tu? display dah tulis RM89!!!!

salesgirl: "harga memang RM99. itu mungkin diorang salah letak"


masa ni salesgirl ni jawab dengan sangat annoying. mula-mula aku macam nak terima kenyataan. tapi tiba-tiba aku terfikir, aku tak salah. so, kenapa aku kena berdiam diri dan hanya terima macam tu je??? lagipun salesgirl tu sangat biadap.

aku: "that's ur problem la kalau salah letak harga. tapi i nak beli kasut ni sebab hage tulis RM89". (masa ni aku dah menggigil-gigil sebab terlalu marah. aku terasa sangat darah aku naik dari kaki sampai ke kepala)

salesgirl: "kite tak boleh bagi RM 89, nanti sini kena tolak duit"

aku: "bukan salah i! sape suruh u tak cek? keje buat ape?"

(suara aku memang dah tinggi. darah memang tengah mendidih-didih masa ni. dengan menggigil sebab terlampau marah. aku cuba kawal situasi tapi memang tak boleh hilang menggigil. bukan menggigil sebab takut ok. tapi sebab telampau marah).

salesgirl: " kalau u nak beli, beli a. kalau tak, tak payah beli"

pastu dia pun blah.

aku: " stupid $%#@* %^$#@(*^% ^%#$%^" (terpaksa sensored. sure korang tak percaya aku mampu ungkapkan kata-kata tersebut!!! cakap kuat-kuat bia dia dengar)

masa ni kat kaunter. budak cashier tu pandang je la. aku memang tak salahkan dia. aku marah sangat dengan salesgirl tu sebab nak lepas tangan macam tu je padahal memang salah kau pun. kalau orang lain pun salah letak harga apesal kau tak cek??? dah kau memang jaga bahagian tu.

sambil bayar, mulut aku memang mengomel sebab hati masih panas.

"stupid c%$*$%. stupid! "

aku beli jugak kasut tu sebab aku memang nak. masa tengah marah tu aku memang nak kate aku nak jumpa manager. niat memang ada. tapi aku dah terlalu menggigil. marah berapi-api ok sampai menggigil-gigil. 1st time aku bergaduh dan mengamuk kat shoping complex. tapi bukan mengamuk tak bersebab. memang ada sebab. dah balik rumah, gigilan hasil darah yang mendidih masih tak hilang lagi. aku citer kat encik capo. terus dia suruh call parkson seremban parade dan buat aduan. disebabkan marah aku masih lagi berapi, aku terus google no telefon dan telefon. aku citer semua dan bagitau salesgirl tu biadap. orang yang jawab call tu suruh datang sana nanti. i don't mind. aku dipihak yang benar.

* aku tak letak bangsa. sebab nanti racist katanye.

** minggu lepas aku marahkan cashier KFC. pun sebab dia biadap. cuma masa tu tak seteruk kejadian kat parkson semalam. owh..tak sangka akhirnya aku yang pendiam dan penakut nak bersuara sejak kecik sudah berani bersuara kerana benar. la la la la la.

aku bukan nak berbangga sebab dapat marah dan maki orang. tapi aku cuma melakukan apa yang aku patut lakukan sejak lama dahulu. bakal jadi mulut lazer lepas ni. no simpan simpan or pendam pendam lagi. enough is enough. huh!!!


sekian entri senang hati aku.

Monday, June 11, 2012

tak kawan dengan orang macam ni pun takpe

apa perasaan ek kalau kawan kite bukak folder-folder atau fail yang kite simpan dalam pen drive atau external drive kite tanpa kebenaran? sebenarnya kejadian ni berlaku kepada aku. aku minta seorang kawan untuk copykan sesuatu dalam pen drive aku. tapi aku tak sangka pula lepas dia copy, dia pegi bukak setiap folder dalam pen drive aku dan tengok apa isi dalam dia.

walaupun takde benda yang rahsia sangat, tapi bagi aku dia sangat biadab. mencerobohi hak peribadi aku. aku tak perasan pun sebenarnya dia bukak semua isi kandungan folder dalam pen drive aku tu. disebabkan dia bertanya soalan yang aku rasa apa yang disoalkannya terkandung dalam pen drive aku, maka secara automatik aku tau dia telah bukak folder-folder tersebut. aku tak pasti semua orang sedar atau tak yang sebenarnya walaupun kita berkawan dengan seseorang, tak kira la rapat atau tak, bukan semua hal kite boleh nak menyibuk. sedangkan kalau keluarga atau adik beradik pun ada hal kita perlukan privacy, inikan pula hanya sekadar kawan. nasib baik lah dalam pen drive aku tu takde benda yang personal sangat. sekadar fail-fail keje sahaja dan gambar-gambar arissa.

tapi walaupun takde yang personal, aku tetap tak suka orang bukak pen drive aku.

sekian.



Thursday, June 7, 2012

entri untuk emakku



Hari ni, 7 Jun 2012, hari lahir mak aku yang ke 69 tahun. Selamat hari lahir diucapkan kepada emak aku yang sssangggattt tersayang. semoga panjang umur. semoga dirimu sihat dikalangan orang-orang yang sihat. Anakmu ini sangat menyayangi dirimu ini. Meskipun dah jadi mak orang, aku masih perlukan emak di sisi walaupun tak semestinya tinggal serumah ^_^.

* agak-agak ada tak lagi makan-makan sempena besday mak aku ni??? ^_-


Quotes untuk emak:


A mother is a person who seeing there are only four pieces of pie for five people, promptly announces she never did care for pie.

The hand that rocks the cradle is the hand that rules the world.

When it comes to love, Mom's the word.



Wednesday, June 6, 2012

kompem gelak sakan



bila tengah stress atau tensen, sila tengok rancangan variety korea 'running man'. pasti hilang stress dan tension. kalau tak stress atau tension pun boleh layan jugak. kompem berbaloi-baloi. boleh gelak sakan disamping senaman mulut sekali sebab tak boleh henti tegelak. memang kelakar gile-gile ah. kalau kat astro aku tak tau channel berapa sebab aku tengok yang dah didownload.

tau wujudnya rancangan ni masa kursus yang panjang hari tu. roomate aku duk gelak-gelak tengok kat notebook dia. aku pun tanya a cite apa die tengok sampai gelak macam tu sekali? terus dia copykan kat netbook aku beberapa episod dan dia kata kelakar sangat. aku pun layan a episod 1. memang kompem, sakit perut aku tegelak-gelak. itu baru episod 1 dah tegelak-gelak sampai sakit perut. tengok episod yang seterusnya dan seterusnya lagi kelakar. hahahaha. memang tak  boleh blah kelakar tengok perangai dorang dalam running man tersebut. terus mintak copy episod lain-lain pulak. kenapa industri hiburan kat malaysia tak pernah terfikir buat rancangan macam tu ye?


* malam tadi pun layan running man kat netbook. gile kelakar. episod paling kelakar aku rasa setakat yang aku dah tengok ni.


sekian.

Tuesday, June 5, 2012

aku di pagi yang ceria

mulai jun aku masuk opis pukul 7.30 pg - 4.30 petang. sebelum kawin dan sebelum beranak dulu aku memang masuk pukul 7.30 pg. cuma sebelum kawin aku keluar rumah pukul 6.15 pg - 6.20 pg dan dalam 6.30 pg - 6.45 aku dah sampai dah kat opis. biasanya pukul 6.30 -7.00 pagi tu aku sensorang je kat opis. tapi sejak pak guard bawah tu takutkan aku terus aku tido dalam keta bila aku sampai awal. pukul 7.10 - 7.15 pg baru aku keluar dari keta dan masuk opis. ekekekeke.

lepas dah kawin, selalu sampai opis sipi-sipi nak 7.30 pg dan ada juga terlewat. so...agak-agak sape punca kelewatan tu? ekekeke.

lepas dah beranak terus tukar, masuk opis 8.30 pg - 5.30 ptg sebab nak kena hantar arissa. sampai la Mei 2012. stat bulan jun ni, aku tukar 7.30 pg semula. tapi aku sorang je la. aku keluar awal dalam 6.40 pg - 6.45 pg sebab nak hantar arissa. setakat cuti sekolah ni perjalanan pagi ku memang lancar.


disebabkan aku sampai awal, maka aku pun dah sediakan stok breakfast di opis sebab pagi-pagi selalu lapa dan kafe belum ada makanan lagi. koko krunch dengan susu HL. susu peberet aku. suka sangat minum susu ni. hari tu try susu dutch lady low fat. rasanya sangat tak sedap. ada bau lembu. puiiiii!!! susu HL low fat jugak yang terbaikkkk! (* perasan tak kat kotak susu tu ada nama aku? ekekeke. sebab simpan dalam peti ais opis kan, haruslah ada nama ;-p)



sementara tunggu koko kruch ni lembut, update blog a. hihihi

semoga hari ni perjalanan hidup aku, dipenuhi bunga-bunga ceria ^_^.

sekian

Monday, June 4, 2012

aku kah yang sengal?

pagi hari ahad minggu lepas (27 Mei) lepas, aku telah merajinkan diri dengan memasak nasi goreng. tak ada nasi lebih dari malam sebelumnya pun. pagi tu aku masak nasi. sementara tunggu nasi masak, aku pun siapkan bahan-bahan untuk masak nasi goreng.

lepas nasi dah masak dan bahan-bahan pun dah tersedia, maka aku pun panaskan minyak dalam kuali. dah masuk bawang untuk tumis, baru aku perasan garam halus dalam balang kecik dah abis. dengan pantasnya aku pun bukak almari dan ambil paket garam halus dan tuang dalam balang kecik tu. lepas tu aku masukkan garam halus dalam kuali dan kacau-kacau. lepas tu rasa. macam tak cukup garam. aku pun tambah lagi. rasa lagi, macam tawar. so aku masukkan la sampai 3 sudu kecik garam halus tapi rasanya masih tawar.

disebabkan dah banyak letak garam masih tak masin, aku pun terus je goreng nasi. mana la tau kot-kot dah gaul dengan nasi, baru rasa garam tu keluar. lepas dah siap masak, dan buat air teh o, aku pun kejut encik capo untuk makan. nampak sangat tak tolong bini masak kat dapo. kui kui kui. sebaik saje nasi goreng masuk dalam mulut, rasa tak puas hati sebab tawar ya amat. aku kepelikan sebab dah 3 sudu kecik lebih sket aku letak garam. frust pun ada langsung hilang selera makan padahal kebulur. encik capo pun komen nasi goreng tawa. nak buat macam mana kan, nasi putih dah jadi nasi goreng. untuk merepair nasi goreng tersebut aku sangatlah tak rajin.

cerita nasi goreng aku tawar berakhir di situ dengan satu kekesalan *_*. hari jumaat lepas (31 Mei), anak buah aku 3 orang stay kat rumah aku sebab ada projek baik punya. nanti aku buat entri lain ^_-. anak buah aku yang sorang tu suka memasak. so malam tu dia nak masak nasi goreng. anak buah aku ni lelaki. akim namanya. yang lg 2 orang tu pun lelaki. duan dan adif. tapi skang aku nak cite pasal akim. masa akim tengah masak nasi goreng sensorang kat dapo, dia pun tejerit-jerit tanya garam. aku kata ada je kat kabinet kat dapo gas tu. baru je aku topup hari tu. tetiba akim kata, tu bukan garam tapi gula. aik. aku pun rasa nak sekeh la kepala dia. dah tentu la tu garam. aku yang masukkan hari tu.



akim pun menafikan sekerasnya tu garam tapi menegaskan dalam balang kecik tu gula. dia dah kelam kabut sebab bawang yang ditumis dah nak hangus. aku pun cepat-cepatlak tengok dalam balang kecik tu. hahahahaha. memang sah dalam balang kecik tu gula. aku cecepat bukak almari dan cek. sah memang aku termasukkan gula dalam balang kecik hari tu. gula castor. paket garam ada je sebelah paket gula castor tu. aku pun tak tengok masa amik garam dalam almari masa masak nasi goreng hari tu. main tuang je. patutlah nasi goreng aku tawar je walaupun dah 3 sudu letak garam yang rupa-rupanya gula.. hahahaha. aku tegelak-gelak kat dapo. apa ke bengong sangat aku nih? garam dengan gula pun tak leh beza.


nasib baik lah akim datang dan nak masak. kalau tak, sampai ke sudah aku masak tawar je.orang taruk garam, aku taruk gula. entah-entah habis satu balang kecik tu aku tuang dalam masakan sebab tak rasa-rasa masinnya. ekekekeke.

apa ke sengal sangat ko nih??? baru 2 minggu lebih tak masak sebab g kursus dah tak tau beza garam halus dan gula halus. ekekekeke.

sekian.

Friday, June 1, 2012

kami dan makan tak dapat dipisahkan

hari ni 1 jun 2012 besday kakngah aku. selamat hari lahir kepada mama arissa. 21 mei lepas pula besday kaktih dan anaknya helmi. selamat hari lahir kepada mereka. disebabkan besday yang dekat-dekat, makanya...kena makan banyak-banyak. sebab 26 mei lepas aku buat surprise makan-makan untuk kaktih, kakngah dan emak aku. besday dorang dekat-dekat. kaktih 21 mei, kakngah 1 jun dan emak aku 7 jun. jadinya aku gabungkan sambutan untuk kesemua mereka. kalau nak buat sorang-sorang memang tak larat a. huhuhu. sebenarnya anak buah aku helmi pun diraikan juga. aku memang selalu lupa besday budak ni walaupun besday sama dengan emak die. makan-makan yang simple saje. keluarga aje walaupun tak semua ada.

kek masa majlis besday 26 Mei 2012

shira, kaktih dan helmi - 26 Mei 2012

aku sangkakan dah sambutkan besday untuk 4 orang minggu lepas, takde makan-makan lagi. rupa-rupanya sempena besday kakngah hari ni, kaktih pulak buat surprise makan-makan. wahhhh...makan lagi *_*. perut sangat kenyang dengan makanan yang bermacam jenis. sehingga sate di depan mata pun aku pandang endah tak endah sebab terlampau kenyang.

kakngah dan emak (gambar masa besday takde. ni gambar kat melaka 5 Mei 2012 )

sangat seronok ada adik beradik macam kiteorang. besday je buat surprise makan. cuma sapa yang nak buat surprise tu je yang betukar-tukar. tapi konsep tetap sama. makannnnn sampai kenyang. setakat 1 jun ni je dah 5 kali makan-makan sempena besday. ni maksudnye makan-makan reramai kat rumah. yg ada kek dan pelbagai makanan.

1. besday arissa (2 Jan)
2. besday lida (27 Jan)
3. besday aku (8 April)
4. besday kaktih, helmi, kakngah, emak (21 Mei, 21 Mei, 1 Jun, 7 Jun)
5. besday kakngah (1 Jun).

arip n arissa - 26 Mei 2012
aku suspek, besday mak aku 7 Jun ni pun akan ada buat makan-makan lagi walaupun aku dah gabungkan majlis besday dorang 26 Mei hari tu. so, besedia la kosongkan perut hari tu.

aku yang terkini. nampak kurus pulak. ni yang nak suke ni. ahakz. - 1 Jun 2012

kiteorang sambut menyambut besday untuk adik beradik pempuan je. yang lelaki...tak penah rasanya. ahakz. yang paling best sekali sambutan besday aku pada tahun 2008 . sebab aku buat kat hotel Bayu Beach Resort kat PD. Jemputan ialah emak, adik beradik dan anak masing-masing. memang success dan sangat seronok walaupun aku sendiri yang surprisekan diri sendiri. bila agaknya nak buat macam tu lagi?

hmmmm...

sekian...^_^

gambar dan kenangan

masih ingin cerita pasal kursus aku yang panjang hari tu ^_-.

sepanjang kursus, tak pernah sekalipun aku menggunakan kamera henset untuk begambar kecuali amik gambar soalan assigment *_*.  oleh itu, memang tiada gambar dari henset aku untuk dikongsikan di dalam entri ni. tapi nasib baik ada gambar dari peserta kursus yang suka mengamik gambar.kalau tak, memang takkan ado gambar aku. hahaha

aku dan ahli kumpulan.
gambar di atas ialah pada hari kemerdekaan, iaitu hari akhir kursus iaitu 24 Mei 2012 yang lalu.
owh..damm. aku sangat gemoks!!! bagaimana aku yang kurus keding dulu boleh bertukar jadi gemuk begini???Tidakkkk!!! Marie France hanya mampu membantu sekejap ajo. lepas tu naik balik. *_*. disebabkan inilah aku tak suka begambar skang. aku sangat tak suka tengok gambar sendiri sebab gemoks.

tapi disebabkan entri khas untuk kursus dan demi mengabadikan kenangan bersama kawan-kawan baru yang entah akan contact atau jumpa lagi ke tak, maka aku letak jua gambar yang ada aku yang gemoks ini. hahaha.

ok, tu saja. sekian ^_^
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails