Thursday, September 29, 2011

pagi-pagi dah meremang bulu roma ku

pagi ni hari khamis macam biasa la pergi opis. sepatutnya hari ni pakai baju batik, tapi sebab tak sempat nak iron, pakai aje baju kurung biasa. aku kan dah muat baju-baju batik aku yang dulu. kelassss kan. huhuhuhu. sejak dah habis bulan puasa, aku dan encik capo dah tukar time masuk keje balik. masuk pukul 8.30 pagi dan tentu la balik 5.30 petang. masa bulan puasa hari tu masuk pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.30 petang. ok la, bukan itu yang aku nak citer. tu intro aje.

kiteorang selalu datang opis masuk ikut pintu belakang. so tadi masuk-masuk aje, terus terserempak dengan kak sham kat depan surau opis. kak sham kata kiteorang dah terlambat.

owh..apakah yang terlambat itu? skang baru pukul 8.15 pagi belum 8.30 pagi lagi. kiteorang tak datang lambat. huhuhu.  rerupanya bukan pasal datang lambat. tapi ada kejadian yang berlaku pagi itu sebelum kiteorang sampai opis.

kak sham bagitau yang kat surau pagi tadi ada sejadah duduk. fuhhhh...automatik bulu roma meremang-remang. dah kebetulan memang lalu depan surau, terus kak sham bukak pintu surau dan tunjuk. tapi masa tu sejadah-sejadah tu dah dileraikan daripada kedudukan duduknya. tengok sejadah yang dah tak duduk tu pun aku dah meremang-remang, ini kan pulak kalau tengok yang masih duduk. entahkan ada yang nak bergurau di opis atau entahkan betul-betul sejadah tu duduk sendiri. sejadah tu tersusun macam 1 family tengah sembahyang. tapi arah kiblatnya tak betul.

nampak tak 4 sejadah tu seolah-olah duduk.

aku dan kak sham masuk dalam surau. kak sham tolong amik sejadah yang dah terlerai tu dan sangkut kat hanger semula. lepas tu aku pun keluar sambil meremang tak sudah-sudah. sekali masa aku dah separuh jalan nak pegi ke meja kak sham pun keluar dari surau sebab takut. hahaha. aku pun patah balik dan masuk semula ke surau dan teman n tolong kak sham lipat sejadah. tapi serius! memang sambil lipat tu aku menggigil dan meremang segala bulu roma. *_*

masa nak duduk kat tempat aku, hazry tengah tengok gambar sejadah duduk  tu kat pc die. terus join sekaki. terus meremang balik.

lepas kejadian tu, terus dengar kejadian sebenar semasa sejadah tu duduk. (banyaknya terus). bukan budak-budak opis yang main-main buat macam tu. kata mereka yang balik lewat malam tadi, memang terdengar bunyi bising di area bilik server iaitu bersebelahan dengan surau. owh...nasib baik aku tak de di tempat kejadian. serammmmm...*_*. tetiba teringat kejadian seram aku dan encik capo di bangunan opis ni tahun lepas. owh...bertambah meremang balik *_*


* gambar di copy dari blog mekchu. huhuhu. kalau nak bace version lain, sila baca blog mekchu pulak.

keluar juga aku dari opis ini

isnin dan selasa lepas aku tak masuk ke opis. sebabnya aku hadiri seminar di hotel royal  bintang. tapi tak jauh pun...kat seremban jugak. tak kisah la, janji seminarnya bukan dalam bangunan opis. huhuhu. setelah sekian lama, akhirnya keluar juga aku daripada opis ni. mana taknye, asik-asik seminar atau taklimat yang aku kena hadiri dibuat kat dewan dalam bangunan opis. tak berkembang langsung.

dapat pegi seminar kat hotel 2 hari memang satu berita yang teramat-amat gumbira buat aku. tapi aku tak tido hotel la. dah tentu la rumah aku 5 minit je nak pegi hotel royal bintang tu. yang seronoknye pegi seminar kat hotel ni ialah bab makan. aku memang buruk perangai bila bab makan ni. tak tau la kenapa. nampak aje makanan kat hotel, terus lupa diri. hahahaha.

sampai-sampai aje kat lobi hotel masa tu terus dapat kawan. hihi. aku ni berat mulut memang payah nak berkawan kat tempat-tempat asing ni. tapi satu keajaiban pagi2 terus dapat kawan. so takde la aku duduk sensorang kat dewan tu nanti macam selalu aku pegi seminar / kursus. huhuhu. sebenarnya yang satu opis dengan aku pun ada gak yang hadiri seminar yang sama dengan aku ni, tapi sebab pagi tu aku tak nampak sorang pun sebab ramai sangat orang. yang kawan baru ni pun selalu je bertembung kat bangunan opis, cuma selalu senyum-senyum je. tak tau nak borak ape, so senyum je la kan. tapi bila jumpa kat seminar ni macam-macam pulak yang diborakkan. ^_^.

aku pun takde amik gambar sepanjang seminar tu. langsung tak teringat. belum boleh jadi blogger sejati lagik aku ni. *_*.

ok la, itu ajo cerita aku kali ni.


Wednesday, September 28, 2011

arissa di wad

 sambungan entri akhirnya dapat juga.

ini adalah kali ketiga aku masuk wad. semuanya gara-gara arissa. masa 1st dulu sebab nak beranakkan arissa kat hospital bersalin sukhilmi. 2nd masa arissa kena kuning, masuk wad kat hospital bersalin sukhilmi jugak. dan yang ketiga sebab yang ni lah tapi kat KPJ pula.  tapi takpe. demi arissa, aku rela ^_-. pilihan utama nak pegi hospital sukhilmi sebenarnya tapi kan hospital sukhilmi tu hospital bersalin, bukan hospital kanak-kanak. so beralih arah ke KPJ. huhuhu.

arissa ketiduran

pagi pertama di wad ni, arissa ceria lagi walaupun tak sihat. main-main dan bergurau senda lagi. tapi bila time amik gas, dengar la suara dia melalak kat wad tu. nak bagi makan ubat pun bukan main payah lagi. bila nurse tu sumbat je ubat dalam mulut dia, 5 saat lepas nurse tu pegi terus muntah melambak-lambak. susu pun tak nak minum. puas dah aku sumbat dalam mulut, dia tolak-tolak dengan lidah. masa ni dah stat arissa dah lemah dan takde mood. sensitif betul. tak boleh salah pegang, mesti marah dan menangis. kalau aku tengah duduk pastu pangku dia dan aku nak betulkan kedudukan duduk aku pun dia marah. disebabkan arissa sakit, aku layan je kerenah dia. cian arissa.


disebabkan wad kanak-kanak penuh, arissa ditempatkan kat wad tumpang di wad bersalin. dalam tu ada la 3 orang kanak-kanak yang sakit jugak. so, baby cot memang takde. ada katil pesakit dewasa je. ko bayangkan arissa kejap-kejap nak panjat penghadang katil yang tak seberapa tinggi tu. memang aku kena pantau dia 100%. takut dia tegolek-golek langsung jatuh katil kang.

masa pukul 11 pagi, ada sorang nurse datang bagitau suruh arissa puasa 2 jam stat pukul 12.30 tgh hari. sebabnya nak sedut kahak pukul 2.30 petang kang. arissa memang dah puasa dari pagi lagi. sebabnya langsung taknak minum susu. air kosong je dia minum. cian sangat tengok arissa. puas dah aku paksa minum susu tapi langsung taknak. selera dah takde kot. pukul 2.30 petang, aku dan encik capo bawak arissa ke tingkat G kat bilik apa tah nama nye. nurse tu bagi penerangan nak buat apa dan minta kami tunggu kat ruang tamu sementara dorang sedut kahak arissa. kiteorang memang tak bole tengok sebab dah ditutup dengan tirai. terdengar je suara arissa melalak-lalak dengan suara serak dia. hai...bertambah serak la suara dia dan bertambah perit la tekak arissa. owh...kesiannya anak ku. tapi demi kebaikanmu...emak relakan jua. arissa berhenti melalak bila dah berada dalam dukungan aku. esok pagi pukul 8 pagi kena sedut kahak lagi. lepas dah setel kami pun balik ke katil.


bila makin petang, mood arissa makin tak ceria. makan ubat memang asik muntah aje. sedut gas memang melalak dan melalak. akhirnya malam tu, aku minta kat nurse bia aku yang bagi arissa makan ubat. daripada dia makan ubat asik muntah aje, baik aku yang bagi. bila aku bagi, mesti la aku bagi dengan penuh kasih sayang. kalau nurse bagi, bagi dengan penuh kegeraman je dengan perangai arissa yang meronta-ronta melalak taknak makan ubat. huhuhu. nurse pun setuju aku yang akan bagi arissa ubat. seperti yang aku jangka, arissa memang takkan muntah kalau aku yang bagi dia ubat. memang dia meronta-ronta dan melalak jugak. tapi pandai-pandai aku la sebagai emak macam mana nak handle keadaan.


budak tome ni dah jaga...^_^

dah panjang sangat entri ni, sambung la ye...huhuhu


Wednesday, September 21, 2011

penat sungguh

lagi beberapa hari genap la sebulan beraya. jenguk-jenguk entri orang, meriah betul entri pasal raya. beraya sakan korang ye. macam yang aku bagitau entri sebelum-sebelum ni aku malasssssssssssss betul nak update blog. dah terperap citer ni. tapi takpe...skang mood menghapdate blog dah kembali. huhuhu.

pada 3 september lepas iaitu hari ahad bersamaan dengan hari raya ke 5, aku dan encik capo buat open house. tapi lebih kepada family aje la. ada jugak la jemput jiran-jiran yang dah balik dari kampung dan jugak kawan-kawan encik capo. sebenarnya aku nerves nak buat open house. ni first time raya nak buat open house. aku neves bukannya apa. sebab menu semua aku yang akan masak. disebabkan aku skang tahap intermediate masak-memasak ni jadi gelabah adalah tahap gaban ok. menu seperti kuah kacang adalah 1st time aku nak masak. rendang ayam pula aku tak pernah masak sampai 3 ekor ayam. selalunya beberapa ketul je untuk kami makan berdua. antara menu lain yang aku nak masak ialah tom yam. tom yam pun aku tak pernah lagi masak seperiuk besar. jadi memang wajar la aku menggelabah.

malam hari sabtu tu, selepas beli bahan-bahan nak masak kami pun memulakan operasi masak nasi himpit. nasi himpit paket yang jual kat kedai tu je ye. kemudian aku menggendang kacang tanah sebab nak buat kuah kacang. tetiba encik capo offer diri nak setelkan kacang tanah tu. so, daripada menggedang hingga membuang kulit hinggalah blender kacang tanah adalah tugas encik capo. aku pulak kupas bawang, blender bawang, blender lada kering dan blender cili api. merebus nasi himpit amik masa 3 jam lebih. seperiuk besar kami jerang. nasi himpit masak dalam pukul 3 pagi.

lepas tu aku pun tido sementara encik capo main game bola die. aku dah tak mampu bertahan. pagi esoknya bangun awal untuk masak sementara encik capo pergi pasar sebab ada bahan nak kena beli lagi. pagi tu aku masak kuah kacang dulu. resepi kuah kacang aku baru je mintak semalamnye kat mak aku. kuah kacang mak aku terbaeekkk punya. so dengan resepi dari mak aku, harapnya rasa kuah kacang yang aku masak, sama la rasanya dengan kuah kacang mak aku. selepas berhempas pulas memasak kuah kacang seorang diri, akhirnya siap jugak kuah kacang aku. rasanya not bad. 99% hampir sama dengan yang mak aku masak. berbakat jugak aku nih. wawawawa ^_-.

selepas sarapan pagi, aku pun sediakan bahan nak masak tom yam. lepas tu masa untuk potong ayam kecik-kecik pulak untuk masak rendang. korang bayang la ye, suatu ketika dulu aku memang sangat jijik nak pegang ayam mentah. inikan pulak nak potong atau basuh. tapi sejak dah kawin, siang ikan, bersihkan ayam mentah dah jadi permainan pulak kat aku. dah kawin macam tu la. huhuhu. sedang aku sibuk kelentang kelentung potong ayam dengan pisau pemotong daging tu, tiba-tiba loceng berbunyik.

owh siapakah yang datang? aku tak menantikan tetamu pagi ni kecuali petang masa open house bermula nanti. sekali mak, kakak dan anak-anak buah aku datang sebab abang aku hantar terus ke rumah aku dari kampung. bila mak aku tengok aku sibuk memotong ayam, mak aku suruh aku ke tepi. mak aku nak buat. owh...terharunya aku. mungkin mak aku tau dulu aku memang takkan punya potong ayam mentah ni. tak pe mak...anak mu ini dan ayam mentah sudah berkawan. la la la la. disebabkan mak aku nak buat jugak, so aku bagi la mak aku buat, nanti dikata anak derhaka pula huhuhu.  seterusnya mak aku masak rendang ayam itu.

aku tak suruh ok. mak aku yang nak buat. kalau aku nak suruh, baik aku dah jemput mak aku tido di rumah malam sebelum tu. sebolehnya taknak menyusahkan mak aku. biar aku masak sendiri semuanya. tapi tak pe la, mak aku dah volunteer. lepas rendang ayam masak, aku pun terus masak tom yam. yang ni memang aku yang masak. mak aku dah berehat. sian...penat kot. selepas bertungkus lumus, akhirnya siap la semua menu lalu aku susun di meja. sebenarnya ada menu tambahan lagi iaitu lontong. kuah lontong aku minta tolong kakngah aku masak sebab aku takut aku tak sempat nak masak. kuah lontong kakngah masak kat rumah dia dan akan bawak ke rumah aku bila dah siap nanti.

open house bermula sepatutnya pukul 5 petang. tapi disebabkan makanan semua dah siap awal iaitu pukul 3 lebih, dan tetamu pun ada yang dah sampai, maka makan-makan pun bermula. aku melayan tetamu dengan apron yang masih dipakai sebab ada la nak siapkan makanan sket2. bergaya sungguh aku dengan apron di hari raya. huhuuuu.

memang penat sangat buat open house ni. tak larat rasanya. cadangnya nak buat open house untuk kawan-kawan pula, tapi macam tak jadi je sebab tak larat. sebabnya aku nak masak semua, aku tak nak beli. beli satu dua menu tu boleh la, tapi nak masak jugak menu lain-lain. tapi...owhhhh memikirkan ketidaklaratan....mungkin di lain tahun ya kawan-kawan.

disebabkan aku sangat bizi, maka tiada gambar semasa kejadian open house tersebut berlaku.

sekian ^_-

akhirnya dapat juga

sambungan entri bermulanya di sini

keluar daripada klinik, aku terus call encik capo bagitau yang aku nak ke KPJ hantar arissa buat ujian darah. aku pun tanya samada encik capo nak ikut sekali atau tak? bila encik capo kata nak pegi sekali, aku pun drive ke opis jemput encik capo selepas dapat kebenaran daripada bos. masa ni lebih kurang pukul 10 pagi. sampai je di KPJ, kami pun ke kaunter untuk daftar dan bagitau la pernah datang 2 kali. nurse kat kaunter tu pun tanya nak jumpa doktor biasa atau doktor pakar. sebenarnya aku tak tau apa bezanya kalau jumpa doktor biasa atau jumpa doktor pakar. dari segi jumlah bil mungkin aku tau. masa ni encik capo pegi paking keta. aku memang tak tahu nak decide yang mane. huhuhuu.

kemudian ada sorang kakak yang kebetulan yang ada kat kaunter tu suggest kat aku bawak jumpa doktor pakar. ada la dia explain kenapa. betul jugak cakap kakak tu. so aku pun kate kat nurse nak bawak arissa jumpa doktor pakar. lagipun dah 2 kali bawak g KPJ jumpa doktor biasa, hasilnya arissa tak demam, dan takde apa-apa, so balik rumah. ngokkk betul. kalau tak demam takde la aku saje2 nak bawak arissa g situ cek dan bazirkan puluh2 ringgit bayar bil. huhuhuhu. cek la kat tempat lain punca badan arissa panas dan lemah. masa encik capo sampai, terus ajak dia g tingkat 1 jumpa doktor pakar.

masa doktor pakar ni cek, terus kata something wrong dengan paru-paru arissa. so dia suruh pegi buat ujian darah dan x ray dan kate arissa kena masuk wad untuk rawatan selanjutnya. doktor terus call admission untuk tanya ada katil kosong ke tak. malangnya takde katil kosong buat masa ni. so doktor kate lepas amik ujian darah dan xray, pegi bahagian kecemasan untuk arissa amik gas yang akan bantu cairkan kahak dia lepas tu balik rumah tunggu  call untuk masuk wad kalau ada katil kosong.

lepas keluar bilik doktor, bawak arissa amik ujian darah. biasanya kalau arissa nak kena cucuk atau apa saja yang akan datangkan sakit, aku akan bagitau arissa dulu supaya dia tak terkejut dan menangis. contoh macam mana aku bagitau:

"arissa, jap lagi nak kena amik darah tau. kena cucuk sket. arissa jangan nangis ye. tahan tau. arissa kan kuat"

camtu la dialog aku lebih kurang. huhuhuhu.

masa nurse cucuk jari arissa dan tekan2 untuk keluarkan darah, aku saspen gak kalau arissa menangis. skali tak menangis langsung. dia senyap je tengok apa nurse tu buat. lepas ujian darah, terus pegi xray. masa ni arissa menangis sebab bukan mak dia yang pegang dia. masa sakit ni arissa memang nak melekat je dengan mak dia. dengan orang lain memang dia taknak. lepas xray, cepat2 aku amik arissa pujuk2 jangan nangis. sampai pulak giliran sedut gas. bab yang ni memang tak boleh nak tolong. memang arissa menangis-nangis. tak sakit pun. sedut gas je kat topeng oksigen tu. tapi dia rimas kot dengan asap-asap gas dan topeng gas yang diletakkan kat muka dia. so memang sepanjang tempoh sedut gas lebih kurang 5 minit tu, menangis ajo la arissa menambahkan serak suara dia. dua-dua tangan dia memang kena pegang sebab arissa meronta-ronta.

lepas tu kami pun balik rumah sambil menunggu panggilan daripada KPJ untuk arissa masuk wad. sampai rumah, lepas arissa tido aku pun telelap dalam 2 jam. cover balik tido malam sebelumnya. dah dekat pukul 6 petang KPJ takde call. so encik capo pun call tanya status. kata mereka belum ada katil kosong lagi. disebabkan doktor pakar ada bagitau arissa kena amik gas setiap 3 jam, maka malam tu kami pegi ke KPJ lagi untuk arissa sedut gas. lepas tu balik rumah. 3 jam lagi pegi balik KPJ. begitu la rutinnya. pukul 1 pagi bangun dan keluar pegi KPJ semula. sedutan seterusnya pukul 4.30 pagi. so 4 pagi, pegi balik ke KPJ. sepatutnya pukul 7.30 pg kena amik gas lagi. tapi aku dan encik capo dah tak sedar u all. dah terlajak. huhuhuu. so pukul 9 pagi baru pegi amik gas dan akhirnya arissa terus masuk wad sebab dah ada katil kosong. tak perlu lagi berulang alik setiap 3 jam. oh ya, sepanjang rutin setiap 3 jam pegi sedut gas tu, arissa memang melalak-lalak. walaupun dah amik berkali-kali, dia tetap melalak. terpaksa la hati kering dengar dia melalak bila kena sedut gas tu sebab nak elokkan dia kan. kesian memang kesian. tapi untuk kebaikan arissa jugak.


seterusnya, bermula la kehidupan arissa dan aku tinggal di wad. aku kompem la kena duduk wad sekali. takkan nak tinggalkan arissa sorang-sorang kat wad.

bersambung next entri

Tuesday, September 20, 2011

bermulanya di sini

masih ingatkah entri aku pasal arissa buat suspen dalam kereta hari tu? ada kesinambungannye. cuma aku kemalasan nak update. biar aku ceritakan di sini....


imbas kembali ye.

arissa demam selsema lalu aku dan encik capo bawa arissa ke klinik. selepas di periksa oleh doktor, masa on the way balik rumah, arissa tiba-tiba muntah melambak-lambak dalam kereta beberapa kali dan macam tercekik-cekik. dalam keadaan yang cemas dan panik, kami terus ke KPJ untuk dapatkan rawatan. seterusnya baca entri yang aku link kan di atas ya.

hari jumaat (9/9/2011), arissa macam dah ok. badan pun tak panas lagi. tapi bila malam, badan panas balik. kami bagi ubat yang diberi oleh doktor je. bagi arissa makan ubat adalah satu cabaran ye. tapi masa ni dia senang lagi makan ubat walaupun dia taknak. hari sabtu pagi badan arissa panas balik. hari ahad pun sama. demam tak surut langsung. mungkinkah ubat yang diberi tidak memberi kesan kepada arissa? malam hari ahad, kami bawak arissa ke KPJ semula. tapi doktor tu asik kate tak demam ajo. nak je aku sekeh kepala doktor tu. suhu memang tak demam tapi badan, kepala, leher arissa ni panas tau tak! bukan panas sket, tapi panas sangat. doktor masukkan ubat kat bontot arissa je untuk turunkan suhu. lepas tu kami pun balik.

hari ahad malam, lebih kurang pukul 1 pagi (dah isnin la tu sebenarnye), arissa tiba-tiba terjaga dari tidur. dia menangis aje. menangis dan menangis dan menangis. tak henti-henti. hidung dia dah tersumbat. batuk-batuk ada kahak dan dalam tekak dia bengkak dan merah. mak aku ajar, letak kunyit hidup yang dicampur kapur sket kat dahi dan batang hidung arissa supaya hidung tak tersumbat. bab yang tu mungkin dah lega sket. tapi arissa menangis dan menangis dan menangis. aku bagi susu dia nak tapi macam mulut dia sakit nak hisap puting botol tu. kemudian aku bagi air kosong guna sudu. arissa minum. tapi bila bagi susu balik, dia tak nakk pastu menangis dan menangis. lepas tu cuba bagi susu guna sudu. baru arissa nak. owh kesiannya anak aku. mulut dia sakit sampai tak boleh hisap botol. tapi susu pun tak banyak dia minum.

lepas tu arissa sambung menangis dan menangis sampai suara dah jadi serak. dia langsung tak nak diam. kesian sangat aku tengok. hati emak mana tak sebak tengok anak kecik dia menderita sakit macam tu. badan arissa tak selesa, sebab tu dia menangis je. jam dah pukul 3 pagi...bayangkan arissa masih lagi menangis tak nak berhenti. berhenti pun sekejap je la masa bagi minum. kemudian pukul 5 pagi. arissa masih lagi menangis. puas aku pujuk langsung tak berhasil. dekat pukul 6 pagi baru arissa tido. kesian dia. bila arissa dah tido, baru la aku tido. semalaman aku tak tido pujuk arissa yang menangis tak henti-henti. kejap lagi nak kena bangun pegi keje. owh...mampukah aku?

pukul 7 pagi, badan arissa panas sangat. ini tidak harus dipandang remeh. dah 5 hari arissa demam tak elok-elok. lalu aku amik keputusan untuk tidak ke opis hari tu. encik capo aje yang pegi. aku takkan tenang pegi keje sedangkan arissa sakit. mungkin takde apa yang aku boleh buat, tapi sekurang-kurangnya aku ada di sisi arissa di saat dia perlukan emaknye. cewah cewah. huhuhuhu. pagi isnin tu dalam pukul 8 pagi lebih, aku bawak arissa ke klinik semula. klinik yang mula-mula aku bawak arissa hari khamis tu. datang pagi-pagi pun penuh jugak orang kat klinik tu. satu jam la aku dan arissa menunggu giliran. nasib baik arissa tak meragam kat klinik tu. dia happy go lucky aje seolah-olah dia tak ingat yang malam tadi dia menangis-nangis sampai pukul 5 lebih pagi. huhuhuu.

akhirnya sampai giliran arissa untuk di periksa. doktor cek rekod dan tau arissa ada datang untuk dirawat hari khamis lepas. disebabkan arissa demam dah 5 hari tak elok-elok, maka ujian darah perlu diambil. tapi diklinik tu tak buat ujian darah untuk baby, doktor tu buat surat untuk dibagi kepada hospital. so aku pilih nak pegi hospital KPJ. maka....bermulalah perjalanan aku dan arissa ke KPJ.


bersambung...

selamat 8 bulan

lama betul tak update blog. entah la...lepas raya hari tu aku dihinggapi sindrom malas menghapdate blog.


arissa genap 8 bulan pada 2 september yang lepas. arissa dah tumbuh 2 batang gigi. tapi gigi dia tumbuh masa umur 7 bulan lagi. dia macam tau-tau je fungsi gigi tu untuk menggigit. suka sangat menggigit kalau dapat peluang. huhuhu. arissa dah boleh berdiri lepas tangan. dah belajar nak memanjat sofa.



yang paling comel sekali, dia suke main kejar-kejar. bukan kejar-kejar berlari tu la, tapi merangkak. kalau aku kejar dia (aku pun merangkak la ye), mesti dia merangkak laju-laju pegi kat sofa pastu sedaya upaya nak panjat sofa tapi belum pass lagi.



lepas tu mesti dia gelak-gelak suke. owh...comel sungguh perangai itu. ^_-.

apa lagi ye...

itu aje kot ^_^

Friday, September 9, 2011

Arissa, mak menggigil ni

petang semalam lepas keje, aku dan encik capo tengok Final Destination 5 kat MBO. lepas tengok wayang, kami pegi Giant Ampangan. masa amik Arissa wan dia cakap Arissa selsema. aku pun tekejut la sebab tetiba lak selsema. cian anak aku selsema. tapi tak demam. masa on the way balik, nampak la meleleh je hingus Arissa. terus ajak encik capo pegi klinik penawar. so kami pun berpatah balik. sementara tunggu giliran, bagi Arissa minum susu. masa tu panas betul badan, dahi dan kepala Arissa. hingus pun meleleh-leleh je. cian sangat aku nengok.

dah sampai turn Arissa jumpa doktor, doktor pun cek. nampak sangat Arissa macam pelik dan malu-malu bila doktor cek dia. kata doktor, suhu Arissa tak demam tapi panas. masa nak tengok dalam mulut, Arissa tolak dengan lidah dia benda alah apa tah yang doktor jolok kat mulut dia. macam batang aiskrim gitu. lepas tu doktor tu jolok jugak sebab nak bagi mulut Arissa terbukak. so, dia bole tengok keadaan tekak Arissa. lepas berjaya buat mulut Arissa terbukak dan suluh dalam mulut Arissa, Arissa pun macam tercekik nak muntah. tapi tak muntah. mungkin dia tak selesa tekak dia kena jolok.

lepas dah cek, kami pun tunggu kat luar bilik doktor untuk amik ubat pulak. masa tu tetiba Arissa macam tercekik dan muntah banyak kat baju dan tudung aku. disebabkan Arissa dah muntah dan nampak macam tak selesa, aku pun bawak Arissa tunggu dalam keta sementara encik capo amik ubat. masa dalam keta, Arissa main-main tepuk tangan sambil mulut dia meleter ajo. tetiba dia macam tercekik lagi. aku tepuk-tepuk belakang dia muntah sket. lepas tu macam tercekik lagi. aku terus tepuk-tepuk belakang Arissa, terus dia muntah melambak-lambak kat baju dan tudung aku lagi. memang basah kuyup sebahagian baju dan tudung aku dengan muntah Arissa. tak pe Arissa. mak tak marah pun muntah kat mak. lepas tu Arissa menangis dan menangis. walaupun dah muntah banyak, dia still macam tercekik. masa tu encik capo pun dah masuk dalam keta. terus drive balik rumah.

tapi masa on the way, keadaan Arissa makin teruk. macam dah sesak nafas. suara pun macam tersangkut-sangkut nak keluar. tapi dia terus menangis dan menangis. lama-lama macam dah lemah sangat sambil mata dah terpejam-pejam. aku gosok-gosok belakang sambil panggil-panggil nama Arissa. bila nama dia dipanggil Arissa bagi respon. lepas tu menangis dan menangis. aku memang cemas sangat. sekejap-sekejap dia macam tercekik-cekik lagi. terus perjalanan di tukar menuju ke hospital KPJ. rasa macam perjalanan lama sangat nak sampai KPJ. Arissa makin lama makin lemah. aku memang dah cemas dan menggigil-gigil. sampai saja kat KPJ, encik capo turunkan aku dan Arissa kat bahagian kecemasan. aku pun terus berlari masuk sambil dukung Arissa dan cari nurse bagitau apa yang berlaku kat Arissa. nurse tu suruh letak Arissa atas katil.

tapi kan.......................yang peliknya............................

aku masuk je dalam bilik kecemasan tu, Arissa dah berhenti menangis dan tak tercekik lagi. dia senyap je. masa nurse tu cek Arissa, Arissa macam pelik kot. dia pandang aku, pastu pandang nurse tu lepas tu Arissa senyum-senyum kat aku. tak lama pas tu dengar suara dia meleter balik seolah-olah tak ada apa yang cemas dah berlaku. semuanya kembali seperti asal. Arissa langsung tak menangis. badan dia tetiba tak panas lagi. aku pandang je Arissa masa nurse dan doktor cek paru-paru dan denyutan nadi dia. Arissa senyum-senyum je masa kena cek. aku pun senyum dan bersyukur sangat Arissa dah kembali seperti asal. macam tak pernah sakit. masa tu aku masih menggigil lagi. tapi bila dah tengok Arissa dah ok, gigilan aku pun hilang sket demi sket. masa tu aku memang busuk dan masam dengan bau muntah Arissa kat baju dan tudung. malah memang aku tak sempat nak lap pun muntah Arissa kat baju dan tudung aku. tak pe la. pedulik apa aku kalau orang nak kata aku busuk or masam. yang penting Arissa selamat.

lepas setel semuanya dan doktor dah kompemkan Arissa tak de apa-apa, kami pun balik rumah. dalam keta, Arissa senyap dan sekali sekala terdengar mulut dia meleter macam biasa. Arissa...Arissa. jangan sakit lagi ok. kau tak tau macammana cemasnya dan menggigil-gigilnya mak kau nih. syukurla tak de apa-apa yang buruk berlaku. dah sampai rumah terus bagi Arissa makan ubat sebab selsema dan batuk. malam tadi Arissa tido pun tak lena. mungkin hidung tersumbat. kejap-kejap menangis. so secara automatiknya, tido aku pun tak lena. pagi ni aku terbangun lewat sebab beberapa kali terjaga cek Arissa. pagi ni badan Arissa panas balik. tapi masih mampu tersenyum bila diagah.

Arissa cayang mak...cepat sembuh ye....^_^

dan skang...aku rasa nak demam pulak *_*. dah mula selsema dan terbersin, tekak dah gatal-gatal, dah mula rasa panas dalam dan luar badan. ok...Arissa, pass demam lah ye. mak amik demam Arissa ni ^_-.

Thursday, September 8, 2011

kini berwajah baru

blog wildcutecat kini telah berwajah baru sejak hari jumaat (2/9/2011). gambar background aku google. header plak aku design sendiri. aku ni cepat bosan. apa aje la...aku memang cepat bosan. buat keje yang sama dan keje tempat yang sama dalam tempoh yang lama pun aku bosan jugak. huhuhu. macam skang. huhuhuhu.

berbalik kepada header... mula-mula aku ingat nak upah orang designkan sebab macam malas + takde idea nak design. tapi nak jugak tukar header dan background baru. tapi...macam biasa la...aku cuba jugak la design sendiri. mula-mula pikir nak tema apa dulu. macam yang sebelum ni aku nak tema bubble. tapi skang tak tau lagi tema apa. cuma terpikir nak kaler pink + kelabu jek.  seterusnya pilih gambar, susun atur dan macam-macam lagi la. bila dah siap tapi tak puas hati, ubah balik. macam tu la empat lima kali sampai la aku puas hati. lepas tu terus tukar. ^_^. aku amik masa untuk design + pilih background dan testing, lebih kurang dalam satu jam setengah. lama jugak ye. kalau orang dah pro...5 minit dah siap kot. huhuhu.

so...enjoy la ye blog wildcutecat yang berwajah baru ni ^_-.

sekian lama tak berbatik

setelah sekian lama, hampir setahun tak memakai baju batik setiap hari khamis, akhirnya hari ini aku ke opis dengan memakai baju batik. kalau keje gomen kan setiap khamis kena pakai baju batik. huhuhu.

puncanya aku dah lama tak pakai baju batik ialah sebab aku tak muat baju batik aku. tahun lepas kan aku pregnant...so bila perut dah membesar automatik aku tak muat baju-baju aku. lepas bersalin, aku masih membesar lagi. huhuhu. dan secara automatik jugak aku tak muat baju batik aku. dah cuba pakai tapi tak boleh. kain boleh masuk takat peha je. baju pulak, bila pakai sendat tak boleh bernafas.

setelah pegi marie france dan turun 7kg, malam tadi aku cuba la pakai baju batik aku kot-kot dah muat. sekali muat u all. kain boleh masuk, baju pun tak sendat dan tak muat-muat. tapi memang muat macam dulu-dulu. yahooo...suke gile aku. pastu try baju-baju kurung lain yang tak muat sebelum-sebelum ni. kompem la muat jugak sebab saiz dan ukuran semua baju aku sama. so..boleh la melepaskan rindu pakai balik baju-baju kurung lama yang tak muat dulu.

disebabkan hari raya...berat aku naik semula 1 kg. wuwuwuwu. tapi cepat-cepat aku kontrol makan dan akhirnya turun balik. maintain ajo sebab aku dah lama tak pegi treatment kat mf. mmmm..bila ye nak sambung balik. mood raya masih menebal lagi ni. ahak ^_-.

Friday, September 2, 2011

dua hari di hari raya

hari raya pertama temanya adalah biru. agak-agak, hari raya kedua apakah temanya? huhuhuhu.


hari raya kedua kami beraya di rumah mak aku di Kuala Pilah.

kenapa gambar arissa tak de ye? hmmm...patutnye excited amik gambar bertiga tapi nampaknye gambar kami berdua aje nih?
huhuhuh. arissa ketiduran.
kami bergambar ni dah petang ye. pagi tak sempat nak bergambar sebab terlupa. mana satu ye. tak sempat ke terlupe? ahak ahak ahak. tu pasal arissa dah tido sebab dah petang. baju pun dah tukar.

pukul 6 petang aku dan encik capo pergi hospital kuala pilah. so pakai balik baju raya pagi tadi. dah balik dari hospital, tengok arissa pun dah bangun, terus tukarkan baju raya balik hanya untuk amik gambar. tapi hasilnye......*_*

nampak muka cembeng arissa tu???

puncanya?


sebab aku amik kotak rokok dari tangan arissa. terus melalak.


nak jugak bergambar sambil pegang kotak rokok

mak tak pedulik. nak amik gambar arissa tanpa kotak rokok jugak! merosakkan gambar ajo kotak rokok tersebut. tapi hasilnye????

ko nampak bezanya emosi kami berdua?


terpaksa ganti dengan benda lain. dia nak jugak pegang sesuatu kat tangan. bagi mana yang ada depan mata je.



main la arissa...asalkan ko bahagia *_*

disebabkan baju raya arissa ni, terus dapat gelaran angry bird oleh pakciknye sebab nampak macam bulu burung. so melekat la nickname angry bird kepada arissa. huhuhu


dan aku....terus dapat gelaran mak angry bird. sebabnye???

'aku mau terbang. yeeehaaa...'

dan encik capo?


pemain game angry bird yang tak berapa tegar. ^_-

satu hari di hari raya

tahun ni hari raya pertama buat arissa dan juga hari raya pertama aku sebagai emak. macam mak ayah yang lain jugak, hari raya mesti excited nak beli baju raya untuk anak. tapi baju raya sendiri mesti ada jugak ;-p.

Arissa di pagi raya
tahun ni kami bertiga buat baju daripada kain yang sama dan kompem la warna pun sama. tema tahun ni ialah biru ^_-. tema kami juga ialah jubah. encik capo buat jubah lelaki, arissa pun jubah jugak. sepatutnya aku pun jubah. tapi tsk...tsk...T_T...aku tak dapat buat jubah sebab tak cukup kain katenye. tau tak, aku hantar kain tempah baju raya ni 2 bulan sebelum puasa. tapi seminggu lagi nak raya baru orang tu nak jahit. nasib baik sempat siap, kalau tak, tak boria la kami sefamili.



gambar arissa di pagi raya pertama ni tak banyak. budak ni melasak sangat. kemain susah nak amik gambar. asal nak snap je dia dah bergerak. nampak bayang ajo la gambar. huhuhu.

korang perasan tak....aku dah kurus sket. yeayyyy...sempat turun 7 kg ajo. huhuhu
apa kes?
dah lama tak amik gambar sendiri macam ni. kalau tak dulu, hari-hari amik gambar sendiri adalah wajib untuk aku. huhuhu. disebabkan feeling kurus, terus snap gambar sendiri. lalalalala


ok la. selamat hari raya kepada semua ^_^
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails