setelah hampir seminggu aku menyepikan diri, hari ni aku aku berpeluang memblogkan diri. percaya atau tidak, aku terlalu busy dengan keje pejabat hingga takde masa nak bukak blog kengkawan apatah lagi nak bukak blog sendiri. kalau dah aku takde masa nak bukak blog sendiri, dah tentu aku takde masa nak taip entri. bukan je nak taip entri, nak pikir idea apa nak taip pun aku tak ada masa. tapi mesti ada yang tak percaya. sebabnya, aku kate takde masa nak bukak blog, tapi kenapa tiba-tiba header blog aku boleh berubah sejak 2,3 hari lepas? nak design header mesti amik masa berjam-jam. kate busy buat keje pejabat. tipu ek....huhuhu. pasal header ni aku explain entri lain.
sebenarnya aku memang busy gile. gile pon tak busy macam aku. semuanya sebab aku tengah bangunkan sistem guna php. sejak hari isnin hari tu aku stat buat, baru malam tadi siap. pagi tadi kena bentang kat user. sebab tu aku berhempas pulas buat sistem ni. percaya atau tidak, aku memang tak tahu guna php. sepatutnya sistem ni bukan aku yang buat. keje aku hanya buat carta alir, dfd, design database dan buat documentation sistem-sistem yang aku handle. keje-keje programming sepatutnya penolong aku yang buat. tapi disebabkan sistem terlampau banyak, diorang pun tengah buat sistem-sistem lain yang urgent jugak, nak tak nak aku kena buat walaupun keje aku yang lain memang melambak-lambak. kalau tak siap nanti, aku jugak yang kena jawab kat bos.
disebabkan itulah dalam masa 4 hari tu aku berhempas pulas dari pagi sampai malam duk opis bangunkan sistem sehinggakan aku mengabaikan keje-keje aku yang lain. masa tu lah nak belaja php, masa tu jugak bangunkan sistem. nasib baik ada contoh-contoh yang boleh dirujuk dan kengkawan 1 opis yang tak kedekut ilmu. huhuhu. akhirnya malam tadi, siaplah prototaip sistem untuk aku bentangkan pada user pagi ni. bila dah siap, rasa tak sabar pulak nak bentangkan pada user hasil sistem pertama aku ni. nasib baik user berpuas hati dan suka dengan sistem yang aku buat ni. cuma ada penambahbaikan dan tambahan nak kena buat sebelum digunapakai nanti.
apa pun, aku happy sebab mampu siapkan dan bangunkan sistem guna php walaupun pada asalnya knowledge aku memang zero pasal php ni. haha. tapi sistem simple la aku buat ni. banyak lagi aku nak kena belajar. so, lepas ni, boleh la aku cuba buat sistem lain lagi. tapi masalahnya keje aku yang lain melambak-lambak. bertambah je dari hari ke hari. baru nak surut, dah melambak balik. ni pon seminggu aku tak usik keje lain sebab dah buat keje bidan terjun ni.seminggu ni jugak hari-hari aku balik malam pukul 9 lebih ke pukul 10 malam. patutnya orang baru kawin balik rumah cepat, tapi aku lepas kawin je asik balik lewat. nasib baik la satu opis. bila dia kena stayback sampai malam, aku pun stayback sekali. bila aku plak kena stayback sampai malam, dia kena lah teman. takkan nak biar aku kat opis sensorang malam-malam. huhuhu.
rasanya lepas dah bentang sistem kat user tadi, baru rasa boleh bernafas dan buat keje lain. tak sempat nak rehat pon. terus je siapkan 2 minit mesyuarat dan buat memo untuk panggil meeting pembentangan sistem lain pulak minggu depan. owh...mengapakah aku kena buat minit mesyuarat dan memo yang membosankan nih. apakah kaitannya dengan keje aku?huhuhu.
1 comment:
Dieb mmg giler la bz ko.. huhu... minta asistance byk2 la.
Post a Comment