so, malam tadi kami berdua dengan penuh semangat menonoton game england dan german. bila je german dapat masukkan gol, mulut aku lah bising. tetiba dia jadi diam. hahaha. bila england plak masukkan gol, mulut dialah paling bising, aku plak diam. tapi german main memang baguslah malam tadi. sebab tu dapat score 4-1. dalam pada tu, risau gak aku bila memikirkan kalau argentina bertemu german nanti. aku sokong german sebab dia lawan england malam tadi je. aku tetap penyokong tegar argentina.
pukul 2.30 pagi pulak ada argentina lawan mexico. napelah dia g buat tengah2 pagi buta. dah lah hari isnin. keje lak tu. serba salah aku nak bangun ke tak pukul 2.30 pagi tu tengok argentina main. bukan apa, risau tak cukup tido dan mengantuk kat opis je. dah la keje banyak. tapi aku set je jam pukul 2.20 pagi. kalau larat, aku bangun. kalau tak, aku tido je dengan harapan argentina akan menang.
tepat pukul 2.20 pagi alarm hp aku berbunyik. mula-mula aku wat tak reti je sebab tak larat. dalam dilema nak bangun ke tak. terasa macam messi datang mengejutkan aku je suh bangun tengok dia main. bunyi yang ketiga baru aku bangun iaitu pukul 2.45 pagi. hehehe. terlewat 15 minit. nasib baik masih 0-0 lagi. aku bukak-bukak je tv terus terpampang muka messi. makin segarlah mata aku nak tengok. haha. aku tengok sensorang je. puas aku kejut en capo grande tapi langsung takde respon. dia yang pesan suh kejut sebab nak sokong mexico. last-last aku tengok je bola sensorang ditengah malam yang dingin. aku makin excited tengok bila argentina dapat gol yang pertama oleh carlos teves. mula2 risau gak aku gol tu tak diterima sebab offside. siap pemain mexico g kepung lagi pengadil tepi tu sebab tak puas hati. sib baik pengadil utama tu kata terima gol tu. selang 10 minit, dapat gol lagi 1. kali ni gol yang sah dan sangatlah cantik membuatkan aku terjerit manja sensorang. hihihih. lepas tu mexico dapat 1 gol dan seterusnya argentina sumbangkan 1 lagi gol oleh carlos teves lagi. jumlah gol argentina 3, mexico 1. punyalah girang aku masuk tido sebab argentina menang. tak sabar nak eksen kat encik capo grande.
aku masuk tido balik pukul 4.30 pagi. terlelap je aku..maka bermulalah 1 mimpi yang agak indah. hahaha. tetiba je aku boleh mimpi messi datang rumah aku kat pilah. siap g berdating lagi dengan dia sambil dia pakai jersi argentina. yang kelakarnya fasih betul dia berbahasa melayu. siap nyanyikan aku lagu melayu lagi. tapi aku lupa la pulak lagu apa. hehe. lepas tu dia ajak aku g shoping dan belikan aku baju. bukan tu je, siap g tnb bayarkan bil lektrik rumah aku. hehee. messi messi. baiknya la ko. dalam mimipi tu messi sangatlah sopan dan gentleman. kompemlah sangat hensem. tapi aku tak sure lah dalam mimpi tu aku dah kawin ke belum. rasanya belum kot sebab en capo grande langsung tak muncul dalam mimpi tu. lagipun, kalau dah kawin takkan lah aku boleh g dating dengan messi begitu saja tanpa dikejar dengan parang dulu. huhuhu.
jersi no 10 tu messi |
aku rasa aku baru je dapat lelap tetiba dah kena kejutkan sebab dah pagi. tengok jam dah pukul 6.43 pagi. adoi ngantuk gile lah. rasa malas nak pegi keje tapi apakan daya aku tak apply cuti. nak tak nak, pegilah jugak keje dalam keadaan mengantuk dan tak bermaya ni. ni semua sebab messi dan argentina. kalau team lain main, takkan adanya la aku sanggup nak bangun pukul 2.30 pagi semata-mata nak tengok bola. nasib baik menang. berbaloilah aku bangun. tetiba teringat mimpi malam tadi. bestnya...agak-agak malam ni mimpi tu ada sambungan tak? lalalalalalala..................
8 comments:
mimpi la tiap2 mlm...den g tido umah makcik limah...huhu...
makcik limah sokong argentina gak. huhuhu
xla, dia sokong nigeria...kui kui kui...
seronoknye... harap2 boleh mimpi jumpa 3ple date dgn Klose, Lahm dan Ozil (Polduski dah reject sbb x der gol)
eh cris. adalah polduski golkan 1 haritu. cuba cek betul2.
aku merajuk sbb masa lawan Serbia satu pun x masuk.
hahaha. takpe lah at least dia pernah golkan bola bila lawan team lain.
hahaha. kak as kelakar lah. ceh mengambil kesempatan di atas padang bola betul orang tu.
Post a Comment