hari khamis bukan saja hari memakai baju batik, bukan juga hari malam jumaat ;-p, kini...hari khamis diishtiharkan sebagai hari sayur secapo atau hari vege secutecat. huhuhu. mulai minggu ni aku dan encik capo telah setuju supaya hari khamis hanya makan sayur-syuran saja. maknanya, takde daging, takde ayam, takde udang dan sebagainya. hanya sayur-sayuran.
Thursday, March 31, 2011
Monday, March 28, 2011
jalan-jalan bawah lampu
cantik tak? tengok gambar ni mesti tau kat ne kan? sape yang tak tau, pokok yang berlampu berwarna warni ni kat shah alam. i city nama tempatnya.
Labels:
baby arissa,
my cuti-cuti,
my family,
my life,
my love
babai PC 7
sejak heboh pasal keburukan botol susu yang ada label PC, PC 7 dan sebagainya di media sejak 2 menjak ni, maka aku sebagai emak yang prihatin telah mengoogle pasal PC. kalau aku takde anak, kompem aku tak amik tau pasal PC ni. banyak gak kesan buruk guna botol yang ada label PC ni. so, sebab dah tau keburukan bagi baby minum guna botol yang ada label PC ni, aku pun telah menggoogle botol apa yang sesuai nak bagi kat baby.
Labels:
baby arissa
Thursday, March 24, 2011
berkelah di opis
hari ni pukul 5.20 pagi dah stat masak. 5.15 bangun bagi arissa susu. lepas tu tetiba tak mengantuk. so, aku terus je ke dapo masak. menu breakfast hari ni macam nak pergi berkelah. nasi putih, kentang masak kicap, telur dadar dan nugget tempura. ni bekalan untuk ke opis hari ni. masa kat rumah makan nugget dengan air susu strawberry HL.
jemput makan semua...^_^ |
Wednesday, March 23, 2011
telur rendang & bungkus ayam
hari sabtu lepas aku telah masak telur bungkus dan rendang ayam untuk menu makan tengah hari. yang telur bungkus ni 1st time aku masak. google google resipi dari internet dan terus cuba masak hari sabtu yang lalu. mmm...ada terkureng sket sebab kering. lepas ni kena tambah air sket bagi berkuah. yang rendang ayam dah beberapa kali masak sejak mintak resipi dari mak aku 4 tahun yang lalu. huhuhu
Labels:
my taste
Tuesday, March 22, 2011
tabahkan la hati
"biar hilang segala kerja ku, namun aku tetap tabahkan hati
kesal memang kesal, hati pun tercalar...siapa la yang ingin diri disusahkan...."
kesal memang kesal, hati pun tercalar...siapa la yang ingin diri disusahkan...."
Monday, March 21, 2011
pening pening pening
dari minggu lepas pening kepala tak elok-elok. hari ni pun sama. tapi masih pegi keje. skang teseksa sebab kepala bepusing-pusing + nak muntah + macam nak pitam. datang a keje jugak sebab minggu lepas dah mc 4 hari. huhuhu. rasa nak balik awal. owh indahnye jika opis ni aku yang punya. mesti aku dah balik skang. bukan sebab malas tapi sebab aku rasa nak pitam. kepala macam berpusing-pusing ni. lagi mengadap pc/laptop lagi betambah pening. tapi nak buek macam mano. dah keje mengadap pc je 24 jam. huhuhu
Friday, March 18, 2011
udang menjalar yang menggoda
Thursday, March 17, 2011
hari keempat yang tak sihat
4 hari tidak ke opis. demam + sakit kepala yang amat. 2 hari berturut bangun pagi nak siap2 ke opis, akhirnya terpaksa batalkan niat kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. pagi tadi pukul 5.30 pagi dah terjaga. niat hati nak masak breakfast. tapi terpaksa batalkan sebab rasa pening kepala. berpusing-pusing rasanya semua benda. aku sambung tido balik dan terjaga pukul 6.25 pagi.
Labels:
baby arissa,
my life
Wednesday, March 16, 2011
mari masak paprik seafood
entri ni aku nak buat hari sabtu yang lepas, malangnya laptop rosak pulak masa tu.
hari sabtu lepas aku masak lauk paprik seafood dan ayam masak kicap untuk hidangan tengah hari. so, di sini aku nak kongsi resepi salah satu masakan tersebut.
hari sabtu lepas aku masak lauk paprik seafood dan ayam masak kicap untuk hidangan tengah hari. so, di sini aku nak kongsi resepi salah satu masakan tersebut.
Labels:
my taste
Tuesday, March 15, 2011
orang demam buat entri
hari ini adalah mc lagi. sebabnya demam tak baik lagi. petang semalam macam dah elok sket. g klinik pun doktor kata dah ok, so dapat mc sehari je untuk semalam. tapi bila malam je badan menggigil2 balik. hidung tesumbat balik + batuk-batuk pula. makan ubat yang doktor bagi terus pengsan sebab salah satu ubat tu membuatkan aku mengantuk.
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Monday, March 14, 2011
entri orang demam
hari ni aku tidak ke opis. demam sejak semalam. dengan hidung tersumbatnya. deria bau pun hilang skang. tekak gatal2 je. tak selesa betul. macam mana boleh demam, aku pun tak tau. sabtu dan ahad, langsung tak keluar ke mana-mana. kalau dah nak sakit, bila-bila pun boleh sakit walaupun berkurung je. huhuhu.
Labels:
baby arissa,
my life,
my love,
my opis
Saturday, March 12, 2011
mari tengok wayang
korang dah g tengok wayang citer hikayat merong mahawangsa lum? aku baru je tengok petang semalam kat gsc terminal 1. lida yang belanje. time kasih lida. ^_-.
bagi aku cite ni best. aku bukannya kaki layan citer melayu sangat kat wayang. tapi citer merong mahawangsa ni lain dari citer melayu yang lain. best a. aku bg 4 bintang dari 5 bintang. kurang 1 bintang sebab KRU tak panggil aku belakon. kalo tak, aku bagi 5 bintang. ahak ahak ahak. aku malas nak bagi sinopsis citer ni. senang citer, g je tengok citer ni kat wayang. huhuhu.
Thursday, March 10, 2011
arissa demam
baru semalam buat entri pasal arissa yang ceria, tapi pagi ni arissa tak ceria. cian arissa dia demam. pukul 4 pagi tadi, arissa kejut aku nak susu. so, aku bangun la buat susu. masa tu arissa ok lagi. lepas menyusu, arissa tido balik. aku pun sambung a tido. tak lama pastu aku terjaga sebab dengar arissa merengek. tapi mata arissa lelap. skali tengok punting kopek dia dah jatuh dari mulut. aku sumbat balik kat mulut dia terus arissa diam. beberapa minit lepas tu dia merengek balik. punting jatuh lagi. ada masa, punting tak jatuh pun tapi merengek rengek dalam tido. aku pun terus beralih tido atas tilam bear arissa dan peluk arissa sambil tido. arissa merengek, pastu tido, merengek sampai la pukul 6.30 pg. aku memang dah tido-tido ayam stat dari arissa merengek2 tu. tapi takde lak fikir benda lain.
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Wednesday, March 9, 2011
si kecik yang ceria
girang betul arissa lepas mandi pagi tadi. macam biasa, pukul 7.00 pagi aku dah mandikan arissa. pas mandi je mesti dia ceria. ajak aku beborak masa tengah siap-siapkan dia. pastu tegelak-gelak punya la kuat. seronok tengok arissa ceria. aku pun jadi senang hati ke opis. tapi rindu tetap rindu. ^_-
Labels:
baby arissa
ala ala western
pagi ni aku masak sarapan ala-ala western.
taraaa...
ada 2 keping roti, timun, daging beger ayam yang dibalut dengan telur serta kentang goreng. minuman pula segelas susu HL. ada 2 beger ayam sebab satu untuk aku, satu untuk encik capo. aku guna roti gardenia je sebab tak beli pun roti beger yang bulat tu. tapi tak kisah la guna roti apa, janji jadi beger. ahakz.
makanan-makanan ni dah dimasukkan dalam bekas sebab bawak bekal ke opis.
jemput makan...^_^
taraaa...
ada 2 keping roti, timun, daging beger ayam yang dibalut dengan telur serta kentang goreng. minuman pula segelas susu HL. ada 2 beger ayam sebab satu untuk aku, satu untuk encik capo. aku guna roti gardenia je sebab tak beli pun roti beger yang bulat tu. tapi tak kisah la guna roti apa, janji jadi beger. ahakz.
makanan-makanan ni dah dimasukkan dalam bekas sebab bawak bekal ke opis.
jemput makan...^_^
Labels:
my taste
Tuesday, March 8, 2011
surprise yang dah tak surprise
taraaa...ini beg untuk laptop. beg ni aku punye. encik capo grande beli untuk aku petang semalam. yeay!!! dia mau bikin surprise tapi dah kantoi. huhuhu. sapa suh asik resah gelisah bile kedai komputer kat dataran senawang tu tutup. kan dah kena paksa bagitau apa dia nak beli kat kedai tu. huhuhu.
mari sarapan
pagi ni aku masak bihun goreng. agak meriah sebab ada sotong dan udang. ni bekalan aku dan encik capo hari ni. pagi sebelum keluar rumah, breakfast bihun dan susu HL dulu. pastu kalau ada lebih bawak bekal ke pejabat. jimat duit takyah makan kat kafe ^_^.
Labels:
my taste
hobi berfaedah
ada pepatah kata, masa itu emas. betul ke? betul sangat la. skang ni aku dan encik capo grande ada hobi baru. hobi yang mendatangkan faedah gak la. faedah macam menguji minda dan menguji ketajaman mata serta kepantasan menyelesaikan sesuatu masalah. disamping tu hobi ni mengelakkan diri daripada buang masa. cewah cewah, macam bagus la plak. huhuhu. nak tau hobi apa? kita saksikan selepas ini. huhuhu. tiru tagline raja lawak lagi. ;-p
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Monday, March 7, 2011
tanpa mu
untuk makluman semua, hari ni 1st day aku masuk keje setelah 2 bulan cuti bersalin. aku hanya amik 60 hari sahaja bukan 90 hari. tapi kini menyesal kerana tak amik cuti bersalin 90 hari. kalau la ku tau indah dan seronoknya menjaga baby sendiri, mesti awal2 aku dah amik cuti 90 hari supaya dapat luangkan masa lebih lama dengan arissa di rumah. tapi takpe la, cuti-cuti tu simpan untuk keperluan akan datang.
Labels:
baby arissa,
my life
Saturday, March 5, 2011
hari jumaat punya aktiviti
hari ni 4 mac 2011. ada appoiment antara arissa dan dr sukhilmi di klinik pakar wanita sukhilmi di senawang. kecik2 dah pandai wat apoimen. huhuhu. sebenarnya arissa nak kena cucuk hari ni sebab dah berusia 2 bulan. aku dan encik capo menghantar arissa checkup bulanan di klinik sukhilmi sebab boleh pegi bila-bila masa dan tak perlu menunggu berjam-jam. korang paham-paham je la keadaan klinik kesihatan gomen macam mana. selalu ramai orang + tunggu berjam-jam. tengok je la masa aku pregnant dulu. sampai 3, 4 jam baru setel.
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Thursday, March 3, 2011
sesi beborak
suka betul arissa lepas mandikan dia tadi. tesenyum, tegelak je keje dia. lepas siap je, terus arissa ajak aku beborak. macam-macam betul yang dia cakap. tapi arissa sorang je la yang paham. bila aku tanya, mesti dia jawab sambil senyum dan keluar suara. comel betul. topik perbualan pagi ni, aku tanya dia bila nak belajar meniarap? sebab dia skang sibuk praktis nak duduk padahal meniarap tak tau lagi. berikut ialah aksi-aksi perbualan kami yang sempat disnap tadi:
arissa stat menegur aku |
Labels:
baby arissa
Wednesday, March 2, 2011
Tuesday, March 1, 2011
tilam bear arissa
semalam aku ada wat entri pasal aku beli tilam online untuk arissa kan. hari ni tilam tu dah sampai. nak tengok rupa tilam tu? sila scroll ke bawah:
pembungkus ni dah selamat dikoyak rabakkan. |
Labels:
baby arissa,
my life
panggilan mesra
apa ye gelaran aku kat arissa? mama? mumy? ibu? umi? emak?
kebanyakan orang skang suka gelarkan diri mama. tapi aku rasa tak sesuai gelaran tu kat aku la.
aku lebih selesa gelarkan diri aku mak. dari arissa dalam perut lagi aku dah gelarkan diri aku emak.
masa pregnant aku selalu gak borak-borak dengan arissa sambil usap-usap perut. tapi aku hanya beborak kalau aku sensorang je la masa tu. huhuhu.
kebanyakan orang skang suka gelarkan diri mama. tapi aku rasa tak sesuai gelaran tu kat aku la.
aku lebih selesa gelarkan diri aku mak. dari arissa dalam perut lagi aku dah gelarkan diri aku emak.
masa pregnant aku selalu gak borak-borak dengan arissa sambil usap-usap perut. tapi aku hanya beborak kalau aku sensorang je la masa tu. huhuhu.
Labels:
baby arissa,
my life
Subscribe to:
Posts (Atom)