Monday, September 30, 2013

lain kali belum rasa jangan komen

petang semalam kami (aku, encik capo & arissa) jenjalan kat terminal one selepas pulang dari kampung di kuala pilah. kemudian kami rasa lapar sangat sebab tak makan tengah hari masa kat pilah. mula-mula makan paparoti. beli pun sebab arissa nak. arissa memang dah tau dah, asal pegi terminal one atau ekonsave, dia pun mintak paparoti sebab tau ada jual kat sana. beli paparoti untuk sorang satu. tak boleh cover lapa jugak.

fast food memang taknak sebab baru je makan mcD hari tu. kedai makan yang kat level UG dalam terminal one tu memang kiteorang dah reject. sebabnya setiap kali pergi mesti servis lembab. dah lah lembab, orang yang datang kemudian dah dapat makanan, kiteorang yang awal datang, makanan tak sampai-sampai. rasa nak pegi tumbuk je muka waiter atau tukang masak tu sorang-sorang. dah la tengah kebulur makanan tak sampai-sampai dah dekat sejam lebih. padahal orang tak ramai pun. dah beberapa kali dah jadi macam ni. ada sekali tu terus cancel order sebab tak sampai-sampai padahal ada 3,4 orang yang baru je duduk dan order tak sampai 10 minit makanan dorang dah sampai.  kiteorang yang dah sejam tak sampai-sampai. bukan order benda pelik pun. nasi goreng kampung je. jadi kami buat keputusan reject terus kedai s*t*y a*n*k* tu. aku penah buat entri pasal kelembaban kedai tu.

oleh sebab tak tau nak makan apa, kami pun terus naik ke tingkat paling atas yang ada wayang tu, sebab keta paking kat level tu. naik eskalator nampak kedai HiGoat tu. encik capo ajak beli makanan kat situ. aku memang takde selera nak  beli makanan kat kedai tu. sebabnya nama kedai tu HiGoat. mesti produk kambing. bukan pasal aku nak menghina kambing ke apa, tapi sebab aku tak suka makan kambing! so aku anggap kedai tu mesti jual semua makanan berasaskan kambing.

bila tengok menu, ada lah ayam. chicken wing ada, beger ayam ada. so aku pun order HiGoat Chicken. encik capo order yang kambing sebab dia suka makan kambing. mula-mula nak bungkus, tapi sebab dah kebulur tahap maksimum, kami pun makan kat situ. cukup-cukup je kerusi ada 3 kat situ untuk kiteorang bertiga. arissa memang taknak makan la. paparoti e pun tak abis abis. ye lah, budak-budak makan sikit-sikit je. koyakkan sket paparoti tu dekat 15 minit baru abis ditelannya.


ni ha aku google jumpa gambar menu dia kat mudah.my. aku makan yang HiGoat Chicken tu la. terbaikkkk!!!

siap aje order, memang tak boleh makan terus. panas ya amat sebab dia baru masakkan. pakai mikrowave je. dah sejuk sket baru makan. rasa HiGoat Chicken tu, ya ampunnnnn sedap sangat. aku yang pada mulanya pandang rendah dengan rasa makanan kat situ terus tarik balik kata-kata aku. terbaik, kalah beger gcb mcD. huhuu. bila dah abis makan rasa tak cukup pulak. nak lagi! aku takde lak amik gambar makanan sebab tengah kebulur kan, tak terpikir nak amik gambar makanan. otak ingat nak bedal aje makanan depan mata. ngeee... ;-p

rasa macam nak pegi je beli tengah hari kang kat terminal one. tapi tak  berbaloi aku nak pergi  drive ke terminal one waktu lunch tengah hari sebab paking memang hazab sangat. kalau ada kosong pun kat tingkat paling atas yang takde bumbung tu. oleh itu, bersabarlah hingga petang atau tunggu aje weekend nanti baru pegi terminal one untuk beli HiGoat Chicken tu. tapi nanti nak beli chicken wings jugak sebab nampak macam sedap aje.


Friday, September 27, 2013

kamu...jangan ganggu aku lagi!

tujuan entri aku semalam adalah sebab aku nak kongsi kisah pada entri hari ni. entri semalam tu kira macam prolog la... huhuhu


alkisahnya....


aku kerap mimpi hantu. kadang-kadang dalam seminggu ada 2,3 kali aku mimpi hantu. mimpi pulak memang tak boleh blah punye seram sampai terbawa-bawa bila dah terjaga. maksudnya ketakutan didalam mimpi tu sampai aku terjaga aku masih takut dan menggigil malah kadang-kadang rasa mencungap-cungap pula.

selain daripada itu, aku selalu mimpi ular. memang kerap. bukan setakat mimpi, masa zaman aku sekolah dulu aku selalu terserempak dengan ular betul-betul. tiap kali terserempak dengan ular mesti aku sensorang masa tu.

aku juga selalu mimpi jatuh ditempat yang tinggi dan bila terjatuh tu aku mesti tersedar sebab macam real je jatuh bangunan. lepas tu kadang-kadang  mimpi berada kat jamban. bukannya pegi teberak tapi tah apa aku buat beborak-borak dengan sape aku tak ingat dalam jamban macam takde tempat lain pulak!

tak cukup dengan tu, aku selalu mimpi beranak. dari sebelum kawin sampai dah kawin dan dah beranak betul-betul ni, aku masih mimpi aku beranak, jaga baby yang dalam mimpi tu kononnya baby aku lah. kalau di alam realiti betul-betul beranak ni, dah 5,6 orang anak aku dah ni. hahaha.

bukan setakat mimpi yang pelik-pelik, di alam realiti ni kadang-kadang aku terasa di perhatikan. bukan diperhatikan oleh manusia lah maksudnya. aku pernah buat entry rasanya pasal bayangan hitam dibelakang aku. bayangan hitam ni bukan sekali tapi dah beberapa kali dan dalam entri tu bukan yang pertama kali terjadi sebenarnya. pernah aku sedang mencuci muka dalam bilik air (tak tutup pintu) tetiba terasa ada orang sedang berdiri betul-betul dibelakang aku. aku sangkakan encik capo tapi bila aku toleh belakang tak ada sesiapa. aku terus keluar dari bilik air saat tu juga, dan terdengar suara encik capo tengah begurau senda dengan arissa kat ruang tamu. nak kata encik capo nak begurau senda dengan aku, bilik air dan ruang tamu jauh. kalau dia belari anak, aku pasti dengar bunyi tapak kaki gak tapi takde dengar.

selain dalam bilik air, ia juga pernah terjadi di dapor semasa aku sedang basuh pinggan atau membuka peti ais. macam ada orang berdiri betul-betul kat belakang aku. tapi bila toleh tak da sesiapa. nak kata encik capo, dia ada kat ruang tamu tengah main dengan arissa. kalau tak kat ruang tamu, dia main game kat tempat dia yang memang aku boleh nampak dari dapo tu. yang kat dapo ni 2,3 kali kena aku rasa. sebab tu aku jadi pemalas masak kot padahal dulu-dulu rajin gile aku memasak. hahaha alasan. selain dari itu aku juga akan kerap mengantuk secara tiba-tiba apabila mendengar ayat-ayat ruqyah walaupun pada awalnya aku langsung tak mengantuk.

kes benda beralih pun dah 2 kali aku perasan. ni yang aku perasan lah, yang aku tak perasan aku tak tau. aku ada letak berus kat tingkap di sinki di dapo.  sejak berhari atau berminggu atau berbulan, berus tu makin lama makin teranjak ke luar. mungkin aku ada terlanggar atau cicak melanggar lalu teralih hingga ke bahagian luar tingkap. tapi aku tak pernah betulkan atau tak pernah amik berus dan letak dalam semula. tiba-tiba satu hari (tak ingat pula siang ke malam), masa aku nak basuh pinggan aku tengok berus tu dah ada kat bahagian dalam tingkap. berderau darah aku masa tu. untuk sedapkan hati aku tanya encik capo ada tak alihkan berus kat luar tingkap tu bawak masuk ke dalam? encik capo kate dia takde buat. maka takkan aku nak tuduh arissa pulak sebab kompem arissa tak sampai. berhari-hari aku pikir sapa yang anjakkan berus tu sehinggalah aku lupa sendiri.

baru 2 hari lepas makanan ikan aku pulak dah teranjak. aku pasti aku orang terakhir yang bagi ikan makan sebelum keluar pegi kerja dan letak kat tepi rak tv. tapi malam tu bila dah balik dan aku nak bagi ikan makan melilau aku mencari makanan ikan tak jumpa. sampai bawah kerusi, dalam rak tv aku mencari tapi takde. aku yakin dan pasti aku letak di tepi rak tv sebab aku toleh 2 kali sebelum keluar masa tu. bila dah puas cari aku pun termenung pikir mana pegi makanan ikan? tetiba baru ternampak elok je terletak kat rak dapor pemenan arissa tak jauh dari rak tv tu. nak kata arissa yang letak kat situ tak mungkin pula sebab arissa aku dah hantar pegi rumah uwan dia masa azan subuh lagi. masa tu dia tido lagi. manakala aku keluar pegi keje dalam pukul 7.15 pagi camtu. balik dari kerja malam tu,  letak beg, bukak tudung, terus nak bagi ikan makan. masa tu arissa, masuk-masuk rumah terus duduk kat sofa main game kat henpon aku. jadi aku muskil sape alihkan makanan ikan tu??? kompemlah encik capo kata bukan dia. tsk tsk tsk...T_T

ada beberapa lagi lah yang aku alami. dengar bunyi macam tapak kaki berjalan kat siling malam-malam salah satunya. tapi aku anggap ni kucing yang panjat atas siling tu lalu berjalan-jalan di atasnya. huhu. simptom yang lain aku simpan sendiri aje lah. kiranya yang aku cerita kat sini major simptom la.

dalam banyak-banyak kes di atas, disebabkan kerap terasa diperhatikan dan terasa ada bayangan hitam dibelakang ku, maka aku telah pergi berjumpa seseorang beberapa hari lepas untuk kompemkan. keputusannya.... malas lah aku nak kongsi. hahahahaha...


semoga aku tidak lemah semangat dan semoga Allah sentiasa melindungi aku dan keluargaku. Amin....


sekian...



Thursday, September 26, 2013

Simptom-simptom Gangguan Jin



A) Di dalam keadaan berjaga
  • Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
  • Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
  • Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
  • Bau nafas yang terlalu busuk
  • Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  • Bayi kerap menangis
  • Belakang tengkuk / bahu terasa berat
  • Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
  • Berubah hati terhadap semua orang yang disayanginya
  • Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
  • Bunyi guli di atas syiling
  • Bunyi orang berjalan di dalam / bahagian atas rumah
  • Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  • Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  • Darah haid turun lebih dari 15 hari
  • Gagal melakukan hubungan kelamin
  • Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  • Hujung jari kaki / tangan terasa menyucuk / kebas
  • Kemurungan/ Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
  • Kerap keguguran
  • Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  • Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
  • Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
  • Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  • Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
  • Malas mengerjakan Solat dan beribadat
  • Marah secara keterlaluan / panas baran
  • Melihat jin / hantu secara terus
  • Mendengar suara berbisik / menyergah
  • Nafsu seks yang melampau / tidak normal
  • Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
  • Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
  • Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
  • Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
  • Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
  • Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
  • Sakit Jiwa / Mental
  • Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
  • Sakit perut tanpa sebab klinikal
  • Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  • Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
  • Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
  • Sering pengsan tanpa sebab klinikal
  • Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
  • Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
  • Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
  • Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil
  • Suka bangun tidur selepas tengahari
  • Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
  • Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
  • Suka melihat diri di dalam cermin
  • Suka menggulung rambut dengan jari
  • Suka tidur pada siang hari
  • Sukar mendapat jodoh
  • Sukar mendapat zuriat / Mandul
  • Sukar tidur malam
  • Tanda lebam pada anggota badan
  • Terasa ada lembaga tidur bersama / menganggu / berdialog ketika tidur
  • Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
  • Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
  • Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
  • Terasa bahu ditepuk dari belakang
  • Terasa terkena renjisan air
B) Di dalam tidur
  • Bermimpi bayi / kanak-kanak 
  • Mengunyah gigi sewaktu tidur
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
  • Mimpi makan 
  • Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
  • Mimpi yang menakutkan
  • Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
  • Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
Terdapat pelbagai lagi simptom-simptom yang ada selain dari yang di atas..Wallahu a’lam bis sha'wab.

Kini mari kita lihat bagaimanakah caranya untuk kita menghindari diri dan keluarga kita dari segala gangguan makhluk-makhluk halus ini. Ada beberapa cara untuk kita memastikan kelangsungan kehidupan kita bebas dari segala perkara sebegini, namun ianya haruslah dilakukan dengan ikhlas dan haruslah juga diistiqamahkan perbuatan kita. Berikut adalah antara caranya untuk menghindari dari sebarang gangguan makhluk halus.
  • Menghidupkan rumah kita dengan ibadah solat-solat sunat.
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran, khususnya Surat Al-Baqarah di rumah kita, karena sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin akan lari dari rumah yang sering kedengaran bacaan Surah Albaqarah di dalamnya.
  • Membaca Ayat Kursi sebelum tidur, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin tidak akan mampu mendekati orang yang membaca Ayat Kursi sebelum tidurnya sehinggalah ia bangun kembali dari tidurnya.
  • Membaca Surat Al-falaq dan An-Nas setiap pagi dan petang, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, tidak ada pelindung diri yang lebih kuat dari keduanya.

Berikut pula cara-cara yang boleh kita lakukan dengan sendirinya untuk memeriksa sama ada tubuh kita sebenarnya telah ditumpang oleh makhluk-makhluk halus. Caranya dengan mendengar audio bacaan ayat-ayat Ruqyah dan seandainya boleh, dengarnya dengan sejelas yang boleh. Tidak perlu membaca, cukuplah sekadar memberi perhatian sepenuhnya dari mula hingga ke akhir bacaan.
Setelah habis mendengarnya, sekiranya kita mengalami beberapa kesan seperti batuk-batuk, badan berpeluh, jantung berdebar kencang, mengantuk dan pening, terasa ingin muntah, sendawa dan mungkin terasa seperti sesuatu ada di dalam kulit, itu adalah petanda yang tubuh kita berkemungkinan dihuni oleh makhluk halus.
Cara ini tidak digalakkan untuk dilakukan berseorangan, sebaiknya biarlah berdua atau ramai kerana bimbang kesan yang akan dialami sewaktu mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah akan membuatkan makhluk halus itu menentang tuan empunya badan. Dan adalah lebih afdal sekiranya meminta bantuan dari Ustaz mahupun pakar perubatan islam yang lebih arif dalam hal-hal sebegini. Ini adalah lebih baik kerana sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini, ada pihak yang akan membantu kita.

Wednesday, September 25, 2013

nightmare di the mall



aku baru je beli buku ni kat popular jusco seremban 2 hari isnin lepas. aku tengok tajuk, lepas tu tengok cover buku terus tertarik nak beli. baca pulak sinopsis sket kat belakang buku yang ada 4,5 ayat je pastu terus aku pegi bayar. hahaha.

aku memang minat baca buku macam ni. kisah-kisah nightmare dan pembunuhan. kalau aku jumpa buku macam ni dan menarik sinopsisnya memang aku tak fikir 3 kali, terus beli je. padahal duit betul-betul ada RM50 je nak tunggu sampai dapat gaji. huhuhu. harga buku ni RM35.90. sebab aku ada member kad jadi lah RM32.++. baca tak baca belakang kira yang penting aku beli. hahaha.

malam tadi baru stat baca.baru sampai bab 2. english dia ok lah. simple dan senang faham. aku tak suka buku english yang guna perkataan yang susah nak faham. maklumlah aku bukan reti sangat bahasa inggeris ni. yang simple-simple aku faham lah.dapat baca mlam tadi pun sebab arissa leka main game buat beger kat henpon aku yang dia baru je mintak donwlod malam tadi.

ni sinopsis sikit pasal buku ni. aku google je dan dapat page ni:
http://www.goodreads.com/book/show/9760701-the-mall


Dan is an angsty emo-kid who works in a deadly dull shopping mall. He hates his job.

Rhoda is a junkie whose babysitting charge ran off while she was scoring cocaine. She hates her life. Rhoda bullies Dan into helping her search, but as they explore the neon-lit corridors behind the mall, disturbing text messages lure them into the bowels of the building, where old mannequins are stored in grave-like piles and raw sewage drips off the ceiling. The only escape is down.

Plummeting into the earth in a disused service lift playing head-splitting Musak, Dan and Rhoda enter a sinister underworld that mirrors their worst fears. They finally escape, but something feels different. Why are the shoppers all pumped full of silicone? Why are the shop assistants chained to their counters? And why is a cafĂ© called McColon’s selling lumps of bleeding meat?

Just when they think they’ve made it back to the mall, they realize the nightmare has only just begun.


sekian.

Tuesday, September 24, 2013

2 jam dan kenangan lalu pun menerjah


hari ahad yang lepas, aku, encik capo dan arissa pergi ke rumah kawan aku, hani di shah alam. kawan baik aku semasa bekerja swasta dulu. dah lama tak jumpa sejak aku pindah ke seremban sebab dapat keje gomen di seremban pada tahun 2009. tapi tahun lepas masa kenduri akikah arissa ada je jumpa cuma sekejap tak dapat beborak sangat sebab tengah kenduri dan ramai tetamu datang.

arissa yang mekap sebelum keluar

dalam pukul 11.30 pagi bertolak. singgah kat petronas beli roti dan air kotak chocolate dutch lady. aku kalau memang dah ada plan nak keluar memang aku tak kuasa nak masak breakfast. dengan bantuan sygic, kami pun sampai ke destinasi lebih kurang pukul 1.05 petang.

hani memang dah standby sebab dah tau aku nak datang. takkan aku nak terjah pergi rumah orang macam tu je kan. buatnya orang takde kat rumah tak ke haru? huhhuu. tarikh ni pun hani yang pilih, sebab dua-dua pun free dan aku memang tak de plan lain nak pegi mana-mana ahad tu. bila dah sampai, suka lah sangat sebab rindu tu lama tak jumpa.

on the way

kenal dengan hani sebab satu kelas semasa mengikuti kursus ACCP di cosmopoint jalan raja laut pada 2006 - 2007. tapi masa tu kawan gitu-gitu aje. mula rapat sebab dapat keje satu opis. masa tu opis di uptown damansara sebelum berpindah ke sunway damansara. kami pulak ditempatkan di site di shah alam. dulu masa kerja kat shah alam, hani lah kawan aku ke hulu hilir. pegi makan tengah hari, kadang-kadang pergi breakfast juga. oh ya, paling tak boleh lupa dialah banyak berjasa kat aku selama aku keje kat damansara n shah alam tu sebelum aku mampu beli kereta. aku duduk kota damansara, masak kalau nak pergi shah alam naik bas. 3 bas kot aku kena tukar kalau nak pegi shah alam. bas pulak kadang-kadang macam hampeh sket. dah sejam lebih tunggu kadang-kadang tak nampak bayang jugak! so hanilah penyelamat rela hati offer diri untuk tumpangkan aku dari uptown damansara sampai ke shah alam padahal dia duduk di PJ. macam tu lah jugak kalau balik. kalau terpaksa stayback sampai malam, maka beliau akan hantar aku sampai ke rumah sewa di kota damansara. begitulah rutinnya sehinggalah aku dah berduit dan beli kereta sendiri. tsk tsk tsk. jasamu akan sentiasa ku kenang.

encik capo isi minyak, kiteorang berpossing

aku juga tak boleh lupa saat tayar kereta aku yang sengaja dipancitkan oleh jiran yang busuk hati. aku yang tak perasan tayar kereta pancit macam biasalah drive nak pergi keja sehingga aku terdengar bunyi yang tak sedap aje kat tayar lalu aku turun dan periksa. damm! tayar kereta aku pancit. aku yang tak ada tempat mengadu sebab tak ada boyfriend masa tu call hani ni sebab dialah wajah pertama yang muncul dalam fikiran. huhuhu. sanggup masuk opis lewat sebab datang membantu aku yang kepancitan tayar kereta dan tak tahu apa-apa pasal menukar tayar. aku tahu orang dengki pancitkan tayar aku sebab ada batu yang sengaja diletak kat dalam penutup angin tayar tu. so bila ada batu dalam tu, pastu tutup dan pusing secara automatik batu tu akan menolak punat angin lalu membebaskan angin tayar keluar. so, hanilah penyelamat yang menukarkan tayar spare pada kereta aku.

aku, hani dan anak masing-masing. 

tak lupa juga kami dulu sama-sama pegi berenang kat kolam renang di uitm shah alam. setiap minggu tak pun bila free kami pergi. selain dari tu kami berdua juga sama-sama pergi gym di shah alam setiap petang lepas kerja. sebab tu masa aku kerja kat shah alam, aku slim melim. dah keje seremban takde geng nak pegi berenang dan gym, kadar metabolisma jadi rendah dan badan pun mengembang. ;-p. macam-macam aktiviti lagi lah kami buat sama-sama. berbasikal ke bukit cerakah, bercamping kat sungkai perak pastu naik flying fox, panjat tali dan macam-macam lagi lah. tapi sekarang ni kalau suruh aku naik flying fox, tobat aku tak mau. maun putus tali flying fox tu kalau aku naik skang. hahaha. selain tu kami juga sama-sama pegi main ice skating di sunway piramid. seronok betul! oh indahnya kenangan.

kelasss layanan hanisah kat arissa. memandangkan rekod layanan arissa terhadap tetamu-tetamu kecil kalau datang rumah agak buruk,  harap-harap kalau hanisah datang rumah arissa, arissa akan bagi layanan terbaik jugak kat hanisah.


sekarang dua dua dah kawin dan dah beranak pinak. so memang tak dapatlah berjimba-jimba macam masa bujang dulu. skang anak masing-masing pula berkawan. kelakar je tengok si arissa dan hanisah berkawan dan beborak masa jumpa hari tu. entah bila boleh bebudak 2 orang tu jumpa lagi. bila dah balik arissa asik tanya pasal hanisah, hanisah asik tanya pasal arissa kat emak dia pulak. hahaha.


terima kasih juga kat hani sudi layan aku sekeluarga yang datang menjengah. siap masak spagetti aglio olio lagi tu. first time aku dengar nama spagetti tu dan first time juga makan. semoga di lain kali boleh berjumpa lagi.  harap-harap lepas ni boleh lah jumpa kawan-kawan baik di utm dulu pulak. sayangkan kalau persahabatan yang dibina putus macam tu je. kalau dapat buat reunion memang best sangat.

dah balik rumah. telampau letih main agak e ni

sejak keje kat opis seremban ni aku dah tak punya kawan baik yang baru. aku definasikan kawan baik sebagai kawan yang aku akan selalu berkepit. bukanlah berkepit 24 jam tapi alah..faham-faham lah. kawan yang selalu pegi makan sama-sama, pegi mana-mana sama-sama, yang boleh sharing problem, yang boleh sama-sama masa suka dan duka yang seiring sehati dan sejiwa.  sekarang ni kawan baik aku kat seremban yang selalu berkepit 24 jam ialah encik capo. mana tak 24 jam, keje satu opis. pegi keje sesama, makan sesama, balik sesama, kang kat rumah sesama lagi. weekend pun sesama jugak. tak 24 jam namanya tu? huhuhu.

ok, sekian.

* tajuk ada 2 jam sebab aku lepak rumah hani dari pukul 1.05 petang sampai pukul 3.15 petang. lebih kurang lah tu.

Monday, September 23, 2013

niat nak berseronok tapi jadi seram pula

lepas baca pengalaman seram orang, mesti aku pun nak kongsi pengalaman seram aku. entri seram kali ni pasal pengalaman aku dan encik capo di bangunan pejabat kami sendiri. bukan dalam pejabat unit kietorang tapi dalam bangunan ni sendiri.

kisah ini terjadi pada hari sabtu atau ahad atau cuti umum (tak ingat pula tapi yang pasti bukan hari bekerja) pada tahun 2010 tapi aku tak ingat bulan berapa. yang pasti aku tengah pregnat masa tu.

pada petang itu lebih kurang dalam pukul 6.30 petang, aku dan encik capo hendak pergi ke pejabat kami. tujuannya ialah nak mengambil bekas bekalan makanan yang tertinggal di opis. pada masa tu aku sangat rajin memasak breakfast dan membawa bekal ke opis pada setiap hari. disebabkan tak mahu hari kerja nanti ada bau kurang menyenangkan disebabkan bekas bekalan yang tertinggal (pastinya tak basuh lagi), maka kami pun ke opis untuk mengambil bekas tersebut.

apabila sudah parking kereta, tiba-tiba aku rasa malas nak naik ke atas dan mahu tunggu dalam kereta je. opis kami terletak ditingkat 3.maka encik capo pergilah seorang diri masuk ke dalam bangunan 5 tingkat tersebut. semasa encik capo menghilangkan diri disebalik dinding, idea jahat mula menerpa dalam fikiran aku semasa itu.

'kalau dapat terperanjatkan encik capo masa dia dah turun dan keluar lif nanti, seronok jugak' kata aku dalam hati.

didalam kereta, aku pun mula merangka perancangan. nak menyorok kat balik pintu laluan tangga di tingkat G tersebut. bila encik capo keluar lif dan berjalan keluar, aku akan menerpa perlahan-lahan lalu

'huargggggghhhhhhhhhhh'

lalu encik capo terperanjat.

hahahahaha. begitulah perancangan aku.

apabila sudah nekad, aku pun mematikan enjin kereta lalu hendak membuka pintu kereta untuk keluar. baru sahaja aku nak membuka pintu, tiba-tiba kelihatan encik capo muncul dari sebalik dinding dan menuju ke arah kereta. aku kehairanan sebab takkan lah sekejap je dah amik bekas makanan tu? mengikut perkiraan akal logik aku yang hari-hari datang dan balik keje dibangunan ini, encik capo memerlukan lebih dari 30 saat untuk masuk ke dalam bangunan, menuju ke lif. menunggu lif. masuk ke lif nak menuju ke tingkat 3, kemudian nak kena bukak mangga pintu, keyin id untuk masuk, masuk dalam opis, bukak lampu lalu menuju ke bilik untuk amik bekas makanan kemudian keluar dari opis, mangga balik pintu. turun lif dan akhirnya  menuju ke kereta. semua tu memerlukan lebih 30 saat.

tapi yang peliknya belum pun 30 saat encik capo dah kembali ke kereta. aku pun tercengang-cengang enggakkk mengerti apa yang berlaku sehingga pantasnya encik capo kembali ke kereta. bila aku tanya dah amik ke bekas? encik capo jawab belum. kompem lah belum sebab memang tak nampak dia pegang apa-apapun.

tiba-tiba encik capo tanya

'ada panggil ke tadi?'

aku pun tercengang. bila masa pulak aku ada panggil dia. aku syok aje duduk dalam kereta menyusun strategi nak teperanjatkan dia. bila aku jawab takde, encik capo pun tak cakap apa-apa lagi lalu ajak aku teman naik opis sekali. maka, kami berdua pun masukklah dalam bangunan dan naik lif ke tingkat 3. lepas dah setel semua, kami pun masuk dalam kereta dan balik setelah memulangkan kunci kepada pak guard.

dekat rumah barulah bukak cerita. menurut encik capo sedang beliau melangkah menuju ke hadapan lif, beliau terdengar suara memanggil beliau. tapi aku lupa samada suara tu panggil nama dia atau abang. suara tu pulak macam suara aku. bila dia terdengar suara seakan suara aku memanggil beliau, encik capo pun menoleh tetapi tiada kelibat aku dimana-mana. dia siap pegi carik 'aku' kat balik pintu laluan tangga (port yang aku terpikir masa dalam keta nak menyorok nak teperanjatkan dia bila dia dah turun lif). encik capo ingat aku nak main-mainkan dia panggil panggil nama dan berlari menyorok. disebabkan 'aku' tiada dimana-mana tu yang dia pergi ke arah kereta sebab ingat aku dah lari masuk kereta. masa tu lah aku baru nak bukak pintu kereta sebab nak pergi laksanakan perancangan nak teperanjatkan dia. tapi aku pulak yang teperanjat sebab encik capo sedang melangkah kembali ke kereta macam tau-tau aku nak pergi teperanjatkan dia.

bila dah cerita tu, tiba-tiba rasa seram. sebab kejadian yang menimpa encik capo tu adalah saat yang sama aku terpikir nak menyorok kat laluan tangga lalu terperanjatkan dia. dalam pada aku merangka perancangan yang amik masa tak sampai 5 saat tu, masa tu lah ada sesuatu yang 'aku' sedang laksanakan tapi berbeza strategi dimana sesuatu 'aku' menggunakan taktik panggil dan nyorok. strategi aku yang real ialah nyorok dan terperanjatkan. huhuhuhu.

kenangan masa pregnant. bayangkan dengan perut macam ni aku boleh terfikir nak pegi main nyorok-nyorok balik pintu laluan tangga yang gelap dan sunyi! wtfox i'm thinking?????

bila difikir-fikir balik, nasib baiklah aku tak sempat nak laksanakan rancangan aku nak teperanjatkan encik capo tu. kalau tak...cuba bayangkan, dah lah hari cuti, pukul 6.30 petang dekat nak senja. orang lain memang takkan ada lalu lalang kat bangunan tu macam hari bekerja. aku yang perut tengah memboyot pergi menyorok kat balik pintu laluan tangga yang gelap sambil menunggu encik capo turun dan keluar lif. ada 4 kemungkinan yang aku fikir lepas kejadian tu.

1. aku menyorok, nampak encik capo keluar lif lalu aku teperanjatkan dia. kemudian encik capo teperanjat lalu aku ketawa suka hati sebab dapat kenakan dia. lepas tu aku kena sekeh dengan encik capo tapi aku tak kisah sebab sukahati punya pasal.
2. aku menyorok, nampak encik capo keluar lif lalu aku teperanjatkan dia. tapi encik capo tu tak ada apa-apa effect lalu berpaling kat aku lalu...lalu....muka bertukar jadi muka hantu.....waaaaaa....scary betul!!!!
3. aku menyorok.........dan ada 'sesuatu' menyorok bersama aku. pengsan!!!!!!!!!!!
4. aku menyorok. tunggu encik capo keluar lif. tungu punya tunggu tapi encik capo tak muncul2. tau-tau encik capo dah balik dengan 'sesuatu yang aku' ada dalam keta. encik capo tak carik sebab memang 'aku' ada dalam keta padahal aku yang sebenar sedang menyorok balik pintu. waaaaaaaaaaaaaa siot betul imaginasi!!!!


kompem aku takkan main nyorok-nyorok kat mana-mana bangunan lagi dah. gila punya idea aku dapat nasib baik tak sempat nak laksanakan. dah 3 tahun kejadian ni berlaku. tiba-tiba sedang menaip entri ni bulu roma aku meremang-remang.

owh....- _-


Friday, September 20, 2013

aku sudah bebas...bebas...bebas....



 baca tajuk macam nada johan dalam lawak ke der 1. ngeeee.

aku kini sudah bebas. sudah sebulan lebih aku berjaya membebaskan diri. walaupun pada mulanya sukar, tapi lama-lama dah tak rasa apa. seolah-olah aku tak pernah terperangkap sebelum ni.

aku sudah bebas dari CANDY CRUSH!!!!

Yahooooooooooo....

sejak sebulan yang lebih aku sudah kurang bermain candy crush seterusnya terus berhenti main. 

kini aku tak perlu nak mencarut atau memaki lagi setiap kali tak lepas level. kurang dah dosa aku sket. aku jugak tak perlu tertunggu-tunggu nyawa di topup setiap setengah jam. tak perlu juga menagih nyawa kepada kawan-kawan fb yang sudi bagi nyawa dan unlock level. bateri telefon pun turut jimat sebab dah takde aktiviti bermain candy crush selama berjam-jam lagi.

aku berhenti main dilevel 348 kot kalau tak silap. dah sebulan lebih tak main, jadi dah tak berapa ingat. kepada kawan-kawan yang minta nyawa atau minta aku unlock kan level tetapi tiada balasan dari aku, minta maaf sangat sebab aku bukan kedekut tetapi memang dah tak bukak candy crush lagi. semalam ada terbukak sekejap tu pun sebab kesian kepada kawan-kawan yang minta nyawa dan unlock level.

indahnya rasa hidup sejak dah terlepas dari perangkap candy crush......

lepas ni game apakah yang bakal buat aku ketagih lagi?
sebelum ni game birzzle, lepas tu candy crush. next???

Thursday, September 19, 2013

tak mungkin kerana lipstik

setiap kali kalau aku tengah mekap, arissa mesti nak join mekap sekali. memang naluri perempuan dan mekap tak dapat dipisahkan kot sebab tu kecik lagi dah sibuk nak bermekap jugak. kalau kata tak boleh, arissa tetap taknak faham. faham tapi buat-buat tak faham.




'mak nak mekap macam mak'

'mak aissa nak pakai bedak mak buleh tak?'

'nak pakai ipstik mak. bia aisa buek sendiri'

setiap kali arissa minta aku bagi je sebab kalau tak bagi kang berulang-ulang kali ulang ayat yang sama selagi tak dapat.

yang kelakarnya boleh pulak dia tahu fungsi semua mekap aku. kat mana nak pakai bedak. kat mana nak pakai lipstik. kat mana nak pakai eye linear. cuma eyelinear dia tak berani pakai sebab takut tercucuk mata. bila arissa pakai lipstik sendiri memang kelakarlah hasilnya. comot aje.



'mak, cantik tak aisa?' sambil tayang bibir yang dicomoti lipstik.

aku mampu gelak je.

macam ni lah lipstik aku

hari tu aku bagi arissa pegang lipstik sebab dia nak mekap. pandai sungguh bukak tutup lipstik dan pusingkan lipstik tu. cuma dia pegi pusing sampai habis. bila dah pakai dan nak simpan, dia tak pusing lipstik tu sampai habis dan terus tutup.

maka....patahlah lipstik aku.


ok....aku tak marah pun. aku amik je dan simpan. siap ajar suruh pusing lipstik tu sikit je dan pusing habis bila nak tutup. tak sampai hati nak marah arissa atas kesilapan terhadap benda-benda yang remeh temeh.

takkan aku nak pukul dia sebab patahkan lipstik? atau rosakkan barang mekap aku.

aku rasa arissa lagi bernilai dari lipstik tu. lipstik patah, belilah baru. bukanlah maksudnya nak membiarkan arissa terus melakukan kerosakan tapi...tengoklah jugak kesalahan apa yang dibuat. kalau berat sangat wajarlah untuk aku marah dengan niat untuk mengajar.

arissa: 'mak, aisa tepatahkan ipstik mak'

aku: 'pokok dek kau lah arissa. nanti mak beli lah lain'

punya lah sporting mak kau nih arissa.

dan henpon aku yang dia suka baling atau hempas setiap kali tak reti main game.... tak perlu kot aku nak pukul. rosak beli lah lain. huhuhu. arissa lagi penting dari henpon.

harap-harap aku mampu bersabar banyak-banyak dengan karenah arissa yang semakin besar semakin macam-macam ragam. 

aku cuma akan marah bila dia suka melawan. yang tu harus rasanya aku marah dengan niat mengajar supaya tak membawak suka melawan sampai ke besar.

ok. sekian

Monday, September 16, 2013

kalau aku kaya................



dulu-dulu aku selalu berangan nak jadi kaya. lepas tu dah lama lupa akan angan-angan tu. tiba-tiba....anganan lalu mula mengusik jiwa.....

mungkin sebab baru dengar lagu kalau aku kaya nyanyian altimet dan awi rafael?



kalau aku kaya....

 aku tak nak kereta seperti ini







aku mahu kereta ini

atau sekurang-kurangnya kereta ini





tapi...aku masih akan sayangkan kereta aku yang sekarang ini.



kalau aku kaya...


aku tak mahu rumah seperti ini


banglo


cukuplah rumah seperti ini

semi d single storey


aku bukan nak jadi kaya seperti T.Ananda Krishnan atau Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary atau seperti Siti Nurhaliza....cukuplah aku memiliki apa yang aku nak seperti di atas, bebas dari segala hutang dan mampu memiliki apa yang aku mahu beli. huhuhuhu.


tiba-tiba rasa sedih.............



;-(

.
.
.
.
.


T_T








Thursday, September 5, 2013

arissa, game dan youtube



arissa, game dan henpon aku.


arissa: mak, nak donlod game.

aku: ok. nak game ape?

(sambil bukak playstore dan suruh dia pilih sendiri.)

arissa: nak game baby. nak game bear. nak game dora.

(sambil tunjuk mana-mana game yang dia berkenan)

bila dah siap downlod game, automatik icon game tu akan terpapar kat skrin hp.

arissa: yeay game dah siap.

sambil senyum suka hati lepas tu blah dan main game sorang-sorang smabil baring kat toto. tak lama lepas tu dengar dia merungut.

arissa: ala, cane ni? cane nak main ni?

arissa: game ni susah lah. aisa tak geti main. mak donlod game lain....

datang bawak henpon aku balik dan tunggu aku bukak playstore.

atau pun:

arissa: mak, aisa tak geti main lah. mak duduk sini ajar aisa main game.

ni lah rutin arissa tiap-tiap hari. asik nak mendonlod game aje kejenya. penuh henpon aku dengan game dia.

kalau dia suka game tu dan reti main, dengar lah dia terkekek-kekek gelak.



koleksi game arissa kat henpon aku. candy crush tu aku punya. huhuhu

arrisa, youtube dan internet slow.

arissa: mak nak tengok katun oggy./ mak nak tengok lagu mother us kab (mother goose club)

aku: ok

kalau dah tekan play kat youtube tapi lagu tak keluar-keluar.

arissa: lambat sangat la kua. intenet slow...

atau

arissa: tak kua lagu pun. intenet slow ke?


arissa, game dan youtube


kalau game/youtube yang didonlod/play lambat siap:

arissa: alaaa...asik loading je game/lagu ni.

kalau game/youtube tu hang / sangkut:

arissa: mak,  hang lah. die dah sangkut.

arissa dan lagu kanak-kanak

 lagu kanak-kanak ni bukanlah lagu kanak-kanak. tapi sebenarnya funny ringtone/ sms yang didonlod kat andriod. yang ni kat henpon encik capo lah pulak.

arissa: ayah, aisa nak dengar lagu kanak-kanak.

lalu ayah e bagi lah henset kat arissa.

kang arissa tekan lah satu-stu lagu funny ringtones tu. mana yang rancak kang berjoget-joget lah dia. kalau tekan-tekan tak keluar bunyi, dengar lah arissa merungut.

arissa: tak de bunyik pun.

atau

arissa: knape die tak bunyik? dah rosak ke?

atau: dah rosak kot.


arissa, henpon aku dan henpon encik capo

arissa: mak, nak tipon mak nak main game boye.

aku: ala, mak nak main lah. arissa pegi pinjam tipon ayah.

arissa: tipon ayah takde game. tipon ayah ada lagu kanak-kanak je. nak pinjam tipon mak, buleh tak?

------------
aku pun tak tahu nak bangga ke nak menyesal sebab ajar arissa main gadget-gadget semua nih. sebab sekarang asik berebut henset / ipad je dengan arissa. dah tentulah mak e yang kena mengalah. kalau tak dengarlah suara dia melalak. tapi masalahnya bila dia dah main tapi tak reti atau asik tertekan iklan je kat game bantailah mengamuk-amuk lepas tu dicampak henpon aku. kalau camni, tak panjanglah umur henpon aku. huhuhu. lagi satu keje arissa duk mengadap henset tak pun ipad. kadang kadang main sambil baring. kadang-kadang meniarap. kejap kang duduk pulak.


sekian...

Wednesday, September 4, 2013

selamat bertunang


me n encik capo

seperti yang aku khabarkan di entri sebelum ni, 31 Ogos 2013 yang lepas adalah hari pertunangan anak buah aku iaitu Amrul di Putrajaya. selepas breakfast di Temiang Corner, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Alhamdulillah jalan menuju ke Putrajaya / KL tidak jem, tetapi jem melanda arah KL ke Seremban. 15 minit nak ke pukul 12 tengah hari kami pun sampai di Putrajaya.


semua dalam gambar ni adalah anak buah aku kecuali arissa. ;-p. ada arip, helmi, adif dan duan


arissa di mana mana

mak aku, kakngah anak beranak dan lida memang dah tido di Putrajaya sejak hari jumaat malam. bila aku sampai, terus serbu rumah penginapan yang telah disewa oleh abang aku iaitu bersebelahan dengan rumah dia je. selepas rehat dan bersantai, tepat pukul 1 tengah hari kami pun bertolak ke rumah perempuan yang terletak lebih kurang 15 minit je dari rumah. 3 buah kereta adalah dari keluarga aku manakala lagi 5,6 buah kereta dari belah keluarga kakak ipar. kami tiga beranak menumpang kereta wish kaktih sebab encik capo pening kepala dan aku malas nak drive. lagipun apa guna wish yang boleh muat 8 orang tapi cuma ada 4 orang di dalamnya?


gambar atas: yang paling kiri dan paling kanan ialah anak buah aku juga, amrul dan amy. yang bertunang ialah yang paling tinggi dalam gambar. gambar bawah:  amy. merangkap juga cucu paling sulung kepada emak aku. begambar bersama awek.

masa untuk bertolak ke rumah pempuan. sempat masing-masing posing. yang pakai spek hitam ialah abang aku, bancik. gambar kiri anak-anak buah aku lagi. arip, duan dan akim

bila dah sampai rumah perempuan, macam biasalah diorang berbincang pasal hantaran dan sebagainya. aku tak dengar sangat sebab lepas tu aku duduk diluar rumah perempuan sebab semua anak-anak buah aku melepak di luar je termasuk lah arissa. lagipun dalam rumah dah penuh dengan rombongan dari pihak lelaki. selepas semua dah setel, agenda seterusnya ialah makan. masa makan ni lah hujan lebat melanda ditambah dengan angin kuat. aku sedaya upaya menghadang arissa dari terkena tempias-tempias hujan yang masuk ke dalam khemas sebab risau arissa demam balik. baru je nak elok. lepas hujan dah terduh, barulah bertolak balik ke rumah abang aku.


tak tahu nak cerita apa, layan gambar aje lah.....


begambar depan masjid lepas masing-masing solat zohor.

gambar atas: kiri amrul, kanan duan. gambar bawah: jejaka-jejaka perasan dan tak perasan. yang kepala botak ialah abang aku yang sulung merangkap abah kepada bakal pengantin lelaki.

kiri: me n duan. macam kakak dan adik kan?. kanan: me n amy.  macam abang dan adik kan. ngeeee

para wanita dengan barang2 hantaran. kenapa asal bawak barang hantaran mesti pempuan semua???
tuan punya majlis pertunangan. bersama bakal mak mertua.




agenda terakhir. makan............


tahniah dan selamat bertunang diucapkan kepada amrul dan tunangannya.

sekian.

pendek lebih baik


hari rabu 27/8/2013 yang lepas, kami sekeluarga berjalan-jalan di AEON BIG di Rahang. puncanya ialah sebab aku sakit belakang dan aku nak di urut-urut oleh kerusi urut yang ada kat tingkat 1 di sana. kat pacific, jusco, ekonsave pun ada juga kerusi urut tapi aku memilih AEN BIG sebab dah tau tak ramai orang kat sana.

bila nak balik dan menuju ke parking kereta, arissa mintak sesuatu kat aku.

'mak, nak gunting rambut' pinta arissa.

aku macam malas pulak nak layan sebab nak balik rumah terus. tapi arissa terus mmeminta dan meminta.




'mak nak gunting rambut kat situ' sambil tunjuk satu satunya saloon dalam tu. arissa memang dah tahu sebab dah 3 kali ikut mak ayah e gunting rambut kat situ.

aku suka gunting rambut kat situ sebab dia ada bilik khas untuk perempuan yang bertudung. kalau pakai tudung tapi taknak rambut digunting dalam bilik khas tu pun boleh. boleh aje gunting kat luar tu. pilihan sendiri.



disebabkan arissa dah 5,6 kali ulang ayat yang sama je nak gunting rambut, maka kiteorang pun turutkan kemahuan dia. eloklah nak gunting rambut tu. rambut dah panjang tapi bila nak diikat langsung tak bagi.kang bila makan, sampai ke rambut kena. tak pun rambut dia yang masuk sekali dalam mulut.
kebetulan tak ada pelanggan dalam saloon tu. maka tak perlulah tunggu lama.

hasil guntingan rambut di saloon tersebut untuk arissa tak berapa cantik. aku suruh buat layer, 3 kali aku sebut...layer! layer! layer!




penyudahnya dia gunting bulat aje. rambut standard budak-budak pempuan. cantik lagi tukang gunting kat saloon bahau dulu gunting.

next time, cari saloon lain untuk gunting rambut arissa.


arissa pulak elok je duduk diam-diam masa orang tu tengah gunting rambut dia. dah lama sket tu baru dia begerak-gerak. kejap kanan kejap kiri.

'arissa, duduk diam-diam'

'aisa sakit belakang' jawab arissa.

kesian, sebab die kena duduk atas bangku yang diletakkan atas kerusi. standard lah kalau budak-budak gunting rambut kena duduk atas bangku tu sebab nak bagi tinggi sikit. so arissa tak boleh sandar. kecik-kecik dah pandai sakit belakang.

bila dah setel gunting rambut. arissa pun cakap.

'mak, aisa dah gunting rambut' sambil senyum-senyum simpul.


sekian.

Tuesday, September 3, 2013

roti canai ada kudis

31 Ogos yang lepas, kami 3 beranak nak pergi ke Putrajaya. Tujuannya bukan sebab nak sambut merdeka di Putrajaya tapi sebab nak memeriahkan majlis pertunangan anak buah aku iaitu anak  kedua kepada abang aku yang sulung. nasib baik pagi tu demam arissa dah surut. kalau demam arissa masih tinggi, aku memang tak akan pergi lah ke majlis tersebut. nanti kesian pulak demam-demam dibawa ke hulu hilir dengan tempat ramai orang lepas tu dengan meragamnya lagi. huhuhu. walaubagaimanapun aku dah standby bawak choki-choki dan m&m minies dalam handbag.

arissa dah sihat. yeay!
sebelum bertolak ke Purtajaya lebih kurang pukul 10 pagi, kami singgah mengisi perut yang lapar dulu di Temiang Corner sebab berdekatan dengan rumah dan juga satu arah untuk ke highway PLUS. macam biasa, aku akan order roti kosong dua beserta milo ais. ni menu standard aku kalau ke kedai mamak.

arissa memang aku tak order apa-apa sebab budak ni kalau nak makan ikut mood dia. kalau dia nak makan, dia mintak. kalau aku tanya nak makan ke tak, jawapannya manjang tak nakkkkkkk jeeee. bila arissa nampak roti canai aku yang baru sampai, arissa pun terkinyam.

nak tengok cermin tapi tak bawak. guna camera aje. ngeee...


'mak, nak roti canai...' (aku eja ni memang ikut sebutan arissa tau)

lalu aku pun koyakkan sket roti canai aku dan bagi arissa.

'taknak, nak makan dalam pinggan' lalu encik capo pegi amik piring kosong satu.

bila dah letak roti canai yang dipotong kecik dalam piring lalu diberi kepada arissa, arissa pun ambil lalu telek-telek.

'eeee...mak ape ni?' tanya arissa sambil tunjuk kat roti canai tu. arissa tunjuk bahagian kat roti canai yang warna coklat-coklat tu.

'tu kerak dia' jawab aku.

'eee bukan lah. ni kudish' jawab arissa sambil buat muka jijik lalu pulangkan balik roti canai kat aku.

aku pun bantai lah tegelak kat situ. mana kau belajar cakap kat roti canai ada kudis arissa oi.

'ni keraklah bukan kudis' lalu aku bagi balik roti canai suruh arissa makan.

'taknak. roti canai ada kudish'

bahagian yang besar ialah roti canai yang ada kudis,
bahagian yang kecik, roti canai yang telah dinyahkudiskan 

aku pun letak balik roti canai lalu aku koyakkan dan amik bahagian dalam yang warna putih dan licin.

'nah, mak dah buang kudis die' bila arissa tengok dah tak ada kerak yang warna coklat coklat tu, baru dia makan.

jadi kerja aku lah memilih bahagian yang tak ada kerak dan asingkan untuk arissa. dia siap belek dulu kalau-kalau ada terlepas pandang kerak kat roti canai tu.

'eee mak. ada kudish lagi'

 secoit kerak pun dia boleh perasan. tak pe lah, janji dia nak makan walaupun kena bagi bahagian yang licin dan cantik je.



sekian, entri roti canai  berkudish.


Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails