Wednesday, June 30, 2010

clorox punya pasal

adoi...napelah auntie cleaner ni g basuh toilet pakai clorox.

serius aku tak boleh bau. pening kepala and sesak nafas

tiba-tiba. tapi nak tak nak kenalah masuk gak toilet tu

walaupun tak tahan bau clorox.

dulu masa aku menyewa kat kota damansara, aku penah basuh

toilet pakai clorox. masa tu jugak terus pening nak pitam

dan sesak nafas 3 hari. sejak hari tu aku menjauhkan diri dari

clorox sehinggalah pagi tadi. huhuhu. nak balik..................

Tuesday, June 29, 2010

aku pelik

aku pelik lah...kenapa kalau mimpi kena kejar kat orang jahat

mesti aku lari slow motion. padahal dah sekuat hati dan

sehabis tenaga dah lari,

tapi tetap slow motion. rasa berat sangat kaki. pastu

penat sangat.

peliknye....

pengsan sampai pagi

akibat tak cukup tido sebab bangun tengok world cup antara argentina dan mexico pukul 2.45 pagi hari tu, sepanjang semalam, aku menderita. hihihi. sendiri carik pasal, sendiri tanggung la. kepala aku pening je sebab tak cukup tido. rasa diri terawang-awang seolah-olah macam mimpi. rasanya kalau semalam cuti takde lah aku pening kepala. sebabnya, mesti aku bangun dalam pukul 10 pg. tapi semalam kan keje, kena lah bangun pukul 6 lebih pagi walaupun aku baru je lelapkan mata pukul 4.30 pagi tu.

Monday, June 28, 2010

memang macam ni ke?

dah tak larat nak g toilet hari ni. aku rasa setakat setengah hari ni dah lebih 10 kali aku g toilet. toilet kalau dekat takpe la jugak. sekejap-sekejap rasa nak terkencing. baru je balik dari toilet, baru nak duduk buat keje, dah rasa nak tekencing lagi. pegi la toilet balik. tu la keje aku hari-hari sejak dua menjak ni. nak kata minum air banyak, takde la sangat.

keranamu messi...eh argentina

seperti yang sedia maklum, malam tadi pukul 10 malam ada game antara england dan german. kompemlah encik capo grande tu penyokong kuat england manakala aku adalah penyokong kuat argentina. kami tidak sebulu dalam hal bola ni. huhuhu. disebabkan dia penyokong england, jadi aku sokong german dalam game malam tadi. sebab dia pon selalu macam tu. bila argentina lawan nigeria, dia mesti nak sokong nigeria. bila argentina lawan korea dia sokong korea and kutuk2 argentina. begitu jugaklah dengan setiap game yang ada argentina kompem dia akan sokong game lawan. kata suami mithali tapi tak sokong langsung team favourite bini dia nih.

Sunday, June 27, 2010

wild dulu wild skang

tensen betul lah bila tengok muka sendiri kat cermin skang. dulu...kulit muka aku licin je. jerawat pun segan nak tumbuh. kalau ada yang terlepas pun, 1,2 je. lepas tu elok dah. kiranya dalam setahun, 2,3 kali je jerawat tumbuh. tapi sejak 2 3 menjak ni....tak segan silu langsung jerawat ni nak tumbuh kat muka aku. dah la tu, yang sedia ada pun tak hilang lagi, muncul lak yang baru. dah pakai oxy n ubat jerawat lain pon tak hilang-hilang. menci! menci! menci!

citer tentang header

kalau sape selalu masuk blog aku, mesti perasan ada yang dah berubah. yup. tepat sekali. header blog telah berubah. tapi bukan aku yang design. seperti yang aku bagitau kat entri lepas, aku terlalu busy sepanjang minggu lepas sampai tak ada masa pon nak bukak blog apatah lagi nak design2 header ni. ni semua keje encik secapo grande tu.

Friday, June 25, 2010

gila punya busy

setelah hampir seminggu aku menyepikan diri, hari ni aku aku berpeluang memblogkan diri. percaya atau tidak, aku terlalu busy dengan keje pejabat hingga takde masa nak bukak blog kengkawan apatah lagi nak bukak blog sendiri. kalau dah aku takde masa nak bukak blog sendiri, dah tentu aku takde masa nak taip entri. bukan je nak taip entri, nak pikir idea apa nak taip pun aku tak ada masa. tapi mesti ada yang tak percaya. sebabnya, aku kate takde masa nak bukak blog, tapi kenapa tiba-tiba header blog aku boleh berubah sejak 2,3 hari lepas? nak design header mesti amik masa berjam-jam. kate busy buat keje pejabat. tipu ek....huhuhu. pasal header ni aku explain entri lain.

Friday, June 18, 2010

sakit ku rasakan jadi peneman

tajuk entri je dah macam lagu hattan-rendang tak berbuah. huhuhu. pagi ni sebelum pegi keje, dalam dilema je nak pergi keje ke tak. bukan sebab malas. kalau sebab malas, tak yah dilema-dilema. terus je tak datang amik EL atau mc. tapi sebab pening kepala yang amat. tapi bangun jugak pegi mandi. tak cukup dengan tu, muntah yang tak berkesudahan. sakitnya, hanya tuhan je yang tahu sampai rasa nak terduduk dah dalam bilik air tu. rasa nak terkeluar usus pun ada.

Thursday, June 17, 2010

antara php dan messi

baru le lepas abis tengok world cup, argentina lawan korea. bukan tengok kat rumah. tapi kat opis.
sebenarnya aku tak tau pun argentina ada game hari ni. terlampau sibuk sampai terlupa nak tengok jadual argentina.

Wednesday, June 16, 2010

esok masih ada

bosannya. bosannya.

huhuhu.

bukan bosan takde keje. tapi bosan sebab keje yang aku kena buat ni.
bosannya aku kena buat minit mesyuarat ni. bosannya kena buat kertas kerja.

tajam macam pisau

tak pasal-pasal semalam jari manis tangan kanan aku luka.
bukan terkena mata pisau, bukan juga terkena apa-apa benda yang tajam.
tapi terhiris oleh sehelai kertas A4.

Tuesday, June 15, 2010

sape yang memandai mandai tu?

siapakah gerangannya yang memandai-mandai guna emel aku untuk register akaun friendster?

aku memang dah lama ada akaun friendster sejak zaman utm lagi. dan emel yang aku guna untuk akaun friendster adalah emel lain.  cuma dah lama tak masuk frenster sebab kena block kat sini. lagipun rasa macam facebook lagi best dari frenster, so aku meninggalkan frenster. tapi bila terasa nak bukak, aku bukak gak frenster.

Monday, June 14, 2010

rezeki aku

petang jumaat yang lepas, aku pergi ke bank untuk keluarkan duit. jarang sekali aku pergi ke bank untuk masukkan duit. huhuhu. tujuan aku keluarkan duit ialah sebab nak pegi bayar duit keta sebab lagi sehari nak last date bayar ansuran keta. setau aku, duit dalam bank ada banyak ni. tapi bila aku cek baki, tiba-tiba ada banyak tu. puas aku pikir duit apa yang bertambah.

saya & WC


aku telah ditag oleh mekchu dalam blog beliau. oleh itu, aku yang takde kenangan sangat dengan WC, akan cuba menunaikan tag dari beliau. huhuhu. kalau tak caya aku telah ditag, boleh klik sini. kompem ada nama aku kat senarai yang telah ditag.

Friday, June 11, 2010

apakah info terkini itu?

sampai hari ni aku tertanya-tanya apakah info terkini yang dia nak bagitau hari tu. rasa menyesal pulak tak melayan perangai dia malam tu. kalau tak, mesti dah jadi bahan lawak kat aku info yang dia nak bagitau tu.
minggu lepas dia mengigau lagi. pendek kata, hari-hari dia mengigau. masalahnya, bila dia mengigau...dia melibatkan aku skali. tak pernahnya tido aku  tak terganggu dengan ngigauan dia tu. huhuhuhu. cuma sejak minggu ni baru dia stop mengigau. cuma tak pasti dia stop mengigau atau aku yang tak sedar. ^_^.

Thursday, June 10, 2010

terhilang ingatan

sebagai salah seorang staff yang sah di opis aku, seperti staff-staff yang lain, aku pun ditugaskan ke DRC di seremban 2 untuk membuat senarai semak keadaan di DRC tersebut. semalam dan hari ni adalah giliran aku bertugas. sebelum ni pernah ke DRC beramai-ramai sebab nak register thumb print. maknenye, bila kite scan ibu jari atau mana-mana jari yang dah diregister, pintu tu akan terbukak la. tapi sebelum pintu tu terbukak, akan ada suara pempuan bagitau 'verify'. huhuhu. kalau tak sah, dia cakap 'please try again'.
lupe lak, DRC tu Disaster Recovery Centre.

Tuesday, June 8, 2010

bukan kerana rupa

disebabkan tak lame lagi nak world cup, jadi aku pun taknak ketinggalan nak wat entri pasal team yang aku sokong.

kalau nak tau team apa yang aku sokong, tengok jersi kat bawah ni dulu:

Monday, June 7, 2010

wild for wildcutecat

disebabkan aku tengah tensen...aku nak taip entri jap. tiba-tiba terfikir nak buat entri ni. huhuhu.

wildcutecat tu apa? bila dapat nama ni? kenapa guna nama ni? dan sebagainya. pendek kata, asal usul wildcutecat.

gembirakah aku disini?

tiba-tiba hari ni aku nak tanya soalan ni kat diri aku sendiri. gembirakah aku disini? disini maksudnya dimana aku sedang menaip entri ni. tiba-tiba hari ni aku rasa tertekan yang amat. rasa nak pergi mengapungkan diri dalam kolam renang sambil merenung awan dan langit yang biru.

my lovely mum birthday

Selamat hari lahir diucapkan pada emak aku yang tersayang. walaupun besday mak aku hari ni, tapi aku dengan advancenya telah menyambut besday mak aku semalam bersama adik beradik yang lain.
ni disebabkan semalam hari ahad dan hari ni hari isnin. so ,hari ahad senang semua nak berkumpul.

Saturday, June 5, 2010

family besday

happy besday to u

happy besday to u

happy besday to kaktih, helmi and kakngah

happy besday to u....................

huhuhu.

sebenarnya besday kaktih dan helmi 21 MAY. Anak beranak besday sama. jimat kek.

besday kakngah pulak 1 JUN yang lepas.

memang aku dah wish kat sms, tapi lupa nak tulis kat blog dek busy sangat.

hadiah...tunggu dulu ye. hari tu dah jalan-jalan nak beli hadiah. tapi takde satu pon berkenan.

ada yang berkenan, dah takde stok pulak.

so, nanti dah ada hadiah, i delivery kan la sampai dalam rumah. huhuhu.

Thursday, June 3, 2010

somebody call 911

cane nak cakap a. tak de mood la. puas aku cari tapi tak jumpa. dalam henbeg, dalam laci. kali terakhir aku guna sebelum balik keje semalam. rasanya dah simpan dalam henbeg sebab jadi kewajipan aku untuk simpan dia dalam henbeg bila dah nak balik. sebab aku suka guna dia. mesti bawak ke mana-mana.

Tuesday, June 1, 2010

melukakan diri sendiri

untuk pengetahuan, aku baru je elok dari demam selsema yang melanda diri ini sejak minggu lepas. tapi selsema tak elok sepenuhnya lagi. seperti kelaziman, setiap kali aku elok selsema, dalam hidung aku mesti berkudis. tak tahu la kenapa, memang macam ni sejak beberapa tahun lepas lagi.

aku menangis lagi

hari-hari  nangis. rindu kat mak aku........................mak..............

apa la mak aku buat skang ni....

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails