Tuesday, April 5, 2011

29 dan M.A.C


kedai 1st yang aku shopping di sogo ialah kedai M.A.C. memang tujuan asal nak ke mid valley sebab nak g M.A.C. tapi sebab kat sogo pun ada kedai M.A.C, terus je beli kat sogo. kat seremban setau aku takde kedai M.A.C. produk M.A.C yang dijual kat kedai-kedai jual jamu adalah. tapi tak sure original ke tak. sebut pasal MAC ni mesti ramai yang tau M.A.C tu apa kan? buat yang tak tau, M.A.C ni jenama alat-alat mekap yang terkenal. hage bagi aku mahal lah. umo dah nak masuk 29 baru la aku nak merasa pakai M.A.C. kelas kau arissa, mak kau pakai M.A.C. ahak ahak. merasa pakai M.A.C pun masa mekap nak bertunang dan masa kahwin dulu je. agaknya kalau tak betunang n tak kawin, tak merasa a nak pakai. huhuhu. skang ni nak beli sendiri plak.
make up base dan lightful 2 way foundation

sebelum amik keputusan nak beli produk M.A.C ni aku dah google dan cari info kat forum cari.com.my. setakat yang aku bace pendapat orang, memang bagus ini brand. so, aku pun terus je sebulat hati nak g beli. cadang awalnya nak beli bedak 2 way foundation je. tapi paham-paham je la kalau sales assistant tu dah promote macam-macam, terus  je aku terpengaruh nak beli. huhuhu.

sales assistant tu cadangkan aku beli bedak 2 way foundation lightful N30. dia bagi a aku test dulu pakai. rasa cam ok je, aku setuju a amik. tak banyak citer pun aku nih. pastu dia kata nak bagi mekap tahan lama, guna makeup base dulu. pastu dia demo a kat aku. aku tanya a harga dulu. kang tak cukup duit aku kang, malu je aku kuar kedai M.A.C tu kang. ahak ahak ahak.

hage bedak 2 way foundation N30 tu RM140. bekas bedak plak RM37. bedak ni boleh refill. tu pasal bedak dan bekas bedak asing-asing. so lenkali kalau dah abis,  beli bedak je la RM140. yang make up base tu plak RM128. campur-campur semua, total kena bayar RM305. gila a aku shoping 2 barang je dah RM305. tapi sebab nak merasa gak pakai, beli je la alang-alang tengah ada duit. huhuhu. kalau rasa ok dan sesuai mungkin boleh teruskan. kalo tak, kembali la ke jenama asal yang dah pakai sejak tahun 2000 iaitu Maybelline.



bersambung next entri...

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails