Friday, April 29, 2011

neves aku neves

bangun pagi tadi, terus pergi dapur. buat apa lagi kalau bukan masak breakfast dan bekalan untuk ke opis. manu hari ni ialah megi goreng kosong dan juga rojak timun. megi goreng kosong maksudnye megi goreng tanpa ada ikan bilis / telur / udang / sotong / ayam /daging. hanya sayur. tapi sebab sayur takde, maka memang kosong betul la megi gorengnye. hari ni kan khamis. hari vegetable. huhuhu.



aku telupa sebenarnya hari ni ada perhimpunan bersama dato' ss. stat pukul 8 pagi. so sepatutnya kena keluar awal la daripada biasa. tapi sebab aku telupe, maka kami ke opis macam time biasa iaitu lebih dari pukul 8 pagi. masuk dewan theatrette pun dah lewat maka duduk la kami kat seat belakang skali iaitu seat peberet kalau dengar taklimat / ceramah. (kami tu aku dan encik capo la ye. kami kan 1 jawatan, 1 opis, 1 tingkat, 1 bangunan, 1 pentadbiran, 1 keta, 1 rumah, 1 tilam, 1 bantal. huhuhuh).

tengah menonton tayangan video pasal air masa perhimpunan tu, tetiba kami diminta jadi pelakon untuk video korporat sukns. mulanya kami menolak. segan lah. pastu kami dipujuk lagi, maka kami pun setuju. bukanlah kami berdua je. ada lagi orang lain. masa tu excited pun ada, segan pun ada. tetiba neves padahal watak tak seberapa pun. bukan berlakon drama atau iklan. jauh lagi la pilem. video korporat je. tapi segan, neves macam belakon pilem gamaknye. hahaha.

tengah praktis dialog nih.
nasib baik la aku dressing cun sket hari ni. serba pink, tudung pun berpin sana sini. kalo tak, kadang2 aku malas nak pin tudung kat kiri kanan bahu. watak aku ialah seorang pelanggan yang sedang berkomunikasi dengan staff kaunter informasi. konon-konon staff kaunter tu macam bagi penerangan la kat aku untuk isi borang. hahaha. neves tau bila pengarah dah kata action. automatik kaki menggigil. mata asik nak pandang kamera je tapi kontrol. hahaha. staf tu pun pelakon gak tau. dia bukan staf kaunter pun. dialog pun main belasah je. kamera fokus punye la lama, kiri kanan depan. tapi nanti masa dah sunting, kompem 1,2 saat je muncul. pastu tah tah nampak tudung je tak nampak muka. huhuhu.


watak encik capo lak keluar masuk pintu. nak amik video bejalan tu pun ntah berapa kali cut. ingatkan sekejap je shoot video skali dekat 2 jam u olls. cut action, cut action. gitu la kekdahnye. akhirnye setel gak. tapi serius...neves gile belakon walaupun watak tak seberapa. menggigil kaki. pastu nak senyum je keje. haha. walaupun tau, muka mungkin tak nampak masa video ni dah disunting nanti, tapi tetap seronok. at least ada pengalaman. huuhuhu.

action....
gambar kocik ajo. ni pun encik capo amikkan lepas scene dia abis. aku lak tak leh nak amik gambar encik capo masa dia tengah action sebab aku kena standby. neves seves, neves. menggigil kaki aku dalam semua gambar di atas.

4 comments:

Chekpid said...

xper...gigil kaki orang tak nampak...cover liner je laa :)

wildcutecat said...

betul3x. nasib baik duduk, tak ketara sangat menggigil. kalo berdiri tah macam mana nevesnye. hehehe

mekchu said...

hahaha.. scene kitowang lepas tu lagi kelakar... suruh senyum dekat 1 minit tanpa henti.. krem mulut..

wildcutecat said...

hehe. mesti mulut tegang giler pas tu kan. time kiteorang lak xleh senyum. kena buat2 biasa je.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails