Friday, April 29, 2011

dia yang datang kat aku

lesen memandu aku dah mati 20 hb April hari tu. malas pulak nak pegi JPJ. so aku terai la guna servis myeg untuk renew lesen memandu aku nih. tak payah susah-susah nak drive ke JPJ pastu carik paking dan tunggu nombor giliran. sambil duduk depan pc dah boleh renew lesen. dah tu pulak, dihantar kat tangan kite lesen tu nanti. hebat kan? huhuhu.

taip je alamat www.myeg.com.my, pilih menu driving license renewal, isi boramg, buat pembayaran online... dah setel. penghantaran akan dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja. tapi aku buat hari rabu hari tu, hari jumaat dah sampai. sebenarnye bukan aku yang buat. encik capo grande yang buatkan. huhuhu. mula-mula memang aku isi form sendiri kat myeg tu. tapi ntah apa mangkuknye aku tak boleh nak buat pembayaran online lak.  5,6 kali aku try tak dapat-dapat aku give up. pastu encik capo lak tolong buatkan. baru jadik. la la la la la.

ni bungkusan penghantaran
pagi tadi lesen aku dah dihantar ke opis sebab aku letak alamat opis. kang letak alamat rumah, mana de orang. tapi orang myeg ni boleh salah taip nama aku la plak.


cuba baca betul-betul. HADIRAH HARUN la plak die pegi taip kat sampul tu. nasib baik yang kat lesen betul nama aku. kalo tak kena pulang balik. aku cek kat borang yang diprint masa buat myeg tu betul ejaan nama aku yang encik capo taip. sedap gak nama HADIRAH kan. mmm..kalau buang H dah jadi ADIRAH. pastu tambah R lagi satu jadi Adirrah. Arissa ... Adirrah ... mmmm...mmmm....huhuhu.

3 comments:

Unknown said...

nama untuk second baby girl ker Addirah? Haha

wildcutecat said...

hahaha. tu la macam sedap je nama tu. masuk list dulu la nama tu. hehehe

Capo Grande said...
This comment has been removed by the author.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails