Monday, April 4, 2011

plan yang tak dirancang

2 minggu lepas aku dan encik capo dah plan nak ke mid valley pada hari sabtu ini. so, dengan berkobar-kobar semangat nak ke mid valey maka kami konon-kononnya mahu bertolak pada pukul 9 pagi. bila dah plan nak bertolak pukul 9 pagi, bangun pun kena lah awal. konon-konon set alarm sama macam nak pegi keje. tapi tah bila alarm berbunyi pun tak sedar. tau-tau dah pukul 8 lebih je. 8 lebih baru nak bangun, mana sempat nak bertolak pukul 9 pagi. nak buat breakfast, nak mandi dan siapkan encik capo arissa lagi. makanya, dengan rasmi...kami bertolak dekat-dekat pukul 11 pagi.
tengah packing-packing barang arissa




pagi sebelum nak ke mid valley kak tih ada datang hanta kain. kebetulan pulak dia pun nak ke kl. tapi nak ke sogo katanya. tido hotel kat kl. aku n family, balik hari je. bila dah masuk hiway, saja sms tanye kaktih berapa RM bilik hotel yang dia nak duduk tu. bila mendapati hage pun berpatutan, dan dan tu je encik capo ajak tido hotel gak. aku pun setuju jek walaupun takde bawak baju, alatan mandi dan sebagainya. baju arissa, pampers dan susu memang kami bawak kalau nak keluar ke mana-mana. so, hal arissa takyah risau.

budak tome ni dah ngantuk
dari plan nak ke mid valey, terus plan bertukar pergi ke sogo. sebabnya kami tak tau jalan nak ke hotel kl international tu. kaktih pulak memang dah sampai siap dah check in hotel sebab dia bertolak awal. lagipun memang takde plan nak berjalan-jalan ke kl dengan kaktih sebelum tu.

udah sampai sogo
makanya, aku pun mintak tolong kaktih booking kan bilik hotel untuk kami bertiga. so..dari plan nak ke mid valley dah bertukar ke sogo. jumpa kaktih and family kat sogo. lagipun memang plan kaktih n family nak bershopping di sogo. sementara tunggu kaktih sampai, kami bertiga (aku, encik capo & arissa) pun bershoping. tak sampai 5 minit aku masuk sogo, RM3++ dah terbang. huhuhu.

arissa dengan cousinnye arip. bila dah ada arip, maknanya dah jumpa kaktih n family. lunch kat kfc pertama kompleks

benda yang aku nak pegi beli kat mid valley, aku beli kat sogo sebab ada kedai sama gak. so, kedai yang nak dituju dah ada depan mata...nak tunggu apa lagi. ye tak.

dah sampai hotel. baju arissa pun dah tuka.
lepas beberapa jam bershopping, dan duit kami pun dah dekat ribu habis...kami pun menuju ke hotel dengan membontoti kereta kaktih n family yang juga dah puas bershopping. huhuhu.


pemandangan dari bilik hotel


bersambung next entri...

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails