Wednesday, April 20, 2011

encik kelawar kau memang nakal!!!

aku sangka dengan menulis surat kepada encik kelawar hari tu, dia akan memahami dan keluar dari rumah aku. tapi...dia mahu bergurau senda pula!!! balik keje semalam (isnin), lepas jemput arissa kami pun balik rumah. aku dan encik capo dah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghalau encik kelawar sekiranya beliau masih berada dalam rumah kami. so, sampai-sampai je terus latak arissa dalam kelambu. puas aku dan encik capo mencari encik kelawar tapi tak jumpa. habis semua bilik, almari kami geledah. disebabkan tak jumpa, kami beranggapan encik kelawar dah keluar dari rumah kami. aku bersyukur yang amat kalau encik kelawar dah betul-betul keluar.

gambar hiasan. (geli aku!!!)
hari ni (selasa) kami pun balik rumah tanpa ada rasa was was terhadap encik kelawar. bukak-bukak pintu je, baru masuk 2,3 langkah, kepulangan kami bertiga disambut oleh encik kelawar yang berterbangan tak tentu arah kat ruang tamu. mula-mula aku ingat rama-rama sebab laju sangat terbangnya. sekali aku ternampak lain macam je bentuk kepak dia, terus aku jerit "aaaaa...kelawar!!!!" sambil tangan aku tutup kepala arissa yang aku tengah dukung. serta merta aku dan encik capo lari keluar.

arissa dalam kelambu
lepas tu encik capo masuk kunun-kunun nak halau tapi kelawar tu terbang tak tentu arah. geli tau tengok. pastu encik kelawar tu terban pula ke arah belakang. kami pun amik kesempatan masukkan arissa dalam kelambu. apa-apahal selamatkan arissa dulu. lepas tu, encik capo dengan raket tenisnya, dan aku dengan segenggam hanger kiri kanan, cuba memburu encik kelawar. walaupun takut, kami terpaksa sebab daripada hidup tak tentu arah takut tengok encik kelawar terbang sana sini, baik kami cuba halau.


kami pun dengan senjata masing-masing jalan pelahan-lahan dari satu bilik ke satu bilik sebab tak tahu mana encik kelawar dah terbang. tangan memang pegang senjaata dengan erat. badan, kaki, tangan memang menggigil sebab takut encik kelawar tiba-tiba terbang depan mata. tup tup nampak encik kelawar terbang dalam bilik stor. tengah aku nak dekat dengan pintu bilik stor tu tetiba encik kelawar meluru terbang keluar membuatkan aku terjerit-jerit macam orang kena histeria sebab geli sangat + takut dia hinggap kat aku. encik capo cuba smash encik kelawar dengan raket tenis, tapi aku tak nampak kena ke tak sebab aku dah tertunduk atas lantai cuba melindungi diri. hahaha. klaka bila teringat.

encik kelawar plak cuba main-main. dia landing atas lantai. bila aku yang tengah takut-takut ni cuba nak dekat untuk kurung dia, tetiba die terbang tinggi ke depan pastu die boleh patah balik terbang ke arah aku. dah tu pulak, bila dah nak sampai, dia g terbang rendah. aku yang dah siap sedia konon-konon nak pukul dengan hanger, jadi takut terus jerit-jerit dan tunduk semula ke lantai sebab takut dia hinggap. ada la 2,3 kali encik kelawar main kejar-kejar dengan kiteorang di mana akhirnya kami yang berlari ketakutan. hahahahaha.
tangan tengah menggigil amik gambar
pastu encik kelawar terbang ke ruang tamu dimana kami tinggalkan arissa seorang diri dalam kelambu sementara kami berjuang memburu encik kelawar. aku risau betul kalau encik kelawar hinggap atas kelambu arissa. pastu encik kelawar hilang dari pandangan. kami ingat dia dah terbang keluar melalui pintu sliding yang kami dah bukak. tapi hati tetap tak tenteram. habis barang-barang kat ruang tamu aku kirai sebab nak pastikan encik kelawar tak menyorok kat celah-celah barang. sekali aku terpandang kat tingnkap, encik kelawar sedang main nyorok-nyorok celah gril.

nampak tak encik kelawar dalam bulatan tu
kami pun cuba halau dia keluar dengan bukak tingkap lebih besar. namun encik kelawar pegi terbang arah dalam rumah jugak. sekali lagi kami menjerit ketakutan + kegelian. kami??? menjerit??? kami menjerit??? KAMI??? hahaha. kami tau, bukan aku. huhuhu. lepas tu encik kelawar terbang ke arah ruang makan lalu landing kat lantai. aku pun mengambil kesempatan baling kotak dengan harapan, encik kelawar tu akan terkurung bawah kotak tu. fuhhh nasib baik balingan aku tepat. encik kelawar telah terperangkap bawah kotak. cepat-cepat aku himpit kotak tu dengan benda berat. baru la lega kami. arissa yang dah mengamuk dalam kelambu pun kami tak dapat nak buat apa-apa. terpaksa biarkan sebab tengah sibuk menghalau encik kelawar. kang kalau keluarkan arissa dari dalam kelambu, tak pasal-pasal encik kelawar hinggap kat dia lak.

macam mana nak halau encik kelawar bawah kotak ni ye...*_*
lepas encik kelawar dah terperangkap bawah kotak, baru la boleh berehat. jantung yang berdegup punya la laju, mula beransur-ansur jadi pelahan. badan yang menggigil pun dah ok. geli tau dengan kelawar. takut pun ye jugak. so, skang...encik kelawar ada bawah kotak. persoalannya...macam mana kami nak keluarkan encik kelawar tanpa membuatkan dia terlepas dari kotak tu semasa proses pengeluarannya sedang berjalan???  sebabnya kalau dia terlepas, terjerit-jerit la kami balik. tak sanggupnye nak menghadapi encik kelawar lagi. tulun tulun hantar ini kelawar keluar....haruskah ku panggil bomba??? kui kui kui....^_^

2 comments:

Iyiana said...

uiks.. habesla riwayat en kelawar tu nanti. tak dpt beliau berkahwin dengan cik kelawar. huhu..

wildcutecat said...

huhuhu. dari bia kan encik kelawar habiskan riwayat beliau dalam rumah, akak lebih rela halau kuar. cuma tak berani je. hik hik hik

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails