Friday, April 8, 2011

bawak arissa pegi bengkel

stat hari selasa 5/4/2011 - 7/4/2011 aku dan encik capo kena menghadiri bengkel Pembangunan Pelan Strategik ICT di Hotel Seri Malaysia, PD. bukan bengkel kereta tau. ni bengkel membuat perbincangan di luar pejabat. ntah kenapa dipanggil bengkel, aku pun tak tau. sungguh tak best betul sebab terpaksa tinggalkan arissa. ye la, macam mana nak bawak, kami dua-dua kena hadir bengkel tersebut. aku berat hati je nak pegi. rasa nak monteng pun ada. tak sanggup la nak berpisah dengan arissa selama 3 hari 2 malam. rindu la aku kat tome tome aku tu. ada depan mata pun masih rindu, inikan plak tak jumpa 2,3 hari.


sehari sebelum menghadiri bengkel tersebut tetiba idea datang. aku pun terus call lida @ mak uda arissa. aku tanye boleh tak dia ikut aku pegi PD 3 hari untuk jaga arissa. seboleh-boleh jugak aku nak bawak arissa ikut pegi PD. dia kata nak kena pikir and tanya bos dia boleh cuti tak 3 hari dulu. lepas lida mendapat kelulusan bercuti aku pun...horrrraaayyyyy. boleh bawak arissa ikut pegi bengkel 3  hari.

so, selasa tu sampai-sampai je aku terus booking bilik untuk lida. bilik aku dan encik capo disponsor sebab pegi atas urusan keje. seboleh jugak nak bilik dekat2. akhirnya dapat bilik dekat tapi tangga...jauh bangat. huhuhu. so, bila aku kena masuk bilik meeting untuk mendengar taklimat, perbincangan kumpulan, pembentangan dan sebagainya, arissa aku tinggalkan kat mak uda dia. bila waktu rehat, amik arissa bawak balik bilik kami pulak.

glamor sungguh arissa kat hotel seri malaysia tu. ramai betul nak dukung dia termasuk la staff-staff hotel tu. aku tak kisah orang nak dukung, tapi aku kena lah perhatikan. nak plak orang tu kita tak kenal. kalau kawan-kawan opis yang dukung tak kisah sangat. so selama 3 hari berkursus...apa yang aku dapat or apa sumbangan aku? mengantuk je banyak kot. ahak ahak ahak.  macam mana aku tak ngantuk, hampir 95% aku langsung tak paham apa yang dibincangkan. nak bagi idea pun tak tau sebab tak paham. oleh itu, berdiam lebih baik. hahaha.

hari ni (khamis, 7/4/2011) dah balik dari bengkel di PD tu. letih memang letih. rasa nak cuti je. nape la esok bukan hari sabtu? huhuhu


** entri ni takde gambar. ntah kenapa tak telupa nak berpossing. huhuhu

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails