Monday, December 30, 2013

hantu jalan laju dan hantu paddle pop

aku nak sambung entri pasal mimpi seram dan aku yang di himpit hari tu. di akhir entri tersebut aku ada sebut pasal arissa yang  bertanya soalan yang membuatkan aku jadi seram.


sampai saja rumah seremban pada hari ahad malam tu, terus masuk bilik. lepas bersalin pakaian, aku duduk di kepala tilam sambil layan facebook kat henpon. arissa main pemenan dia berhampiran aku. encik capo pula mengadap laptop. ketiga-tiga kami di dalam bilik yang sama cuma aktiviti yang berbeza.


walaupun aku melayan facebook, arissa tidak aku  abaikan. sekali sekala tengok arissa main apa. kemudian borak-borak kejap. lepas tu sambung aktiviti masing-masing semula. tiba-tiba entah kenapa mata aku tertumpu di ruang di hadapan aku. macam mana ye nak citer keadaan bilik tu. masuk saja bilik, sebelah kiri adalah bilik air, kemudian macam ada lorong sket la lepas tu baru ada ruang besar yang menempatkan katil dan sebagainya. mata aku tertumpu di ruang yang bersambung dengan lorong sket tu. jaraknya beberapa langkah je dari tilam aku duduk tu. aku pandang je kat situ. tak ada apa yang ganjil pun. cuma ada meja mekap, meja seterika, dan almari pakaian. adalah dalam beberapa saat mata aku terpaku disitu tanpa sebab.


sebaik sahaja aku alihkan mata memandang ke henpon semula, tiba-tiba arissa yang berada berhampiran terus bangun dan datang ke arah aku dalam keadaan macam takut-takut.

arissa: mak...mak (sambil mata takut-takut pandang ke arah yang aku pandang sebentar tadi)


aku: arissa nape? (aku pun pandang arah yang sama).


arissa: sape yang jalan kat situ tadi?


aku: ha? mana ada sesape jalan kat situ.


arissa: nape orang tu jalan laju sangat? ( cakap dengan muka takut-takut).


aku: (dah mula rasa lain macam). tak ada apa-apalah arissa. angin je kot. (jawapan nak sedapkan hati).


encik capo tak perasan perbualan aku dan arissa sebab leka mengadap laptop. tak jauh pun. hanya dua langkah je dari kami.


disebabkan rasa lain macam dan bulu roma mula meremang, terus aku bagi arissa main game kat henpon biar dia tak takut. aku tak citer pun kat encik capo. baru semalam aku citer setelah seminggu kejadian berlaku.


kalau diikutkan, sebelum-sebelum ni pun arissa selalu bagitau dia nampak hantu. ada sekali tu masa dia nak pergi kat meja mekap, tiba-tiba berlari patah balik kat aku yang duduk kat tilam. kata arissa ada hantu kat pintu. bila aku tanya hantu tu buat apa, arissa cakap hantu tu nak mandi. aku tanya lagi apa warna hantu tu. arissa jawab, badan kaler pink, mulut kaler biru. mata kaler merah. terus aku terbayangkan aiskrim paddle pop. kaler ni aku tak berapa ingat sangat. mungkin badan kaler biru, mulut kaler pink. tapi tulah kaler yang disebut arissa. untuk pengetahuan arissa kenal semua warna sebab dah ajar dari umur setahun lebih lagi.


beberapa hari sebelum arisssa cakap nampak hantu nak mandi tu, arissa ada nampak hantu juga. aku bajet hantu yang sama sebab bila tanya warna apa, memang tiga kaler tu lah yang arissa sebut jugak. cuma masa ni arissa cakap hantu tu marah kat dia. adoi la hai. aku ni percaya je bila arissa cakap ada hantu. sebab dari cara dia berlari takut tu memang macam nampak hantu.


sebelum-sebelum ni memang pasang ayat ruqyah dengan surah al-baqarah kat pc dari malam sampai pagi. tapi kadang-kadang terlupa nak pasang. bila skang ni arissa asik cakap ada hantu je, kenalah pasang selalu semula.


semoga kami sekeluarga dilindungi dari gangguan jin dan syaitan. amin...


Friday, December 27, 2013

Buku

Lepas keje petang tadi terus ke jusco seremban 2 dengan encik capo. Pegi karaoke kat green box kat level tgv tu. Abis karaoke masuk kedai mph pula. Terus pegi kat bahagian buku mystery & horror. Belek buku-buku yang ada kat situ lalu terus sambar tiga buah buku yang menarik sinopsisnya. Tiga-tiga citer hantu.

Lalu kat bahagian buku kanak-kanak, berkenan pulak kat 2 buah buku untuk arissa. Satu buku ada magic wand. Satu lagi buku, bila buka boleh jadi castle. Masa aku kecik-kecik dulu tak merasa semua ni. Jadi aku belikan untuk arissa. Secara tak langsung, bolehlah aku main sekali. Hihihi.

Dah bayar harga semua buku, terus jemput arissa dan balik rumah. Skang arissa tengah seronok main buku castle sambil ditemani encik capo. Mak e lak tebaring atas tilam sambil update blog kat henpon sambil memerhatikan mereka main. Ngeee ;-)

Mungkin tiada kena mengena. mungkin kebetulan saja.

Hari ni (khamis) hari keempat demam. Alhamdulillah dah hampir sihat sepenuhnya. Risau juga kalau demam lama sangat sebab boleh suspek denggi. Ya Allah, moga dijauhkan. Stat demam hari ahad yang lepas. Ia semakin teruk bila malam menjelma. Hari isnin lepas memang aku cuti rehat sebab ada urusan. Tapi disebabkan aku demam agak teruk maka semua rancangan dibatalkan.

Pagi isnin lebih kurang pukul 7 lebih pagi aku ke klinik seorang diri. Tinggalkan arissa dan encik capo yang masih tido. Sebabnya aku dah tak tahan. Tak boleh nak bernafas dengan hidung sebab dua-dua lubang dah tersumbat dengan hingus. Alhamdulillah boleh bernafas lagi guna mulut. Badan memang panas tapi ku gagahi juga memandu ke klinik yang terletak di ampangan. Sampai klinik, badan aku dah tak panas. Doktor kata suhu ok. Maksudnye tak demam. Demmit! Padahal malam tu sehinggalah aku memandu ke klinik leher dan dahi aku panas sangat. Aku suspek mesti doktor tu ingat aku menipu demam sebab nak mc. Sebabnya dia bagi ubat demam dan selsema je tapi tak ada ubat antibiotik. Aku tak perlukan mc la wei sebab aku memang cuti rehat.

Lepas pegi klinik,  beli breakfast siap2 sebab nak makan ubat. Dalam keadaan yang tak sihat ni memang tak kuasa aku nak masak. Sampai rumah, encik capo dah bangun. makan breakfast same2 lepas tu makan ubat. Ubat selsema adalah mengantuk lalu aku lalok. Entah pukul berapa aku sedar sebab arissa kejut berkali kali. Rupa rupanya encik capo dah keluar tinggalkan aku yang lalok dan arissa yang segar. Disebabkan aku memang tak boleh tahan mengantuk sebab dah makan ubat, aku bagi arissa henpon untuk main game. Arissa main game kat sebelah emaknya yang dah tak sedar diri.

Bila dah malam, demam dan selsema tak surut walaupun dah makan ubat. Hari selasa aku sepatutnya kerja tapi aku tak larat sebab demam makin teruk dan hidung aku masih tesumbat kedua2nya walaupun dah makan ubat dan lalok beberapa kali sehari. Disebabkan demam makin teruk aku tak larat nak drive jadi aku paksa encik capo hantar aku g klinik lagi untuk amik mc pukul 7 lebih pagi tu. Kat klinik yang sama tambah ubat batuk dan sakit tekak pulak sebab tekak perit dan dah mula batuk berkahak. Hari selasa juga hantar arissa kat rumah wan dia sebab aku pasti akan lalok dan tetido lagi lepas makan ubat. Nanti kesian arissa sorang-sorang kejutkan mak dia yang susah sedar-sedar ni lepas makan ubat. Encik capo pulak stat keje sebab amik cuti sehari. Maka tinggallah aku sendirian yang kejenya tido sepanjang hari. Tapi yang peliknya demam aku ni tak surut2. Masalahnya bila pegi klinik badan tak panas. Lepas balik dari klinik, petang tu stat panas balik sampai malam hingga pagi esoknya. Hari rabu masa cuti krismas pun aku masih tak elok2. Tak larat lagi sebab demam masih teruk.

Tapi petang rabu tu encik capo paksa keluar konon konon amik udara luar supaya cepat elok. Maka keluarlah aku dalam ketidaklaratan. Tak kuasa nak pakai shawl bagai. Tudung awning yang dah lama tersimpan tu aku keluarkan balik dan pakai. Senang. Sarung je. Lepas balik dari jalan-jalan tak surut surut jugak demam aku. Sama je. Cuma betambah tak larat la sebab dah keluar.

Hari khamis paksa diri pegi keje jugak walaupun badan masih panas, tak larat dan hidung masih tesumbat. Nanti amik mc banyak sangat apa pula kata orang. Sudahlah tak larat, sekali kena pindah tempat pula hari ni. Mengangkutlah aku barang-barang dan komputer ke tempat baru yang sangat 'awesome'.

Oklah panjangnya cerita pasal demam. Hari sabtu yang lepas sehari sebelum demam kiteorang balik ke kampung encik capo. Tido sana. Sampai dah malam. Dekat dekat pukul 8 malam. Bila nak masuk rumah, seperti yang aku amalkan, baca bismillah, bagi salam dan masuk dengan kaki kanan. Masuk masuk je rumah tiba tiba aku rasa sejuk sangat. Menggigil gigil. Tak boleh tahan sampai nak berselimut padahal belum nak tido pun. Baru pukul 8 lebih. Encik capo takde lak mengadu sejuk ke apa. Lepas tu aku rasa mengantuk yang teramat amat. Dalam pukul 10 malam tu aku tertido. Tido kat ruang tamu je. Pukul 11 lebih arissa kejut nak susu. Padahal ayah e ado. Dia nak mak e jugak buat susu. Aku bangun dan buat susu. Rupa rupanya aku sorang je yang tido. Encik capo beborak kat ruang tamu tu jugak sementara arissa main. Lepas buat susu aku terus dengan senangnya tertido semula padahal kebiasaannya kalau aku dah terjaga memang payah lah nak tido balik. Masa ni pukul 12 malam rasanya.


Tiba-tiba aku mimpi di lokasi yang sama aku tido tu. Bezanya dalam mimpi tu aku jaga. Aku sedang duduk bersila. Depan aku ada selimut warna hitam yang bersepah dan ada dua biji bantal yang bertindan. Atas bantal tu ada satu anak patung kecik yang membelakangkan aku. Anak patung singa ataupun burung warna putih yang ada jambul kuning tu. Aku tak berapa pasti . Size dia adalah sebesar ibu jari. Bertentangan dengan aku ada encik capo dan arissa yang tengah tengok aku main gitar. Aku pun main gitar sambil tengok mereka. Kemudian aku tunduk bawah dalam 2 saat. Bila aku pandang depan semula aku terkejut tengok selimut hitam tadi dah bertukar keadaan seperti sedang menutup jenazah. Elok kemas je. Anak patung tu pulak elok je dah mengadap aku dengan muka marah. Kepala jenazah tu walaupun bertutup dengan selimut hitam, tapi kepalanya menghala ke arah aku dan keadaannya pun seperti marah sangat kat aku macam anak patung kecik tadi.

Aku pun terkejut ya amat terus bangun dan nak lari. Dalam pada aku nak lari tu aku terus tersedar. Tapi aku tak boleh begerak dan suara aku tak keluar walaupun dah cuba menjerit. Aku nampak arissa dan encik capo yang dah baring sebelah aku. Aku cuba panggil encik capo tapi suara aku tak boleh keluar. Aku nampak encik capo yang baring dan sedang pegang henset dan nak letak henset di tepi bantal. Puas aku cuba gerakkan tangan nak capai encik capo dan jerit tapi suara tak keluar, badan pun tak boleh gerak.

Aku rasa macam ada yang tak kena lalu aku azan di dalam hati. Kali kedua aku azan baru aku terasa seperti dilepaskan dan suara aku boleh keluar dan memanggil en capo. Walaupun dalam keadaan sebenar aku kelihatan tido tapi aku nampak apa yang berlaku sekeliling aku masa tu. Bila suara aku dah keluar dan di dengari encik capo, aku nampak tangan encik capo menggoncangkan bahu aku lalu serta merta aku boleh bergerak dan buka mata. Sebaik aku buka mata terus aku suruh encik capo pasang ayat ruqyah. Lepas tu aku takut nak tido tapi aku tak cerita kat encik capo sebabnya. Tapi dia faham mesti ada sesuatu yang seram telah berlaku. Masa aku dah sedar tu jam baru pukul 12.45 malam.

Aku paksa encik capo untuk tidak tido sehingga pukul 4 pagi bilamana encik capo tak boleh bertahan lagi lalu tertido. Entah dah pukul berapa baru aku terlelap. Bila dah siang baru aku cerita apa yang aku alami. Memang mula2 tu mimpi. Tapi keadaan selepas aku terjaga bila nampak kain hitam jadi bentuk jenazah yang marah dan anak patung yang pandang aku dengan muka marah adalah seperti real. Kemudian aku mula demam sedikit demi sedikit sehinggalah dah 4 hari baru elok.

Beberapa bulan yang lepas arissa juga pernah diganggu. Tapi aku belum ada mood lagi nak citer pasal arissa yang diganggu di rumah, dikampung dan di hospital sepanjang arissa masuk wad dalam bulan 3 yang lepas. Ada yang aku dah cerita face to face tapi mood nak mengarang kat blog belum tiba lagi.

Sebenarnya sejak arissa diganggu dulu setiap kali tido kampung encik capo aku akan pasang ayat ruqyah sebelum tido dan biarkan terpasang sampai pagi. Tapi haritu disebabkan aku terlampau mengantuk tiba-tiba, aku lupa nak pesan kat encik capo supaya pasang ayat ruqyah.  Hasilnya, aku pula yang diganggu.

Tapi tak taulah kan. Mainan tido atau ape. Mungkin demam yang melanda memang dah ditakdirkan untuk demam bukan kena mengena dengan mimpi dan aku yang dihimpit. Aku hanya cerita apa yang aku alami je.

Sebenarnya hari ahad malam lepas dah sampai rumah seremban dari kampung, arissa ada tanya sesuatu yang buat aku seram lagik. Tapi tu nanti lah aku cerita.

Sekian

Thursday, December 19, 2013

terkena panahan jejaka kacak berambut putih keemasan

oh...legolas yang kacak

tahun lepas dah tengok filem hebat, hobbit. jadi tahun ni bila sambungannya dah keluar wayang, haruslah aku pergi menonton. jadi, petang semalam lepas keje kiteorang pun pergi ke jusco seremban 2. tiket memang aku dah beli online siap-siap. cerita hebat macam ni kompem wayang penuh dan aku takkan sekali kali mahu duduk 2,3 barisan di hadapan skrin. nasib baiklah tgv boleh beli tiket online, jadi semunya dihujung jari aje.

tiket online. ada 3 seat sebab ada aku, encik capo dan duan hadi (anak buah aku)


bila dah beli tiket online, tak perlu beratur dikaunter lagi. terus je masuk dalam tapi kena tunjuk tiket dululah kat penjaga kat tangga tu. tiket pun print sendiri je. kadang-kadang penjaga tu akan scan kat barcode kertas yang diprint sendiri tu. kadang-kadang dia hanya tengok je dan bagi masuk. sebelum masuk dalam hall, beli popcorn dulu. macam dah jadi perkara wajib pulak, setiap kali kalau nak tengok wayang, beli popcorn dulu. hihi.



disebabkan aku beli tiket online dan awal, maka aku dapat lah pilih seat yang belakang. nasib baik tau aku beli tiket awal sebab dalam hall tu penuh dengan orang, seperti yang aku jangkakan. sampai ke barisan hadapan sekali pun ada orang duduk. lepas dah silentkan handphone, maka masa untuk makan popcorn sambil layan iklan dulu.



bila cerita dah stat masing-masing kusyuk melayan. sekali sekala terdengar suara baby menangis. ada jugak yang bawak baby tengok wayang ye. kejap-kejap dengar suara baby nangis. disebabkan aku memahami aku biarkan je. tapi ada jugalah dengar suara-suara yang merungut sebab bising.


leeeegooolassss.....(cair)


cerita hobbit 2 ni sangat hebat. aku terus je berangan nak berada dalam situasi mereka. part yang paling aku tak tahan ialah bila legolas muncul dengan penuh gayanya. terus aku mencair di kerusi sambil mata tak berkelip-kelip tengok aksi legolas melompat sana sini sambil memanah orang jahat dengan penuh gaya. legolas ni watak dalam filem lord of the rings. tapi disebabkan citer hobbit ada kena mengena dengan lord of the rings maka beberapa watak dalam filem lord of the rings muncul dalam filem hobbit ni. terubat kerinduan pada legolas yang kacak. ngeee...^_^. setiap kali legolas muncul setiap kali tu lah aku mencair.

oh...sungguh bergaya sekali
aku berangan nak jadi watak ni sebab pempuan ni selalu bersama-sama legolas dan legolas suka kat dia. ngeee...


aku suka cerita ni. aku bagi 11 bintang dari 10 bintang. terlebih satu bintang sebab khas untuk legolas yang kacak. tak sabar rasanya menunggu sambungan yang ketiga. aduhai. kenapo lah mesti bersambung. setahun tu nak tunggu. tapi yang pasti dalam nombor 3 nanti legolas pasti ada lagi. sukenye sukenye....(ngeh ngeh ngeh. mulalah aku nak merenyam.)

makhluk jahat dalam citer ni




soalan: kenapa gambar legolas lagi banyak daripada pelakon utama?

jawapan: sebab legolas kacak. ngeeee ;-)


mak, legolas kacak macam arissa tak?

Wednesday, December 18, 2013

Jalan kaki bersama dengan bayang-bayangku

Tengah hari tadi keluar makan rojak dan cendol kat sharifudin. Keluar dengan bayang-bayang aku iaitu si encik capo grande. Ahak ahak. Cakap bayang-bayang sebab ke hulu hilir memang berdua. Kalau aku pegi rumah kakak aku berdua dengan arissa je, dia mesti tanya 'bayang-bayang kau mana?'  Hahahaha. Bayang-bayang ni bebeza dari bayang-bayang biasa sebab ia ada sampai malam. Hihihi

Kami pegi makan kedai sharifudin tu jalan kaki je. Memandangkan paking berhampiran situ dah dikenakan bayaran RM2, maka adalah berbaloi jalan kaki je sebab nak kata jauh tu taklah jauh sangat tapi berpeluh jugaklah ketiak bila berjalan. Sampai je kat kedai memang basah lencun baju aku terutama kat belakang dengan ketiak. Aku makan mi rojak dan cendol kacang manakala encik capo rojak tanpa mi dan cendol jagung.

Lepas makan, pegi jenjalan kat kedai audio dan kedai alat tulis yang berhampiran. Lepas tu mengorak langkah semula ke opis. Sekali lagi basah lencun belakang dan ketiak aku. Rasa nak pegi balik mandi je sebab melekit tak selesa.

Disebabkan dah jauh bejalan kaki maka aku telah mencapai separuh dari 10000 langkah untuk hari ni. Hebat! Kena bejalan 5000 langkah lagi untuk mencapai target 10000 langkah sehari. 10000 langkah tu adalah apps samsung yang ada kat henpon aku.  SHealth ke namanya. Selain dapat mencapai separuh target, kaki aku juga sakit sebab berjalan pakai kasut tinggi.

Ok...sekian.


p/s: update blog pakai gmail kat henpon. Maka gambar adalah tidak reti untuk disusun dicelah perenggan.

Apo nak dikato

Balik rumah hari isnin lepas terus tekejut tengok rambut arissa. Wan e (mak aku) dah potong rambut depan arissa terover limit pulok. Uhuk! uhuk! Uhuk! Tesedak aku nengok wajah baru arissa.

Aku: mak, kenapo amak potong rambut dopan arissa pendek bona ni? Gunting sikit jo lah. Camno nak amik gambar maso besday e sok ni?

Mak aku: (tegelak). Mano do pendek bona. Yo dio menunduk jo maso den tongah gunting tu. Sempong jadi e. Den gunting lah lagi nak luruskan balik.

Aku: alah....alah.... camno nak amik gambar besday sok ni? Kelakar jadi e dah ha.

Mak aku: alah. Takdolah pendek bona. Lambek lagi besday e. Sok panjang lah de balik. Kok banyak kali dio tekoncing, dogheh panjang rambut e balik tu.

Aku: huhuhu.

p/s:  gambar arissa selepas dan sebelum gunting rambut depan.

Tuesday, December 17, 2013

untuk kebaikan kamu juga


Arissa: mak, nak main tipon mak.

Aku: tak payah lah main tipon mak. Arissa asik main game je.

Arissa: ala. Aisa nak main game je.

Aku: tak elok tau asik main game ni. Nanti mengganggu perkembangan otak arissa. Kalau asik main game je, mata arissa sakit sebab asik pandang satu arah je lama sangat. (Sambil buat gaya pandang henpon ala2 kusyuk main game)

Arissa: tak lah. Nanti aisa pandang tipon sikit sikit je camni. (Sambil buat gaya pandang tipon sipi sipi). Ha, tengok ni mak. Mata aisa tak sakit pun.

Aku: tapi nanti otak arissa tak bekembang. Nanti arissa belajar tak pandai. Bila cikgu ajar, arissa tak boleh nak fokus.

Masa ni arissa dengar dengan penuh berminat dan kusyuk.

Aku: lepas tu bila orang panggil arissa, arissa buat tak tau je sebab asik mengadap game je. Tak elok la macam tu. Jadi, arissa kena lah main pemenan arissa yang banyak banyak tu supaya otak arissa bekembang. Arissa main lah puzzle. Arissa kan suka puzzle. Takpun arissa lukis gambar bear. Kan mak dah belikan arissa pen dengan buku. Bila arissa buat macam tu sel sel otak arissa pun berkembang. Arissa pun jadi pandai. Budak budak pun suka kawan dengan arissa.

Arissa dengar je dengan penuh minat.

Arissa: ooooo. Mak, nak main game kat tipon mak.

Aku: ................

Aku: tak boleh. Dah pegi main pemenan arissa.  Arissa boleh main tipon mak seminggu sekali je. Itupun kalau mak nak bagi.

Arissa: (melalak).

Mula mula hari tu aku silent dan sorokkan telefon aku untuk tak bagi arissa main game. Tapi susah kat akulah sebab orang call atau sms aku tak sedar. Skang ni tak sorok dah. Guna pendekatan tegas pulak. Semua ni untuk kebaikan masa depan arissa jugak.

Thursday, December 12, 2013

jalan singkat

alkisahnya beberapa hari lepas, aku nak beli makanan kat cafe sebab dah lapar sangat. aku beratur la disalah satu gerai yang ada kat cafe tu. barisan masa tu panjang jugak tapi sebab nak beli jugak makanan kat situ, maka beratur je lah. dalam pada aku beratur tu tiba-tiba datang sorang kakak ni. aku rasa dia bukan staff kat bangunan ni sebab dia bawa handbag ke cafe. kalau staff kat sini takkan lah turun cafe bawak handbag.

kakak tu datang, jenguk-jenguk lepas tu terus tanya sesuatu kat tokey kedai yang sedang busy siapkan order pelanggan-pelanggan yang telah beratur. dia tanya ni kat bahagian belakang gerai berhampiran dengan aku yang sedang beratur. depan aku ada dalam 8 ke 10 orang lagi manakala kat belakang ada sorang. masa tu mungkin tokey kedai tu tak dengar dia tanya sebab sibuk. kakak tu pun beratur kat belakang selang sorang dari belakang aku. aku tertarik untuk terus memerhatikan gelagat kakak tu sebab aku rasa ada sesuatu yang tak kena akan berlaku yang akan dilakukan oleh kakak tu.

kakak tu pula macam tak senang beratur. macam ada je yang tak kena. tengok sana tengok sini. lepas tu kakak tu pergi lagi sekali kat tokey kedai.tanya-tanya pasal makanan yang jual kat situ lepas tu terus dia order dan terus letak duit kat meja gerai tu melalui belakang gerai. maksudnya orang lain beratur menunggu giliran untuk sampai dihadapan gerai, dia senang-senang je order kat bahagian belakang. maksudnya di situ kakak tu potong giliran tanpa memotong barisan. tokey tu pulak, terus je buatkan makanan yang kakak tu order. hmmmm....aku tengok aje lah padahal aku dah 5 minit beratur tunggu giliran.  sepatutnya tokey kedai tu pun dulukan lah orang yang dah beratur ni. tak kiralah kalau orang yang memotong giliran ni dah bayar ke belum. boleh kot cakap secara berhemah minta beratur.


kakak tu pun satu. bukan dia tak nampak ramai orang beratur tapi sedap-sedap dia je memotong giliran orang lain. orang lain pun lapar juga tapi mampu beratur tunggu giliran untuk diambil order. senang je kan amik jalan singkat macam tu. aku tak adalah melenting atau marah kat kakak tu masa tu. aku tengok je dia. kemain girang kakak tu bila dah dapat makanan dia tak sampai seminit berdiri kat situ.  mungkin dia dah biasa buat macam tu sebab tu tak kisahkan hati dan perasaan orang lain. disebabkan dah biasa jadi bagi dia tak ada salahnya buat macamtu. bagi aku, aku kesian dengan orang macam nih sebab dah berumur tapi tak tahu adab. kalau dia oku boleh jugaklah dimaafkan. bersyukurlah sebab aku bukan jenis mulut lazer. kalau tak memang ada yang kena fire dengan ayat sinis aku.


Tuesday, December 10, 2013

Mulut



Aku: arissa, hari ni arissa buat apa? Arissa makan tak?

Arissa: ......................

Aku: arissa buat apa hari ni?

Arissa: .......................

(Arissa duduk senyap je tak respon apa-apa)

Aku: tengok tu, mak cakap dia tak layan tu.

Arissa: alaaaa....mulut aisa ngantuk.

Aku: (gelak)

**********************************

Aku: arissa, knape tadi arissa menangis taknak mandi? Dulukan arissa suka mandi.

Arissa: ............................

Aku: sebab arissa sejuk ke?

Arissa: ......................

Aku: mulut arissa ngantuk ke?

Arissa: bukan. Mulut aisa dah rosak. Tak boleh cakap.

Aku: (gelak)

Saba je lah. Macam-macam perangai budak sorang ni.

Monday, December 9, 2013

Cheesekut buat mu

Semalam (ahad) bangun tido pagi tu terus buat cheesekut. Encik capo mengidam sejak makan cheesekut masa raya haji hari tu. Masa tu kakak ipar aku yang bawak balik kat kampung kuala pilah. Terkinyam kinyam encik capo sebab tak cukup sampai dia mintak resepi.

Semalam barulah aku merealisasikan permintaan encik capo. Cara buat pun simple sangat. Bahan pun senang nak cari. Rasa pun memang sedap. Aku yang tak suka makan cheese, jadi suka pulak makan cheesekut ni.

Nama dia cheesekut sebab bahan utama ialah cheese dan biskut.

Bahan2.

250gm cream cheese
Biskut lemak yang empat segi tu. Aku guna biskut hup seng
2 sudu besar susu segar (aku guna susu hl)
1/2 tin susu pekat manis

Cara2

1. Kacau creamcheese sampai kembang guna mixer.
2. Bila dah kembang masukkan susu pekat manis. Mixer lagi.
3. Masukkan susu hl dan mixer lagi.
4. Celup biskut hup seng dalam semangkuk susu segar kemudian susun selapis dalam bekas. (Celup sekejap je tau)
5. Diatas lapisan biskut, letak cheese yang telah dimixer tadi.
6. Ulang langkah 4 hingga 5 ikut berapa lapisan biskut yang kite nak. Tapi pastikan setiap lapisan disapukan cheese yang telah dimixer tadi.
7. Lepas tu masukkan dalam peti ais dan biarkan semalaman.
8. Kalau buat pagi2, malam dah boleh makan.

P/s: dah potong baru teringat nak amik gambar.

Sunday, December 8, 2013

tunaikan impian arissa

arissa: mak, jom pegi rumah hanisah.

arissa: mak, aisa nak main dengan hanisah. 

arissa: mak, kite nak pegi rumah hanisah ke?

arissa: mak jangan abiskan kopok ni tau. aisa nak makan dengan hanisah kat rumah hanisah.


sejak pegi rumah kawan aku hani, bulan 9 yang lepas, arissa asyiklah ajak aku pergi sana lagi. tujuannya sebab nak main dengan hanisah. hari-hari itulah yang dimintanya. asal naik kereta nak pergi mana-mana mesti tanya nak pergi rumah hanisah ke? bila aku jawab tak, melalak-lalak. bila aku kata hanisah takde kat rumah balik kampung, arissa ajak aku pergi kampung hanisah sekali. adoi la hai. bila dia teringat, memang hari-hari tanya pasal hanisah. bila terlupa, memang dia tak tanya lah. oh ya, hanisah tu anak hani yang sebaya arissa.


aku: kenapa arissa asik nak pergi rumah hanisah je?

arissa: sebab aisa suka main dengan hanisah.

aku: kenapa arissa suka main dengan hanisah?

arissa: sebab ia baik. ia kasi arissa main ipad ia.

aku: arissa ni tak malu ke main ipad hanisah. kat rumah kan arissa dah selalu main ipad.

arissa: ayah hanisah pun kasi aisa main ipad. pehtu hanisah kasi aisa main game singa yang gosok gigi.


baru sampai. dah tak muat arissa dalam stroller ni sebab dah besar panjang. tapi sumbat aje lah...dio pun goma duduk dalam stroller.
bila sebut nama kawan-kawan sebaya yang arissa pernah jumpa dan main, nama hanisah jugak yang disebutnya. satu hari aku sms hani cerita kat dia pasal arissa yang selalu bertanyakan hanisah. jadi hani ajaklah jumpa sebab kesian kat arissa. bincang punya bincang, kami pun setuju nak jumpa dan jenjalan di aquaria klcc sebab memang kiteorang tak pernah pergi sana. tarikh yang dicadangkan 30 November 2013 pukul 10.30 pagi.


kami yang sedang breakfast di restoran yang aku lupa namanya. huhu. nama pelik memang susahlah aku nak ingat.

hari berganti hari, minggu berganti minggu maka sampailah 30hb. kami bertiga (aku, encik capo dan arissa) bertolak dari seremban pukul 9 pagi dengan harapan tiada jem dan senang dapat parking. dengan bantuan sygic, maka kami pun sampai di aquaria klcc dalam pukul 10.05 pagi camtu. masuk-masuk je kat ruang aquaria tu punya lah ramai umat manusia beratur beli tiket. sepanjang-panjang barisan. kami beli tiket dulu sebab hani dan family tak sampai lagi. lepas beli tiket masuk restoran yang berhampiran aquaria tu. apatah nama restoran tu. hari tu aku ingat, bila nak buat entri aku lupa. kami tak breakfast pun lagi sebenarnya. perut aku memang dah lapar sangat. aku kalau nak keluar pergi mana-mana pagi weekend, memang aku tak kuasa nak masak breakfast kat rumah. breakfast kat kedai aje.

bila arissa dah bertemu hanisah

sedang breakfast, hani dan family pun sampai. arissa pulak buat lawak. bila hanisah tegur boleh dia buat tak tau je. padahal dia lah asik menyebut nama orang tu hari-hari. yang kelakarnya boleh pulak arissa berpaling tempat lain lepas tu mulut dia senyum-senyum simpul. malu lah kononnya tu. tapi bila dah lama sikit barulah ok berkawan-kawan siap berpegangan tangan. comel je tengok diorang. lepas semua dah setel, kami pun masuk dalam aquaria tu.



tiket kat aquaria tu RM 38 untuk dewasa. kalau takde IC RM50. kanak-kanak RM 28 ( 3-12 thn) dan warga emas RM28. nasib baik lah pergi sekarang sebab kalau tunggu pergi tahun depan, arissa dah kena dibayar tiket.

kemain arissa peluk hanisah



bila dah masuk dalam, masing-masing (arissa dan hanisah) dah excited nak tengok ikan. disebabkan orang terlampau ramai kenalah dukung arissa sebab nak bagi tengok tapak sulaiman dan macam-macam ikan. bila dah tepisah 2 orang kanak-kanak tu, mulalah bertanya hanisah mana. yang hanisah tanya kat mak dia mana arissa. hahaha.


hani, hanisah, arissa dan aku. dah besar sok, arissa dan hanisah  boleh lah jadi kawan baik macam mak-mak korang nih.


bila nak jalan balik, budak 2 orang ni pun jalan berpegangan tangan balik. camtu lah sampai keluar daripada aquaria tu. lepas dah keluar dari aquaria memang perut kompem lapar lah sebab jalan je kan. dalam tu panas gila sampai basah lencun baju aku dek peluh. masa exit aquaria  tu biasalah mesti ada kedai jual cenderahati. kiteorang pun adalah beli cenderahati sket buat kenang kenangan. arissa biasalah pantang nampak mainan. aku beli la yang harganya mampu untuk dibeli. bila dah ada mainan, mulalah kawan baik jadi tak baik. hanisah nak pinjam mainan arissa lepas tu arissa tak bagi. mula-mula dia bagi lepas tu amik balik terus taknak bagi-bagi dah. sampai menangis hanisah. sian hanisah. puaslah aku mengkaunselingkan arissa mengingatkan dia macammana hanisah layan dia masa datang kat rumah hanisah dulu. barulah arissa bagi main sekejap. lepas tu amik balik. camtulah perangainya.

sama tapi tak serupa. pemenan kat tangan arissa tu menjadi punca keregangan persahabatan dorang.

masa tengah makan tu arissa pun dah mengantuk lalu tetido kat pangkuan aku sambil aku makan. dia dah lena sket baru masukkan dalam stroller. sementara tu aku dan hani pun beborak-boraklah macam-macam. lepas makan kami pun berpisah. hani dan family nak balik manakala aku dan family nak jenjalan kat suria klcc.  nasib baik arissa dah tido masa nak berpisah tu. kalau tak, maun dia melalak tak bagi hanisah balik.


kami yang di aquaria klcc. posing sebelum pegi makan.


arissa yang telah tewas, hanisah yang masih steady

pendapat personal aku, aquaria ni takde lah best sangat. sebab tak ada penguin dengan anjing laut. aku sangat suka 2 haiwan ni. lagi satu mungkin jugak aku baru pergi underwaterworld kat langkawi bulan 9 lepas. underwaterworld langkawi 2 kali best kot dari aquaria ni. tiket pun tak mahal sangat. tapi kos nak ke langkawi tu lah yang mahal. tetiba aku rindukan langkawi. bila nak pergi sana lagi nih? huhuhu.

p/s: kalau aku rajin aku buat entri kami yang jenjalan kat suria klcc. kalau aku rajin lah....;-D


******************************************


citer ni dah berlaku seminggu yang lalu. tapi aku tak rajin nak update sebab malas nak bukak pc. bila balik kerja dah penat. kadang-kadang balik lewat dalam pukul 10 - 11 malam sebab ada hal, terus tido. entri banyak gambar memang amik masa sket nak update sebab nak kena copy gambar, nak combine (kalau banyak sangat gambar) dan nak letak watermark. memang kena update pakai pc. kalau entri 1 gambar atau takde gambar langsung biasanya aku update pakai henpon je kat gmail. kalau update pakai henpon, sambil tebaring atau sambil duduk melangok pun dah boleh update satu entri.


tempat aku mengupdate blog atau surfing di rumah. ini port aku yang punya. muahahaha

Saturday, December 7, 2013

Arissa yang kuyup, power yang dah turun, shopping dan kepenatan

Petang semalam (jumaat) lepas keje kami tiga beranak nak ke giant senawang beli barang-barang dapur yang dah kehabisan stok. Sebelum tu cadangnya nak makan nasi ayam penyet dulu kat dataran senawang. Dah parking kereta dan dah turun kereta aku perasan seat aku duduk tu basah. Raba-raba baju aku tak basah. Aku syak mesti arissa punya pampers bocor. Cepat2 pegi kejar arissa dengan encik capo yang dah jalan dulu. Sekali raba seluar arissa, basah kuyup. Padahal baru je budak ni ditukarkan pampers.

Patah balik ke kereta. Jumpa pampers arissa je tapi seluar takde sebab beg baju backup arissa dah bawah masuk rumah hari tu. Nasib baik lah kedai manjaku memang berhampiran kat situ. Terus masuk dan beli baju gaun selai. Masuk kat kedai ayam penyet tu, terus cebokkan dan siapkan arissa pakai baju yang fresh dari kedai.

Lepas makan, masuk kedai cermin mata menara sebelah manjaku. Sejak kebelakangan ni aku selalu sakit kepala bila pakai spek. Bila tak pakai lama sikit pun aku sakit kepala. Lagi satu aku perasan, walaupun dah pakai spek, pandangan mata kabur jugak. Bila dah cek mata semalam, aku diberitahu power kedua dua mata aku dah turun. Banyak jugak turun. 75. Alhamdulillah. Harap harap nanti akan turun lagi sehingga aku tak perlu pakai spek lagi  ;-). Staf kedai tu tanya aku ada makan supplement ke? Aku kata ada. Aku makan habbatus sauda, vitamin b, c dan e shaklee. Tapi aku tak tahu lah yang mana satu membuatkan power mata aku turun. Alhamdulillah....

Jam dah pukul 6 lebih petang. Singgah rumah lida yang berhampiran kat dataran senawang kejap. Lepas maghrib baru pegi giant bawak anak2 buah aku sekali. Lepas beli barang, hantar diorang kat rumah lida balik dan kiteorang terus balik rumah. Aku pun kepenatan sangat terus tido tak sedar apa lagi.

P/s: arissa posing dengan baju fresh dari kedai.

Monday, December 2, 2013

Arissa dan baby

Perbualan dengan arissa dalam kereta masa on the way balik rumah lepas jemput arissa petang tadi.

Arissa: mak, bila baby mak nak keluar? Lambatnye klua. Aisa nak baby.

Aku terus tegelak. Ni sebab kes aku tipu arissa bagitau ada baby dalam perut beberapa bulan yang lalu. Alasannya sebab arissa suka melompat atas perut aku tiba-tiba. Bukan lompat sikit-sikit tapi sekuat hati sampai senak perut aku. Pantang aku baring telentang, kompem arissa akan melompat atas perut aku. So aku cakaplah dalam perut ada baby. Kalau arissa lompat atas perut mak, baby sakit. Sejak tu arissa tak lompat atas perut aku lagi.

Sambung perbualan:

Arissa: nanti baby dah klua aisa nak dukung baby. Pastu aisa nak pakaikan dia tudung.

Aku: yeke? Arissa nak tolong jaga baby ke?

Arissa: haah. Aisa peluk baby pastu aisa cakap 'ala busuk busuk ni'. (Sambil buat gaya dukung baby pastu hayun ke kiri dan kanan).

Aku: nanti arissa pukul baby tak?

Arissa: aisa tak pukul die. Aisa pukul pahan pahan je (perlahan2 je).
(Sambil buat gaya tepuk2 baby)

Aku: baiknya arissa. Arissa tolong pakaikan baby stokin nanti ye.

Arissa: haah. Nanti aisa pakaikan stokin macam kat anak patung aisa. Tapi nape lambat sangat baby mak klua. Aisa tunggu je.

Lepas tu tak tau nak jawab apa dah. Mak tipu je lah arissa oi. Takde baby dalam perut ni. Lemak je banyak. Huhuhu

Sekian.

Friday, November 29, 2013

Mengawal situasi

Arissa skang memang suka merajuk. Pantang silap sikit dia mula lah merajuk menangkup atas lantai takpun dia tutup muka dengan bantal. Sebelum tu memang dia bagi jelingan tajam kat aku dulu dengan muka tak puas hati. Punca merajuk biasa lah bila kehendak hati dia tak dipenuhi. Kalau marah sikit mulalah stat melalak dengan muka cembeng dia. Kadang-kadang memang aku marah jugak arissa sebab kalau dibiarkan menjadi-jadi perangai dia. Cuma aku seboleh boleh akan elak guna kekerasan. Kalau marah pun just tinggikan suara sikit je. Tu pun dah melalak lalak. Bila dah stat melalak memang susah dia nak berhenti. Lama pulak tu melalaknya.

Tapi biasanya aku akan pujuk dulu elok-elok. Kalau tak jalan gak aku akan pancing dengan topik yang dia suka. Contohnya sekolah, ipad,  dan zoo.

Aku: arissa ni asik merajuk dengan melawan mak je macam mana nak pegi sekolah. Nanti budak budak semua taknak kawan arissa.

Arissa: (menangis lagi tapi macam dah bagi perhatian sikit)

Aku: pastu arissa selalu kedekut menan. nanti arissa takde kawan. Nanti budak-budak kat sekolah makan coklat dia taknak bagi arissa.

Arissa: aisa pun makan coklat jugak. (Cakap sambil nangis)

Aku: tapi arissa takde bawak bekal coklat sebab mak tak bagi.

Arissa: nape mak tak bagi?

Aku: sebab arissa mengada ngada banyak lemak sangat. Sian arissa. Tengok je budak budak makan coklat sebab semua taknak kawan arissa.

Arissa: nanti aisa tolak dia kuat kuat.

Aku: lepas tu budak budak tu bawak ipad. Dia main tak bagi arissa main sekali sebab arissa suka tolak tolak orang. Tak baik tau tolak tolak orang. Sian arissa budak budak semua takut nak kawan arissa.

Arissa: ha! Budak budak bawak ipad? (Masa ni terus berhenti melalak sambil buat muka excited)

Aku: haah. Tapi dia tak bagi arissa main sebab arissa suka tolak tolak orang.

Arissa: aisa mintak maaf la kat budak budak. Pastu budak budak kasi aisa main ipad dia. Lepas tu aisa peluk dia kuat kuat. Aisa takde tolak tolak lagi. Pastu budak budak suka kawan dengan aisa.

Aku: yeke? Cane arissa nak mintak maaf?

Arissa: aisa cakap 'mintak maaf ek ek'. Pastu budak budak kawan dengan aisa. Pastu kasi aisa main ipad. (Masa jawab ni kemain excited dia. Siap dengan gaya dan memek muka minta maaf. Hahaha)

Lepas tu arissa pun kembali normal dan aku tak perlu nak marah meninggikan suara seterusnya tak perlu guna kekerasan untuk pujuk dia berhenti melalak dan mengada ngada. Phewwww...lega

Setakat ni pendekatan ni berjaya dilaksanakan untuk dah beberapa kali arissa merajuk dan melalak ni. Esok lusa tak tahu lah kan.

Thursday, November 28, 2013

Cukup cukup sudah

Alkisahnya aku telah membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti arissa dengan gadget gadget ni. Ipad dan smartphone. Sebabnya...makin lama makin melampau pulak dia punya ketagih dengan gadget terutamanya ipad.

Mata dah mengantuk tapi dia taknak tido sebab nak main game kat ipad. Asal celik mata je tanya mana ipad. Pukul 12.30 tgh malam terjaga dari tido terus mintak ipad. Bila tak bagi dibantainya melalak tengah-tengah malam. Baru-baru ni arissa terjaga pukul 5 pagi lepas tu merengek rengek kejut aku. Ingatkan nak susu rupa-rupanya tanya ipad mana. Lagi la aku hangin. Kalau kejut sebab nak susu ok la lagi. Ni kejut sebab nak ipad.

Henpon aku pun dia je konker sorang. Kalau sekali sekala aku tak kisah pun bagi arissa main game kat henpon atau ipad ni. Tapi macam aku taip kat atas tadi ketagihan dia dah sampai tahap yang harus di ambil tindakan segera. Tak ada keje lain duk mengadap ipad dengan henpon aku. Bila bercakap dengan arissa masa tengah main ipad/henpon memang dia buat dek je. 3,4 kali panggil pun dia buat tak tau.

Oleh itu, aktiviti ipad dan henpon kepada arissa dihentikan.

Arissa: mak, ipad mana?

Aku: ipad dah pecah. Masa arissa tido arissa mengigau pastu arissa sepak sepak ipad. Ipad jatuh katil pastu pecah.

Arissa: ha? Ipad dah pecah? Aisa sepak? Aisa nak cuba tengok.

Aku: ala ipad tu mak dah anta kedai repair.

Arissa: hanta kedai sape?

Aku: kedai cina.

Arissa: ha. Mak anta kat kedai cina. Aisa nak cuba tengok.

Aku: kedai tu jauh la arissa.

Arissa diam dan paham. Phewwww....tepaksa menipu untuk kebaikan bersama.

Tiap kali lepas jemput arissa dia mesti mintak henpon aku sebab nak main game.

Arissa: mak, aisa nak pinjam tipon mak nak main game.

Aku: ala...tipon mak tetingga kat opis la.

Arissa: nape mak tetinggakan. Jom kite pegi opis mak amik tipon mak yang tetinggal tu?

Aku: ala mak takut lah. Opis mak takde orang. Semua dah balik keje.

Arissa: bia aisa teman mak. Aisa berani.

Aku: boleh tak mak peluk arissa kalau mak takut.

Arissa: buleh. Mak peluklah aisa. Aisa bagi.

Aku: tapi tak boleh la. Opis mak dah kena kunci. Lenkali lah aisa main game kat tipon mak.

Arissa diam. Maknanya dia paham lah tu. Phewwww....

Dah 3 hari aku mengasingkan arissa dengan ipad dan henpon. Sampai aku nak baca sms atau call atau nak ber fb kat henpon pun terpaksa duduk atas katil dan sorok hp bawah bantal. Sekali arissa terperasan aku asik tengok bawah je.

Arissa: kenapa mak asik tengok bawah je. mak tengok ape tu?

Aku terperanjat cepat cepat sorokkan henpon bawah bantal.

Aku: tak ada apa apalah. Kaki mak nia gatal. (Sambil buat2 garu kaki)

Arissa tengok je dengan muka tak percaya.

Arissa: sambung la tengok bawah balik. Pokok dek kau lah.

Ucap arissa dengan muka selamba sambil sambung main balik. Pastu aku pun tekekek kekek gelak terus tangkap dan geletek dia.

Aku: apa arissa cakap??? Pokok dek kau ye. Amik nih. (Sambil geletek budak loyar buruk ni)

Sekian.

Wednesday, November 27, 2013

Shopping, arissa dan aku yang mengantuk

Pagi ni aku tak masak breakfast. Terlampau mengantuk sangat. Bangun pun lewat seperti biasa. Jaga dah awal cuma takde kekuatan untuk bangun. Hantar arissa pun lewat hari ni. Dekat pukul 6.15 pagi baru hantar. Tu pun puas memaksa diri untuk bangun juga. Memandu pun dalam keadaan mengantuk sehingga memaksa aku sengkang 2 kelopak mata aku dengan jari tangan kiri sementara tangan kanan mengemudi stereng. Ibu jari sengkang kelopak mata kiri, jari telunjuk sengkang kelopak mata kanan. Sila jangan bayangkan bagaimana paras wajah aku ketika itu.

Lepas dah hantar arissa dan dah sampai rumah semula dengan selamat lebih kurang 6.30 pagi, aku pun  landing atas tilam dengan harapan dapat sambung tido sekejap. Dapat lelap 15 ke 20 minit pun jadilah. Dapat landing 10 minit je sebab baju tak iron lagi. Malam tadi pun balik lewat. Dari petang lepas keje semalam tak balik rumah terus pegi senawang. Beli barang nak buat kek kat kedai Rakan. Kemudian ke Giant Senawang. Lepas tu makan kat Aminis taman matahari height. Ting tong ting tong, pukul 10.30 malam baru balik rumah. Tu pun dah berapa kali terlelap dalam keta. Akhirnya....sampai-sampai rumah terus landing atas tilam dengan gembiranya. Tapi tak boleh tido lagi sebab arissa banyak lemak pulak dia bila dah sampai rumah.

Dah belikan mainan stroller baby, sibuk pulak nak anak patung baby. Padahal anak patung dah banyak kat rumah, tak adalah aku beli babynya sekali. Sekali bila dah sampai rumah menangis nangis sebab tak ada baby dalam stroller baby tu. Aku suruh masukkan anak patung yang sedia ada, dia mengamuk pulak kata tak muat. Dengan menangis dia, dengan aku yang dah mengantuk tahap gaban. Aku cubalah bersabar selagi boleh. Cakap baik baik je. Tapi kalau ikut geram dihati memang rasa nak meninggikan suara sambil buntangkan mata tak pun jentik mulut yang asik nak melalak tu. Tapi.....bila aku kenangkan dia kecik lagi plus terbayang video budak budak kena dera kat pengasuh, aku kuatkan kesabaran untuk menggunakan pendekatan yang lebih baik daripada memukul. Aku cuba lah pujuk baik baik dan akhirnya arissa berhenti menangis dan berhenti mengada ngada. Dia minta susu dan lepas tu tido sama-sama. Itu pun dalam pukul 12 lebih baru setel sebelum betul-betul tido.

Tapi bila dah bangun pagi ni rasa mengantuk dan letih memang tak hilang lagi. Mulalah aku akan berangan indahnya kalau hari ni hari sabtu lalu teruskan tido dengan lena. Malangnya itu hanya anganan kosong. Hari ni Rabu dan bukan cuti umum. Jadi aku harus bangun hantar arissa dan iron baju encik capo dan baju aku.

Dan disini...aku diopis menahan ngantuk mengharapkan pukul 1.00 tgh hari cepat tiba.

Tuesday, November 26, 2013

Laju

Pagi tadi sebab dah mengantuk sangat, lepas hantar arissa lepas subuh tadi aku landing atas tilam balik. Baring tido-tido ayam je. Pukul 6.45 bangun balik. Baju pun tak iron lagi sebab malam tadi balik lewat, pegi tengok wayang cite hunger games:catching fire. Pastu mengantuk sangat terus tido tak iron baju.

Masa nak iron baju pagi tadi baru teringat aku tak masak breakfast lagi. Haruslah fikir menu yang paling pantas untuk dimasak. Terus keluarkan daging beger dalam peti ais kemudian sambung iron baju. Mekap laju-laju. Lilit shawl pun laju-laju. Dekat pukul 7.20 pagi baru laju-laju masak daging beger dengan goreng telur. Sebelah masak daging beger, sebelah goreng telur.

Lepas tu dua-dua keluar rumah laju-laju. Turun tangga 3 tingkat laju-laju, start enjin. Vrooooooommmmm.....pecut laju-laju pegi opis. Nasib baiklah rumah dekat dengan opis plus cuti sekolah. Jadi jalan lengang sket. Sempat punch 7.28 pagi dan beberapa saat. Seminit lebih je lewat terus merah punch card. Phewwww...

Jemput makan. Tapi jangan makan laju-laju... ngeeee ;-)

Monday, November 25, 2013

Cobaan

Baru je berazam nak kurangkan seterusnya berhenti makan fast food, tiba-tiba ada rezeki fast food pulak hari ni. Fast food tu termasuklah kfc, mcdonald, a n w dan yang seangkatan dengannya.

Kalau teringin nak makan tapi nak kena keluar pegi beli atau delivery mungkin lah kuat lagi iman tu. Tapi.....skang terbentang depan mata sebab encik capo meeting dan dapat kfc lalu diberi kepada aku sebab beliau dah berhenti makan fast food.

Oklah. Tak baik membazir. Makan saja lah......

Friday, November 22, 2013

Kacau

Aku: arissa, duduk bawah kejap. Mak nak kemas katil.

Tak ada respon sebab arissa sibuk main game kat ipad.

Aku: arissa, duduk la bawah kejap. Mak nak kemas katil ni.

Arissa: ala mak ni. Kacau je aisa nak main game.

Aku: ape???

Arissa: mak ni kacau je aisa nak main game.

Sambil buat muka tak puas hati dan mengensot turun ke bawah.

Aku: (beristigfar). Den sekeh pulak budak ni kang.

................

Wednesday, November 20, 2013

R&R. Rilex and Read

Hari ni mc. Sakit pinggang dan sakit belakang sangat. Dah sebulan lebih sakit baru pagi tadi aku ambil keputusan pergi cek kat hospital kpj. Aku pegi sorang je pukul 7.45 pagi tadi. Doktor pakar sampai pukul 9 - 9.15 pagi. Sambil menunggu, aku baca novel bitten dari r.l stine.

Skang aku dirumah. Baring merehatkan pinggang dan belakang sambil baca novel. Ngeee ;-)

Tuesday, November 19, 2013

dikejutkan pukul 3 pagi

Pukul 3 pagi tadi arissa kejut aku. Merengek-rengek bagitau hidung dia sakit. Aku syak dia selsema lalu hidung tersumbat. Risau aku kalau dia demam. Rasa dahi, leher dan badan tak panas. Pastu menangis nangis cakap sakit hidung. Aku tengok tak ada lah hingus. Aku amik tisu suruh arissa hembus. Tapi dia pegi sedut pulak. Tapi tak ada lak bunyi apa apa selain bunyi nafas arissa sendiri.

curi-curi amik gambar arissa tengah layan gyomi.

Mata aku punya lah mengantuk tapi takkan nak tido kalau dah arissa kejap merengek kejap menangis. Nak letak cool fever dia melalak taknak. Ni satu aku hangin. Bila tak demam atau tengah sihat arissa sibuk nak pakai cool fever. Bila tiba masa tak sihat melalak lalak tak nak pakai. Saba aje lah.

Arissa: mak, aisa sakit hidung.

Aku: arissa tebesin la. Kalau tebesin nanti selemo kelua banyak.

Arissa: macam mana nak tebesin ni? Lambat nya nak tebesin.

Aku: arissa tengok je lampu tu lama-lama. Nanti arissa tebesin la.

Arissa pun tengok lampu. Tapi tak tebersin jugak.

Arissa: alaaaaa mak. Lambat sangat nak tebesin ni.

Dekat pukul 4 pagi encik capo bangun pegi cari vicks dan panadol soluble. Tapi bukan bagi arissa minum air panadol soluble tu. Nak mampus bagi budak besar tu minum air panadol soluble??? Just masukkan dalam air panas dan bagi arisaa hidu wap yang keluar. Kompem.la nak buat tu guna taktik. Tak boleh cakap kat arissa direct.


ooops. arissa dapat detect aku amik gambar dia. budak ni ada mood dia kalau nak begambar. skang bukan mood nak begambar. marah betul dia bila nampak aku amik gambar dia.


'Arissa, meh hidu wap panadol soluble ni biar hidung yang tesumbat tu lega'

Kalau cakap camni kompem tak hingin arissa. Melalak takut lagi adalah.

So pendekatan yang digunakan oleh encik capo.

Encik capo:  arissa nak tengok magic tak?

Arissa: magic? Magic ape?

Encik capo: suruh mak buat magic.

Aku pulak blur. (Magic apobondo pulak disuruh e den buek ni?)

Pastu encik capo cakap pelahan lahan pasal suruh masukkan panadol soluble tu dalam air. Barulah aku paham. Dah amik air lepas tu panggil arissa suruh tengok. Dia tengok sikit lepas tu dia lari menyorok bawah bantal sebab takut. Magic tu maksudnya panadol soluble yang sedang berbuih-buih dalam mug bila dimasukkan dalam air panas. Tepaksa la kiteorang belakon di pukul 4 pagi tadi tentang hebatnya magic yang aku buat dalam mug tu. Pastu arissa pun bangun pelahan lahan.

Arissa: nak tengok magic lagi.

Kenalah bukak panadol soluble satu dan masuk dalam air panas. Kalia ni arissa baru berani tengok dekat2 dan excited. Bila muka dia dekat dengan mug, wap tu masuk dalam hidung dia. Pastu arissa usik-usik hidung. Legakah?  Lepas dah habis magic arissa pun dah tak mengadu sakit hidung lagi dan tak menangis lagi. Berkesankah? Lepas tu sapu vicks kat belakang dan dada arissa.

Arissa: mak, nak tengok gyomi kat tipon mak.

Aah sudah. Nak layan gyomi pulak dah pukul 4 lebih ni. Aku layankan aje janji arissa tak menangis hidung tersumbat lagi. Ingatkan lepas tu dia ngantuk lalu tertido. Tapi tak ada maknanya. Sampai ke subuh melayan gyomi. Nak tengok kucing nyanyi gyomi la, doremon nyanyi gyomi lah.

arissa tengah layan gyomi di tengah pagi buta

Bila arissa tak tido secara automatik aku pun tak tido. Encik capo memang dah menyambung tido. Tiba tiba encik capo berdengkur kuat. Aku buat-buat terperanjat.

Aku: arissa, bunyik ape tu?

Arissa: ala, ayah bedengkur je. Kejap lagi pelahan lah tu.

(Jawab arissa sambil mata sibuk tengok gyomi kat henpon aku)

Aku pun tegelak dengar jawapan arissa.


Tapi lepas tu arissa memang tak ada mengadu sakit hidung lagi. Alhamdulillah. Harap-harap tak selsema dan tak tersumbat lah hidung arissa. Budak-budak kalau selsema dan tersumbat tau lah macammana seksanya. Nak buang sendiri tak reti. Harapkan mak ayah dan wan kuasa dua (sbb ada 2 wan yang jaga arissa) la untuk jaga dan bagi ubat. Ditambah perlukan kesabaran yang berlipat ganda sebab memang kompem akan meragam siang malam pagi petang.


Ni pukul 3 pagi aku dah bangun dan tak tido terus pegi keje, peratus untuk mengantuk di opis adalah besar. Ngeeee ;-)

Monday, November 18, 2013

dah tak buang masa lagi



Aku dah habis baca novel I Remember You malam tadi. Rekod paling pantas pernah aku catat baca novel bahasa inggeris. Aku amik masa 5 hari untuk habiskan novel tersebut. Strategi yang aku buat ialah bawak novel dalam beg. Jadi mana mana aku pegi dan aku tak ada buat apa-apa, aku akan baca novel. Jadi aku tak adalah membuang masa lagi. Ngeee...


Tapi novel ni tak adalah seram sangat seperti yang digembar gemburkan kat sinopsis belakang buku tu. Boleh la.... lepas ni tak tahu nak baca novel yang mana satu dulu sebab dah bersusun kat rak buku. Sekarang macam dah ketagih nak baca novel bahasa inggeris. Tapi yang kategori seram dan pembunuhan je lah.


Sebenarnya aku bukan pandai bahasa inggeris ni. Ada je perkataan yang aku tak paham. Nak bukak kamus aku tak rajin. Nanti baca satu ayat bukak kamus. Baca lagi pastu bukak kamus. Abis masa kat situ je la.  Jadi kadang-kadang aku cuma pahamkan maksud ayat. Kalau ada perkataan aku tak paham aku cuba ingat atau catit. Bila rajin baru aku cari maksud kat kamus.

p/s: dalam gambar tu aku baca novel masa pegi dinner majlis sirim industri 2013 pada hari jumaat malam 15 nov lepas.  Baca pun sementara tunggu majlis stat. Tapi dalam gambar tu aku action aje. Masa baca betul-betul takde amik gambar. Ngeeee ;-).

*** aku update pakai hp. Ntah macammana nak letak caption kat bawah gambar.

Thursday, November 14, 2013

i remember you


sekarang ni aku tengah baca novel kat gambar atas ni. Sebelum ni aku baca novel the mall.  baru abis bace malam balik dari kuala terengganu hari tu. novel bahasa inggeris paling sekejap aku baca iaitu ambil masa sebulan lebih je. sebelum ni berbulan-bulan malah amik masa setahun pun ada. sebab bukan baca hari-hari. bila ada masa betul-betul terluang je baru dapat baca. tapi disebabkan novel the mall ni best maka aku gigih mencuri masa nak habiskan sebab tak sabar nak tahu ending. sebab aku bukan jenis akan selak ending dulu baru start baca atau bukan jenis yang baca separuh lepas tu baca ending kemudian sambung baca tengah-tengah balik. aku mesti baca dari awal hingga mukasurat terakhir novel tu. barulah nikmat membaca tu ada. ^_^.

aku beli novel i remember you ni mestilah sebab novel ni seram. ni berdasarkan sinopsis kat belakang buku dan komen kat depan buku ni lah. seperti biasa aku tak suka baca novel romantik baik bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. nasib baik aku tak layan novel love you mr arrogant. kalau tak mesti aku jatuh cinta dengan watak irham. masa tu mesti aku imagine sendiri muka irham tu camne. aku cuma layan kat tv3 tu je. tapi.....tengok kat tv3, terus jatuh cinta jugak dengan watak irham dan si empunya diri. ngeeee...;-p.

berbalik kepada novel i remember you, disebabkan cerita ni katanya seram sangat maka aku membaca dengan sangat laju. maksudnya bukan aku skip mukasurat. tapi aku mencuri masa untuk membaca sehingga aku rasa perlu berhenti. arissa pun leka main game kan. aku pun leka a baca novel. harap-harap boleh abiskan baca novel ni dalam masa 2 minggu atau lagi cepat lagi bagus. novel seram dan pembunuhan bahasa inggeris bersusun dah aku beli cuma menunggu giliran untuk dibaca je.


sekian. ;-)

Wednesday, November 13, 2013

Tak rindu mak pun

Malam tadi dah sampai rumah lepas balik dari kuala terengganu sebab berkursus, terus berlari pegi toilet. Bayangkan 8-9 jam perjalanan aku tak membuang air kecil. Sebabnya aku minum air 100 plus je supaya aku tak cepat tekencing. Malas nak singgah tandas awam atau tandas kat stesen minyak ni sebab kadang kadang kotor sangat tak selesa nak membuang. Tapi kalau dah terdesak belasah je lah kan. Lepas dah sampai rumah kenalah ganti minum air kosong banyak-banyak.

Lepas keluar toilet kat dalam bilik, arissa pun datang sambil sorok sesuatu kat belakang dia.

Arissa: mak tengok ni ada apa kat blakang aisa.

Aku: apa tu?

Lepas tu arissa sengetkan badan dia sket tapi tangan masih dibelakang. Aku pun nampak la apa dia sorok.

Arissa: aisa sorok tipon mak kek blakang aisa.

Masa aku masuk masuk rumah tadi terus letak henpon atas rak tv dan berlari pegi toilet.

Arissa: boleh tak main game kat tipon mak.

Aku: main la arissa. Arissa tak rindu mak ke? Arissa rindu tipon mak je ke sbb dah 3 hari tak dapat main game?

Arissa: aah. Aisa rindu tipon mak je. Aisa nak main game.

Aku: ..................

Tsk tsk tsk. ;-(

Saba je la. Henpon aku yang dikejarnya dulu. Lepas tu naik atas katil mengadap game kat henpon aku sampai telelap.  Bertuah punya anak.

Monday, November 11, 2013

Minggu kek pisang

Dalam tempoh seminggu lepas, 3 kali aku buat kek pisang. 2 kali atas permintaan encik capo. Asik merengek 'nak kek pisang! nak kek pisang!'


Lepas dah abis, tak cukup pulak. Nak lagi katanya. Nasib baik la mood memasak aku dah kembali. Maka aku tunaikan permintaan beliau. Kek pisang yang 1st aku masukkan dalam loyang 4 segi yang besar lepas tu bakar dalam oven. Yang buat kali kedua aku masuk dalam bekas cup lepas tu aku kukus. Sebabnya senang tak payah potong-potong. Aku kalau bab potong kek memang failed sebab ada besar ada kecik.
Yang kedua ni aku kukus sebab saja nak try. Masa ni jugak aku try masuk dalam cup besar sikit dan bakar. Maknanya aku buat 2 kerja serentak. Separuh aku kukus separuh aku bakar. Cuma yang bakar cup die besar sikit.


Kali ketiga aku kukus kek pisang malam sebelum berangkat pegi kursus. Yang ni memang aku volunteer nak buat sebab nak bagi emak dan kakak kakak ku. Tapi tak cukup pula untuk mak sebab kakak ada 3 kan. Maka 3 rumah hanya untuk kakak-kakak. Jadi balik dari kursus aku akan buat khas untuk emak aku. Masa buat yang kali ketiga ni sambil mengemas dapo. Memunggah semua barang dalam dapo bawak ke bilik yang kosong sebab dapo bakal direnovate keesokkannya (ahad).
Macam nak patah pinggang aku sebab malam baru stat kemas dah tu sambil mengukus kek pisang dengan perangai arissa yang asik nak merajuk dengan baju tak packing nak pergi kursus pagi esoknya (ahad) yang perjalanan beratus kilometer. Siang tu tak dapat nak setelkan sebab pegi kenduri kawin. Malam baru ada kat rumah. Aduhai...nasib baik lah aku ni super woman maka aku dapat setelkan semua sebelum pukul 12 malam.



Resepi kek pisang.
(Aku tak tau aku salin dari website mana sebab memang aku salin kat kertas je masa tu. Tq kepada tuan punya resepi. Memang sedap sangat resepi kamu ;-) ).


Bahan2


7 biji pisang berangan (pisang emas pn bole)
5 biji telur
1 cawan minyak masak
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
2 sudu essen vanila


Cara2


1. Blender pisang, soda bikarbonat dan minyak masak sampai hancur.
2. Masukkan telur , esen vanila dan gula halus dalam bekas kemudian kacau atau guna mixer.
3. Masukkan pisang yang dah diblender tadi dalam bekas adunan telur dan gula tadi. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga semua sebati.
5. Masukkan dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit atau sehingga rasa2 dah masak.
6. Siap dan hidangkan.


Nota: Aku update blog dari henpon. Tak tau macam mana nak tulis caption kat gambar dan tak tau macam mana nak susun gambar kat perenggan.

Tak ajak aisa pun

Aku: arissa, mak nak pegi kucuc tau. Nanti arissa jangan nangis tau.

Arissa: tak ajak aisa pun.

Aku: tak boleh ajak arissa. Bos mak tak nak bagi bawak budak budak.

Arissa: nape bos mak tak bagi bawak budak-budak?

Aku: nanti arissa bising dalam kelas.

Arissa: alaaaaaaa...buleh la aisa ikut. (Sambil buat muka sedih)

Aku: kalau dekat mak boleh bawak keta memang mak bawak arissa. Tapi jauh. Mak naik keta opis.

Arissa: alaaaaa...tak ajak aisa pun.

Huhu. Sedey. Kalau boleh mana-mana pegi nak bawak. Rindu arissa sangat.

Thursday, November 7, 2013

Menu sihat....ke?

Bekal untuk hari ni ^_^. Daging beger bakar (sbb masak dalam oven), sosej kukus, salad, telur, roti dan sekotak dutch lady chocolate.

Hari2 pun bawak bekal sejak entri janji ditepati, tapi takde lah hari-hari nak update kat blog. Ngeee ;-p.

Tuesday, November 5, 2013

Rajin



Pagi ni bangun tido terus buat apam polkadot. Malam tadi buat kek pisang. 
Tetiba mood rajin di cuti maal hijrah......;-)



Sunday, November 3, 2013

Pagi ahad yang jarang berlaku

Alhamdulillah hari ni dapat bangun seperti hari pergi keje pukul 5.15 pagi. Dah jogging kat treadmill, dah lipat baju, sekarang mau berzumba pula.

Friday, November 1, 2013

happy yogis, happy arissa, happy aku

dalam entri yang sebelum-sebelum ni aku pernah cerita tentang arissa yang susah nak buang air besar sebab berak dia keras. penyelesaian yang aku guna masa tu ialah bagi minum vitagen. tapi arissa dah selalu minum vitagen jadi dia dah muak tak nak minum lagi lalu berak dia kembali keras.

bila dia nak meneran tu kadang-kadang dia nak aku peluk dia.

arissa: 'mak...aisa nak teberak. nak polok (peluk)'... (sambil meneran tapi tak keluar-keluar berak dia)

kadang-kadang dia tak nak dipeluk.

aku: arissa nak mak polok tak?

arissa: taknak polok. aisa nak teberak sorang-sorang.

kesian sangat tengok keadaan arissa yang susah betul nak teberak. memang dasar berak keras macam batu.

satu malam, abang aku adai, isteri (syikin) dan anak-anak dia datang rumah aku.


syikin bagitau aku yang anak kawan dia pun alami masalah yang sama macam arissa iaitu berak keras. kawan dia bagi anak dia makan happy yogis dan masalah berak keras anak dia pun selesai.

wah! harus dicuba.

aku terkagum lalu terus menggoogle apa itu happy yogis? bagaimanakah bentuknya?




setelah jumpa di internet tanpa berlengah aku terus beli online.

bila dah sampai, aku pun bagi arissa makan. arissa baru makan sikit dia dah buang.


arissa: eee ape ni? ape mak bagi aisa ni? tak sidap.

aku: mak bagi gula-gula lah. tak sidap ke? tak sidap takyah makan lagi ye.


aku memang tak bagi arissa makan lagi happy yogis tu tapi aku campurkan dalam susu dia tanpa pengetahuan arissa. kalau arissa nampak aku masukkan sesuatu dalam susu dia, sampai ke sudah dia takkan minum.

selepas bagi happy yogis tu, aku tak sabar-sabar tunggu arissa teberak.

aku: arissa takde rasa nak teberak ke?

arissa: takde. aisa belum nak berak lagi.




selepas 2 hari barulah arissa nak teberak. aku berdebar-debar je tunggu result. apakah berkesan happy yogis itu atau tidak.

alhamdulillah, tak sampai beberapa minit arissa mengadu nak teberak, tetiba aku cek dalam pampers dah ada berak. berak cair. aku rasa dah lamaaaaaaaaaaa sangatttttt arissa tak berak cair atau separa cecair. disebabkan aku rasa gembira maka aku order lagi 3 paket happy yogis sebab masa mula-mula cuba tu aku cuma beli satu paket sahaja.




sekarang dah paket ke 4 arissa makan happy yogis tanpa dia sedari. dan sejak mula makan awal bulan 10 hari tu, arissa memang dah senang nak terberak. takde lah macam dulu. meneran petang, berak nya keluar tengah malam takpun esok paginya. sekarang dalam 5 minit dah selesai teberak dalam pampers.

happy yogis ni makanan organic. rasanya macam yougurt dan dalam bentuk tablet. ada 3 perisa iaitu strawberry, mixed berry dan banana mango. aku campurkan dalam susu arissa 5 tablet selang selang. maksudnya pagi aku letak dalam susu, tengah hari tak letak. petang aku letak balik. malam tak letak. tengah malam kalau dia minta susu aku letak a lagi happy yogis. macam tu la kaedah yang aku praktikkan. satu paket ni tahan 7 hari. sebab tu kena bagi selalu supaya tak membazir  bila dah sampai 7 hari. harga sepaket dalam RM 22.50 kot. tapi masa aku beli ada offer so harga jadi RM 19.50. baru semalam order lagi 3 paket dan dah sampai petang tadi.

suka tengok arissa dah senang nak teberak ;-).


alhamdulillah ^_^.





Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails